kopi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N :

i) Tajuk asal : PUTARAN

ii) sambungan daripada cerpen SURAT (bahagian KAU)

iii) diinspirasi daripada subjek Matematik topik Transformation II : Rotation

iv) Kopi Irish

Kopi panas yang dibancuh bersama wiski dan gula serta krim pekat sebagai hiasan

v) Selamat membaca!

----

Meskipun udara di balkoni kafé tingkat empat agak nyaman, Danish masih tidak menenangkan dirinya. Sepasang matanya merenung pada pemandangan bandar Subang Jaya dengan penuh ketidak puasan hati. Sehinggakan kelihatan jelas api membara di dalam dirinya.

Segala perasaan negatif bercampur baur menyebabkan dia berasa amat kecewa. Diimbas kembali kejadian yang memalukan dirinya sewaktu di tapak perhimpunan sekolah bekas kekasih hatinya.

Nur Airina.

Sanggup gadis berkacukan Melayu - Jerman itu menconteng arang pada mukanya. Danish baru sahaja berhajat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Airina dengan memberikan gadis itu sebuah kejutan di tapak perhimpunan.

Dia tidak dapat menafikan betapa terujanya dia hendak menyambut Airina. Senyuman lebarnya pada waktu itu memang khas untuk Airina. Malangnya, Airina musnahkan kesemua rancangan dia yang sudah disediakan.

Dia tidak pernah terfikir pun bahawa Airina akan memutuskan hubungan di hadapan khalayak orang ramai. Malah Airina berani untuk membaling gelang merah jambu pemberian dia pada tiga tahun lalu sewaktu di Berlin.

Berlin, tempat mereka berdua ditemukan.

Sejujurnya, dia dan Airina tidak akan berkenalan jika mereka berdua tidak bertembung di hadapan sebuah restoran masakan Barat. Mereka juga tidak akan menjalinkan hubungan asmara jika dia tidak mengajar Airina di lapangan terbang semata-mata untuk melamar gadis itu.

Kini, apakah yang sudah terjadi?

Airina sudah meninggalkan dia kerana satu kejadian menyakitkan hati yang dia saksikan. Kejadian yang gadis itu menyimpulkan andaian sendiri tanpa penjelasan dia. Kejadian yang dia langsung tidal mahu diingati semula.

Danisg mengeluh berat. Kemudian dia mengalihkan pandangannya pada meja bulat berkaca di hadapannya. Di atas meja itu diletakkan sehelai kertas bersaiz A3 serta secangkir kopi panas.

Sehelai kertas bukan sekadar sehelai kertas.

Pada kertas itu telah dilukiskan wajah cantik seorang gadis. Sepasang matanya bundar, hidungnya mancung serta bibirnya mungil.

Tiada wajah gadis lain yang hendak dilukiskan pada kertas itu jika bukan wajah Airina.

Secangkir kopi panas juga bukan sekadar secangkir kopi panas yang tipikal.

Ianya secangkir kopi Irish, kopi panas yang dibancuh dengan wiski dan gula serta krim pekat sebagai hiasan.

Mata Danish melekat pada potret itu.
Potret yang sepatutnya dihadiahkan kepada Airina sewaktu di tapak perhimpunan tadi. Namun niatnya terpaksa dibatalkan tanpa teragak-agak. Ditakuti jika potret hasil karyanya dikoyak oleh Airina tanpa berasa serba salah.

Danish mengasak rambutnya sehingga berserabai. Serupa dengan fikirannya yang amat kusut. Dia tertanya-tanya,

"Apa function aku lukis potret ni kalau Airina bukan lagi girlfriend aku?"

Sudah tentu tiada jawapan yang logik dapat menjawab pertanyaan itu. Serta-merta dia berasa semakin kecewa sehingga menyebabkan dia memegang secangkir kopi lalu menuangkan kopi pamas itu pada potret itu.

Pada waktu itu, perasaan kecewa perlahan-lahan digantikan dengan kepuasan hati yang tidak terhingga. Memerhatikan potret itu dibasahi dengan bancuhan air kopi itu. Membuatkan Danish tersenyum tipis.

Namun kepuasan hatinya mampu bertahan buat sementara waktu. Danish memerhatikan potret itu sekali lagi. Ternyata bancuhan air kopi itu membuatkan potret itu semakin cantik.

Jelas sekali bahawa cara dia menuangkan kopi pada potret itu ialah suatu cara yang berseni. Tona warna kopi yang mempesonakan menyebabkan dia Danish berasa salit hati. Tanpa disedari, dia mula bertindak di luar kawalan.

Dia bangun lalu mencampakkan cangkir kopi dari balkoni. Kemudian dia menjerit seperti orang kurang siuman.

"Airina, sampai hati you buat I macam ni. I still cintakan you. You tak cintakan I lagi dah ke?"

"Danish?"

Danish yang mendengar suara seseorang terus menghentikan perbuatan itu dengan serta-merta. Dia memandang ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil dia. Saat dia mengecami wajah seseorang itu, dia terpempan.

"Zahrah, you buat apa kat sini?" tanya Danish.

Zahrah, seorang artis terkenal yang menyewa studio seni yang berdekatan. Wanita itu mengeluh apabila menerima pertanyaan itu. Dia mengambil tempat di meja Danish lalu menyilangkan kakinya dengan begitu elegan.

Pandangannya beralih kepada potret di atas meja. Pada waktu itu, dia berkata,

"I pun nak tenangkan diri kat sini. Maklumlah new bride macam I baru lepas kena divorce."

Danish tersentak seketika. Dia langsung tidak mempercayai bahawa wanita cantik di hadapannya sudah bercerai. Bukankah Zahrah baru sahaja menikah pada minggu lepas? Dia menyangka bahawa Zahrah sedang dihanyut oleh bahtera kebahagian bersama suami tercinta.

Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sebab apa divorce?" tanya Danish.

Zahrah memandang pada Danish dengan sayunya. Tersenyum pahit setelah mendengar pertanyaan itu. Kejadian sewaktu di studio seni diimbas kembali. Betapa beraninya dia melangkaui batasnya sebagai seorang isteri.

Dia mengakui bahawa salah dia juga membenarkan Adam untuk berada di dalam studio seni pada malam itu. Jika dia tidak berbuat demikian, mungkin kejadian itu tidak akan berlaku. Malah hubungan dia bersama Shah tidak akan terputus begitu sahaja.

"You tak perlu tahu sebabnya," kata Zahrah.

Danish hanya mengangguk perlahan menandakan dia memahami kehendak Zahrah. Mungkin punca mereka berdua bercerai terlalu sulit untuk dijelaskan. Lebih baik jika dia hanya berdiam diri daripada menjaga tepi kain orang.

"Cantik potret you. Macam mana you tuang kopi kat potret ni?" tanya Zahrah yang cuba menukar topik.

Danish mengeluh tatkala dia melihat semula potret hasil karya dia. Benarlah telahan hatinya. Potret itu masih kelihatan cantik walaupun sudah dituangkan kopi panas. Bukan masih cantik tapi semakin cantik. Diraup wajahnya dengan tangannya. Kecewa pun kembali bertandang.

"Tadi I frust sangat tengok potret tu. Then I tuang jelah kopi kat potret tu," jelas Danish.

"You... baru lepas break up ke?" tanya Zahrah yang cuba untuk mengagak.

"Pandai you teka, Zahrah," kata Danish.

Jawapan Danish menyebabkan Zahrah tersenyum tipis. Nasib mereka berdua memang serupa. Ditinggalkan oleh orang tersayang secara mendadak tanpa penjelasan yang sebenar. Memang malang sekalu nasib mereka berdua.

Zahrah berdiri lalu mendekati Danish. Dia memegang kedua-dua bahu pemuda itu. Ditenung wajah Danish yang agak jambu dengan sedalam-dalamnya. Perbuatan Zahrah telah membuatkan Danish berasa tidak keruan.

Ingin sahaja dia melilaukan matanya untuk mengelak daripada renungan lain macam itu. Namun dia gagal untuk menyebabkan dia mula berasa
amat malu. Sepanjang hidupnya tidak pernah lagi seorang perempuan merenung dia begitu sekali. Apatah lagi Airina.

Selalunya dia yang akan merenung Airina.

"Kenapa you pandang I macam tu?" tanya Danish yang tergagap-gagap.

Kedua-dua tangan Zahrah merayap di wajah Danish pula. Ditekup wajahnya lalu didekatkan wajah sehingga jarak kurang daripada dua inci. Jelas sekali perbuatan Zahrah menjadi penyebab jantung Danish berdegup dengan kencang. Kali ini dia tidak dapat mengelak daripada renungan Zahrah.

Dia terpaksa mengamati wajah Zahrah yang cantik persis peragawati daripada negara Asia Timur. Mulusnya wajah wanita itu menyebabkan dia tertunduk malu. Kelakuan Danish membuatkan Zahrah tergelak halus.

"Girlfriend you tak pernah buat macam ni ke kat you?" tanya Zahrah.

Danish hanya menggelengkan kepalanya.

"Then be mine," kata Zahrah dengan yakin.

Zahrah melepaskan tekupan pada wajah Danish. Kemudian tangannya mengelus pipi pemuda itu.

"Kalau weekend ni you tak ada training basketball, feel free to call me. Kita jumpa kat sini. I nak discuss dengan you pasak upcoming art exhibition."

Danish memegang tangan Zahrah. Teekedu wanita itu dibuatnya. Tidak menyangka pula Danish akan memberanikan diri untuk menyentuh dia. Senyuman lebar Danish menyebabkan dia berasa hairan.

Walhal dalam diam dia sedang memuji betapa kacaknya Danish ketika senyum.

"Kenapa tak discuss sekarang je?" tanya Danish.

Pertanyaan Danish membuatkan Zahrah tersenyum lebar.

"Boleh je kalau nak discuss sekarang."

Danish sempat mengerling pada potret di atas meja. Wajah Airina yang comel itu tidak lagi dipuja oleh dia seperti dahulu. Sepatutnya dia mengoyak potret itu terlebih dahulu sebelum kehadiran Zahrah yang mengejut itu. Tapi Zahrah sudah meneliti potret itu sebaik mungkin.

Lebih baik jika dia melelong potret itu sewakti pameran seni akan datang nanti. Sekurang-kurangnya duit simpanannya semakin bertambah.

Kemudian Danish menandang semula kepada Zahrah. Biarlah dia memulakan perbincangan tentang pameran bersama Zahrah sekarang. Dilengkapi dengan dua cangkir kopi Irish yang bakal hanyutkan mereka ke dalam dunia fantasi.

Dunia yang amat memabukkan sehingga meloyakan tekak mereka berdua. Perbuatan itu lebih baik daripada mereka berdua terus membunuh diri.

Sekurang-kurangnya perbuatan itu juga mampu melupakan ingatan mereka berdua terhadap kejadian memalukan itu sekali gus memulakan kehidupan yang baru.

"Zahrah, jangan tinggalkan I macam Airina buat kat I."

"Sebab I dah start sayangkan you, Zahrah."

----

Tamat : 6/3/2020

*idea tahun 2017

*Menarik cerpen ini? Like atau komen anda amat saya hargai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro