surat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


A/N :

i) Tajuk sebenar :

Aku, Kau & Surat Cinta

ii) take note beberapa perkataan di bawah :

• perkataan-perkataan diatas merupakan bahasa Jerman

iii) Cerpen ini tidak berkait dengan cerpen 4/11 dan CIKGU.

iv) Selamat membaca!

----

Aku

Pada suatu malam, aku telah mengunjungi studio seni milik isteriku. Gelap gelita keadaan studio saat aku membuka pintu. Perlahan-lahan aku berjalan melalui pameran arca-arca yang dihasilkan oleh dia.

Tidak terfikir pula hendak melaung nama dia, memanggil dia dari jauh. Khuatir jika aku menganggu konsentrasinya untuk menghasilkan karya. Namun apabila difikirkan semula, mengapa dia melakukannya pada waktu malam?

Sepatutnya waktu sebegini dia sudah pulang ke rumah. Tidak perlu meyusahkan aku untuk mencari dia. Aku mengeluh. Biarlah, mungkin orang artistik seperti dia memakan masa yang lama untuk menghasilkan karya teragung.

Sehingga sanggup mengabaikan aku si suami yang penat lesu ini.

"Kesian pula kat aku. Dapat wife macam ni," bisik aku.

Aku mengeluh. Ketika aku sudah menghampiri bilik kerjanya, tidak sangka pula aku akan mendengar suara isteriku. Suaranya yang sedang mendesah. Terbuntang mataku apabila aku mendengar desahannya makin kuat.

Aku pun menggagahkan diriku untuk mengintai disebalik pintu bilik yang terbuka sedikit. Remuk hatiku apabila menonton adegan panas isteriku bersama bekas kekasihnya yang miang itu, Adam.

Bukankah isteriku yang memutuskan hubungan bersama Adam?

Kalau ya, siapakah wanita yang berada di dalam pandanganku?

Aku mengetap gigiku, menahan geram.

Dasar wanita jalang! Sanggup kau bermain kayu tiga di belakang aku?

"Aku tak patut terima kau sebagai isteriku," bisik aku.

Aku mesti ceraikan dia.

Tanpa melengahkan masa, aku menendang pintu bilik kerja isteriku sehingga terbuka luas. Aku tidak mempedulikan reaksi isteriku dan Adam yang telanjang sepenuhnya. Aku segera berjalan mendekati isteriku lalu menampar pipinya sehingga meninggalkan bekas.

Puas hatiku apabila melihat dia mengadu sakit kerana ditampar. Lebih sakit hatiku kerana diperlakukan sebegini oleh isteri sendiri.

"Zahrah Binti Mohd. Nasir, aku ceraikan kau dengan talak tiga!" kata aku yang menjerit sehingga bergema seluruh studio.

Selepas melafazkan kata-kata itu, terasa ringan kedua-dua bahuku. Bebanan isteriku yang perlu kutanggung sudah tiada. Aku tidak perlu lagi menghadap wajahnya yang sanggup menipu aku. Kini, kami berdua sudah cerai dan itu ialah keputusan yang muktamad.

Aku tidak lagi kisah akan hal itu walaupun kami baru berkahwin selama satu minggu.

Satu minggu.

Ketahuilah bahawa kenyataan itu merupakan hakikat yang paling menyakitkan hati.

---

Kau

Seperti jangkaan aku, pada keesokan harinya Danish akan datang untuk menjemput kau pulang ke rumah. Aku menyaksikan kalian berdua dari tingkat dua - di hadapan bilik guru. Sudah kuagak bahawa kau akan bermasam muka ketika kau bertemu dengan dia.

Api kemarahan kau kembali menyemarak dan tidak dapat lagi dipendam seperti malam semalam. Tanpa berkata apa - apa, kau terus menampar pipi dia. Aku terkedu melihat kelakuan kau yang drastik.

"Selama ini I fikir you budak baik. Tak, I salah. Rupa-rupanya you kaki clubbing," kata kau.

Kata-kata kau menyebabkan Danish tergamam seketika. Tiba-tiba dituduh sebegitu oleh kau. Dia menafikan tuduhan kau tetapi kau tetap tidak mempercayai dia. Kau memberitahu kepada dia bahawa Balqis, rakan sekelas kau yang memaklumkan kepada kau.

"You buat French kiss dengan Julia kat nightclub. Bukannya kat dalam toilet tapi kat bar. You buat kat public you tahu tak. Orang ramai tengok you. You tak malu ke?" kata kau yang kecewa.

Tawa halus terhambur dari mulut Danish menyebabkan kau menjeling tajam kepada dia. Agaknya dia memikirkan bahawa kau sedang bergurau dengan dia.

Dasar lelaki hipokrit!

Sudahlah kau sedang serius dengan dia. Sanggup dia memainkan kau begitu sekali. Tak lawak langsung.

"You percayakan Balqis daripada I lah ni?" soal Danish.

"Ja, I lebih percayakan dia daripada you," kata kau dengan yakin.

Danish baru sahaja ingin tersenyun sinis kepada kau. Namun wajahnya terus menjadi pucat apabila kau menunjukkan sesuatu pada telefon kau. Video dia bercumbu dengan Julia di bahagian bar.

Video yang berdurasi lima belas saat itu kau terpaksa rakam sewaktu aku menemani kau di kelab malam itu.

Tidak sanggup aku melihat kau merakam video sambil mengalirkan air mata pada waktu itu. Tapi kau sanggup bertahan. Kau hanya meluahkan perasaan yang terpendam selama satu malam kepada dia.

"You tak percaya sangat kan? You watch this video. I yang ambil video you semalam kat kelab tu. Dahlah I pergi sana dengan I still pakai pijama pink. Saja kacau I nak tidur," kata kau.

Ketika itu memang kau kelihatan amat berpuas hati kerana berjaya menconteng arang pada wajahnya. Kau telah memalukan dia di hadapan para pelajar yang melepasi kalian berdua. Perbuatan itu jelas dapat merawat sedikit luka yang ditoreh pada permukaan hati kau.

"Danish, kita break up," kata kau.

Danish berdiri kaku di hadapan kau. Mulutnya langsung tidak berusaha untuk memujuk kau. Tidak merayu kepada kau untuk meneruskan hubungan yang sudah lama terjalin. Dia hanya berdiam diri, merenung dengan sayunya kepada kau. Namun kau tidak endahkan dia.

Sebaliknya kau mengeluarkan sesuatu daripada poket baju lalu melemparkannya pada dia. Gelang berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh dia pada tiga tahun yang lalu di Berlin. Itu yang kufahami berdasarkan penerangan kau tentang gelang itu.

"Aku menyesal sebab jumpa kau kat Berlin. Tak ada makna aku couple dengan kau."

"Tshüß!"

Kemudian kau berlalu pergi tanpa sekilas pandang buat kali terakhir.

Pada waktu itu aku mengetahui bahawa nasib kita berdua sama sahaja. Hati terguris kerana masalah yang sama. Pasangan kita curang terhadap kita.

Sedihkan?

---

Surat Cinta

Airina, tahukah kau benda apakah yang menjadi punca hubungan kita semakin rapat? Sehelai kertas berwarna merah yang dipenuhi dengan luahan hati.

Tanpa kita sedari, kita sering bertukar surat. Bukan pada setiap hujung minggu. Hampir pada setiap hari kau meninggalkan surat di atas mejaku sebelum kau pulang ke rumah. Keesokan harinya pula aku akan meninggalkan surat di dalam laci meja kau pada awal pagi hari.

Kita berdua seolah-olah terlupa erti penat lesunya tangan untuk mengarang ayat puitis serta manis bak donut strawberi buatanmu.

Kau telah membuatkan aku terkenang akan ayat-ayat kau sebelum terbuai aku di dalam mimpi. Alangkah gembiranya aku jika aku berpeluang untuk menganggap surat itu ialah surat cinta kita berdua.

"Kalau itu yang Cikgu Shah nak, saya tak kisah."

Cikgu Shah segera berpaling ke belakang. Dia sedang melihat Airina yang tersenyum lebar kepada dia. Baru dia mengetahui betapa comelnya pelajar itu ketika mengukir
sebuah senyuman yang lebar.

"Saya setuju kalau cikgu nak anggap surat kita sebagai surat cinta," kata Airina.

Cikgu Shah mula berasa hairan. Tidak mungkin semudah itu Airina membenarkan dia untuk berbuat begitu? Dia pun melipat semula surat yang terkini lalu menghadap Airina semula.

"Kenapa?"

"Sebab saya sayangkan cikgu lebih daripada seorang guru."

"Tak mungkin saya tak sayangkan cikgu yang dah banyak tolong saya selama ni."

"Danke schön, lehrer."

Hati Cikgu Shah berbunga-bunga setelah mendengar jawapan Airina. Bermakna Airina juga mempunyai perasaan yang sama terhadap dia. Cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Malah cinta mereka seperti
pasangan tarian tango.

Itu sudah memadai untuk membuat dia gembira.

Airina, pertemuan kita bermula dengan pertukaran surat cinta. Semoga pertemuan kita berakhir dengan syurga abadi.


Ich, sie und liebesbrief.

Ich liebe dich, Airina.

---

Tamat : 3/1/2019

*20/11/2019 (diselenggara)

Aku, Kau dan Surat Cinta

Ich, Sie und Liebesbrief

*Menarik cerpen ini? Like atau komen anda amat saya hargai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro