stapler

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N :

i) jangan baca jika anda tidak mahu dicemari toksik-toksik vulgar yang teruk

ii) request 2020

iii) definisi lesbian

wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain

pengkid

slanga untuk 'tomboy' atau lesbian, merangkumi gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual

iv)

Gaun Bardot Midi

Smiling Joker

v) selamat membaca!

----

Jika diperhatikan daripada belakangnya, figura gadis itu persis peragawati yang menawan. Tubuh badannya mungkin kelihatan sederhana namun perhiasan agak mantap. Amat mengiurkan.

Bermula daripada rambut hitamnya yang panjang hampir mencecah punggungnya. Warna hitamnya nampak sihat menunjukkan bahawa dia menjaga mahkotanya dengan baik. Bergaun Bardot Midi berwarna merah darah. Terserlah pundaknya yang seksi.

Kasut tumit tinggi berwarna putih jelas sekali telah melengkapi penampilan gadis itu yang sempurna.
Keterampilan keseluruhannya telah megundang perspektif terhadap gadis itu sebagai simbol seks yang menyelerakan oleh para jejaka miang di luar sana.

Siapa yang tidak mengenali satu-satunya simbol seks bukan selebriti yang diagung-agungkan.

Dia ialah Red Scarf, si gadis bergaun merah.

Malangnya skarf merah yang diikat pada lehernya telah mencacatkan penampilan serta perspektif spontan sebentar tadi. Malahan Red Scarf membawa suatu objek yang langsung tidak dijangka.

Stapler besar berwarna merah serta sebilah pisau.

Sepasang mata Red Scarf sedang merenung tajam kepada seseorang yang duduk dihadapannya.

Mangsa yang pernah dia sangat menyayangi.

Badannya, tangannya serta kakinya diikat mati dengan menggunakan dawai besi yang banyak. Mulutnya pula dilekatkan dengan pita pelekat hitam yang besar. Sesekali dia menggerakkan kerusi menggunakan badannya, meronta-ronta meminta pertolongan supaya dia dilepaskan.

Malangnya, kerana terlalu banyak bergerak, mangsa itu akhirnya jatuh bersama kerusi diatas lantai simen yang sejuk.

Tiba-tiba sebuah televisyen lama yang berada penjuru bilik gelap itu dihidupkan. Satu video yang panas sedang dimainkan. Video sepasang kekasih sedang bercumbuan di dalam tandas sekolah.

Akan tetapi, bukan pasangan kekasih yang tipikal.

Mereka merupakan pasangan kekasih lesbian.

Terbeliak mata si mangsa sepanjang menonton video panas itu yang berdurasi lima belas saat. Reaksi mangsa telah mengundang renungan penuh dengan api yang marak. Tanpa memandang kepada mangsa, Red Scarf berkata,

"Pengkid tak guna macam kau sanggup curang dengan aku."

"Sepatutnya perempuan yang kau cium dalam tandas tu aku. Bukannya Alisa."

"Tak pandai nak bersyukur. Kau tak tahu ke yang ramai nak sentuh badan aku? Tapi aku jaga juga untuk kau."

Red Scarf mula bermain dengan stapler besar. Renungan matanya juga mula berubah. Tiada lagi api yang membara. Kini, mood sasau dia mula bertindak menguasai dia.

"Alangkah bahagianya aku kalau aku dapat merasa kau fuck aku. Sayangnya, kau tak pernah pun nak try fuck aku. Bukan setakat fuck je, kiss dengan aku pun tak pernah," kata Red Scarf yang mendekati si mangsa.

Lagak Red Scarf pada waktu itu sudah mengalahkan badut yang menakutkan. Cara dia membawa stapler besar serta sebilah pisau menunjukkan seperti dia mahu membunuh mangsa. Membuatkan mangsa mula menggelebah dalam ketakutan.

"It's okay, malam ni aku akan cuba untuk fuck kau dengan dua benda ni."

"Then you'll be my doll forever."

Terhambur hilaian tawa Red Scarf yang menyeramkan. Meremang bulu roma si mangsa. Ketakutan semakin menjadi-jadi. Apatah lagi sewaktu Red Scarf terus menarik pita pelekat menyebabkan si mangsa mengerang dalam kesakitan.

Kemudian Red Scarf menggigit bibir si mangsa dengan kuat sehingga berdarah. Menitik sahaja darah ke dalam mulut Red Scarf, dia terus merapatkan bibir si mangsa. Mangsa masih meronta-ronta supaya dilepaskan.


"Aaaahhhhh!!!! Ssssaaaakkkkiiittt!!!!"

Malangnya, semakin terasa sakitnya ketika bibirnya dikokot dengan kuat menggunakan stapler besar. Selesai sahaja sesi mengokot, Red Scarf tersenyum lebar. Wajah si mangsa kelihatan seperti Joker yang mempunyai bibir yang luas sehingga ke tulang pipi.

Yang membezakan hanyalah si mangsa tidak dapat lagi tersenyum mahupun bercakap.

Red Scarf bertindak menolak dagu si mangsa ke atas lalu menoreh leher si mangsa beberapa kali sehingga mengalirnya darah segar. Longlai badan si mangsa membuatkan dia kelihatan seperti ikan yang hampir kehilangan nyawanya.

"Aku nak bagi kau sianida takut mati terus kau. So better kau stay macam ni."

Red Scarf menanggalkan skarf merah yang diikatkan pada lehernya. Skarf itu diikatkan pada leher si mangsa yang sudah berhenti mengalirkan diri. Ngerinya apabila melihat leher Red Scarf yang berlubang besar sehingga menampakkan anak tekaknya.

Red Scarf meninggalkan bilik gelap dengan senyuman lebar yang menyeramkan.


"Pengkid tak guna macam kau memang tak layak jadi boyfriend aku, Sam."

----

Tajuk : STAPLER

Mula : 1 April 2020 - Rabu - 12.00am

Tamat : 1 April 2020 - Rabu - 2.46am

Jangka Masa : 2 jam 46 minit

12hourswritingchallenge

LULUS/GAGAL


*Menarik cerpen ini? Like atau komen anda amat saya hargai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro