C 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah seminggu berlalu semenjak pertelingkahan kecil mereka tetapi Mikael dan Nureen masing-masing dengan dunia mereka sendiri.

Mikael selalu sibuk dan tidak langsung pulang ke rumah manakala Nureen pula sedang bertungkus rumus menyiapkan design bajunya yang bakal diperagakan dalam acara lelongan yang dianjurkan di bawah label-nya sendiri.

Nureen melihat ke arah pentas yang sudah dihias cantik oleh prop team.

Malam ini akan diadakan Auction Runway iaitu pembelian langsung pakaian rekaan limited edition melalui bidaan harga yang ditawarkan oleh VVIP yang hadir.

"Reen are you okay?" soal Mya yang memerhati kawannya itu seperti tidak sihat.

"I'm okay. Mungkin penat sikit" balasnya.

"Aku dengar daripada Syahmie yang Mika dah seminggu tak balik rumah. Korang ada masalah ke?" soal Mya.

Nureen hanya menggeleng.

"Aku naik dulu la" pamit Nureen.

Sketch book dibawa bersamanya.

Mya pula risau melihat kawannya itu.

Meanwhile

"Naufal" seorang wanita memanggil nama anaknya itu.

Naufal mendekati wanita itu.

"Adik kamu Reen, mama dengar malam ni dia buat auction runway" katanya.

"Haah ma"

"Mama nak kamu pergi bawa Ain sekali" ujar Puan Sri Sarah.

"Baik ma"

'Mama rindukan Reen. Maafkan mama sayang sebab buang kamu dulu'

Kebetulan ketika itu seseorang yang baru sahaja menuruni tangga mendengar perbualan mereka.

"Along dah jumpa Reen?" soalnya.

Naufal melihat ke arah adiknya itu.

Walaupun raut wajah mereka sama tetapi sikap mereka berbeza.

"Dah. She is Tengku Mikael's wife right now" ujarnya.

"Mika?" soalnya terkejut.

"Ain kenal ke?" soal Naufal kerana melihat adiknya itu seperti terkejut.

'Takkanlah senior aku dulu'

"Tak. Tak kot. Ain naik atas dulu" katanya lalu naik ke atas.

Naufal pelik melihat tingkah laku adiknya.

Nurain Qairani ialah kakak kembar kepada Nureen Qairina hanya beza beberapa minit sahaja. Tetapi takdir hidup yang mengubah nasib pasangan kembar ini.

Ceritanya bermula apabila Nurain disahkan menghidap satu penyakit yang jarang-jarang dijempui dan pada masa yang sama syarikat Tan Sri Yusry hampir lingkup.

Kehadiran Nureen dikatakan sebagai pembawa sial kerana Puan Sri Sarah sangat menyayangi Nurain. Segala-galanya Nurain. Tidak pernah sedikit pun kasih saya keluarga itu diberikan kepada Nureen.

Pernah Puan Sri Sarah mengatakan kenapa bukan Nureen sahaja yang sakit mengapa mesti anak kesayangannya. Naufal juga begitu. Apabila keadaan ekonomi keluarga itu semakin teruk dan Tan Sri Yusry sepertinya tidak dapat menampung kos sara hidup keluarga mereka, Nurain diserahkan kepada Datin Shikin iaitu maknya. Selepas beberapa hari pula Nureen dihalau keluar dari rumah oleh Puan Sri Sara.

8:00 P.M

Beauty House Hall

Keadaan di dalam dewan itu mula dipenuhi dengan tetamu kenamaan.

Kebanyakannya yang bergiat dalam bidang perniagaan dan juga industri peragaan.

Nureen melihat pantulannya pada cermin. Hanya dia sahaja yang berada di bilik persalinan itu.

'Stay strong Nureen. Kau tak perlukan diaorang. Kau hanya perlukan mama yang kutip kau apabila kau dibuang dulu'

Tok tok tok

"Masuk"

"Kau dah siap belum?" soal Mya yang datang untuk melihat rakannya.

Nureen menoleh.

"Dah" balasnya lalu berdiri.

Dia hanya memakai dress berwarna hitam untuk majlis pembukaan kemudian akan menukar kepada main dress yang menjadi lelongan pada malam ini.

Mereka berdua mengorak langkah masuk ke dalam dewan.

Beribu-ribu ucapan tahniah dilontarkan buat dirinya yang sudah mengukuhkan namanya di pentas peragaan tempatan dan juga antarabangsa.

Mya dan Nureen terus ke belakang dewan.

Tanpa disedari Nureen diperhatikan dari kerusi VVIP paling hadapan.

Pengelola majlis mula mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang hadir.

"For the first and foremost let's welcome our beautiful new label Blanc & Eclare founder also a designer and model, Nureen Qairina"

Nureen melangkah naik ke atas pentas.

Senyuman ditayangkan. Beratus lensa kamera mula memberikan fokus kepadanya.

"Tha—" ucapannya terhenti sebaik sahaja terlihat Mikael yang duduk di kerusi paling hadapan.

Lelaki itu memandang dia tajam.

"Are you okay Ma'am?" soal pengacara itu.

Nureen mengangguk. Setelah seminggu lelaki itu muncul di hadapannya.

"Thank you to all guests for coming tonight. Tonight I'm going to launch my new label with my partner Mya Adeliya, Marketing Director called Blanc&Eclare. I'm want to say thank to my mom Puan Sri Wardah for supporting and helping me to complete my dream as well as my only friend Mya Adeliya. Let's begin our auction tonight. Hope you guys enjoy it also this is a part of charity that will distribute to Mercy Malaysia. That's all for now. Thank you" Nureen segera menyudahkan ucapannya dan kembali ke belakang pentas untuk menukar pakaiannya.

"Ladies and gentlemen we present to you by Blanc&Eclare Auction Runway. Please hold up your card to call the price"

"Kau nak bid ke?" bisik Syahmie.

"We will see later" balas Mikael penuh dengan agenda.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro