C 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas 20 rekaan sudah dilelong dengan harga yang ditawarkan sangat tinggi.

"Now last but not least let's welcome our gorgeous model, the main dress Nureen Qairina"

Spotlight ditalakan ke arah sebuah tangga yang terletak berhampiran dengan pentas itu.

Mikael tersenyum sinis.

"She's so beautiful" ujar Syahmie.

"Lain je bunyi tu" tegur Mikael.

"I mean her dress" tapis Syahmie sebaik sahaja tersedar seperti dipukau.

Nureen berjalan ke tengah pentas.

"10 million"

Nureen terkedu. Satu kad bernombor 5 diangkat.

Kesemua mereka terkejut. Tawaran pertama dengan harga 10 million.

"T-Tengku Daniel Mikael menawarkan 10 million"

Syahmie memandang rakannya.

Nureen memandang ke arah jutawan muda itu.

"10 million one"

"Two"

"Three"

Tak tak tak

"Congratulations Tengku. Now yours" ucap pengacara.

"Erm boleh kami nak ambil gambar Tengku bersama isteri?" kata seorang jurugambar.

Pengawal peribadi Mikael memandang majikan. Mikael mengangguk.

Mikael berjalan naik ke atas pentas.

"What the hell are you doing?" bisik Nureen.

"Taking picture of course" balas jejaka itu tenang.

Sebaik sahaja Mikael naik ke atas pentas untuk mengambil gambar bersama isterinya, seseorang terkejut.

"Along tu ke husband Reen?" soal Nurain.

Naufal mengangguk.

"Dialah orangnya. Along dengar mak Mikael yang nak Reen jadi isteri anak dia" terang Naufal.

'Kenapa kau bertuah sangat even kau tu anak kutip je. Aku dah lama sukakan Mikael masa kitaorang study sama-sama dulu. But aku tak sangka dia jadi suami kau sekarang'

Nurain sedikit terkejut melihat bekas senior-nya itu ialah suami kepada adik kembarnya. Sedangkan dia juga menaruh harapan terhadap jejaka itu.

"So along nak buat apa sekarang?" soal Nurain. Sudah semestinya otaknya ligat memikirkan macam-macam cara untuk merampas Mikael dari Nureen, adiknya sendiri.

Matlamat dia dan keluarganya berbeza kali ini. Keluarganya mahukan adiknya itu kembali kerana ingin memperbetulkan segalanya tetapi dia mahu adiknya kembali dan membongkar latar belakang model terkenal itu yang disahkan sebagai anak kepada fashion designer terkenal, Puan Sri Wardah.

Selepas sahaja menukar pakaiannya, Nureen pergi mendapatkan Mikael yang sedang berbual dengan beberaa orang ahli korporat.

"We need to talk" ujarnya lalu melangkah keluar dari dewan itu.

"Excuse me" ujarnya.

Dia berjalan keluar dari dewan sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Nureen menyilangkan tangannya.

"Mana you dapat gambar photoshop tu?" soal Nureen.

Mikael memandang ke arahnya.

"Huh photoshop even it's real? Still want to deny it?"

"Yes because I'm not cheating behind you even I don't love you" balas Nureen.

Mikael berdecit lalu memandang sinis wanita itu.

"Let's not talk about this again" kata Nureen.

"Why? Because you want to meet that guys again. Like that? Fikir eh Nureen Qairina you and me are the public figure. Think about my image as your husband"

"Masalahnya I tak buat semua benda tu. Apa yang buatkan you percayakan gambar tu berbanding I your wife sendiri?" soal Nureen.

Mukanya merah menahan marah.

"I percaya apa yang I nampak dengan bukti" tegas Mikael.

Meanwhile

Mya yang sibuk ke hulu ke hilir mencari rakannya itu akhirnya melangkah keluar dari dewan.

"Haish dekat sini rupanya kau" gumamnya sebaik sahaja melihat rakannya itu bersama Mikael di luar dewan.

Tetapi dia terlihat sesuatu yang akan mendatangkan kecederaan kepada seseorang.

Stage light yang digantung pada dinding itu bergoyang.

Mya mengalihkan pandangan pada tali yang menyokong lampu itu.

Hampir terputus.

Zzup

"REEN TEPI" jeritnya.

Mereka yang ketika itu terdengar jeritan Mya terus berhenti bergaduh.

Mikael memandang ke atas melihat lampu itu bila-bila masa sahaja akan menghempap wanita di hadapannya.

"What?" soal Nureen sendiri.

Mikael terus menarik lengan Nureen dan melindunginya dalam dakapannya.

Tiang lampu itu jatuh menghempap badannya.

"Argh"

Mereka berdua terbaring di atas lantai.

Mya bergegas memanggil bantuan.

Mikael menggunakan tangannya sebagai sokongan supaya beratnya tidak dikenakan ke atas Nureen.

Mikael melihat Nureen yang sudah tidak sedarkan diri.

"Reen" panggilnya.

Kemudian dia terasa akan sesuatu yang basah pada tangannya yang melekap pada belakang kepala isterinya.

Dia terkejut melihat cecair merah itu.

"Nureen Qairina" panggilnya lagi.

Dua orang pengawalnya serta Syahmie datang ke arah mereka.

"Sediakan kereta kita pergi hospital sekarang" arahnya.

Para wartawan mula berdesup keluar dari dewan untuk melihat keadaan mereka.

"Tolong cover aku" pinta Mikael.

Nureen diangkat dengan gaya bridal style manakala Syahmie menghalang pihak media untuk mengambil gambar.

Pintu lif tertutup.

Sebaik sahaja tiba di basement, Mikael terus membawa masuk Nureen ke dalam kereta dan bergegas ke hospital berhampiran.

[Breaking News]

Pengasas serta model terkenal Nureen Qairina ditimpa kemalangan semasa berada di luar dewan bersama suaminya.

Dengan tindakan segera Tengku Mikael, Nureen terus dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro