C 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Westland Hospital

Keadaan di luar hospital sangat sesak dengan wartawan yang sibuk membuat liputan tentang model terkenal serta jutawan muda yang tercedera itu.

Mikael bergerak ke bilik yang menempatkan Nureen selepas mendapatkan rawatan.

"Doc said she's fine. Cuma kecederaan di kepalanya akan memberikan kesan sampingan seperti pening dan halusinasi" jelas Mikael.

"Kau macam mana? Okay?" soal Syahmie.

Mikael mengangguk.

"Aku okay cuma lebam sikit je" balas Mikael.

Tiba-tiba pintu dibuka.

Mya melangkah masuk ke dalam bersama paperbag di tangannya.

"Nampaknya kita tak boleh sekat media dah. They're all over the hospital" ujar Mya.

Disebabkan perkara itu Mikael sudah mengarahkan pengawal peribadinya berkawal di luar wad VVIP itu.

"This is your clothes if you want to change it" tutur Mya.

Dia melangkah menghampiri katil Nureen.

Kepala kawannya itu sudah dibalut dengan kain kasa.

"You want to sleep here tonight?" soal Syahmie.

"I should take care of her" balas Mikael.

"You should. Apa dah jadi on last week sampai kau tak balik rumah?" soal Mya geram.

Dia tahu sepupunya menginap di penthouse bukannya di rumah.

Mikael hanya memilih untuk mendiamkan dirinya.

Mya memandang jejaka itu geram.

"Dah la kitaorang balik dulu. Mya let's go" ajak Syahmie.

Tetapi gadis itu sepertinya masih tidak berpuas hati dengan sepupunya yang memilih untuk tidak menjawab soalannya.

"Mya let's go"

Alih-alih Syahmie terus mengambil beg tangan Mya dan menarik lengannya untuk mengikutinya pulang.

'Semua masalah ni complicated. Aku tak kenal dia jadi I don't know how to handle with it'

Dia duduk di kerusi yang disediakan di tepi katil pesakit.

Dia juga tertanya-tanya apa motif pengirim gambar itu? Sedangkan dia dan Nureen bukannya disatukan atas dasar mencintai satu sama lain.

Puan Sri Sara segera menutup televisyen selepas sahaja mendengar berita mengenai kejadian itu.

Kebetulan pada waktu itu Nurain dan Naufal pulang dari majlis itu.

"Mama nak pergi melawat Reen" ujarnya.

Naufal menghampiri ibunya.

"Not now mama"

"Tapi mama rindukan dia. Tengok sekarang dia tengah sakit. Mama nak jaga dia" rintih wanita itu.

Nurain mendapatkan ibunya.

"Sekarang dah malam ma. Esok je la eh. Mama rest dulu mesti mama penatkan" pujuk anak gadisnya.

Akhirnya Puan Sri Sara naik ke biliknya untuk berehat.

"Apa along nak buat sekarang? Ain tengok Reen yang dulu dengan sekarang dah lain" soal si adik.

Naufal mengurut pelipisnya.

"Tak tahu la Ain. Haah yang pasti Nureen dan Reen yang sekarang dah lain. Dia pernah bagi cek dekat along untuk jangan ganggu hidup dia. Sekarang dia dah ada segalanya. Sebab tu along nak gunakan Mikael" terang Naufal.

Nurain terus memandang abangnya sebaik sahaja nama Mikael itu dilontarkan.

"Reen dengan Tengku tu bercinta ke?" soal Nurain.

"Itu along tak pasti" balas Naufal.

"Ain masuk bilik dulu la"

Malam itu sepertinya Nureen dapat melelapkan matanya buat sementara waktu.

Esoknya

"Kau buat apa dekat sini hah?" lantang kedengaran suara Puan Sri Wardah bergema di sepanjang koridor VVIP bilik anaknya.

Nasib baik ketika itu Mikael pulang untuk menukar pakaian dan Nureen masih belum sedar.

"Wardah aku nak anak aku" rayu wanita itu.

Puan Sri Wardah memandang wanita bayanya itu sinis.

"Anak kau? Sorry siapa anak kau? Dia anak aku" tegasnya.

"Wardah tolong la bagi aku jumpa dia. Aku rindu dia. Aku nak tebus semua kesalahan aku dekat dia"

"Eh kau dengar sini Sara, kau dah buang dia 9 tahun yang lalu. Kenapa sekarang bila kau dah berharta dan berpangkat baru kau nak kutip anak kau balik. Tebus kesalahan kau? Malangnya anak aku Nureen Qairina takkan mengaku yang dia ada ibu macam kau ni. Ibu jenis apa kau ni? Buang anak sendiri? Hah? Kau dengar eh Reen yang ada sekarang ni aku yang jaga dan aku yang besarkan dja sampai dia berjaya. I warn you stay away from her. Baik kau serta anak-anak kau. Lagipun kau kan ada Nurain. Jaga dia sebelum kau hilang dia" kata Puan Sri Wardah.

Puan Sri Sara pula sudah menangis semahu-mahunya.

"Jangan bagi sesiapa yang tidak dikenal melawat Reen termasuk perempuan tu" tegasnya kepada pengawal.

"Baik puan" balas mereka.

Puan Sri Wardah hilang di sebalik pintu wad VVIP itu.

Katil Nureen dihampiri.

Rambut anaknya itu dibelai.

"Don't worry dear. Mama akan jaga Reen dan jauhkan mereka daripada Reen. Mama tahu Reen dah cukup terseksa. Sekarang biar mama dengan Mikael jaga Reen. Reen tak perlukan diaorang" ujarnya sambil membelai rambut Nureen yang masih tidak sedarkan diri.

Tanpa disedari seseorang terdengar mengenai perkara itu di sebalik tirai.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro