C 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hello. I need your help"

"...."

"Someone will meet you later"

"...."

Talian tersebut terus dimatikan selepas perbualan yang singkat itu.

Westland Hospital

Seorang perempuan bertudung masuk ke tempat kerja barunya.

"Attention this is our new surgeon, Dr.Nurain from Russia"

"Hye everyone you can just call me Dr.Ain. Please take care of me" tuturnya dengan senyuman.

Kesemua mereka seperti senang dengan kehadiran doktor muda yang baru sahaja ditugaskan di situ.

Nurain masuk ke biliknya.

Pandangannya dialihkam ke luar tingkap.

Baru sahaja dia mengetahui bahawa adik kembarya dirawat di sini kerana di kawasan luar hospital dibanjiri oleh para wartawan dan juga jurugambar.

Nampaknya mesti daripada pihak Tengku Mikael tidak memberikan apa-apa statement mengenai keadaan Nureen lagi.

At the same time

Mikael masuk ke dalam wad VVIP suite itu.

"Mama"

Lelaki itu menyalami tangan ibu mentuanya.

Kemudian lirikan matanya tertumpu pada katil yang tanpa penghuninya.

"Mana Reen?" soalnya.

Kemudian pintu bilik air terbuka.

"Tu" balas Puan Sri Wardah.

"Reen,Mika mama nak kena pergi butik ni. Ada orang nak ukur baju" ujar sambil mencapai beg tangan Couch miliknya.

"Ma"

Wanita itu beralih melihat anaknya. Dari nada suara anaknya juga dia dapat tahu bahawa tidak mahukan dirinya pergi.

"Tolong jaga Reen eh. Oh doktor kata dia dah boleh discharged harini" pesan wanita itu.

Mikael hanya mengangguk.

"Mama pergi dulu" pamitnya lalu keluar dari bilik itu.

Nureen duduk di atas katilnya.

"Want to eat something?" soal Mikael.

Nureen menggeleng.

"Mama kata you tak makan apa-apa dari semalam. Nanti perut tu masuk angin" ujar Mikael.

"Bukan masalah you" tutur Nureen.

Mikael mengeluh. Langkahnya diatur keluar dari bilik itu.

Nureen menjelingnya melalui ekor mata kemudian bersiap-siap untuk menukar pakaiannya.

Mikael keluar dari wad itu lalu masuk ke dalam lif.

Ting

Lif itu tiba di tingkat kedai-kedai yang menjual makanan.

Langkah diatur masuk ke sebuah cafe.

"One fruitty pancakes with orange juice" pesannya di kaunter.

Cashier menyerahkan number buzzer kepada Mikael.

Seorang perempuan melintasi di belakang Mikael namun nasibnya malang apabila Mikael berpusing lalu air coffee di dalamnya tumpah mengenai lelaki itu apabila mereka berlanggar.

"Oh sorry sorry" tuturnya kelam-kabut menyeluarkan tisu dari poketnya.

Mikael memejamkan matanya. Nasib baik dia memakai baju kemeja berwarna hitam.

Dia melihat ke arah nametag yang tersemat pada jubah putih itu.

Dr.Nurain

"Maafkan saya maafkan saya" ucapnya berkali-kali.

"Ehem" Mikael berdehem kerana tidak selesa dengan perbuatan wanita itu yang cuba membersihkan kotoran pada bajunya.

Nurain mendongak.

"Tengku Mikael?"

Mikael memandang wanita itu.

'Macam aku pernah jumpa perempuan ni'

"Saya Ain? Dulu masa belajar dekat Rusia, Tengku senior saya" terangnya.

"Oh yea. Ain that medical student right?" teka Mikael.

Nurain mengangguk lalu tersenyum. Akhirnya lelaki di hadapannya masih belum melupakannya.

Buzz buzz

Bell button  yang berada di tangan Mikael itu berbunyi.

"Sorry I got to go" ucapnya.

Nurain cuba mengawal riak sedihnya.

Mikael menghulurkan kad kreditnya lalu mengambil pesanannya dan terus masuk ke dalam lif.

'Sokay Ain janji dia ingat kau'

Tapi apa yang peliknya lelaki itu langsung tidak perasan mengenai wajahnya hampir seiras dengan isterinya.

Mungkin bentuk muka yang membuatkan orang disekeliling tidak perasan mengenai mereka ialah kembar. Bentuk muka Nurain lebih kepada bulat manakala Nureen yang sememangnya cukup pakej itu mempunyai V line.

Lagi pula dia bertudung manakala adiknya tidak.

Mikael masuk ke dalam wad Nureen.

Kebetulan Mya berada di situ juga.

"Kau tak kerja ke harini?" soal Mikael sambil meletakkan makanan di atas meja.

"Eh aku bos suka hati aku la" balasnya selamba.

"Makan dulu lepas tu baru balik. I nak pergi settle bill jap" ujar Mikael.

Nureen tidak membalas apa-apa.

Bayang Mikael hilang begitu sahaja di sebalik pintu.

Mya mengeluh.

"Korang gaduh ke?" soal Mya.

"Tak" balas Nureen acuh tak acuh lalu menyuapkan pancake ke dalam mulutnya.

"Reen kalau ada apa-apa masalah dengan Mika bagitahu je aku. Mana tahu aku boleh tolong. Aku kenal dia tu dari kecil tahu. Yea as you know belum pernah ada mana-mana perempuan yang mencuri hati dia" terang Mya.

"Aku okay la" balas Nureen.

Malas mendengar tazkirah kawan baiknya itu. Dia juga tidak berminat untuk mengetahui mengenai lelaki yang bergelar suaminya.

12:00 P.M

Pengawal peribadi Mikael sudah bersiap sedia untuk menghalang wartawan dari mendekati majikan mereka.

Security hospital juga turut meletakkan tanda kawasan larangan bagi pihak media.

Mikael dan Nureen keluar dari lif.

Sebaik sahaja melihat pasangan itu, para wartawan terus menyerbu mereka.

"Reen are you okay?"

"Can you give some statement about the incident?"

Mikael memeluk erat pinggang Nureen agar isterinya itu tidak terjatuh kerana dihimpit oleh jurugambar dan wartawan.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan hospital.

Pihak media mula bersurai.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro