C 56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurain melihat ke arah Jeff yang sibuk membelek helaian dokumen yang berada di atas meja kerjanya.

"Awak" panggil Nurain.

Jeff mengangkat kepalanya.

"Yes anything?" soal Jeff yang sukar membaca air muka isterinya itu.

"Kita pergi melawat Reen boleh tak?" soal Nurain takut-takut.

Jeff menutup dokumen di hadapannya. Pen disimpan di tempatnya.

Terus dia berjalan ke arah Nurain yang duduk di birai katil.

"Are you sure? Abang bukan apa tapi nanti haish" Jeff juga tidak mampu memberikan jawapan pada perkara itu.

Nurain mengeluh.

"Macam ni lah. Let me settle with her first then I will bring you" cadang Jeff.

Nurain hanya mengangguk.

"Tidurlah dulu. I need to finish my work first" pujuk Jeff.

Nurain hanya menurun.

Lampu tidur dimalapkan. Jeff hanya berasa bersalah setiap kali memikirkan hal itu.

Nureen adik yang membesar bersamanya. Manakala Nurain isteri yang sangat memerlukan sokongan buat masa ini.

Walau apa pun yang terjadi dia perlu slowtalk dengan Nureen terlebih dahulu sebelum membawa isterinya berjumpa dengan adiknya.

'Come on Reen please accept her. Don't need to resent her anymore. Semuanya dah terima balasan yang sepatutnya'

Drit dritt

Dia mengatur langkah menghampiri meja kerjanya sebaik sahaja mendapat notification.

Mika

Jeff esok malam datang lah rumah. Reen pun dah discharged.

Tengoklah macam mana nanti. Aku rasa dia marahkan aku lagi.

Jeff you know her well just like I knew her.

Yea I know. Tak nak send gambar baby girls dekat aku ke?

Oh mama tak tunjuk ke. Wait

Oh so cute my anak buah, Kayla and Kayra

Datanglah nanti bila tengok depan mata.

In Sha Allah. Please take care of my sister.

I will bro.

Terubat juga rindunya terhadap adiknya itu. Mikael inilah yang menjadi wartawan tidak berbayarnya.

Setiap hari ada sahaja yang akan direport kepadanya.

Majalah yang menjadikan Nureen sebagai model muka hadapan majalah itu dipandangnya.

Itu kali terakhir Nureen muncul menjadi model semasa 5 bulan yang lalu.

5:35 A.M

Nureen terjaga apabila menangkap bunyi yang kurang senang menerpa gegendang telinganya.

Getah rambut diambil lalu rambut diikat gaya messy bun.

"Hey Kayra awalnya bangun"

Mikayra diambil lalu disusukan.

Terlihat dia, Mikael yang berada di katil satu lagi. Sebenarnya awal-awal lagi Mikael sudah mencantumkan katil king yang berada di bilik tetamu ke bilik ini. Yang pasti Nureen melarangnya tidur di atas sofa.

Jadi Mikayla tidur di katil lagi satu bersama Mikael.

Setelah selesai menidurkan Mikayra kembali, Nureen mengatur langkah naik ke bilik atas iaitu bilik asalnya bersama Mikael.

Tuala diambil lalu masuk ke dalam bilik air.

7:45 A.M

"Awal betul kau celik mata Mya" tegur Mikael melihat Mya bermain dengan Mikayla yang sudah terjaga bersamanya tadi.

Manakala adiknya masih tidur.

"Suka hati aku la" balas Mya.

"Hah gaduh-gaduh. Nanti Bonda masak kamu berdua baru tahu" ugut Tengku Hamisah yang sudah bersedia untuk membuat sarapan.

Memandangkan keluarga besar mahu bertanda ke rumahnya nanti. Suaminya juga telah pulang malam semalam dari Canada.

"Mika kejutkan Angah tu. Tidur je" arah Tengku Hamisah.

"Ye la Bonda" kata Mikael pasrah.

Langkah diatur naik ke bilik adiknya.

Serentak itu, Nureen keluar dari bilik bersama Mikayra didukungannya.

"Weyh Reen kau dah baca belum news semalam?" soal Mya sebaik sahaja Nureen duduk di atas sofa.

"Belum why?" soal Nureen ingin tahu.

"Baca lah" kata Mya.

"Ala phone aku dalam bilik lah" balas Mya.

Lalu dia terpandang ke arah iPhone X berada di atas sofa yang sama.

Dia pasti itu telefon milik suaminya.

Telefon pintar itu dihidupkan. Dengan mudah security code dapat diakses.

Kemudian, dia mencari apa yang sepatutnya.

Congratulation to Reen and Tengku Mikael for their first newborn twins

Baru sahaja 5 hari yang lalu, international model dan juga isteri kepada jutawan terkenal Tengku Mikael selamat melahirkan anak kembar mereka.

Hal ini dimaklumkan oleh Puan Sri Wardah merangkap ibu kepada model Reen. Katanya lagi buat masa sekarang masih belum ada apa-apa pendedahan akan diberikan kepada pihak media.

Reen Qairina dan Tengku Mikael selamat mendirikan rumah tangga hampir setahun setengah dan kini dikurniakan cahaya mata yang menambahkan kebahagian dalam hidup pasangan itu.

Persoalan yang bermain di fikiran kami serta peminat hanyalah

Adakah Reen akan kembali aktif menjadi model?

Serta bilakah pasangan ini mahu menunjukkan anak mereka kepada public?

Selesai membaca artikel itu Nureen meletakkan kembali telefon Mikael di tempatnya.

"So how?" soal Mya.

"Ramai dah mula buat tawaran diaorang untuk ambil kau" tambahnya.

"Tak tahulah nantilah aku fikir. Lagipun I still have another problem to solve" jelas Nureen.

Mya memandang Nureen.

"You don't miss your brother? I mean Jeff?" soal Mya.

Nureen terdiam.

Jeff lelaki yang dianggap abangnya itu. Selalu berada dengannya untuk menyelesaikan masalahnya.

"Tengokkan Kayra kejap aku nak pergi tengok Bonda" kata Nureen mengelat.

Selepas bayang Nureen hilang, Mya mengeluh.

"Girls I hope your mummy will forgive your uncle and aunty" luah Mya.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro