C 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nureen berjalan masuk ke bilik. Dia menggenggam kuat almari di sebelah pintu itu.

Air matanya mengalir.

Mikael yang kebetulan melintasi di hadapan bilik itu terus berundur sebaik sahaja terlihat isterinya.

"Sayang" tegurnya dan Nureen masih membelakanginya.

Kemudian dia terdengar Nureen seperti sedang menangis. Terus pintu ditutup.

"Hey sayang why? Is it hurt? Why are you crying?" soal Mikael panik.

Nureen menggeleng namun esakannya semakin kuat.

Terus Mikael menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

"Hey kenapa ni? You buat I risau la" kata Mikael.

Belakang badan Nureen diusap perlahan.

"You miss Jeff?" tembak Mikael.

Semakin basah bajunya dengan air mata Nureen. Maka betullah bahawa isterinya merindui lelaki tersebut.

"Sayang I know you miss him so much. But your ego. You should throw it away. I know you need him" kata Mikael.

Terimbau kembali kenangan dia melihat Nureen dan Jeff dimarahi Puan Sri Wardah kerana anak-anaknya itu bermain hujan sehingga dibawa masuk ke dalam rumah. Ketika itu, Nureen masih belum mengandung lagi.

Alih-alih dengan Puan Sri Wardah sekali diangkut mereka bermain hujan. Such a beagle sibling.

Walaupun tidak mempunyai pertalian darah tetapi mereka akrab dan sangat memerlukan antara satu sama lain.

Namun tembok ego Nureen mengatasi segalanya. Kini kerinduan isterinya terhadap lelaki itu hanya dibuang melalui air matanya.

"Rest biar I jaga Kayla and Kayra" kata Mikael sebaik sahaja tangisan Nureen mula reda.

Wanita itu hanya berselubung bersama selimut di badannya.

Pintu bilik ditutup menandakan Mikael sudah keluar.

Mya yang ingin ke dapur terserempak dengan Mikael.

"Nureen?" soal Mya.

"Rest" jawab Mikael sepatah.

"Kau ajak Abang Jeff datang ke?" soal Mya menginginkan kepastian.

"Already but he not sure yet" balas Mikael.

Mya hanya mengangguk.

Kemudian Mikael ke ruang tamu untuk melihat anaknya. Ternyata Syahmie sedang mengawasi anak yang sedang tidur di atas floorbed.

Lirikan matanya beralih kepada adiknya yang menyambung tidur di atas sofa.

"Ngah kau dah shower belum?" soalnya sambil menggerakkan kaki adiknya.

Namun tiada tindak balas daripada adiknya itu.

"Bonda bising jangan salahkan along" kata Mikael memberi amaran.

"Hrmm" hanya itu sahaja yang kedengaran.

"Boys bonda panggil makan" jerit Mya memanggil jejaka-jejaka di ruang tamu.

Ayahanda sudah duduk di tempatnya.

"Mika pergilah makan. Biar Bonda tengokkan mereka" arah Tengku Hamisah.

"Tak apalah Bonda. Nanti Mika makan dengan Reen je" balas Mikael.

Tengku Hamisah hanya mengangguk.

Mikayla dan Mikayra dilihatnya.

'I hope your mummy will forgive your uncle. Uncle Jeff really wants to meet you girls'

8:30 P.M

Selepas kembar itu dimandikan, Mikael membawa kedua-dua mereka turun ke bawah di mana seisi keluarga sedang berkumpul.

Ibu saudaranya, Tengku Haslina tiba petang tadi tetapi ketika itu anaknya sudah dibawa naik ke atas.

"Your daughter. OMG so cute" tutur ibu kepada Mya.

Mikayla yang terjaga itu mula menjadi rebutan. Sementara Mikayra berada dengan Puan Sri Wardah di dapur yang sedang berbual bersama Nureen.

"Along nak pergi tolong Ayahanda dekat luar jap" kata Mikael.

Tengku Hamisah mengangguk. Pandai-pandailah dia melihat cucunya itu.

Mikael berjalan ke dapur.

"Nak minum?" soal Nureen sebaik sahaja terlihat kelibat suaminya.

Mikael menggeleng.

"Nak pergi tolong Ayahanda dekat luar" katanya. Telefon pintarnya ditinggalkan bersama Nureen.

Puan Sri Wardah hanya memandang kelakuan menantunya itu.

"Reen tak nak jumpa Jeff?" soal Puan Sri Wardah.

"Entahlah mama" hanya itu jawapan sambil lewa Nureen.

"Tak baik buat macam tu dekat Jeff. He miss you so much. Lagipun arwah dah tak ada kan. Ain pun hilang tempat bergantung. Naufal pula dah berhijrah ke Dubai. Apa yang Reen tunggu lagi" kata Puan Sri Wardah.

Kadang-kadang tidak sampai hati dia melihat Nurain duduk termenung. Ye lah abangnya sudah berhijrah ke Dubai sebaik sahaja majlis pengebumian selesai. Kini tinggal bersama Tan Sri Yusry yang tidak berapa sihat di sana.

Hanya Nurain sahaja ingin terus menetap di Malaysia.

"Assalammualaikum"

Salam yang diberikan menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu.

"Kak Mya pergilah tengok. Lelaki" arah adik sepupunya yang mengintai dari tingkap.

"Hah lelaki" kata Mya.

Dia terus bangun dari sofa dan berjalan ke arah pintu utama yang terbuka luas itu.

"Oh Abang Jeff. Masuklah. I really hope you will come. Finally" pelawa Mya.

Jeff masuk ke dalam.

"Mama dengan Reen dekat ruang makan. Mikael dekat laman belakang" tutur Mya.

Jeff hanya mengangguk.

Mya kembali ke ruang tamu.

"Siapa tu Mya? Handsome-nya" puji sepupu yang sama baya dengannya.

"Aip. Tu abang Reen. By the way not available okay. Sila buang angan-angan anda jauh-jauh" balas Mya.

Terus panjang muncung gadis itu.

Yang lain sudah melepaskan tawa mereka.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro