BAB 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Zaydan pernah berkahwin 3 tahun lalu."

Zzass! Pernyataan yang keluar dari mulut Kak Zara membuatkan aku rasa tak boleh bernafas. Dada aku sesak. Kenapa aku tak diberitahu pun? Aku memang ditipu sejak dari awal lagi ke? Aku pandang Kak Zara dengan sejuta satu persoalan.

"Perkahwinan tu secara rahsia. Hanya akak satu-satunya ahli keluarga yang hadir pada waktu tu. Kalau Zayyin nak tahu, mama dan papa pun tak pernah tahu tentang hal ni sampai sekarang."

Aku ternganga luas. Semakin sesak dada aku jadinya. Kenapa sampai macam tu sekali? Aku nak tanya, tapi soalan tu tak mampu nak keluar. Otak aku pun cannot brain sekarang. Jadi, aku ambil keputusan untuk diam dan biar Kak Zara je buka semua cerita lama tu.

"Dia kahwin senyap-senyap sebab hubungan diorang mama dan papa tak restu. Mama dan papa pula memang dah plan nak masuk meminang Zayyin untuk Zaydan waktu tu."

Aku terdiam.

"Jadi...Zayyin ni perampaslah kan?"

Sayu je aku tanya Kak Zara soalan tu.

"No! Listen to me first, Zayyin. Zayyin tak salah! Perkahwinan Zaydan pun tak kekal lama dengan perempuan tu. At their wedding night, both of them had involved in tragic accident. Kena langgar dengan treler besi. Dan Zaydan...lumpuh sementara sebab kemalangan tu."

"Isteri Zaydan?" 

Pedih hati aku nak sebut dua perkataan tu. Macam tak percaya ada insan lain yang pernah pegang title isteri kepada lelaki yang aku cinta.

"His wife died in the accident."

Tak tahulah aku patut tepuk tangan dengan gembira atau tak lepas dengar benda khabar itu. Jauh di sudut hati, terbit juga rasa kasihan dan simpati. Tak sangka Zaydan sanggup simpan kisah perit ni sendiri dengan Kak Zara.

"Apabila Zaydan dapat tahu isteri dia dah meninggal, dia tak boleh terima hakikat. Plus, kubur arwah isterinya dirahsiakan oleh keluarga belah perempuan. Alasannya sebab keluarga perempuan tu pun tak restu dan tak nak Zaydan ada kena-mengena lagi dengan keluarga mereka. Bertahun lamanya dia berkampung di oversea semata-mata untuk pulihkan diri. Mama dan papa pula diberitahunya dengan alasan sambung belajar. Kak Zaralah yang berulang-alik jenguk dia di oversea sana. Kalau ikutkan, Zaydan memang tak nak balik Malaysia langsung. Tapi, bila mama dan papa call dah pinangkan Zayyin untuk dia, Zaydan terpaksa turutkan."

Waktu keluarga Zaydan masuk meminang hari tu pun memang aku tak jumpa dia kat majlis tunang. Mama aku kata sebab tunangan aku tengah sambung belajar kat UK. Habis Zaydan belajar, baru kahwin.

Time tu, memang aku dah puji Zaydan melambung-lambung dalam hati. Maklumlah, nak dapat suami bijak pandai mengalahkan cendekiawan katakan... Study kat UK tu,jangan main-main!

"Kak...boleh Zayyin tahu siapa nama perempuan tu?"

"Tak silap akak, nama dia...Huda. Huda Hidayah binti Sulaiman."

Kak Huda? Kepala aku dah terasa berpusing. Ya Allah, betul ke semua ni? Ataupun, hanya kebetulan yang tak disangka? 

Kak Huda tu senior aku kat UiTM. Memang aku rapat dan kamceng gila dengan dia. Perangai dia pun sama masuk air dengan aku. Cuma...dia special, dia lain. Kak Huda gila-gila macam tu pun, amalan dan ibadah dia memang sempurna dijaga. Auratnya terlindung daripada pandangan ajnabi, solat fardunya di awal waktu dan lembutnya persis bidadari. 

Pertama kali masuk universiti, aku jahil sebab freehair dan tak pakai tudung. Ilmu agama pun tahap paras boleh lepas soalan Munkar Nakir je. Tak sampai lagi nak lepas titian sirat dengan padang mahsyar. Kak Hudalah orang yang banyak ajar aku untuk mula bertudung dan tutup aurat dengan sempurna. Banyak aku terhutang budi dengan dia.

Sekarang, aku dah jumpa jawapan untuk semua ni. Patutlah Kak Huda...cinta pertama Zaydan. Dia sempurna.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro