Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ada yg tertunggu-tunggu next chapter CHMA 2 ke?

Hehe keep support me tau.❤

-

"Ya Allah hubby.." kakiku laju melangkah menutup pintu rumah. Kemudian dia yang terbaring di sebelah Afi aku hampiri. Aku melepaskan helaan nafas.

"Penat sangat nampak? Sampai nak tutup pintu balik pun tak larat." aku duduk menghadap mereka. Afi masih nyenyak tidur di situ.

"Sorry sayang. Kepala hubby sakit sangat. Sepatutnya hubby kena overtime harini tapi terpaksa balik awal. Tak tahan." tangannya bermain-main dengan tangan kecil Afi.

Lagi? Senang betul dia dapat sakit kepala sekarang.

"Hubby pergilah mandi dulu. Lepastu Fira kasi makan ubat."

Kepalanya digeleng laju. "Taknak. Hubby nak rehat je. Nanti hilanglah pening ni."

Haih tengoklah tuu

"Iye pun mandilah dulu. Balik kerja terus baring sebelah Afi macam ni. Walaupun hubby kerja dalam pejabat tapi still tak elok terus dekat baby."

Tanpa menjawab, dia lalu bangun menghadapku. Jelas kepucatan di wajahnya. Dahiku mengerut dengan keadaan dia dengan rambutnya yang kusut macam tu.

"Kita pergi cek klinik je lah. Hubby asyik tak sihat je. Risau pula Fira."

Dia menggeleng lagi.

"No need bunny. Hubby awak ni kan kuat?" dia senyum segaris.

Konoknyaa

Pipi gebu Afi dikucupnya dua kali. Terlihat si kecik tu menggeliat kerana diganggu. Dimples Dani muncul melihat riak Afi Khairy.

"Dahlah hubby. Pergi mandi sana. Tak payah kacau dia tidurlah." aku menepuk-nepuk lembut lengan Afi.

"I really love both of you." dia kembali memandangku.

Pipiku naik. "Kami pun sama.. ayah." tiba-tiba rasa takut menerpa diri. Takut bahawa kebahagiaan keluarga kecil ini bakal dirampas.

Aku tak mendoakan yang buruk buruk. Cuma keadaan Dani kebelakangan ni buat aku susah hati. Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan dia.

"Majlis aqiqah untuk Afi, hubby dah uruskan. So sayang tak perlu banyak fikir lagi tentang tu." kali ini jarinya hinggap ke cuping telinga Afi. Sekejap ditarik sekejap diusap. Aku tahu dia geram sebenarnya.

Aduhaii

"Hubby nii" tangannya aku alihkan ke dalam genggamanku. "Janganlah ganggu dia. Kesian dia."

"Don't care,"

"Tapi hubby, betul yang hubby tak sorokkan sesuatu daripada Fira? Fira tak syak hubby apa-apa cuma Fira tak nak hubby berahsia lagi.  Kalau betul hubby ada masalah, jujur dengan Fira. Let me help you."

"Sayang.. hubby okey. Sumpah hubby tak berahsia apa-apa pun daripada Fira. Hubby berpegang pada janji." tangan kami bertukar kedudukan. "Atau Fira masih tertanya tentang hal yang berlaku antara hubby dengan Eliya dulu?"

Argh nama perempuan tu keluar pulaa

"Fira dah tak nak ingat pun pasal tu. Cuma Fira takut kalau hubby sakit tapi sorok daripada saya. Itu je."

"I'm alright bunny. Listen here," kami saling menatap wajah. "Maafkan hubby kalau dah timbulkan keraguan dalam hati sayang tentang kesetiaan hubby. Kita masing-masing tak faham apa yang berlaku. Pinta hubby supaya Fira lawan apa pun yang datang tanpa putus asa. Boleh?"

Laju aku mengeluh. Kata-kata yang serupa lagi dan lagi diungkapkan.

"Boleh tak kita jadi macam dulu-dulu? Hidup bebas tak fikir banyak benda. Kepala tak serabut dengan hal yang bukan-bukan? Fira tak nak dah dengar hubby mengarut macam ni. Fira takut hubby. Tolong?" kepala aku tundukkan menahan sebak.

Aku takut gila kalau sememangnya dia dah bosan dengan aku. Dia seakan nak gantikan tempat aku dengan orang lain dan pergi. Huh. Harap sangat dijauhkan.

Tangan Dani menarik perlahan badanku ke dalam dakapannya. Terus tumpah air mata ini.

"Kenapa bunny cengeng sangat sekarang? Ni mesti otak tu fikir benda-benda negatif. Hubby cakap berulang kali benda yang sama supaya sayang peka. Ujian datang sekelip mata tanpa kita undang. So from now on, Fira kena belajar kuat sendiri. Hubby bukan sengaja takutkan sayang." tangannya membelai rambutku.

Pinggangnya aku peluk seerat yang boleh. Terdengar dia menyengih.

"Manja juga ibu Afi ni rupanya. Kalau boleh nak bawa ayah masuk dalam bilik terus." ngomelnya sendiri.

Aku lalu melepaskan pelukan. Wajahnya aku jeling hebat.

"Eh asal buat muka macam tu? Ingat cantik ke?"

"Malas layan hubby." aku mengesat sisa air mata di wajah.

"Here," jarinya turut menyeka hujung mataku yang basah. Pipiku naik. "Hubby nak mandi ni? Sayang tak nak ikut? Hubby okey je Fira nak mandi sekali." usiknya.

"Apalah ni hubby ni.. Afi ni ingat sikit tauu"

"Oh ya. Kita bukan berdua lagi tapi dah bertiga."

*

Selepas upacara mencukur jambul, semua tetamu yang hadir kami persilakan menjamu selera. Majlis kecil ni dibuat di rumah kami sendiri. Lega aku bila bab aqiqah ni sudah diselesaikan.

Bibirku senyum segaris bilamana melihat tiga pangeran mama sibuk bersama Afi. Dah macam abang-abang jaga adik kecil mereka je aku tengok diorang. Darwish membiarkan Afi mengenggam jari telunjuknya. Dazrin pula mengusap-usap kepala Afi. Dan yang menggendongnya adalah si suami.

"Korang tak makan dulu ke? Biar saya pula yang jaga Afi."

"Main dengan Afi dah buat kami kenyang Fira." sahut Darwish.

Cehh hahah

Mujurlah Afi jenis yang tak hiraukan keadaan bila sedang lena.

"Hubby okey tak ni? Kenapa berpeluh teruk sangat?" aku perasan dahinya dipenuhi peluh. Bahagian belakang bajunya juga habis basah.

"I'm okay bunny. Hubby cuma panas sikit. Mungkin sebab lepas kena kerumun orang tadi."

Panas sikit? Taklah sampai basah baju. Aku yang bertudung ni pun tak berpeluh macam dia.

"Kau duduk bawah aircond ngah bukan bawah matahari." Darwish mencelah.

Ada betull

"Biar Fira lah yang gendong Afi pula."

"Tak apalah. Dia dah tidur dah ni. Hubby okeylah. Takkan panas sampai tak boleh bawa Afi." ujarnya dengan sedikit nada gurau.

Yalah. Afi mana boleh lepas dari tangan dia.

"Papa,"

Kami menoleh serentak. Si montel Kimi berdiri di hadapan kami dengan berpeluk tubuh. Mulutnya dimuncungkan.

"Hye boy,  dah selesai makan? Kenyang tak?" Dani bertanya.

"Jomlah main dengan Kimi. Kenapa papa asyik main dengan dia?" dia kedengaran cemburu.

"Papa tengah dodoikan adik ni. Kimi belum tengok dekat dekat lagi muka adik Afi kan? Marilah sini."

"Tak nak!" kakinya dihentak. "Kimi tak suka dia. Papa jomlah main dengan Kimi. Dah lama papa tak jumpa Kimi. Papa jom. Kita pergi dekat mama sekarang."

Aku dan Dani berpandangan sekilas.

"Tak baik budak tinggikan suara macam tu depan orang tua. Kurang ajar namanya."

"Rishh," Dani menegur percakapan adiknya. "Kimi pergilah dekat mama. Papa betul-betul tak dapat ikut Kimi. Kimi dengar cakap papa kan?"

"Taknak! Kimi nak papa juga. Jomlah papa.."

"Mana boleh. Papa Am kan ayah adik Afi juga. Ayah sebenar pula tu." muncul Iqbal mencelah.

Kimi menarik mukanya mendongak wajah Iqbal. "Sibuklah uncle ni." terus dia berlari keluar. Barangkali pergi mendapatkan mamanya semula.

Dani menyengih. "Kau ni Iqbal. Budak tu.."

"Well itulah kenyataannya. Aku dah nak balik ni. Thanks invite aku bro. Makanan dekat majlis korang sentiasa sedap. That's why aku suka datang. Siapa masak? Fira?"

"Campur-campur air tangan." balasku. Aku sorang masak memang tak logiklah.

"I see."

"Ni kalau ada apa-apa masalah kat mall, kau bagitahu aku terus. Memandangkan kerja dekat pejabat tak banyak sangat, aku boleh jenguk sana."

"Roger bro." Iqbal melangkah lebih dekat ke arah Dani. Tangan kanannya menepuk bahu Dani perlahan. "Kau jaga diri. Aku tengok kau macam tak sihat je."

Dani tersenyum kelat. Bukan setakat aku perasan yang dia tu sakit, orang lain pun nampak. Itu dia selindungkan lagi?

"Kau relaxlah. Thanks datang."

"Ah no problem. Aku memang selalu on ke majlis kau. Comel betul little boy uncle tu. Dah besar guarantee serupa ayah dia ni nanti."

"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."

"Paksu dia pun tampan juga." lagi Darwish menyampuk.

Aku menyimpan senyuman. Lelaki pun nak menang jugaa

"Bro.. aku percaya kau tau. Kau sorang sahabat aku sekarang. Andaikata tiba-tiba aku buat keputusan yang melampau batas, kau tolong halang aku. Halang sampai perkara tu tak berlaku." tutur Dani.

Start lagi dia nii

"Aku selalu ada belakang kau lah bro. Kau ni pun tak pernah cakap macam ni. Dah nampak risau Fira tu."

Laju aku menundukan kepala tika Dani mengerlingku.

"Kalau aku dah tak boleh lindungi keluarga aku sendiri nanti, korang berempat tolong jagakan mereka untuk aku. Sampai aku kembali."

Dalam dia aku melepaskan keluhan. Mana dia nak pergi?

🌷

Vote,comment,share <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro