Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

"Ustaz dengan Sara suka datang tak bagitahu dulu. Nasiblah saya dah selesai kemas rumah." ujarku bersama senyuman.

Selepas Dani bertolak pergi kerja aku terus mengemas rumah. Dalam setengah jam macam tu, tengok mereka berdua pula datang.

"Sorry tau Fira sebab tak call awak dulu. Harini ustaz Akram ambil cuti bawa Saiful pergi temujanji dekat klinik. Kami hantar Saiful dengan parents saya dulu sebelum ke sini."

"Ohh. Korang berdua duduklah dulu. Saya nak pergi buat air kejap."

"Anak awak mana Fira?" soal ustaz Akram.

"Afi kat atas ustaz tengah tidur." sebuah katil baby dah disediakan khas untuk dia dalam bilik. Selamat sikit nak tinggal dia sorang-sorang.

"Macam ni Fira, saya sebenarnya yang ajak Sara ke sini untuk jumpa awak dengan Dani. Tapi saya rasa Dani tak ada kat rumah kan sekarang?"

Dahiku berkerut kecil. "Haah dia kerja. Ada apa tu ustaz?" langkahku terbatal. Aku melabuhkan punggung di atas sofa.

Sara mengeluarkan satu botol air yang penuh berisi dari dalam beg sandang tepinya. Botol itu diletakkan di atas meja.

"Ini air saya buatkan untuk Dani. Bagi dia minum."

"Air apa ni ustaz?" aku blur seribu bahasa.

"Air kelapa. Awak jangan tambah apa-apa lagi dalam air tu. Sebelum Dani minum, suruh dia baca al-Fatihah satu kali dan surah Taha ayat 69 sebanyak tiga kali. Kemudian doa moga air kelapa ni mampu jadi penawar bagi segala penyakit dan racun dari segala gangguan jin dan syaitan." terang ustaz Akram dengan bersungguh.

Aku terdiam memandang botol tersebut. Ustaz Akram memang ada kemahiran dalam hal begitu. Tapi apa yang sedang berlaku ni? Aku tahu ia tak salah untuk amalkan perkara tersebut tapi asal tiba-tiba?

"Fira.." Sara mencapai tangan kananku. "Mungkin ini agak menghairankan awak. Tapi ustaz Akram buat macam ni bersebab. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk Dani."

"Apa yang ustaz nampak dekat Dani?"

"Pada majlis aqiqah anak awak haritu, saya terasa ada sesuatu yang lain pada dia. Ia dihantar untuk menganggu ketenangan suami awak."

Dadaku terus berkobar hebat. Allahu

"Sejak bila ustaz?"

"Saya tak pasti Fira. Mungkin sudah lama dari yang kita jangka. Tapi jangan terlalu risau. Kita cuba ikhtiar sama-sama supaya benda tu tak dapat lebih dekat dengan Dani. Pesan pada dia, jangan tinggal solat. Banyakkan berdoa."

Mataku berair. "Jadi selama ni ada orang cuba sihir Dani?"

Ustaz Akram kedengaran menghelas nafas berat. "Wallahu a'lam"

Siapa hamba Allah yang berhati busuk tu ah?!

"Assalamualaikum."

Salam diberi seiring dengan bunyi loceng rumah. Pintu rumah yang dari tadi dibiarkan terbuka aku toleh.

"Hubby?" laju kakiku berdiri menekan kunci pagar seraya bergerak laju ke luar rumah. Mendapatkan Iqbal yang sedang memapah Dani.

Lengan Dani segera aku peluk. Wajahnya yang pucat lesu aku pandang sekilas.

"Kenapa cemas sangat ni bunny? Hubby okeylah." dia bersuara.

"Apa yang jadi ni Iqbal?" gila aku tak cemas. Dahlah tadi baru dapat tahu sesuatu yang memeranjatkan. Ditambah dia pulang dalam keadaan macam ni.

"Am datang singgah mall tadi. Tiba-tiba pula dia nak pitam. Don't worry. Saya dah bawa dia pergi hospital. Doktor cakap tak ada apa yang serious. Dia cuma terlampau penat." jelas Aqram.

Dani lalu menarik tangannya dari bahu Iqbal.

"Aku boleh jalan sendiri."

Dia beralih kepadaku. Pipinya naik.

"I'm okay."

"Fira ingat hubby kena pukul ke apa. Buat takut orang je datang macam ni."

Dia tersengih. "Iqbal yang over nak papah hubby bagai. Lagipun siapa berani nak pukul Ammar Danial?" lagaknya sangatt

"Fira? Dani?"

Ustaz Akram dan Sara tengah berdiri di hadapan pintu. Hampir lupa aku dengan kewujudan mereka.

"Ustaz dengan Sara dah lama sampai." aku memberitahu perlahan.

*

Selesai menyusukan Afi, aku membaringkan dia di atas katilnya sendiri. Dia aku biarkan bangun sebab matahari dah hampir terbenam. Waktu yang tak elok sangat untuk bayi tidur.

Dani yang masih berehat di atas katil, aku hampiri. Kacak di wajahnya tak pernah pudar even macam mana pun keadaan dia. Tak jemu aku sebagai isteri tatap wajah ni.

Sempatt

Jauh di sudut hati, aku tak suka tengok dia sakit. Isteri mana yang tak risau kan bila suami jatuh sakit? Hati aku yang galau tak mampu dijelaskan bagaimana. Perkara siang tadi pun aku tak bagitahu dia.

Yes aku tak patut berahsia. Aku tak boleh bayangkan reaksi dia bila dapat tahu. Punca semua ni berlaku pun tak tahu datangnya dari mana, siapa dan kenapa.

Aku mencapai tangannya. Cincin perkahwinan di jarinya aku mainkan.

"Fira sayang hubby dunia akhirat." hangat pula tubir mata ni.

"Hubby pun sayangkan Fira dunia akhirat."

Aku sedikit tersentak dengan sahutannya. Wajah aku angkat menatapnya. Lantaran itu air mata bergelinangan jatuh di pipi.

Dani menyandarkan badannya. Lantas dia mengesat pipiku yang basah.

"Bunny kenapa ni? Kuat nangis betul kan sekarang?"

"Fira cuma sedih. Fira dapat rasakan semuanya mula berbeza. Perbualan kita tak ceria macam dulu. Setiap masa Fira dibelenggu perasaan yang sukar untuk Fira tafsir." mungkin semua ini kerana benda yang ustaz Akram beritahu siang tadi.

"I'm sorry. Hubby selalu buat sayang sedih, menangis. Hubby langsung tak minta perkara buruk menimpa keluarga kecil kita. Apalagi Afi baru hadir dalam keluarga ni. Kalau hubby jatuh, Fira lah yang harus berjuang untuk kita."

Tak boleh. Kalau betul ada seseorang cuba aniaya Dani, aku akan pastikan rancangan dia hancur. Tak ada satu pun manusia berhak sentuh kebahagiaan aku kecuali Tuhan Penguasa Alam.

Air yang ustaz Akram serahkan kepada aku, sudahpun aku sediakan di tepi katil. Aku menuang air tersebut ke dalam gelas yang disediakan.

"Hubby minumlah air ni."

Aku perasan ada sedikit kemerahan di kedua mata Dani.

"Air apa ni sayang? Macam bukan air kosong je."

"Kalau hubby tak nak makan ubat yang doktor beri, hubby minum air tu. Ikut arahan Fira. Sebelum minum, baca al-Fatihah sekali, surah Taha ayat 69 tiga kali dan berdoa moga hubby dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan." terangku.

Dia menurut tanpa banyak soal. Sejurus membaca ketiga doa yang disuruh, dia mula meneguk air tersebut.

"Air apa ni!" tak semena-mena dia mencapak gelas di tangannya ke atas katil. Air yang tumpah diserap selimut dan cadar.

"Kenapa hubby buang air macam ni?" terkesima gila aku dengan tindakan dia.

"Fira kenapa bagi hubby minum air kelapa? Hubby tak suka! Bagitahu awal-awal tak boleh itu air apa?" dia memarahi aku.

Mataku membahang lagi. Terasa habis aku dengan kelakuan dia. Gelas tadi aku capai.

"Yepun tak suka, janganlah main campak. Habis semua basah. Hubby tak pernah buat Fira macam ni tau."

Dia mengeluh kecil. "Sayang hubby minta maaf. Hubby bukan sengaja. Hubby alah dengan kelapa."

"Selama kita kahwin, Fira tak pernah tahu pun?"

"Sayang please jangan panjangkan pergaduhan. Lepas kita solat maghrib, hubby tolong Fira tukar cadar katil okey?" pujuknya.

Kau kena tahan amarah kau Fira. Kau kena faham dia. Dia tengah sakit. Kau kena tolong dia bukan bertekak dengan dia.

🌷

Thanks for your

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro