Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Saat terjaga, pandanganku serta-merta menangkap susuk tubuh Dani yang sedang berdiri menggendong Afi. Jam loceng di atas meja samping katil aku kerling. Baru masuk pukul satu pagi.

Malam tadi awal juga aku terlelap lepas tidurkan Afi. Kepala tiba-tiba rasa berat.

Aku menyandarkan badan.

"Afi kenapa?" tangan sempat menggosok-gosok mata.

"Entah." jawabnya pendek.

"Kalau Afi merengek, bagilah kat Fira. Biar Fira jaga. Hubby kan tak sihat tu."

Dia tersengih. "Kenapalah anak kita ni terlalu comel? Geram hubby tengok."

Sakit dia dah sampai ke otak ke? Macam tiber pula.

"Ye comel. Bawa sinilah hubby. Dia haus tu kot."

Afi kedengaran mula menangis. Lain yang aku suruh lain yang dia buat. Dia mula menapak keluar dari bilik.

"Nak bawa Afi pergi mana pula?"

"Pergi dengan hubby lah." langkahnya diteruskan.

eh jap,

asal aku macam ternampak something eyh? Benda yang dia pegang kat tangan kiri seolah..

gunting? Apa kejadah?

Hati aku sudah rasa tak sedap. Aku segera terjun dari katil mengejarnya. Dengan mendadak pintu bilik tertutup. Tombol cuba aku pulas.

"Hubby buka!" dia kunci aku?! Tanganku mengetuk kuat pintu sambil memanggil namanya.

Suara tangisan Afi yang semakin lantang bikin jiwa aku resah. Dia nak buat apa dengan anak dia pagi-pagi buta ni?!

"Hubby bukalah! Tak kelakarlah nak gurau macam ni!"

Masih tiada balasan.

Ya Allah tolong aku!

Apa aku nak buat sekarang? Dalam otak aku terbayang-bayang dia buat perkara buruk dekat Afi. Minta dijauhkan. Boleh meroyan aku macam ni!

"Hubby!" aku dah tak kesah kalau jiran sebelah pun boleh dengar suara aku. "Hubby buka! Jangan main-main boleh tak?! Bagi Afi pada Fira lah!" kalau aku dapat pecah pintu ni, tak adanya aku macam orang bodoh sekarang.

Dadaku semakin berombak tika suara tangisan Afi perlahan-lahan menjauh. Semakin deras tanganku mengetuk. "Hubby!! Hubby buka! Saya tak ada masa lah dengan semua ni!" kalau ini satu jenaka daripada dia, memang ada juga kuali melayang nanti.

"Dani!!"

Pintu bilik pun ditolak dari luar. Tercengul figura Dani di hadapanku. Yang ada dekat tangan dia sekarang, hanya sebuah telefon bimbit miliknya.

"Afi mana?!"

Boleh pula dia buat muka blur sekarang?

"Hubby bawa Afi pergi mana? Mana dia?"

"Apa Fira mengarut ni? Afi tengah tidur tu kan?" dia memberi isyarat mata ke arah katil.

Lantas aku berpaling. Ya. Afi ada tidur di atas katil kami. Aku terkesima. Macam mana boleh? Tadi yang aku tengok tu apa?

"Fira kenapa teriak macam orang tak betul tadi? Mengigau ke apa?" tiada kedengaran bimbang pun dalam nada dia.

Aku melepaskan keluhan. Tubuh aku bawa duduk di sisi katil. Tanganku memicit-micit kepalaku yang terasa berdenyut.

Ini kali kedua aku alami situasi yang sama. Benda yang aku sangkakan manusia tapi bukan. Asal aku yang kena eh? Benci betul!

Selepas mengunci pintu, Dani kembali untuk baring di tempatnya. Tengoklah. Memang main tak endah je aku kat sini. Baguss

"Hubby dari mana?"

"On call tadi."

"Siapa yang call pagi pagi buta ni?"

"Officemate. Ada urgent. Fira kan tahu kerja hubby."

"Oh urgent? Macam takda apa je yang berlaku? Asal sambung tidur balik?"

"Hubby tak nak bertekak Fira. Benda dah settle. Jangan nak buruk sangka sangatlah." dengan membelakangi aku dan Afi, dia menarik selimut menyelimuti tubuhnya.

Sampai hati..

*

Sedang leka menyidai pakaian di ampaian rumah, anak mataku kemudian menangkap sebuah kereta perodua aruz merah masuk ke halaman rumah yang arwah Aqram diami suatu ketika dahulu.

Seorang lelaki berpakaian long sleeve denim turun dari tempat pemandu. Sedar akan amatanku, dia terus menghadiahkanku senyuman. Dalam membalas senyumannya, boleh pula mata ni terbayangkan figura Aqram berdiri di situ.

Rindu.

"Dah pandai main mata nampak? Ada hati?" suara Dani menyentak lamunanku. Saat menoleh, dia melarikan pandangannya dariku. Bersama wajah ketat, dia melipat tangan bajunya ke paras lengan.

"Fira senyum jelah. Mungkin dia jiran baru kita tu. Takkan nak tetiba jeling?"

"Mentang dia lelaki kan? Entah entah dah kenal lama. Takpun ex?"

Heishh dia ni cemburu ke apa?

"Apa hubby ni? Fira tak nak bergaduhlah sebab benda kecik ni. Tiba-tiba nak tuduh bagai. " badmood dia dari semalam tidak kesudah. Kesal sangat ke dia dengan peristiwa aku meraung semalam?

Dalam diam aku perasan dia merenung tajam lelaki tadi. Selang beberapa minit, sebuah teksi pula muncul tepat di hadapan pagar rumah kami. Nak ambil orang ke hantar orang?

"Pergi dulu." ujarnya ringkas.

"Hubby call teksi? Pergi kerja naik teksi? Kereta ada. Motor ada." setahu aku dua buah kenderaan dia tu mana ada rosak.

"Naik teksi pun nak dihairankan?" Dani membalas dingin seraya menapak ke arah teksi tersebut. Tanpa berpaling ke arahku, dia masuk ke dalam perut teksi itu.

Again, sampai hati.

Kecil hati aku dengan layanan dia sangat sukar dijelaskan. Mungkin 'benda' yang ustaz Akram bagitahu, mula ganggu pemikirannya. Sikap pun dah tak serupa bikin.

Di saat melihat teksi tadi berlalu, aku seakan menangkap wajah manusia lain di tempat duduk belakang.

Macam..

Eliya?

!

Dia lagi?!

Tak boleh jadi ni! Kalau betul itu perempuan desperate si Eliya, gempa bumi dunia ni dibuat aku kang. Kakiku segera berlari anak masuk ke rumah  mendapatkan telefon bimbitku di kamar tidur.

Pintu bilik aku kuak perlahan. Menjenguk Afi di dalam katilnya, sudah terbuka luas mata si kecil itu. Confirm dah lama anak aku ni bangun.

"Kesian little boy ibu ni.." tanganku mengusap jemari halusnya. "Lepasni ibu susukan ye?" si kecil Afi hanya merenung wajahku sambil menggerakkan kakinya.

Telefon bimbitku yang terletak di atas laci aku capai. Aku kena telefon Dani. Aku kena tanya dia nak pegi mana sebenarnya. Tapi dia akan jawab ke call aku? Call Eliya?

Huh

Benci betul aku dengan betina miang tak habis tu. Ke mana dia dan laki aku nak pergi? Dating balik? Malas buang masa, jariku mendail nombor sang suami.

Sorry the number you have called has been disconnected

Argh! Tiga kali berturut-turut Dani tak angkat! Dia ni memang nak pasang baru ke?! Tak boleh jadi, Dani tak jawab, try Eliya pula.

Hanya sekali cubaan, panggilanku disambungkan.

"Eh Fira, terkejut saya nombor awak call. Kenapa ni?"

"Mana laki aku?"

"Abang Am?"

Eh eh perempuan ni menambahkan kebodohan.

"Banyak betul laki aku ye Eliya? Kau ingat aku tak nampak muka kau dalam teksi yang Dani naik tadi. Korang nak pergi mana eyh?"

"Ups hehe. Tak ke mana pun laaa. Dia kan lelaki pandai lah jaga diri. Dont worry Fira, awak jaga je anak awak tu, biar abang Am saya jaga." dia melontarkan nada gediknya.

Hati aku ni kalau boleh nak ambil buluh serodok-serodok dia punya anak tekak!

"Kau hasut suami aku apa sampai dia ikut kau keluar?"

"What do you mean by 'hasut'? Dia nak balik kampung lawat mak tok dia. Kau tengok sendiri Fira yang mak tok tetap dia utamakan. Tolong ey jangan cuba kacau hubungan dia dengan kami. Aku tahu kau cemburu sebabtu kau cuba nak pisahkan kami. Kenapa? Ada niat nak bolot harta Am sorang-sorang?"

Heh nak mention pasal bolot harta pula. Otak perempuan ni mesti penuh dengan kebangsatan.

"Aku nak cakap dengan Dani."

"Call la sendiri. Kenapa? Dia tak nak jawab call kau? Kesian. Janganlah kacau dia harini. Dia busy and aku pun busy. Bye Firaa muahh"

Call ended.

Handphone aku hempas ke atas katil. Tahniah Eliya. Kau berjaya potong aku dalam permainan ni. Kau ingat aku mudah putus asa? Kau nak main dengan aku sangat kan?

Kau tunggu.

*

"Assalamualaikum Fira,"

Lamunanku mati. Aku segera menuju ke arah pagar berbekalkan senyuman palsu di bibir. Menyembunyikan air wajah suram aku ni pada Sofea.

"Termenung jauh nampak. Fira okey?"

Aku menyengih. "Saya okey je. Rasa tenang pulak duduk hirup udara kat luar rumah ni."

Satu penipuan daripada ku. Ingat aku ada masa saja-saja nak duduk healing depan rumah? Aku tengah tunggu si suami balik! Phone pula sampai sekarang masih off. Kenapa buat saya risau macam ni Dani?

"Baby mana? Tido ke? Am tengah jaga?"

"Ada kat dalam. Dia bangun tu. Am keja. Takda kat rumah. Jom la masuk dulu." pelawaku.

"Eh takpe. Saya datang nak bagi ni ha sambal sotong. Ada masak lebih tadi." container tupperware biru diserahkan kepadaku.

"Terima kasih Sofi. Susah-susah je." aku pun belum masak untuk diri sendiri. "Budak bambam Kimi mana?"

"Dekat rumah juga. Dia pesan dekat saya tadi kalau papa Am ada, nak suruh papa Am jumpa dia. Nak ajak main bola katanya. Rindu." ujar Sofea.

"Ala kesiannya dia. Nanti Am balik keja, saya sampaikan ye." papa Am awak tu dah tak macam dulu lagi Kimi. Dia dah tak ada masa untuk kita. Entah reti balik ke tidak dia.

"Fira saya nak tanya sikit ni."

"Eh boleh tapi masuklah dulu" persilaku sekali lagi.

"Takpa takpa sekejap je ni. Erm perempuan yang bernama Eliya tu ada hubungan apa ya dengan Am?" soalnya berhati-hati.

Dahiku mengerut.

Sofea sempat menyengih. " Masa awak tengah sarat dulu, dia kan pernah datang sini. Kebetulan pula saya nak on the way ke sini ternampak Am tengah marah-marah dia. Masa tu korang ada sebut nama dia kan sebab tu saya tahu. Saya just curious tapi kalau awak tak nak jawab pun takpa."

"Boleh kira dia adik angkat Am. Tak lebih pun dari tu." jawabku bersahaja. Perempuan tak siuman tu tak layak pun diberikan title untuk laki aku.

"Oh rupanya. Baguslah. Risau juga saya."

"Risau?"

"Takut takut dia ada niat nak ganggu rumahtangga awak dengan Am. Am pun nampak benci semacam pada dia,"

Itu dulu Sofea. Sekarang tak lagi.

"Jangan risau. Semuanya baik-baik saja." dustaku lagi. "Awak tu next time datang bawa Kimi sekali. Boleh main ngan baby Afi." lantas aku melarikan topik.

"Boleh je Fira."

Aku tersenyum kelat.

🌹

vote~♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro