Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Pintu bilik aku tutup lekas. Aku menahan dadaku yang berombak. Entah mengapa aku sangat tidak sedap hati dengan apa yang aku lihat di bilik Eliya tadi.

Kau dah tengok benda yang tak sepatutnya Fira. Yang kau pergi intip juga perempuan tu tadi dah kenapa? Bongok!

"Sayang?"

Mataku beralih ke atas katil. Dani sedang memandangku sambil mengangkat kedua keningnya.

"Why? What's wrong bunny? Baru nampak hantu ke tadi?" sempat si dia tu nak melawak.

Bibir aku ketap. Aku merenung dia sedalamnya di samping otak ligat memikirkan hal sebentar tadi.

Eliya..

Kau...

Suami aku??

Dani nampaknya mula bangun menuju ke arahku. Kedua tanganku terus dicapai. "Takkanlah sayang nampak hantu betul-betul kat dapur tadi? Ha?"

Aku masih enggan mengalihkan pandangan daripada menatap kekasih hatiku ini. Entah mengapa lidah aku kelu. Aku tak mampu mengeluarkan sepatah kata.

Hubby.. Eliya tadi...

"Hey bunny. What's wrong? Janganlah buat hubby takut macam ni,"

Nafas aku tarik sedalamnya. Relax Fira. Kau kena selesaikan perkara ni. Apapun kau kena hentikan perbuatan Eliya tadi.

"Just tell me dear? What happened?"

"Apa yang dah hubby dengan Eliya buat selama ni?"

Serta-merta dahi Dani mengerut.

"Apa yang dah hubby buat pada Eliya sehinggakan dia taksub dengan hubby?" mata aku pedih.

Bukan kerana marah atau kecewa pada dia tapi hati ini terlampau sakit dengan perempuan bernama Eliya.

"Listen here, I never did anything to make her fall in love with me. I never gave her any hope. So now please tell me, what Eliya has told you?" ujarnya dengan penuh keseriusan sehingga boleh menampakkan dimples-nya.

Aku menggelengkan kepala. Tangan kami bertukar kedudukan. Kini aku yang memegang erat kedua tangannya.

"Eliya tak beritahu saya apa-apa pun cuma sekarang.. saya betul-betul tak keruan bila dapat tahu yang Eliya sangat gilakan hubby."

Dani terus mendengus. "Kenapa Fira tiba-tiba cakap macam ni?"

"Saya nampak tadi hubby. Dia dah lama impikan saat bersama hubby tapi terhalang kerana saya. Sebab hubby kahwin dengan saya."

"Fira hubby tak faham langsung apa sayang cakap ni. Tolonglah terus terang dengan hubby,"

Aku meletakkan tangan kanan di dadanya. Terasa degupan jantungnya yang sedikit kencang. Mungkin khuatir dengan keadaan aku sekarang.

"Eliya bukan setakat nak cinta hubby tapi.. tubuh hubby."

Wajah Dani tercengang habis. Tak percaya dan tak sangka dengan kata-kata aku.

"Apa awak cakap ni?"

"Itulah yang saya saksikan tadi hubby! Eliya buat perkara tak senonoh dengan benda... Dia lakukan benda tu sambil sebut nama hubby. Dia bayangkan yang saat itu dia bersama hubby!" jelasku dengan penuh jijik.

Riak wajah Eliya yang penuh kenikmatan ketika buat benda dosa tu masih berlegar di otak aku.

Ya!

Aku tak patut saksikan benda tu!

Aku benci!

Sakit hati!

Dia bernafsu dengan suami aku!

Ya Allah..

"Betul ke apa yang Fira cakap ni?" mata Dani kelihatan merah. Jiwa dia pasti pedih. Eliya yang dulunya 'nakal' disangka sudah berubah hakikatnya masih sama.

Kesian Dani.

Dia yang menjadi mangsa.

"Dasar hipokrit!" Dani lalu hendak membuka langkah mencari Eliya. Pergelangan tangannya aku tahan.

"Hubby.. dia dalam keadaan yang tak sepatutnya untuk hubby tengok."

Sekali lagi Dani mendengus. Badan sasanya itu lantas aku rangkul.

Dia milik aku Eliya. Dia jantung hati aku. Mana mungkin aku akan baik-baik saja bilamana seseorang ingin memilikinya.

Perbuatan kau itu bukan setakat buat kami marah tapi Allah juga murka!

*

Baru setapak kaki melangkah ke luar bilik, telingaku menangkap suara riuh di ruang tamu rumah.

"Assalamualaikum.."

Aku terus menjeling bosan. Eliya yang baru balik dari kolej mengucap salam tadi. Dengan acah ayu nya dia berlalu ke arah ruang tamu kerana dipanggil seseorang.

Siapa yang ada dekat luar tu? Bunyi macam suara makcik-makcik berbual. Orang kampung yang rapat dengan mak tok datang kot.

Malas betul aku nak bergaul sama. Lebih lebih lagi si Eliya tu ada. Meluat teruk aku tengok lagak perempuan melayu terakhir dia. Boleh muntah hijau!

"Jadi hang telepaih lah Iya. Rugi betoi hang dak dapat jadi bini Am. Polis tu. Bukan orang besa."

Telinga aku menangkap ayat tersebut. Belum tengok lagi rupa orang-orang dekat luar tu aku dah dapat agak yang mereka sama spesis "makcik bawang".

Sorry.

Rugi memang rugi perempuan yang tak dapat pegang title sebagai isteri Ammar Danial tapi itulah Dani dah kahwin. Biarlah semua berlalu dan belajarlah untuk move on.

Ni tak masih terkinja-kinja nakkan suami orang!

Tiba-tiba terasa tangan seseorang menjalar di pinggangku. Segera aku memusingkan badan. Serta-merta badanku berada dalam dakapan sang suami.

"Seronok curi dengar perbualan orang?"

"Terkejut lah Fira. Ingatkan siapalah tadi.."

"Relax lah sayang. Bukannya ada lelaki lain pun dalam rumah ni. Lagipun hubby tak sergah sayang macam dulu dulu tu.."

"Haa," sempat aku mencuit hidungnya "Cakap pasal dulu dulu tu, kenapa hubby lepaskan semula tangan Fira? Dahlah sesuka hati sergah orang. Woi kan orang pula tu,"

Dani mencebikkan bibirnya seketika, "Masa tu kita belum halal sayang. Hubby tak boleh pegang yang bukan mahram sesuka hati. Hubby terpegang pun pergelangan tangan sayang sebab hubby terkejut tengok sayang hampir tumbang."

"Ermm faham.."

"Kalau kita dah halal hubby takkan lepas punya tangan sayang malah hubby peluk macam sekarang." tangannya masih memaut erat pinggangku.

"Dahlah nanti mak tok tengok.." ujarku.

"Biarlah. Fira isteri hubby. Apa kesah? Ni dah selesai kemas barang belum?"

"Dah. Fira ingatkan hubby join mak tok kat luar,"

"For what?"

"Nothing."

"Okeylah. Hubby nak ambil beg bawa keluar. Make sure tak ada apa yang tertinggal."

"Eh don't worry lah. Baju-baju hubby dalam almari pun Fira dah simpan semua."

Dani mengangguk bersama segaris senyuman di bibirnya.

"Awalnya abang nak balik.." teguran Eliya menghentikan langkah Dani. Figuranya tengah berdiri tidak jauh dari kami. "Kita makan tengahari dulu lah. Biar Iya masak."

"No need." Dani menjawab pendek.

"Tapi nanti mak tok cakap apa pula.."

"Eh dahlah! Stop tunjuk baik lah. Ingat aku tak tahu apa kau buat semalam?" kali ini Dani menunjukkan sisi dinginnya yang sudah lama aku tak tengok.

Nice !

Eliya seakan sudah gelabah. "Abang tahu apa?"

"Aku tahu apa? Kau melempiaskan nafsu kau atas katil dan membayangkan yang bukan bukan tentang aku. Tak senonoh!" tengking Dani.

Eliya terus terdiam. Seronok aku tengok peluh membasahi dahinya. Nampak sangat kau bersalah.

"Tudung labuh kau tu seolah "tudung saji". Kononnya nak jaga apa yang ada dekat dalam daripada tercemar tapi sebenarnya ia dah lama kotor. Termasuk hati kau!" bentak Dani membuatkan bahu Eliya terhinjut.

Aku pula tak berani ikut bersuara bila tengok geram Dani semakin memuncak.

"Sebab tu aku awal awal bawa isteri aku keluar dari rumah ni. Takut lebih teruk perkara kau akan buat."

Kepala Eliya hanya menunduk. Sudah tak berani bertentang mata dengan Dani.

"Am nak balik dah?" giliran mak tok pula yang tiba di sini. Nampaknya makcik-makcik tadi sudahpun pulang.

"Ye mak tok. Am terpaksa bawa semua barang Am yang dah lama tersimpan kat sini. Mungkin Am akan jarang balik sini."

"Tak apa lah. Mak tok faham. Mak tok harap Am dan Aya takkan lupa mak tok di sini."

Kesian pula aku dengan mak tok. Kedengaran sayu suaranya.

"Mak tok jangan cakap macam tu lah. Kami tak akan lupakan mak tok pun." sahutku.

"Tadi mak tok dengar Am marahkan Iya. Maafkan cucu mak tok ye Am? Mak tok juga rasa kecewa sangat. Mak tok sangkakan Iya dah betul-betul berubah."

"Mak tok tak perlu minta maaf atas kesalahan orang lain. Harap lepas ni dia cepat cepat bertaubat. Minta ampun pada Tuhan."

Aku nak kau hadam Eliya. Aku nak lepas ni kau betul-betul berubah.

"Mak tok.." Dani menghampiri mak tok seraya menyalami wanita tua itu. "Maaf kalau Am buat mak tok tersinggung dengan kata-kata Am."

Tersentuh aku.

🎈

Jalankan tanggungjawab anda♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro