Bab 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-

Sedang Dani memasukkan dua buah bagasi ke dalam bonet kereta, aku bersalaman dahulu dengan mama. Mama memeluk erat badanku seakan berat nak melepaskan aku pergi.

"Fira jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa masalah call mama terus." pesan mama.

Aku mengangguk sambil menguntum senyuman. "Mama pun jaga diri. Jangan terlalu sibukkan diri dengan kerja. Darwish tengokkan mama tau?" Darwish yang berdiri di sisi mama aku pandang.

"No worries." jawabnya pantas.

Kemudian Dani datang menyalami mamanya.

"Take care ma."

"Take care honey."

"Mama tak payah risau, Dani akan bawa Fira balik sini bila Dani free. Lagipun mama percaya Dani kan yang Dani boleh jaga anak perempuan mama ni baik-baik?"

"Yes, mama trust you dear." pipi flawless Dani sempat mama usap.

Aku mengerling Dazrin yang turut berada di sini. Dia nampaknya masih membisu.

"Angah dah bagi alamat rumah angah pada kau Rish. Nanti free ajak mama pergi sana."

"Rojer ngah."

Kemudian Dani terhenti di hadapan Dazrin. Kami semua terdiam memandang mereka silih berganti.

Tanpa disangka Dani mendekati abangnya itu lalu mereka saling berpelukan. Alhamdulillah. Lega hati ini melihat tingkah Dani. Dia sudah perlahan-lahan belajar untuk memaafkan dan melupakan kisah silam.

"Aku pergi dulu. Kau terus uruskan syarikat papa betul-betul. Kami percayakan kau."

Alahai terasa pedih pula mata ni. Mama dan Darwish masing-masing tersenyum gembira. Akhirnya kasih keluarga ini kembali bersatu.

Selepas pelukan lerai, Dazrin menumbuk perlahan dada Dani. "Kau detektif kan? Buat kerja hati-hati sikit. Aku tak nak kau cedera macam apa yang mama cerita."

"Jangan risau lah long. Aku tak gentar dengan peluru."

Kami pun sama-sama tertawa kecil.

"Budak sebelah kau ni nasihatkan sikit. Lepas habis belajar terus suruh dia cari kerja. Jadi lelaki ni kena pandai cari duit poket sendiri." Dani memerli adiknya.

"Nanti dia tak kerja aku heret bawa masuk pejabat papa. No hal." sahut Dazrin turut bersekongkol mengenakan Darwish.

"Eleh korang bukan main seronok hentam aku. Ma tengok mereka berdua ni,"

Aku menyimpan senyuman. Seronok tengok kerenah mereka bertiga. Dari dulu berbaik macam ni kan bagus. Masing-masing bawa ego tak ke mana pun. Air yang dicincang tak akan putus punya.

"Long.." suara Dani terhenti. Mata kami tertumpu padanya menunggu sesuatu yang ingin dilafazkannya. Dia sedang cuba menyusun kata.

"Kirim salam aku pada Sha."

Dazrin mengangguk. "Sure."

Senang betul hati aku sekarang. Tahniah pada awak Dani. Berjaya runtuhkan hati batu awak yang selama ni menghasut fikiran awak. Harap Geisha juga begitu.

🥀🥀🥀

Mataku tidak lepas menatap rumah teres dua tingkat Dani yang hampir besar seperti rumah mama. Terpegun! Sungguh tak percaya rumah sebesar ini kepunyaan suami sendiri.

"Cantiknya rumah hubby," pujiku riang.

"Cantik lagi rumah mama."

Di hadapan rumah pula terdapat sebuah bigbike honda bewarna merah. Cukup cool! Memang merah itu warna favorite dia lah.

"Bigbike tu pun cantik. Tapi Fira tak pernah tengok hubby guna pun?"

"Kalau hubby tidur sini je hubby selalu guna pergi pejabat."

Kepala aku angguk. Aku mula melilau melihat sekeliling halaman rumah yang agak luas.

"Fira segan lah hubby. Fira tumpang kesenangan hubby. Semua ni hasil kerja keras hubby sendiri. Kahwin je dengan hubby terus Fira dapat nikmati semua ni."

Dani terus mencapai kedua tanganku. "Apa sayang cakap ni? Fira isteri hubby. So apa yang milik hubby sekarang milik Fira juga. Okey?"

Aku membalas dengan segaris senyuman.

"Am!"

Mendengar suara cemas itu aku turut menoleh ke belakang. Seorang perempuan berbaju kurung berambut sedikit kerinting sedang tercungap-cungap di luar pagar.

Baru lepas kena kejar anjing ke apa?

"Eh kak Su kenapa ni?" soal Dani kepadanya. Seperti sudah lama kenal.

"Fadil.. dia mengamuk lagi!"

"Apa?" wajah Dani nampak betul-betul terkejut.

Apa pula ni? Siapa Fadil? What's going on?

"Bukannya dia dah ditahan dekat hospital ke kak?"

"Memanglah tapi dia larikan diri malam tadi dari hospital. Akak risau dengan isteri anak dia. Jiran sebelah rumah dia cakap dia bawa pisau gertak jiran-jiran supaya jangan masuk campur. Jadi tak ada orang berani hentikan dia,"

"Akak tengok kereta Am balik tadi tu sebab akak berlari ke sini. Akak sangat perlukan Am untuk leraikan situasi kat sana. Boleh Am tolong?" kak Su sedikit merayu.

"Siapa siapa dah call polis? Pihak hospital?"

Aku terdiam sepi melihat perbualan tegang ini.

"Dah tapi nampaknya mereka akan datang lambat. Am je harapan akak sekarang. Tolong Am..?"

"Okey kak. Akak pergi dulu, nanti Am susul."

Kak Su menurut. Dani lalu berpaling ke arahku.

"Sayang, hubby kena pergi tolong jiran kita ni. Fira masuk dulu okey?"

Aku menggelengkan kepala. Lengannya aku tahan. "Fira nak ikut."

"Fira tunggu sini dalam rumah okey? Sekejap je hubby pergi. Fira dengar cakap hubby kan? Hubby dah lambat ni,"

Lengannya aku pegang erat. Enggan aku lepaskan dan aku tak akan lepaskan. Mana bolehnya aku biarkan suami tercinta pergi ke dalam situasi yang bahaya seorang diri.

No matter what happened, aku tetap nak dia ada di depan mata.

"Sayang tengok ni.." Dani meyilak kecil hujung bajunya dan menampakkan sepucuk pistol di dalam poket seluarnya. "I'll be safe okay?"

Enggan aku menyahut.

"Nah," kunci rumah diserahkan kepadaku. "Fira tunggu hubby dekat dalam. Jangan memandai pergi sana." pesan Dani tegas.

"Hati-hati."

"Sure." tanganku dilepas. Dengan pantasnya dia berlari keluar ke arah kanan jalan.

Diriku mula diselubungi kerisauan. Aku takut benda buruk menimpa dia. Dahlah orang lain harapkan dia sorang.

Lindungi suamiku ya Allah. Harap keadaan di sana tak berapa nak kalut.

Aku membuka pintu rumah dengan hati yang berat. Apapun aku kena dengar cakap Dani. Sekurang-kurangnya dia pun anggota polis dan ada pengalaman untuk mengatasi keadaan tersebut.

Terkuak saja pintu, aku terpegun sekali lagi. Rumah dia dalam keadaan yang tersusun dan bersih. Pandai seorang lelaki seperti dia jaga kekemasan rumah.

Perlahan-lahan kaki menapak masuk. Perabot-perabot dan aksesori rumah ni kebanyakkannya bewarna merah. Cantik. Aku suka.

"Hi."

Sapaan itu bikin bahuku terhinjut. Aku memalingkan diri ke belakang. Dahiku mengerut kehairanan. Dari mana datang lelaki ni? Dahlah betul-betul berdiri dekat dengan aku.

"Ye?"

"Ini rumah detektif tu kan?"

Dia tinggal dekat kawasan perumahan ni juga ke?

"Erm saya tak tahu ada polis lain tak tinggal dekat kawasan perumahan ni tapi suami saya memang seorang detektif."

"Suami? Dia kahwin tak beritahu pun?"

Aku mengetap bibir. Kenapa nampak pelik je mamat ni?

"Oh sebenarnya saya datang nak pulangkan pisau yang saya pinjam haritu. Saya tinggal sebelah rumah awak." pisau lipat di tangannya aku kerling.

Pisau tu pun nak pinjam dengan jiran eyh? Tapi kenapa tadi tanya ini rumah detektif ke? Kalau dah tahu pinjam dengan siapa mesti tahu rumahnya kat mana.

Something fishy.

"Jom kita borak-borak dulu?"

Erk

"Tak boleh encik. Suami saya tak ada kat rumah sekarang. Tak elok orang tengok."

"Kita borak dululah sampai detektif balik. Lagipun tak ada orang kisah pun. Mereka sibuk dengan Fadil yang gila tu." dia memainkan pisau di jari jemarinya.

Aku meneguk air liur. Tiba-tiba rasa tak sedap hati. "F-Fadil tu gila?"

"Ye. Dia tu ada sejenis penyakit. Dia suka bunuh orang untuk puaskan hati dia. Awak kena hati-hati kalau terserempak dengan dia."

"Oh okay."

"Nama siapa cik manis?"

"Fira."

"Nama pun manis sama dengan orangnya. Tak nak tanya nama saya?"

Aku berdehem seketika. "Nama awak?"

"Fadil."

Aku terbuntang. Hatiku terasa dihempas badai. Dia lah lelaki tu.. bagaimana boleh dia terlepas..

Terpancar senyuman sinis di wajahnya.

Hubby!

🎈

Sorry kalau hambar :'(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro