BAB 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nescafe ais yang aku pesan aku kacau perlahan. Renungan kosong aku berikan air itu. Walaupun nampak menyelerakan namun mood aku hari ini buatkan minuman itu rasa tawar pada pemerhatian aku.

Husna yang ketika itu sedang menikmati mi goreng mamaknya sempat mengerling dua tiga kali ke arahku. Peliklah juga dia tengok perangai aku ni. Yalah. Selalunya, makan itu adalah nombor satu buat manusia bernama Huraifah ni. Tak pernah tertinggal makan tengah hari even sedang stress sekalipun. Tapi.. hari ini, aku makan pun tak selera.

Kerana tidak mahu terus menerus menghadap situasi janggal itu, Husna habiskan kunyahannya itu. Pinggan yang masih bersisa mi goreng mamak itu ditolaknya tepi lalu dia pandang aku serius.

Aku pula masih tadi. Lagak seperti bini kematian laki. Mungkin lebih teruk kot.

"Haih, parah sangat dah kau ni, Iffah. Makan pun tidak, minuman pun kau tenung.. sampai bila kau nak jadi macam ni?" soal Husna sudah berkerut dahi.

Aku terus mendagu di atas meja. Muncungku masih seperti tadi. Muram. "Sampai Adrian dapat mood dia semula."

Husna mengeluh kecil. Pelipis mata nya diurut perlahan. "Dia itu masih sedih lagi ke? Lamanya? Dah tiga hari dah dia macam itu.. tak dapat terima keputusan lagi ke, apa?"

"Kau faham sendirilah kan. Syarikat MZ itu paling bermakna untuk dia. Engku Maulud pun percaya yang dia akan dapat syarikat tu tapi.. tiba-tiba orang lain pula yang dapat. Siapa yang tak stress kalau macam itu?" aku sudah berikan kemungkinan tentang apa yang Adrian rasakan ketika ini. Sangat tertekan.

"Tapi, takkanlah sampai tak jawab call kau kot? I means.. kalau sedih pun takkan tunang sendiri pujuk pun dia nak marah? Pelik." ujar Husna cuba mengaitkan cerita aku dengan kejadian dua hari lepas.

Aku ketap bibir. Dalam diam, aku juga sedikit setuju dengan pendapat Husna yang satu itu. Sejak kebelakangan ni, aku dengan Adrian jarang bercakap. Even kitorang dah bertunang pun, dia macam cuba 'mengelak' dari jumpa aku.

Hmm.. aku harap itu hanya firasat aku aje.

"Jadi, kau nak cakap apa? Ad tak suka aku? Macam itu ke?" soalku cuba menyangkal firasat sendiri.

Terus Husna angkat bahu. Jus mangga yang dipesannya diteguk bagi membasahi tekaknya yang sudah kontang.

"Aku pun tak tahulah apa yang jadi sebenar nya antara kau dengan Ad tu.  Maybe, orang bertunang memang macam itu kot. Emotional semacam but aku juga sarankan supaya kau jangan layankan sangat perangai Ad itu. Kalau dia sayangkan kau, maybe dia akan cuba buat yang terbaik untuk pertahankan hubungan korang ni. Papehal.. aku harapkan yang terbaik berlaku antara korang berdua." tutur Husna dalam nada memujuk aku.

Aku ketap bibir lalu mengangguk perlahan. Setiap kata-kata Husna itu aku cuba tanamkan dalam benak kepala aku. Aku tahu yang Husna pun ada pengalaman dalam benda ni. Dia sudah dua kali putus dalam pertunangan sebab tak ada chemistry dan sekarang dia sedang bercinta dengan lelaki yang terlibat dalam perniagaan. So, kira dia dah pro lah daripada aku.

"Erm.. aku dengar yang sepupu Ad yang menang kan?" Husna cuba alih topik. Mi goreng mamak yang tadi ditolaknya tepi diambil kembali. Nak makan.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Nescafe ais yang sudah cair itu aku hirup perlahan. Erm.. tawar.

"Boyfriend aku cakap yang sepupu Ad itu senior dia masa kat sekolah dulu. Nama dia Engku Syah Taufiq, tak silap aku.." tambah Husna lagi. Nampak seperti dia tertarik untuk bicarakan fasal Syah itu.

"Hmm, betullah itu. Tak ada apa pun yang menarik fasal dia."cemuhku malas.

"Ad tak pernah ceritakan fasal Engku Syah itu pada kau ke?" soal Husna ingin tahu.

Aku sekadar menggeleng kepala malas. "Ad pun tak tahu sangat fasal Syah itu sebenarnya. Diorang pun macam tak rapat sangat. So.. dia memang tak pernah buka cerita fasal sepupu dia itu pada aku."jelasku.

Husna sekadar menganggukkan kepala. Terus dia menikmati makanannya kembali. Suasana hening antara kami berdua.

Aku diam. Sesekali aku hirup nescafe tawarku yang kini tinggal separuh. Kata-kata Husna tadi kian berlegar dalam fikiranku.

Ad sembunyikan sesuatu daripada aku ke?
...
Dokumen tentang jualan cafe nya Adrian belek sejenak. Satu keluhan berat dia lepaskan. Nampaknya jualan pada bulan lepas memang nampak teruk sangat. Dia lebih banyak rugi daripada untung. Sama seperti apa yang Ismail katakan pada nya.

"Kalau terus macam ini, habislah cafe aku." tuturnya sendirian sambil menilik graf jualan pada bulan Februari.

Bulan Januari pun, pelanggan tak ramai. Cuma bila ada promotion aje pelanggan nak datang. Adrian sudah gigit kuku. Dia sudah berkira. Kalau dia teruskan juga cafe ini, dia takut dia akan gagal. Lagipun, hutangnya makin lama makin bertambah. Kalau dia jual cafe nya itu mungkin dia dapat cover separuh hutang yang ada.

Patutke dia ambil keputusan itu? Adrian mengurut pelipisnya perlahan. Kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya dikemaskan semula. Hmm.. kalau terus menerus dia fikirkan benda ni. Dia yakin satu hari nanti dia akan jadi orang yang depresi.

Sudahlah frust pada perlantikan CEO baru syarikat MZ Holding dan sekarang dia perlu tertekan lagi fasal cafe yang baru setahun jagung dia buka. Haih.. apalah malang sangat hidup kau ni, Ad?!

Ketukan yang menyinggah di pintu biliknya buatkan perhatian Adrian teralih ke situ. Terus matanya menangkap kelibat Engku Laila yang datang memasuki bilik tidurnya.  Dia tersenyum nipis apabila melihat ibu nya sudah melabuhkan punggung di hadapannya.

"Kamu sibuk ke sekarang? Ada benda yang mama nak bincang kan dengan kamu sikit." ujar Engku Laila. Sempat juga matanya meliar melihat fail yang jelas tertera nama cafe Adrian.

Lelaki itu sekadar menggelengkan kepala. Memang dia malas nak busy pun sekarang ni.

"Tak ada ma. Ad pun cuma tengok jualan cafe aje sekarang ni." ujar Adrian masih mengekalkan senyum tawarnya itu.

"Macam mana cafe kamu itu? Baik- baik aje kan?"

"Erm, so far okay aje." dalihnya.

Erm, okay ke?! Adrian malas nak bahas lebih panjang fasal nasib cafe nya yang sudah ibarat telur di hujung tanduk. Seperti sudah tidak boleh diselamatkan lagi..

"Mama cakap mama nak bincang sesuatu tadi? Apa dia?"

"Mama nak tanya fasal hubungan kamu dengan Iffah. Kamu dengan dia baik-baik aje kan?" soal Engku Laila sudah fokus pada niatnya.

Adrian sudah angkat kening. Erm.. dia pun tak tahulah nak nilai bagaimana hubungan dia dengan Huraifah sekarang ini. Adrian rasa kan makin lama hatinya makin hambar mengenangkan fasal perasaannya pada Huraifah. Yurp.. cintanya dirasakan juga makin pudar buat gadis itu.

"Kenapa mama nak tahu fasal itu? Iffah ada mengadu something dengan mama ke?" soal Adrian ingin tahu.

Terus Engku Laila menidakkan perkara itu walaupun kenyatannya ya. Hampir setiap hari Huraifah tanya keadaan Adrian. Kasihan lah juga dia tengok bakal menantunya itu. Tak fasal-fasal, dia kena penangannya.

"Bukan macam itu. Cuma mama risau. Kamu pun sejak kebelakangan ni duduk terperap dalam rumah aje. Mama risau kalau kamu bergaduh dengan dia ke apa." ujar Engku Laila.

Satu keluhan berat meniti keluar dari bibirnya. "Hmm.. mama jangan risau lah. Ad dengan Iffah okay aje."

"Baguslah kalau macam itu. Erm.. mama takut kalau kamu lepaskan orang macam Iffah itu. Baik orang nya. Mama pun suka dengan perangai dia. Hebat pula itu." sempat pula Engku Laila memuji Huraifah satu persatu.

"Ya, ma. Ad tahu."

"Mama ada berbincang dengan papa kamu. Tak payah lama sangat kamu dengan dia bertunang. Lagi cepat kamu kahwin dengan dia, mama rasa lagi bagus." tambah Engku Laila menyatakan hasratnya itu.

Terkedu Adrian dibuatnya. Terus wajah bersih Engku Laila itu dipandangnya. Dahinya sudah berkerut.

"Mama nak Ad kahwin dengan dia? Erm, I means.. kitorang tak sampai sebulan pun bertunang." ujar Adrian dalam nada sedikit resah.

"Mama tahu cuma mama takut masalah ini akan rosakkan hubungan kamu dengan Iffah. Lagipun mama yakin yang Iffah akan tolong kamu. Dia pun pandai dalam selok belok perniagaan. Dia maybe boleh lariskan lagi jualan cafe kamu itu." tambah Engku Laila lagi.

Adrian sudah ketap bibir. Apa yang mamanya katakan itu betul belaka. Selama ini, orang yang banyak tolong dia meningkatkan jualan cafe nya adalah Huraifah.

Tapi..

Takkanlah sebab budi, dia sanggup kahwin dengan Huraifah? Habis? Macam mana dengan Amirah?

Adrian sudah berbelah bahagi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro