BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selendang merah cair itu aku buka dari terus membelit kepalaku lalu aku gantungkannya di tempat yang aku sediakan khas untuk tudung ku. Bibirku sedari masuk bilik sampailah nak duduk di atas katil masih mekar dengan senyuman.

Terus aku sandarkan belakangku pada kepala katil sambil bantal aku peluk erat. Senyumanku sudah aku tarik sampai ke telinga. Ya Allah, aku rasa nak menjerit sangat-sangat sekarang ni!!!!!!

Semalam Adrian hubungi aku minta jumpa dia. Setelah beberapa hari dia mendiam, akhirnya lelaki itu turun kan egonya. Mungkin dia tahu kalau dia terus buat perangainya, dia akan kehilangan aku agaknya. Hahah.. so sawit!!!

Dengan langkah teratur, aku masuk ke dalam cafe yang Adrian tetapkan. Sesekali jubah merah jambu yang aku pakai aku perkemaskan. Tak naklah nampak tak cantik bila duduk dinner dengan Adrian kan? Haha..

Aku terus menuju ke arah meja di mana Adrian sudah menunggu. Dia nampak segak mengenakan jaket nya yang berwarna putih. Pakaiannya nampak casual juga malam itu. Makin buat aku tak keruan bila lihat jambang halus yang tumbuh di bawah dagu Adrian. Nampak tersangatlah maskulin nya.

Selesai sahaja kami membuat pesanan, aku sempatlah tanya khabar dia. Rasanya sepanjang makan malam itu berlangsung, cuma aku aje yang banyak bercakap. Adrian pula cuma tadah telinga mendengar kisah merepek aku itu. Kadang dia senyum, kadang dia ketawa. Dan.. aku memang suka kalau dengar dia ketawa.

"Iffah, I nak minta maaf kalau semenjak dua menjak ni I selalu luka kan hati you. I terharu bila you tak pernah putus asa pujuk I. Thanks." ucap Adrian setelah dia selesai menghabiskan lamb chop yang dipesan nya.

Aku cuma tarik senyum nipis. Kunyahan ku cuba aku habiskan lalu wajah Adrian aku pandang dalam. Yurp.. aku tak kisah. I know yang Adrian akan tahu mana satu pilihan yang terbaik untuk dia. Dia kan dah besar so.. pilihan semuanya ada dalam tangan dia.

"I kan tunang you. Kita sepatutnya ada untuk satu sama lain kan? Ad, I tak kisah pun. I akan sokong you whenever  you need me." ujarku cuba menyedapkan hatinya.

Adrian tersenyum mendengar bicara aku itu. Mungkin dia tersentuh barang kali. You did a goodjob lah, Huraifah. Now,  kau boleh nampak yang Adrian senyum disebabkan kau.

"I ajak you datang sini bukan sebab itu aje. I have a good things to discuss with you." ujar Adrian tidak mahu menyingkatkan perbualan kami.

Aku terus jongket kening. A good things? Kepalaku sudah mulai diserbu pelbagai andaian. Mungkin ke dia..

"I dah bincang dengan parents I and I dah buat keputusan. I nak kahwin dengan you secepat mungkin." tambah Adrian.

Kali ini aku terpaku. Wait?! Aku tak salah dengarkan? Adrian kata dia nak kahwin dengan aku? Seriouslah!!! Terus aku terlopong. Nasib baik, aku sempat tutup mulutku. Huh.. serious aku terkejut sekarang ni.

"Y-You nak kahwin dengan I?" tergagap aku mahu mengulangkan bicara Adrian itu. Serious, aku rasakan sekarang ni aku tengah bermimpi.

Adrian menganggukkan kepala. Terus kedua belah tanganku dicapainya lalu digenggam erat. Sesekali cincin pertunangan yang terselit di jari manis ku dia main. Aku hanya membiarkan perbuatannya itu.

"Yurp, I nak kahwin dengan you. I takkan lepaskan perempuan yang dah banyak tolong I and I love you. I think kita dah boleh proceed to the next stage." tutur Adrian dalam nada bersungguh.

Anak matanya aku pandang dalam.Aku nak tahu betapa tekadnya dia untuk ambil aku sebagai isterinya. Yurp.. nampak macam dia betul-betul tekad.

"Ad, you serious ke?"
"Yes, I am."

Bertambah mekar senyuman aku dibuatnya. Ya Allah, akhirnya kau berikan kebahagiaan ini pada aku. Terima kasih kerana Engkau masih panjangkan jodoh aku dengan Adrian. Aku harap Engkau akan kekal kan percintaan kami ini sehingga ke akhir hayat.

Aku terus mengaminkan doa ku sendiri.

Tidak mahu terus menerus dibuai lamunan indah itu, aku hayun langkah masuk ke dalam bilik air. Nak ambil wudhuk, nak solat withir dan lepas itu.. aku nak tidur!

Nak mimpi yang best-best!!
...
Tingkap keretanya sengaja dibuka sepanjang perjalanan menuju ke tempat yang dia sendiri tak tahu. Sesekali dahinya diurut perlahan. Adrian cuba rasakan udara segar pada malam itu.

Akhirnya, dia terus ambil keputusan untuk parkingkan keretanya di tepi jalan. Suasana jalan malam itu sedikit lenggang. Sengaja Adrian memberhentikan keretanya di atas jambatan yang berada di tengah- tengah tasik itu. Adrian yakin cuma di situ sahaja dia mampu dapatkan ketenangan.

Langkahnya diatur keluar dari perut kereta lalu Adrian berdiri menghadap tasik yang luas terbentang. Suasana nya sedikit cantik pada malam itu dan sedikit sebanyak Adrian mulai rasa tenang.

Sesekali matanya meliar memandang langit yang malam itu kurang dicorakkan bintang. Bulan pun sedikit malap. Mungkin tak sudi agaknya nak bersemuka dengan Adrian. Pfft...

Jaket yang tersarung pada tubuhnya dibuka. Dibiarkan angin malam itu menyapa tubuhnya yang berlapik T-shirt nipis itu. Sejuk dan menyaman kan. Poket jaket itu diseluknya lalu dia keluarkan necktie merah hitam pemberian Amirah.

Senyumannya nampak pudar. Beberapa kali necktie itu dibelek nya. Dan, Adrian akui setiap kali dia nampak necktie itu, dia akan terus dihantui oleh kenangan manisnya bersama Amirah. Yurp.. walaupun Amirah sudah hampir tiga minggu meninggalkannya namun wajah gadis itu tak pernah luput dari ingatan Adrian. Beberapa kali pun Adrian cuba untuk lupakan gadis itu, dia masih tak mampu.

Akhirnya, Adrian mengeluh berat. "Aku harap keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang tepat. Kau sendiri yang minta aku untuk lupa kan kau dan aku akan tunaikan permintaan kau itu. Aku harap kau takkan pernah lagi datang dalam hidup aku." luah Adrian sendirian.

Layu sahaja pandangan yang dia berikan pada necktie itu. Kalau diikut kan hati, sudah lama dia menabur kan air mata jantannya. Namun kerana ego, Adrian cuba berlagak tabah.

Terus necktie itu digumpalnya lalu dicampakkan ke dalm tasik. Mata nya dipejamkan rapat.

Aku harap apa yang aku buat ni adalah yang terbaik, getusnya dalam hati.
...
Beberapa kali telefon pintarnya berdering, Syah yang ketika itu baru sahaja keluar daripada tandas terus meluru ke arah iPhone nya yang berada di atas katil. Dia belek telefon nya untuk sejenak. Phuh.. Malik rupanya.

Terus dia angkat panggilan itu. Kasihan lah pula kalau abaikan panggilan kawannya yang seorang itu.

"Apahal?" soal Syah sepatah.

Rambutnya yang masih basah, dia keringkan dengan tuala. Sempat juga dia keringkan leher dan juga dada bidangnya yang terdedah. Rilekslah.. lagipun cuma dia aje yang ada dalam bilik itu.

"Malam ini kau free tak?" soalan berbalas soalan.

"Aku busy lah. Kenapa kau tanya?".

"Haih kau ni, Syah. Sejak dapat jadi CEO ni dah jarang keluar lepak kan. Bro, janganlah serius sangat. Kalau ada masa itu, cubalah enjoy. Lagipun, dah lama juga kau tak turun clubbing." ujar Malik sudah menghasut.

Syah menarik nafas dalam. Dia biar kan tuala tergantung di leher nya. Kalau perempuan nampak, confirm cair. Ehemm...

"Kau cakap senanglah. Yang kena itu aku. Lagipun, sekarang ni mood aku nak pergi clubbing tengah ke lautlah, bro. Mama aku pun ada kat rumah so.. aku memang nak kena limit kan clubbing bagai itu. Kantoi aku kalau selalu sangat keluar malam." tambah Syah.

"So, kau taknaklah ni?"

"Lain kalilah bro. Bila aku free, aku call kau. Kita chill-chill."

"Okaylah kalau macam itu. Kalau nanti kau nak ubah fikiran, bagitahu. Kalau taknak kantoi dengan mama kau, aku boleh jemput." pelawa Malik.

Syah sekadar mengangguk. Langkah nya disusun ke wardrobe coklat nya. T-shirt putih dan juga seluar track dicapainya. Tak payahlah nak bergaya sangat kalau dalam bilik tidur ni.

Baru sahaja Syah berura-ura mahu menamatkan panggilan, Malik tiba- tiba menyeru namanya semula. Nampak macam excited aje bunyi nya.

"Bro, aku lupa nak bagitahu kau story baru."

"Apa dia?" sahut Syah dalam malas. Haih, tak habis nak bergosip. Tak padan dengan jantan.

"Kau kenal Irdina? Alah perempuan yang kau 'tidur' baru-baru ini?" soal Malik.

Dahi Syah sudah berkerut. Irdina? "Apsal kau tiba-tiba buka topik fasal dia ni?"

"Semalam dia cari kau, bro. Phuh.. boleh tahan juga kau ni rupanya, Syah. Aku rasa dia jumpa kau sebab rindu dengan belaian manja kau lah?! Haha... nice bro." sakat Malik cuba menjadikan itu sebagai suatu gurauan.

"D-dia cari aku?"

"Yurp, dia siap tanya aku rumah kau kat mana. Hmm.. psiko juga minah itu. Nasib baik semalam aku tak mabuk sangat so aku diam ajelah bila dia tanya. Jangan risau, bro. Rahsia rumah kau akan tersimpan kemas dalam tangan aku." ujar Malik sudah bongkak.

Syah sudah gigit bibir. Haih, Irdina  ni.. Lain macam pula dia sekarang ni. Siap tanya alamat rumah lagi.

Apa yang dia nak daripada aku sebenarnya?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro