BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana Kuala Lumpur yang sibuk itu diperhatinya dari bangunan 54 tingkat itu. Dari atas itu, matanya menangkap sosok manusia yang saiznya tak ubah seperti semut dan itu buatkan senyumannya meniti. Huh.. gila, benda kecil macam itu kau boleh gelak, Syah?!

"Haih, bila aku nak buat baik, orang fikir aku ada niat lain. Hmm.." keluh nya bersahaja.

Dahinya diurut perlahan. Sambil fikirannya ligat terbayangkan kejadian pagi tadi. Nampaknya, bila sekali dipandang jahat, selamanya orang akan fikir dirinya jahat. Dunia ni memang kadang tak adil. Salahkah manusia bertanduk seperti dia memiliki secubit hati murni? Huh.. tak faham betullah perangai manusia ni.

"You buat apa kat sini?" soal Huraifah apabila melihat kelibat Syah menjengah.

Puan Raisha yang berada di atas kerusi roda turut sama mendongak ke arah lelaki tinggi lampai itu. Yurp, dia ingat lagi. Orang pertama yang dia nampak lepas sedar adalah lelaki itu sebelum dia diberi ubat tidur kemudian nya.

Keadaannya yang sedikit lemah memaksa wanita itu untuk diam. Hanya matanya saja yang bergerak memandang ke arah lelaki itu dan juga Huraifah silih berganti.

Senyuman Syah terukir. Wajah Puan Raisha dipandangnya. Syukur dia bila lihat wanita itu nampak sihat walaupun luka kecilnya sedikit mencelakan wajahnya.

"Aku ingat nak hantar ibu kau balik rumah. Hmm.. aku tak tahu pula kau akan datang dulu." spontan Syah menaburkan alasannya.

"Buat apa you nak kisah? This is my mom so, I boleh ambil ibu I. Hmm, by the way.. thanks sebab 'sudi' ambil berat pasal ibu I." tutur Huraifah dalam nada tak ikhlas.

Kerusi roda Puan Raisha, Huraifah tolak meninggalkan Syah di belakang. Dia tak mahu berlama-lama menghadap  lelaki itu. Yurp, kata hati nya bisik bahawa kalau dia terus bersua muka dengan lelaki itu pasti akan timbul pertengkaran kecil antara mereka berdua. Jadi, lebih baik Huraifah pilih jalan untuk undurkan diri.

"Hmm, salah ke kalau orang macam aku tolong kau? Dari cara kau, nampak sangat yang kau tak ikhlas dengan pertolongan aku." cebik Syah bersahaja.

Langkah Huraifah terhenti bila kata-kata itu menyapa halwa telinganya. Terus dia menoleh ke belakang. Wajah Syah dipandangnya.

"Why? You ni tukang tilik ke sampai boleh baca keikhlasan I? Well, you nak I bayar you ke baru you nampak keihklasan I tu?" sindir sahaja Huraifah menghamburkan bicaranya. Tak kisah pun kalau ayatnya itu bakal melukakan hati Syah.

Hati lelaki kan? Takkan mudah untuk dilukai, betul tak?

Senyuman yang Syah ukir nampak sinis. Atas bawah gadis itu dibeleknya. Haih, dah cantik dah bertudung, tapi mulut mengalahkan mulut ular. Berbisa. Pedas.

"Nope. Aku tak perlukan semua itu. Setakat seringgit dua ringgit kau tu, kau boleh simpan dalam bank. Cuma.. aku nak ingatkan kau sesuatu."ujar Syah sudah melangkah mendekati Huraifah.

Diam sahaja gadis itu menanti bicara Syah yang seterusnya. Matanya masih tak lepas dari memandang wajah lelaki itu. Tak puas hati.

"Jangan anggap semua yang baik itu, baik. Dan.. jangan anggap semua yang buruk itu, buruk. Pemikiran kau yang macam itu kadang boleh buatkan diri kau nampak kolot." tambah Syah sebelum meninggalkan Huraifah tercengang di belakang.

Terbit senyum puas hati di birai bibir Syah. Dia boleh bayangkan macam mana reaksi Huraifah lepas dia bagi ayat penangan itu. Huh!! Dia fikir dia seorang aje yang boleh bagi ayat sentap jiwa itu, Syah pun bolehlah! Satu kemenangan untuk Syah, satu kekalahan untuk Huraifah, cebiknya dalam hati.

Tiba-tiba sahaja layar ingatannya terimbau kejadian di mana dia nampak Adrian dan Amirah berdrama jiwang di depannya. Makin lebar senyum sinis Syah terukir. Yurp, cik Huraifah memang nampak kolot depan matanya.

"Kesian kau. Mati-mati kau ingat lelaki itu sayangkan kau. Huh. Aku nak tau apa kau rasa bila dapat tahu lelaki yang selama ni kau cinta.. tikam belakang kau." tutur Syah sendirian. Dagunya dielus lembut.

Sedang leka dia memikirkan perkara lucu itu, tak semena-mena telinga nya menangkap bunyi seseorang memasuki pejabatnya. Spontan, dia menoleh ke belakang. Phuh.. baru bayang, talam dua muka dah datang! Inikah takdir?

"Wou, anak Engku Maulud menyelinap masuk tanpa salam? Adab mana bro?" perli Syah sengaja menambah lawak hambarnya.

Langkahnya disusun ke tempat duduknya semula. Adrian nampak tak terkesan dengan perliannya itu. Buktinya, tanpa izin, Adrian melabuh kan punggungnya di hadapan meja pejabat Syah. Wajahnya tenang saja. Nampak gembira, jelas terselit wajah bahagianya itu. Macam baru lepas menang loteri pun ada juga.

"Hmm.. takkanlah nak jumpa sepupu sendiri pun kena ada keizinan? Janganlah macam itu, Syah. Kita sebagai keluarga ni kenalah chill-chill sikit."bersahaja Adrian menuturkan bicaranya.

Tawa Syah terus meletus bila dengar jawapan Adrian itu. Huh, keluarga? Lagi hambar dari lawaknya tadi.

"Baru sekarang kau nak anggap aku keluarga kau? Bila aku dah ada kat sini, baru kau nak nampak kewujudan keluarga aku?! Pfft.. nampak sangatlah harta ni boleh jadi pengikat benang keluarga Engku Mokhtar Zubir." sinis Syah bersuara.

Adrian nampak tenang mendengar bicara Syah. Langsung tak tercela dengan ayat pedas Syah.

"Haha.. aku lupalah, Syah. Buat malu keturunan aje kalau mengaku kau keluarga Engku Mokhtar Zubir. Kalau arwah masih ada, aku rasa nak tengok muka kau pun dia tak nak." paku serpih dipulangkan Adrian pada Syah.

Raut wajah Syah sudah lain. Hairan juga bila dia dengar ayat Adrian itu. Bunyi seperti mengejeknya pun ada juga.

"Huh, kau memang tak ada modal nak malukan aku ke apa?"

Mengekek Adrian ketawa bila dengar kata-kata Syah yang baginya tersangatlah innocentnya itu. Innocent ke?

"Syah, kau tak payahlah nak sorok kan sangat perangai kau itu. Meluat pula aku tengok." luah Adrian sudah tayang muka loya.

Dahi Syah makin berkerut. Nalurinya rasa tak sedap bila Adrian kata begitu. Namun, dia cuba berlagak biasa.

"Kalau kau setakat nak merepek kat sini, lebih baik kau keluar. Banyak benda aku nak buat dari melayan kau." arah Syah dalam nada acuh tak acuh.

Tersengih Adrian apabila melihat keresahan Syah itu. Huh, nampaknya buaya sudah terjerat dalam permainannya. Itu signal yang bagus untuknya, kan?

Terus pendrive yang sedari tadi dalam tangannya ditayangkan depan mata Syah. Raut wajah Syah berubah. Matanya buntang melihat benda itu. Yurp, Adrian rasa seronok sekarang. Sekarang.. Syah akan jadi bonekanya.

"Ma-mana kau dapat benda itu?" rengus Syah sudah tajam mencerlung wajah Adrian. Dia cuba untuk bertenang walaupun kenyataannya dia memang tak mampu.

Bila bukti itu ada dalam tangan Adrian, Syah yakin sesuatu yang buruk bakal menimpa hidupnya. Teguk liur dia apabila melihat sengihan Adrian. Nampak menggerunkan. Tak ubah seperti watak jahat dalam filem disney. Mungkin lebih kejam lagi kot.

"Mana aku dapat kau tak perlu tahu. Apa yang aku tahu dalam ni, ada nyawa kau." ugut Adrian masih tak puas menayangkan bukti itu pada Syah.

Syah sudah mengacip giginya geram. Lama dia merenung wajah Adrian. Sengihan Adrian itu seperti menusuk matanya. Menyakitkan dan juga melukakan. Huh!! Akhirnya, satu keluhan lemah Syah lepaskan. Yurp, dia kalah.

"Kau nak aku lepaskan syarikat ni kat kau? Fine, I will do it. Cuma.. kau serahkan benda itu pada aku." Syah sudah buat tawar menawar.

Dia tahu apa yang Adrian mahukan. Kalau betul dia perlu korbankan syarikat, Syah sanggup asal pendrive itu jatuh ke dalam tangannya semula. Lepas itu, pandailah dia cari jalan untuk ambil alih MZ Holdings lagi.

"Kau ingat semudah itu?" nada Adrian seperti tak tertarik dengan tawaran Syah itu.

Dahi Syah sudah berkerut. "Kau nak apalagi? Duit?"

"Chilllah Syah. Aku baru nak start game baik punya untuk kau. Kalau kau sudi main game ni, aku janji benda ni aku akan musnahkan dengan tangan aku sendiri." ujar Adrian diselangi tawanya yang sungguh menyakitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Syah sudah mendengus geram. Huh!! Sh*t!!!
...
Kepalanya yang masih berdenyut buatkan matanya sukar untuk terbuka. Namun, ditabahkan deria itu untuk berfungsi. Dalam samar-samar, matanya melilau memandang sekeliling. Apa yang dilihat nya adalah siling putih. Hospital?

Sakit kepalanya kembali menjengah.

Kesakitan itu cuba ditahannya. Baru sahaja dia mahu bangun, perutnya pula terasa pedih.

"Auch!!"mengerang dia dibuatnya.

Pada masa yang sama, terdapat kelibat seorang lelaki memasuki bilik nya itu. Mata mereka bertemu dan yurp, kedua-duanya juga sama-sama terkejut.

"A-awak buat apa kat sini?" soalnya apabila melihat lelaki itu ada depan matanya.

"Awak dah sedar? Nanti saya cerita. Saya panggil doktor sekejap." ujar lelaki berkemeja biru itu.

Satu keluhan Irdina lepaskan. Sebuah anggukan lemah dia berikan. Setelah itu, jasadnya bersendiri. Kepala yang terasa sakit diurutnya. Pedih pada perutnya diurut perlahan.

Dia cuba mengingati apa yang terjadi padanya. Dia yakin ada benda buruk yang berlaku. Matanya dipejam rapat untuk mengingati perkara itu semula. Terus matanya buntang.

Huh!! Pendrive itu?!
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro