BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tubuhnya dipusing ke kiri dan kanan, namun matanya masih lagi degil untuk tertutup. Pertemuan antara dia dengan Adrian di pejabat tadi benar-benar mengusik ketenangan hati dan jiwanya. Huh!! Yurp, Syah rasa yang sekarang ini hidupnya memang sudah benar-benar musnah. Apa guna dia hidup kalau akhirnya dia dijadikan sebagai patung bernyawa untuk Adrian?

Akhirnya, Adrian terduduk sendiri di atas katil. Rambutnya yang menutupi dahi disauknya ke belakang. Kemudian wajahnya diraup kasar. Kalaulah Syah tak terlalu ikut hawa nafsu, masalah ini takkan jadi. Kalau sejak dari awal, dia kembali ke pangkal jalan.. mungkin kehidupannya lebih baik sekarang.

Pfft..

Lepas apa yang jadi, baru kau nak menyesal Syah? Masa kau sedap-sedap buat dosa itu, syurga neraka pun kau tak dapat beza. Baru sekarang kau nak ingat pulang ke pangkal jalan? Sia-sia. Kau memang tak pernah menyusahkan diri kau, Syah.

Setiap satu persatu rencana yang diatur oleh Adrian masih berpusing dalam benak fikirannya. Bila dikira-kira balik, itu benar-benar jalan yang memalapkan masa depan Syah sendiri. Dan, mungkin ia juga membunuh impian seorang gadis bernama Huraifah Farihah. Huh.. nampaknya Engku Adrian Faizur tak pernah ikhlas sayangkan Huraifah Farihah.

Poor girl..

"Aku nak kau goda dia."

Kata-kata Adrian itu buatkan Syah hampir tercengang. Wajah Adrian yang nampak tak terkutik itu dipandang nya. Apakah? Gila ke? Adrian suruh Syah goda  Huraifah Farihah, perempuan kolot itu?!

Syah sudah terpinga. "Bro. First, you' re crazy. Last, kau gila?! Kau nak suruh aku goda tunang kau sendiri?" soal Syah yang masih tak boleh go dengan idea merepek Adrian.

Sepanjang dia hidup sebagai remaja 27 tahun, tak terdetik langsung kepala nya ni nak menganggu ketenteraman rumahtangga orang. Inikan lagi pertunangan orang. Kalau rosakkan anak dara orang itu, ehem.. itu belakang kiralah.

"Apa yang gilanya? Kau rasa susah ke nak goda dia?" bertubi soalan keluar dari mulut Adrian. Wajahnya nampak biasa aje.

"Tak. Aku tak faham. Kau tahu tak perempuan yang kau suruh aku jahanamkan ni tunang kau sendiri? Kau waras tak, Ad? Kau tunang dia, dia tunang kau." serba serbi jawapan Syah dibuatnya.

Sengihan Adrian terukir. Kembali wajah jahatnya itu terlukis. Yurp, nampak kejam.

"Aku bertunang dengan dia bukan sebab aku betul-betul cintakan dia pun. Mama aku yang teringin sangat nak aku ambil dia jadi bini. Huh.. aku malas nak menyakitkan hati sendiri." ujar Adrian dalam nada mendatar.

Satu keluhan berat Syah lepaskan. "Kalau kau tak cintakan dia, apsal kau kahwin juga dengan dia? Kau boleh terus terang dengan auntie Laila yang kau suka dengan orang lain. Kau perasan tak apa yang kau buat itu, menyusahkan aku?" gertak Syah sedikit bengang. Jujur sikit.

Adrian mencemuh. Pendosa nak nasihatkan aku. Pfft.. layak ke?

"Kalau kau taknak ikut rancangan aku ni, aku takkan teragak-agak untuk serahkan benda ni pada Engku Mukhriz. Mama kau pun akan dapat salinan video itu juga." ugut Adrian lantang.

Syah sudah ketap bibir. Argh, s*al!! Aku dah rasa macam budak dia aje sekarang, getus Syah dalam hati. Pandangan tajam dia berikan pada Adrian.

Huh, kalau ikutkan hatinya. Mahu sahaja dia belasah Adrian namun memandangkan 'nyawa' nya ada dalam tangan lelaki itu, Syah hanya mampu diam. Dia cuba menarik nafas dalam. Buat masa sekarang, dia akan ikut telunjuk Syah.

"Fine. Kau nak aku goda dia? Then, apa rancangan kau seterusnya?" perlahan Syah bertanya.

Senyuman Adrian melirik. Dagunya dielus lembut. "Kau goda dia sampai dia curang dengan aku. Dan, lepas itu.. senanglah sikit kerja aku nak lepaskan dia."

"Lepas kau putus dengan dia? Kau nak buat apa?"

"Aku nak cari Amirah." jawab Adrian spontan.

Dahinya sudah diurut perlahan. Huh, melayan perangai manusia yang bermacam ragam ni memang penat. Kalau suka dengan Amirah, kahwin lah dengan Amirah. Yang cerdik sangat nak tunang dengan Huraifah itu, kenapa? Huh, Syah pun malas nak faham.

Segera telefon pintarnya dicapai lalu dibeleknya. Tertera jelas nama Huraifah Farihah dalam kenalannya. Syah sudah ketap bibir. Tiba-tiba pula dia diterpa rasa serba salah. Huh, patut ke dia teruskan rancangan bodoh ni?

Syah sudah berbelah bahagi. Kalau dia teruskan, dia yang tanggung akibatnya tapi kalau dia bantah, makin teruk masalah yang akan menimpa hidupnya nanti. Silap hari bulan, mungkin dia bakal dimasuk kan ke balai polis di bawah Kanun Keseksaan mungkin kerana cubaan merogol?

"Hmm, aku harap kau maafkan aku. Apa yang aku buat ni demi kepentingan bersama. Sekurang- kurangnya, kalau kau putus dengan dia.. kau jauh sikit daripada lelaki tak guna itu." bisik Syah sendirian.

Senyumannya terbit.Fikirannya tiba-tiba sahaja melayang memikirkan wajah bersih milik  Huraifah. Pfft.. Adrian memang bodoh. Sudah dapat perempuan yang sayangkan dia, sanggup dia lepaskan demi Amirah? Sudahlah Huraifah itu baik orang nya walaupun perangai kolot semacam.

"Hmm.. aku harap kau tergoda lah dengan aku." ujarnya tersengih.

Goda dan lepas itu.. done. Bukti itu akan jatuh dalam tangannya.
...
Termasuk kali ini, sudah dua kali aku menguap kelelahan. Huh!! Penat memang penat tapi... nak tak nak akh kena juga siapkan kerja aku ni. Sesekali aku menguakkan tangan. Meregangkan pinggang dan juga kaki yang sedikit kebas.

Bila rasa mengantuk datang merasuk, aku capai kopi susu yang sudah sejuk lalu aku hirup perlahan. Harap, cara manual itu dapat mengurangkan sedikit lelah aku itu. Terus, aku menyambung semula kerja ku itu. Bila bosan pula menerpa ,telefon pintar aku akan capai lalu aku luangkan seminit dua untuk belek Instagram atau twitter. Yurp, itulah cara mudah yang selalu aku amalkan.

Ckling!!

Bunyi pesanan masuk itu menganggu fokus ku. Terus aku capai telefon pintarku itu lalu pesanan whatsapp aku buka. Tak semena-mena senyumanku melirik. Adrian?!

'Esok, I nak jumpa you. Dah lama kan kita tak makan sama-sama sejak kita busy uruskan our wedding kan?'- Adrian.

Aku tersenyum nipis. Hurm, memang pun. Rasanya sudah tiga hari aku tak pandang wajah dia. Rindu. Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin jarang pula kami bersuara. Mungkin memang lumrah orang bertunang kot?

'Sure. Yurp.. Hmm.. I dah start rindukan you. T-T' -kirim.

Senyum comelku terukir. Haha.. cute juga perangai aku ni sebenarnya. Mesti dia cair.

'Pukul 1 nanti, kita lunch kat restoran yang you selalu pergi itu. Okay?'- Adrian.

'I okay aje. You tak tidur lagi ke?'- kirim.

'I baru aje nak tidur. Tiba-tiba teringat kat you.'-Adrian.

Makin mekar senyuman aku dibuat nya. Ya Allah, sweetnya tunang aku ni. Hmm.. macam nilah kalau dah cinta, semua benda rasa manis.

'How sweet. Hmm.. you tidurlah. Bye, Nite. Love you ♡'- kirim.

'♡ Nite.'-Adrian.

Baru sahaja aku nak membalas whatsapp Adrian itu, tiba-tiba sahaja statusnya bertukar last seen.. Satu keluhan lemah aku lepaskan. Baru ingat nak bersweet sawit panjang- panjang. Hmm.. tak apalah. Mungkin Adrian penat kot. Aku cuba sedap kan hati sendiri.

Telefon pintarku aku letakkan semula ke atas meja lalu aku siap kan kerjaku semula. Dengan cara ini, aku dapat redhakan rasa sedihku sedikit.

"Tak tidur lagi, Iffah?" tegur suara itu lembut.

Mataku mengalih ke arah sosok ibu yang sudah menghampiri. Wajah nya juga nampak lebih segar dari sebelum ni. Hmm.. syukurlah ibu tak apa-apa sekarang. Nampaknya, dia hanya perlukan rehat sahaja.

"Iffah dah biasa tidur lambat. Hmm.. ibu itu. Kenapa tak tidur lagi? Ibu kan sedang sakit sekarang ni? Doktor cakap ibu kena banyak rehat kan?" pesanku pada ibu.

Dia hanya tersenyum nipis mendengar leteran aku. Tempat kosong disebelahku didudukinya. Sesekali, dia menyingahkan matanya mahu melihat apa yang aku buat.

"Orang sakit ni jangan dimanjakan sangat. Hmm.. ibu penatlah tidur aje memanjang. Bosan." keluh ibu menyampaikan rasa hati.

Aku sekadar menggeleng kecil. Kalau aku jadi ibu. Katil dengan badan aku memang takkan pernah lepas. Itu masa zaman belajar dulu lah. Sekarang tak boleh. Waktu cuti pun rasa kerja.

"Hmm.. apa-apa ajelah ibu. Asal ibu okey, Iffah on aje." ujarku masih meneruskan tugasku yang masih tertangguh.

Suasana sepi membelengu ruang tamu. Aku sudah leka menyiapkan kerja ku manakala ibu pula diam memikirkan sesutu. Riaknya sudah serba tak kena. Bak pepatah orang Melayu 'diluah mati emak, ditelan mati bapak'.

"Iffah, ibu nak tanya sikit fasal Encik Syah itu. Kamu kenal ke dia?" tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Puan Raisha.

Aku yang sedang leka menyiapkan kerjaku tergamam sejenak. Terus wajah ibu aku pandang. "Kenapa ibu tiba-tiba tanya fasal dia?"

"Tak adalah. Hmm.. cara kamu bercakap itu macam dah lama sangat kenal dia. Itu yang ibu tanya itu."

Aku mengetap bibir. "Dia itu sepupu Adrian, bu." spontan fakta keluarga Adrian itu aku bongkarkan.

And.. yurp, reaksi terkejut ibu pun bertayang. Kalau akupun tak tahu, ibu mestilah tak tahu fasal benda ni.

"Kenapa kamu tak pernah cerita pada ibu fasal itu?"

"Nak cerita macam mana,bu. Ad pun tak pernah buka cerita fasal dia kat Iffah."jelasku pendek.

Ibu sekadar menganggukkan kepala. Dia diam selepas itu tidak mahu tanya soalan lain pula.

Aku sudah kacip gigi. Haih, ibu ni. Pelik betul gelagatnya itu. "Ibu tanya ni mesti ada sesuatu kan?" tebakku yakin.

Tersenyum ibu mendengar tebakan ku itu. "Tak adalah. Hmm.. ibu berkenan dengan perangainya itu. Ibu terharulah juga fasal pagi tadi. Tak sangka dia nak tolong ibu balik rumah. Baik orangnya." puji ibu melambung.

Aku mencebik. "Ibu tak kenal perangai dia itu macam mana. Depan orang, memang nampak baik tapi kalau belakang orang.. mungkin ibu akan menyesal sebab puji dia. Perangai takserupa bikin."

"Kamu bercakap ni ada bukti ke? Ibu tak pernah ajar anak ibu tuduh orang melulu." ibu sudah beri peringatan awal.

Aku sudah memuncung. Haih, ibu ni macam berpihak terus aje dengan si Syah itu. Hmm.. memanglah tak ada bukti nak tunjuk tapi aku dah pernah nampak perangai buaya Syah itu. Dengan perempuan berpeluk sakan. Huh, gatal!

"Yalah, orang tak tuduh. Nanti kalau orang ada bukti, orang akan tunjuk kat ibu." tegasku sudah tekad.

Terus ibu menampar bahuku. Jeritan nyaringku terlepas. Cepat-cepat aku urut bahuku yang terasa pedih. Erm, sanggup ibu tampar Iffah gara-gara Syah itu. Sampai hati..

"Apa ni, bu?"rengekku manja.

"Kan dah kena. Kamu kalau bab nak menjatuhkan orang nombor satu. Jangan benci sangat Iffah, ibu takut kamu terbabas aje nanti." usik ibu.

Aku ketap bibir. "Orang dah ada Ad dahpun."jawabku spontan.

Ibu buat muka jengkel. Dia malas nak bertekak dengan spesies manusia kepala batu seperti aku ni.
Kalau jodoh itu tak ke manalah, Iffah oit.
...








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro