BAB 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jasad Syah makin lama makin menghampiri. Aku buka mataku lalu wajahnya aku pandang. Dalam hati, berkali-kali aku berdoa memohon agar aku dihindarkan dari sebarang perbuatan yang bakal merosakkan hidupku.

"S-Syah.." terketar-ketar aku menyeru nama lelaki itu.

Terus tangan kanannya mengepung sisi tubuhku. Terkejut aku dengan perbuatannya itu. Wajahnya masih aku pandang. Pandangan minta belas kasihan aku suakan pada dia. Aku harap masih ada kewarasan dalam akal lelaki itu.

"S-Syah, please.. I-I taknak kita terlibat dengan masalah. Please.. I merayu.." rayuku sudah menahan kelopak mata dari luruh.

Lelaki itu masih sama seperti tadi. Langsung tak menyahut apa yang aku katakan. Matanya leka membelek raut wajahku dari dahi sampailah ke dagu. Senyumannya terbit.

Tak semena-mena, tangannya diangkat lalu perlahan-lahan dialih kan mahu menyentuh pipiku. Aku sudah terpaku.

"Sorry, sebab..aku kena.."

Belum sempat Syah menghabiskan bicaranya, ada kelibat yang memerhati. Senyuman penuh muslihatnya terukir. Nice, Syah. Tak sia-sia, aku ugut kau.

"Iffah!!!" lantang lelaki itu menyeru nama aku.

Spontan aku dan Syah sama-sama memandang ke arah kelibat Adrian. Membengis wajahnya. Kerutan dahi nya jelas kelihatan. Dipandangnya wajah aku dan Syah silih berganti. Penumbuknya dikepal.

"A-apa yang you cuba buat ni, Iffah?" rengusnya kasar. Tajam matanya menikam wajah Syah yang nampak tak berperasaan itu.

Melihatkan itu, Adrian terus meninggalkan kami di belakang.

Aku terkedu. Entah dari mana kekuatan aku datang, tubuh Syah aku tolak kasar. Lelaki itu sudah jatuh terduduk ke lantai. Aku yang terlampau resah dengan reaksi Adrian tadi terus maju menuruti Adrian yang sudah jauh ke hadapan.

Berkali-kali aku menyeru nama Adrian namun dia seperti pekakkan telinganya sahaja. Malah langkahnya makin dilajukan. Serentak itu, aku juga turut berlari semampu yang boleh untuk dapatkan dia. Dan.. usaha aku itu nampaknya tak sia-sia.

Terus tangan Adrian aku capai lalu aku tarik dia untuk berhenti. Air mataku gugur. Aku sudah tidak kisah tentang make up yang cair ke apa.. cuma apa yang aku nakkan sekarang , salah faham antara aku dan Adrian selesai.

"Apa yang kau nak hah?!" tergamam aku saat Adrian melontarkan ayat kasar itu pada aku.

Terus peganganku longgar. Wajah nya aku pandang sebak. Apa yang aku nampak dalam matanya kini hanyalah kebencian. Yurp.. tak ada langsung peluang untuk aku cerita kan perkara yang sebenar.

"Ad.. apa yang awak nampak itu bukan macam apa yang awak bayangkan. Syah.."kata-kata ku mati apabila Adrian memangkas.

"Apalagi alasan yang kau nak bagi?! Huh, Syah apa? Syah nak cuba pikat kau?! Then, apsal kau tak tolak dia?! Apsal kau biar dia buat kau macam itu!!" gertaknya marah. Alis matanya sudah bertaut. Yurp, dia bengis.

Air mata yang tadinya perlahan akhir nya makin lebat turun. Tangan Adrian aku cuba dapatkan namun dia terus tepis. Gayanya itu seperti jijik dengan apa yang aku buat tadi.

Yurp,aku akui itu salah aku. Aku yang bodoh sebab biarkan Syah buat aku macam itu. Aku yang dungu sebab tak melawan dan percaya kata Syah bulat. Ya, semua itu salah aku! Tapi.. itu semua bukannya sebab aku. Itu salah Syah!! Dia cuba perangkap aku!

Sengih sinis Adrian terukir. "Huh, mentang-mentanglah Syah itu CEO, kau pun cubalah nak goda dia? Wah, aku tak sangka kau macam ni, Iffah. Depan aku, kau cakap kau cintakan aku tapi.. huh, aku rasa macam kena tipu hidup-hidup sekarang ni." rengusnya.

Tersedu-sedu aku bila Adrian lontar kan ayat itu. Langsung aku tak terfikir yang Adrian boleh buat andaian sejauh itu. Huh!!! Sanggup dia tuduh aku macam itu?

"Ad, dengar dulu apa yang saya cuba nak cakap. Apa yang awak.." sekali lagi, ayat aku dipangkasnya.

"Aku malas nak dengar. Huh!! Buat masa sekarang, lebih baik kita tak payah jumpa dulu. Aku rasa lebih baik kau.. fikir baik-baik. Sama ada kau terus simpan perangai kau ni atau aku?" Adrian memberi dua pilihan pada aku.

Segera, dia menghayun langkah meninggalkan aku. Mataku berbalam-balam melirik langkahnya yang menjauh. Kakiku yang terasa lemah buatkan aku akhirnya terduduk di atas lantai marmar tersebut.

"Ad, I cuma sayangkan you, Ad. Bukan orang lain.." luluh aku bisikkan itu namun sudah terlambat.

Jasad Adrian sudah jauh menghilang.
...
Sudah seminggu berlalu, akhirnya Irdina dibenarkan keluar daripada rumah sakit. Terus beg pakaiannya dikemas lalu dengan perlahan, langkahnya diatur keluar dari bilik rawatan. Senyumannya terbit setiap kali bersemuka dengan para nurse yang dia jumpa.

Keluar sahaja dari hospital, dia menuju ke perhentian bas yang berada tidak jauh daripada hospital tersebut. Yang pasti, Irdina tak mahu berjumpa dengan Amirul lagi. Cukup-cukuplah selama ini lelaki itu menghabiskan masa, wang dan tenaga semata-mata mahu menjaga nya. Lagipun, Irdina lebih suka berdikari. Dia pun tak suka nak menyusahkan orang ini. Senang cerita, dia tak suka terhutang budi pada kebaikan orang.

Pedih luka diperutnya cuba ditahan. Langkahnya juga tidaklah laju mana ditambah lagi beg pakaian yang dibawanya, yurp.. ianya sedikit membebankan Irdina buat masa sekarang ini.

Pon!!! Pon!!.

Bunyi hon itu sempat memeranjat kan Irdina. Terus dia menoleh ke belakang dan dia mendapati jasad Amirul sedang keluar dari perut kereta tersebut. Segera, dia percepat kan langkahnya. Haih..  sakit ini pun. Datang nanti, boleh tak?

"Awak laju-laju itu nak pergi mana, Irdina?" tegur Amirul sudahpun berdiri di hadapan Irdina.

Irdina ketap bibir. Wajah Amirul dipandangnya. "Mirul.. saya dah banyak sangat menyusahkan awak. Tak apa. Kali ini, saya boleh balik sendiri. Awak jangan risau." ujar Irdina yakin.

Senyuman Amirul terbit. Dahinya diurut. Entah kenapa, dia rasa lucu pula pada kata-kata Irdina itu. Nasib baik, comel..

"Awak yakin awak boleh balik sendiri dengan jalan macam ni? Doktor sendiri cakap yang luka awak itu belum sepenuhnya baikkan? Hmm.. sekarang awak suruh saya tak payah risau fasal awak?" bertubi-tubi soalan Amirul hamburkan pada Irdina.

Irdina menggumam. Pandangannya ditunduk ke bawah. Apa yang Amirul katakan itu betul belaka. Dia pun rasa dirinya perlukan pertolongan tapi.. hmm, takkanlah Amirul lagi?

"Saya sudah banyak menyusahkan awak. Saya ni tak ada duit nak bayar semua nya. Awak tahu kan itu?" serba salah Irdin dibuatnya.

Amirul sekadar menggelengkan kepala. Pantas tangan kanannya menyambar beg pakaian Irdina lalu dipegangnya. Wajah poyonya ditayang.

"Siapa suruh awak bayar? Saya dah cakapkan yang saya tolong awak ni ikhlas. Kecil hati saya kalau awak tolak pertolongan saya ni.." hambur nya sudah buat muka seposen.

Irdina sudah tercuit lucu. "Fine. Betul eiyh, semuanya free of charge?"

Amirul angkat sumpah. "Yurp, free of charge. Puas?!"

Terus Irdina mengangguk laju. Amirul segera membantu Irdina untuk masuk ke dalam perut kereta nya.

Perlahan-lahan, Honda City itu dipandunya meninggalkan kawasan hospital.
...
Kereta yang dipandu oleh Amirul akhirnya berhenti di hadapan surau. Amirul melangkah keluar dituruti oleh Irdina. Terpinga lelaki itu apabila melihat Irdina mengikutinya.

"Awak taknak tunggu dalam kereta ke?" soal Amirul hairan.

Irdina terus menggelengkan kepala. Sempat matanya mengerling ke arah surau kecil itu. Rasanya, kali terakhir dia menjejakkan kaki ke surau ketika umurnya masih berusia 10 tahun. Selepas itu.. dia tak pernah jejakkan kaki ke situ lagi.

"Saya pun nak solat juga." ujarnya lembut. Nampak keikhlasan pada kata-katanya itu.

Awalnya, Amirul terkedu namun tak lama selepas itu, terbit senyuman nya mendengarkan pengakuan Irdina itu. Amirul tidak membantah malah dia biarkan Irdina pergi ke tempat solat perempuan. Dalam hati, dia syukur dengan apa yang Irdina sedang lakukan ketika ini..

Bukannya Amirul tak tahu tentang siapa Irdina sebenarnya. Kali pertama, dia jumpa gadis itu dalam keadaan mabuk malah gadis itu cuba sempat menggodanya untuk tidur bersama. Yurp.. gadis itu ada kisah silam yang gelap namun apa yang Amirul tabik pada perangai Irdina adalah..

..gadis itu cuba untuk berubah. Dan, apa yang Amirul harapkan adalah gadis itu akan dapat berubah sepenuhnya.

Selesai sahaja mengambil wudhuk, kakinya dijejak memasuki tempat solat wanita itu. Luruh hati Irdina dibuatnya. Terasa air matanya mahu mengalir saat melihat suasana itu. Ya Allah, kenapa baru sekarang dia nampak semua ini? Kenapa baru sekarang dia baru sedar bahawa dia sudah lama tersimpang jauh?

Telekung putih yang tersedia dicapainya. Irdina sudah ketap bibir. Sempat matanya meliar melihat wanita yang ada di situ.

Terus mata nya terpandang ke arah seorang wanita yang baru sahaja mengangkat takbir. Segera dia merapati wanita tersebut. Setiap tindak tanduk wanita itu diperhatikan nya sampailah akhirnya dia memberi salamnya.

Selesai menyapu wajah, Irdina lihat wanita itu menadah tangan. Dia kelu. Perlahan-lahan, tangannya diangkat. Air matanya mengalir deras. Ya Allah..

Irdina rasa dirinya hina. Irdina rasa dirinya menjijikkan. Satu persatu dosa lama yang dia lakukan bagai menghentam ingatannya. Setiap kali itulah, sebutir air matanya jatuh membasahi pipi.

"Apakah aku layak sujud pada-Mu? Apakah layak untuk aku digelar sebagai hamba-Mu yang mulia? Apakah aku layak menerima pahala itu?! Ya Allah.. adakah layak seorang pendosa seperti aku menerima pengampunan dariMu. Adakah Engkau akan mendengar setiap butir bicara aku ni? Ya Allah.. aku malu, aku segan. Disaat aku mendapat susah, baru aku datang mencari-Mu. Ya Allah, aku khilaf dengan segala apa yang aku lakukan. Aku tahu aku tak layak mendapat pengampunan dari-Mu namun aku harap agar Engkau selalu mendengar doaku. Aamin..Ya Rabb." wajahnya diraup menyapu air mata yang masih tumpah.

Seketika, dia duduk di situ. Hatinya cuba ditenangkan. Pandangan orang sekeliling langsung dia tak hiraukan. Biarlah buat masa sekarang ini.. dia dengan Tuhan saja.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro