BAB 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau memang pelakon yang bagus, Syah. Aku tak sangka disamping perangai playboy kau itu, kau ada bakat jadi pelakon. Proud of you!!" puji Adrian sambil bertepuk tangan nya deras.

Tiada secalit senyuman gembira pun yang Syah hiaskan di birai bibir. Pandangan tak puas hatinya diberikan kepada sepupunya itu. Penumbuknya sudah dikepal ketat. Hanya tunggu masa sahaja untuk dilayangkan ke muka Adrian.

Adrian memang betul-betul sudah tidak waras. Dia boleh lagi bertepuk tangan atas kesedihan hati orang lain. Yang paling teruk itu.. dia bangga tengok rancangan bodoh nya itu menyakitkan hati tunangnya sendiri. Pfft... nampaknya perangai Adrian dua kali lima saja dengan Syah. Tak ada beza.

"Huh.. kau memang tak suka betul dengan Iffah itu kan?" tebak Syah dalam nada sinis.

Adrian tersenyum senget. Rambutnya yang sedikit menutupi dahi disikatnya ke tepi. Jelas terpampang dahi luasnya. Dahi budak-budak degil.

"Aku kan dah beritahu kau. Kalau aku suka, aku takkan proceed dengan benda ni." ujar Adrian bersahaja.

"Tapi, bro.. budak itu sayangkan kau. Kau dah lukakan hati dia tapi dia still terhegeh-hegeh cari kau. Pfft.. aku tak tahulah perempuan itu memang buta ke atau dia kurang cerdik sebenarnya?!" sindir Syah apabila kepalanya tiba-tiba sahaja teringat tentang kejadian tiga hari lepas.

Selepas sahaja Adrian tinggalkan Huraifah, dia nampak gadis itu jatuh terduduk. Tangisannya jelas kedengaran. Ucapan maaf berkali- kali meniti keluar dari mulutnya walaupun salah itu bukan berpunca darinya. Huh.. dia tak sangka orang segarang Huraifah itu boleh menangis gara-gara Adrian yang tak pernah langsung menghargai cinta nya. Sadis.

"Dia kata aku ni lelaki pertama yang dia pernah cinta so, sebab itulah dia macam itu. Memanglah dulu, aku sayangkan dia tapi sekarang.. aku tak boleh nak paksakan diri aku untuk sayang dia lagi. Dalam hati aku dah ada orang lain.." luah Adrian lalu menghirup pepsi tin yang baru dibelinya tadi.

Syah terdiam sejenak sebelum tiba-tiba ketawanya meletus. Hal itu, buat kan Adrian berkerut dahi. Hairan lah juga bila tengok gelagat Syah itu. Stress ke sampai tiba-tiba aje tergelak sensorang?

"Apa yang kau gelakkan, Syah?"

Tawanya cuba diredhakan. "Aku tak tahulah sekarang ni Iffah itu yang nampak bodoh atau sebenarnya kau yang sejak azali bodoh." spontan ayat perli kaw-kaw itu dihamburkan nya.

Terkesima Adrian bila dipanggil bodoh oleh Syah. Huh, mamat ni memang sengaja nak cari nahas ke apa. Tajam matanya mencerlung Syah. Membara aje.

"Apsal tiba-tiba kau panggil aku bodoh?" soalnya tak puas hati.

"Huh.. kau tak perasan ke? Perempuan itu cuba nak setia dengan kau tapi kau lepaskan? Apa yang tak cukup lagi dengan dia sampai kau nampak Amirah tu?" soalan berbalas soalan.

Kali ini, tawa Adrian pula berhamburan. Pfft... sekarang Syah nak tunjuk bagus pula ke??

"So, kau nak cakap apa sekarang? Kau nak ajar aku fasal cinta pula ke? Huh?! Syah.. kau kena sedar kau tak layak nak bahas soal hati ni dengan aku. Kau.. lagi teruk daripada aku. Kau faham tak?" Adrian mematikan kata-kata Syah.

Seorang playboy seperti Syah memang tak layak untuk bahas semua itu dengannya. Rasanya perangai dia lebih elok kot jika nak dibandingkan dengan Syah. Dia tak jadikan tubuh perempuan sebagai pemuas nafsu. Apa yang dia buat sekarang ni demi cintanya pada Amirah.

Salah ke dia memperjuangkan perasaannya sendiri?

Syah sekadar menggelengkan kepala. Tipulah kalau dia tak terkesan dengan kata-kata Adrian itu. Api kemarahannya sudah lama panas cuma dia tak mampu untuk buat apa-apa. Yurp.. dia seorang 'budak' kepada Adrian. Apa yang dia boleh buat sekarang.. cuma tadah telinga mendengar celaan yang dilontarkan oleh Adrian.

"Fine. Aku malas nak bahas fasal itu. So.. bila aku boleh dapat pendrive itu?" soal Syah sudah menghulur tangan meminta.

Adrian ketawa berdekah. Terus tangan Syah ditolaknya lalu dada sepupunya itu diusap. Lagatnya seperti pujuk Syah supaya bersabar.

"Janganlah tamatkan game ni. Kan.. aku dah cakap. Selagi aku tak putus dengan perempuan itu, aku takkan serahkan benda ni pada kau." ujar nya tenang. Nampak jahat di situ.

Syah sudah ketap bibir. Membara sahaja pandangannya saat ini. Huh!! Kau memang dah tak boleh bagi muka.. Ad! Syah cuba untuk sabar kan hati. Entah sampai bilalah agak nya dia mampu untuk bersabar.

Takut-takut kalau sabarnya sudah sampai had, jasad Adrian bakal disumbatnya ke liang lahad hidup-hidup! Biar!! Manusia macam itu memang layak diperlakukan seperti itu.

"Then.. kau nak aku buat apa? Kau tahukan perkahwinan kau dengan dia makin dekat?"

"Haha.. rilekslah Syah. Aku ada rancangan bagus. Dan.. aku harap, kau akan berlakon lagi bagus daripada dulu." ujar Adrian penuh makna.

Syah tayang muka geram. Hmm..
...
Husna sudah menggelengkan kepala melihat gelagat aku yang sedari tadi tak pernah lepas dengan telefon bimbit. Sudah dua kali round Mid Valley tetapi telefon itu akan selalu berdua dengan aku. Akhirnya, Husna mengeluh.

"Kalau kau belek telefon itu, bukan nya dia bagi signal pada Ad pun. Apa kata kau call aje dia?" cadang Husna.

Terus aku pandang Husna. Muka masamku terukir. Senanglah dia cakap. Yang tanggungnya itu aku. Sudah hampir setiap hari, aku call Adrian namun semuanya tak berangkat. Disebabkan itu, aku menangis hampir setiap malam. Hmm.. kenapa boleh jadi macam ni?!

"Aku dah call dia tapi dia tak angkat. Aku whatsapp dia pun, dia tak balas. Erm.. dia marahkan aku." ujarku dalam nada sebak.

Satu keluhan berat Husna lepaskan. Terus tubuh aku ditarik menurutinya. Kami sama-sama duduk di atas bangku yang tersedia di pinggir-pinggiran kedai. Tubuh aku dihadap ke arahnya.

"Now, kau story. Kes kau dengan Ad tu masih belun selesai lagi ke?" soal Husna sudah serius.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Dia masih tak cakap apa-apa dengan aku."

"Okay, biar aku fahamkan. Beberapa hari lepas, kau cakap Ad nampak kau dengan Syah and dia salah faham? Lepas itu, sampai sekarang kau tak bertegur sapa. Kau masih tak terang apa yang jadi ke? Kau tahukan yang empat hari lagi kau akan jadi bini dia?" bertubi-tubi soalan dihambur kan Husna padaku.

Aku ketap bibir. Aku terdiam menyusun ayat. Satu keluhan aku lepaskan.

"Aku dah cuba terangkan tapi Ad taknak dengar. Dia fikir aku memang nak pikat Syah itu. Hmm.. malam itu, aku nampak sangat yang dia betul- betul marahkan aku." jelasku secara terperinci.

"Huh.. aku tak fahamlah. Yang Ad tu cepat sangat terbawa emosi itu apahal? Sebenarnya, salah ini sebab dia. Kalau dia dengar dulu apa yang kau terangkan.. mungkin benda tak jadi besar macam ni. Hmm.. tak faham betul aku dengan tunang kau ni." ujar Husna sedikit geram.

Dalam diam, aku mengiakan apa yang Husna katakan. Malam itu, Adrian nampak lain. Tiba-tiba sahaja dia marah aku. Nak dengar explaination aku pun tidak. Huh..

Lepas tiga tahun bercinta, takkanlah dia boleh terfikir tuduh aku sampai macam itu sekali? Sedangkan.. bila aku keluar dengan Amirul pun aku akan minta izin dengan ibu dan dia. Tak sangka kepercayaan Adrian pada aku masih nipis.

"Dalam hal ini, aku tak boleh nak cakap kau yang salah. Apa yang aku nampak sekarang ni, kau cuma mangsa keadaan. Syah itu yang tergedik-gedik nak perangkap kau. Cuma kan, aku peliklah..." dagu belahnya diurut perlahan. Lagak Husna tak kurang kalahnya dengan lagak seorang pemikir.

"Apa yang kau pelik kan?" soalku ingin tahu. Tiba-tiba pula rasa saspens.

Husna pandang wajah aku. "Kenapa Syah nak perangkap kau pula?" soalan berbalas soalan.

Aku termangu. Kalau Husna pun tak tahu jawapannya, aku lagilah tak tahu. Itu yang aku pelik juga itu. Apa yang sebenarnya Syah rancangkan sebenarnya?

Nak buat aku putus dengan Ad ke? Tetapi kenapa?

Suasana sepi antara kami tiba-tiba sahaja diganggu oleh deringan telefon pintarku. Terus aku tilik. Senyuman lebarku menyinggah. Adrian?!

Segera aku menjawab. "Ad, I nak jelaskan semuanya fasal malam itu. Ad, apa yang.." tak semena-mena bicaraku dipangkasnya.

"Iffah, I call you ni bukan sebab I nak dengar semua tu. Since kita pun tak lama lagi akan berkahwin, so.. I cuba anggap benda itu tak pernah jadi. I taknak benda itu kacau perkahwinan kita." ujar Adrian mendatar.

Aku tergamam. Kata-katanya itu bagaikan mahu mengiakan perkara itu. Nadanya juga aku rasakan masih terselit rasa janggal.

"Ad.. I cuma nak you tahu yang I tak bersalah. Syah yang cuba perangkap I. I tak pernah pun berniat nak pikat dia." luahku masih mahu membetul kan auta yang ada dalam fikiran Adrian ketika ini.

Satu keluhan lemah Adrian lepaskan. "Sebab itulah, I taknak you fikir fasal benda itu. Mungkin betul apa yang you cakapkan itu, Ad memang sengaja perangkap you sebab nak sakitkan hati I." balasnya serba serbi.

Bibirku menguntum senyum. Lega sedikit hati aku apabila Adrian akhir nya berdiri di pihak aku. Huh.. aku akan pastikan kejadian itu takkan berulang lagi.

"Thanks Ad sebab you percayakan I." ucapku lirih.

Adrian tarik nafas dalam di hujung talian. "I percaya you.."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro