Cinta Musim Luruh 2 🍂

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melihat semua masih berehat. Qasha bangun dan ingin melihat sekeliling kawasan hutan itu dan mengambil pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa itu.

"Aina!" panggil Qasha perlahan.

Aina mengangkat wajah melihat kawan baiknya itu.

"Apa?"

"Aku nak jalan ke sana kejap. Ambil gambar. Kau nak ikut?" soal Qasha dia memandang Aina yang tercungap-cungap mencari nafas.

Aina pantas melambaikan tangannya tanda dia menolak. "Nyawa aku rasa nak tercabut dah ni. Kau pergilah ajak budak yang lain," ujar Aina dan sempat memberi cadangan.

"Tak apa aku pergi seorang je," ujar Qasha dan terus berlalu.

***

Qasha menghirup udara. Tenang dan damai dia rasakan tatkala itu. Senyuman dia lebar apabila melihat pemandangan yang mengasyikkan di depan mata.

"Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah," gumamnya perlahan.

"Hati-hati."

Melingas anak mata Qasha memandang kiri dan kanan. Dia menoleh ke belakang. Kosong tiada siapa. Bulu romanya mula meremang. Suara itu kedengaran jelas menjengah pendengarannya.

Saat Qasha berpusing dan melangkah. Dia rasakan sudah berasa lain. "Ini bukan jalan tadi ni," gumam Qasha kerisauan.

Terasa deruan angin menampar wajahnya. Dingin. Qasha mencari jalan yang dia lalu tadi tetapi tidak jumpa! Dia turut menjerit memanggil nama kawannya tetapi perbuatan dia hanya sia-sia.

"Aku tak boleh putus asa. Apa pun jadi aku kena cari mereka, aku nak pulang ke rumah aku!"

Dia menenangkan diri. Sudah jauh dia berjalan, tenaganya juga sudah berkurangan dia sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan. Pada masa itu, dia melihat seorang lelaki sedang memegang seekor ayam yang tidak jauh darinya. Dia tersenyum.

"Encik tolong saya. Saya sesat dekat dalam hutan boleh tunjukkan jalan keluar?" pinta Qasha dengan nada lemah.

Qasha berkata dengan termengah-mengah tanpa berfikir dengan siapa dia bercakap. Serta bahaya yang akan menimpa.

Luth yang agak terkejut disapa seseorang terus menoleh sedikit memandang gadis tersebut. Wajah Luth serta merta kemerah-merahan dan hati dia berbunga riang.

Sepi.

"Tak kira pada siapa saya bercakap. Saya tidak ada niat apa-apa saya cuma mahu pulang," ujar Qasha lagi sekali. Dia cuba menahan sabar.

Setelah agak lama Luth beranikan diri bersuara.

"Kamu sudah masuk ke tempat kami. Agak sukar untuk kamu kembali ke dunia kamu. Mari saya bawa kamu ke rumah saya," jawab lelaki itu sekian lama berdiam diri.

Tak ada pilihan. Qasha akur. Dia meletakkan tawakal sepenuhnya kepada Sang Pencipta.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di satu perkampungan. Riuh dengan suara-suara mereka seperti pasar malam. Saat Qasha lalu semua mata tertumpu ke arahnya Qasha menundukkan kepala.

Mereka tiba di sebuah rumah kayu. Di luar dihiasi tanaman kecil. Lelaki itu memberi salam di depan muka pintu.

"Assalamualaikum," ucapnya. Dia masih pegun di situ menunggu ibu atau ayahnya.

"Walaikumusalam. Dah balik Luth?" sapa seorang wanita yang berusia tetapi raut wajahnya seperti seorang gadis remaja.

Qasha tergamam. Dalam diam dia memuji kecantikkan wanita itu.

"Luth bawa balik kawan? Kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh ibu sediakan makanan untuk tetamu kita."

Luth tersenyum mendengar kata-kata ibunya Ning Sari.

"Qasha, ini mak saya Ning Sari," Luth memperkenalkan Qasha pada ibunya.

"Marilah, jemput masuk rumah makcik. Minta maaf rumah makcik ini tak luas dan tidak secantik mana. Harap kamu selesa," ujar Ning Sari merendah diri.

Qasha menggeleng kepala.

"Okey saja makcik. Rumah makcik tetap nampak kemas dan cantik sangat," puji Qasha ikhlas.

Ning Sari tertawa kecil.

"Bertuah sungguh kamu mendapat kawan yang pandai mengambil hati orang," ujar Ning Sari pada anak lelakinya. Luth menyembunyikan senyuman.

"Selesai makan nanti, kalau kamu mahu bersihkan diri makcik akan siapkan pakaian. Kalau kamu letih sangat nak rehat. Luth akan tunjuk bilik," maklum Ning Sari pada gadis itu.

Qasha menjadi serba salah layanan keluarga Luth padanya. Kerana dia merasakan telah menyusahkan keluarga itu.

"Mari saya tunjuk bilik. Kamu tentu sudah penatkan. Kamu rehat dahulu. Jika ada apa-apa panggil saya nanti," pesan Luth sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Qasha seorang diri.

❦❦❦

Tiga bulan kemudian...

Sudah empat bulan Qasha berada di dunia alam ghaib itu. Dia juga sudah jatuh hati pada Luth dengan budi dan layanan lelaki itu menjaganya di sini bersama keluarganya. Dia sangat gembira. Ibu dan ayah Luth juga tahu anak lelakinya sangat sayang Qasha begitu juga Qasha.

Luth membawa Qasha berjalan-jalan di dalam hutan. Mereka singgah di kawasan air terjun. Bunyi air terjun sangat mendamaikan hati.

"Hati-hati," ujar Luth sambil memegang tangan Qasha semasa Qasha naik ke atas batu itu.

Qasha tersentak.

Suara itu! Sama seperti dia dengar sebelum masuk ke alam lain.

Qasha duduk di atas satu batu sambil merendamkan kakinya ke dalam air. Sejuk!

"Qasha saya ada sesuatu nak beritahu," ujar Luth dengan malu-malu.

Qasha tersenyum. "Apa dia?"

Qasha memandang ke dalam mata Luth. Baru dia perasan anak mata lelaki itu berwarna biru. Dalam diam pandangan Qasha mula nakal. Dia meneroka segenap wajah tampan Luth bersama senyuman. Wajah itu bersih dan hanya jambangan yang kemas terlihat. Redupan mata berserta bibir merah yang menikam jiwa para gadis. Belum lagi lesung pipit pada pipi kiri lelaki itu. Sungguh mempersonakan dengan kulit sawo matang. Tubuh yang tinggi dan tegap.

Bunyi tepukkan di hadapan mukanya menyedarkan dia kembali ke dunia nyata.
Qasha termalu sendiri apabila tertangkap oleh lelaki itu.

Meletus ketawa Luth.

"Qasha... saya suka awak. Sayang awak sangat-sangat," luah Luth dengan senyuman manis.

Qasha terdiam.

"Tapi... dunia kita berbeza?"

Qasha menunduk sedih. Dia juga masih ada keluarga di sana.

"Awak sayang saya?" soal Luth. Anak matanya bergerak-gerak menunggu balasan dari Qasha.

"Sayang," balas Qasha perlahan dan menutup muka.

❦❦❦

Alam manusia...

Pasangan suami isteri masih menunggu hasil pencarian anak perempuannya itu.

"Macam mana ni abang. Dah masuk dua bulan anak kita dia orang masih, tak jumpa. Entah masih hidup atau tidak," ujar Puan Sarimah. Dia melepaskan satu keluhan.

Ikram cuba menenangkan isterinya yang dilandai perasaan emosi. "Sabar sayang, biar dia orang buat kerja mereka. Mereka nak cari itu pun anak kita juga," pujuk Ikram dengan nada lembut.

Puan Sarimah mengganguk perlahan. Dia berdoa semoga anak perempuannya segera ditemui.

"Abang akan cuba minta tolong dari kawan abang," ujar Ikram lagi. Dia memeluk isterinya meminta kekuatan buat dirinya juga.

Pencarian Qasha dibuat secara besar-besaran banyak pihak datang membantu mencari gadis itu.

****

"Macam mana kalau mereka ingin kita pulangkan anak mereka? Kamu lepaskan? soal Tahir pada anak lelakinya, Luth.

Luth diam menekur. Dia belum bersedia dengan semua itu. Dia sayangkan Qasha. Dia tidak mahu gadis itu pergi dari hidupnya. Bolehkah dia mementingkan diri? Hanya ingin bahagia bersama orang yang dicintai? Dia benar-benar kusut.

Qasha duduk termenung di atas buaian sambil merenung dada langit. Dia bingung. Adakah keputusan yang dia pilih ini terbaik untuknya? Bagaimana pula perasaan ibu dan ayahnya. Dia sangat rindukan mereka. Angin bertiup dengan kuat secara tiba-tiba. Qasha terjun dari buaian dan ingin berlari masuk ke dalam rumah keluarga Luth. Tetapi angin yang agak kuat sukar untuk dia bergerak.

"Qasha!"

****

1111 patah perkataan

Hai gaiss... Sorry rasa komen macam larikan. Sebenarnya kita buat last minit dan niat nak banyakkan bab. So dah tanya admin kata boleh. Itu kita pecah-pecahkan nampak banyak bab. Hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro