Cinta Musim Luruh 3 🍂

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Ya, Allah! Anak aku!"

Puan Sarimah terbangun dari tidur. Tangan naik memegang dadanya. Nafasnya berombak. Dia bermimpikan Qasha dalam bahaya.

"Abang... abang," kejut Puan Sarimah. Dia menepuk badan suaminya berulang kali.

"Ya sayang... kenapa ni?" tanya suaminya dengan nada risau.

Puan Sarimah sudah mencebik. Hati dia meronta-ronta ingin mendapatkan anak perempuannya itu.

"Saya mimpi anak kita. Saya risau abang. Anak kita perlukan kita," ujar Puan Sarimah dengan nada sayu.

Ikram bangun dari pembaringan. Dia duduk di sisi katil. Dia melihat jam di dinding.

"Sudah mari ambil wuduk. Kita minta pada Allah melindungi anak kita dari musibah dan menemukan jalan penyelesaian buat kita sekeluarga."

Ikram mengajak isterinya menunaikan solat hajat bersama. Mohon kesejahteraan dan keselamatan buat keluarganya. Allah sedang uji keluarga dia untuk kuat menghadapi dugaan diberi.

❦❦❦

"Apa yang berlaku?" soal Qasha dengan terpinga-pinga.

Jika sebelum ini dia terkejut melihat Luth dan keluarga dia selamba mengangkat barang atau benda yang sukar dibuat oleh seorang diri. Sebentar tadi dengan tenang menahan pokok tinggi dan sebesar pemeluk dari jatuh menimpa Qasha. Luth juga amat pantas gerakkannya seperti angin. Keadaan itu membuatkan Qasha lemah semangat kerana terkejut.

Tahir dan Ning Sari segera lari keluar rumah. Angin kuat itu menumbangkan beberapa pokok dan tanamannya.

"Ini pasti kerja manusia. Habis hutan ditarah oleh mereka untuk dirikan perumahan dan bangunan tinggi ke langit. Di mana bangsa kami mahu menetap? Manusia yang tamak!" marah Tahir dengan gigi diketap rapat.

Sekilas cahaya bayangan Tahir hilang dari pandangan. Qasha hanya mendiamkan diri. Beberapa bulan di dunia mereka dia sudah lali dan tidak terkejut atau takut lagi.

Ning sari dan Luth tersenyum hambar apabila bertemu mata dengan Qasha.

"Ibu tolong jaga Qasha. Luth pergi dulu."

Selepas meninggalkan pesan. Luth juga meminta izin dan mengikut ayahnya berjumpa dengan penduduk-penduduk bangsa mereka.

****

Dewan tertinggi Al- Haq

"Manusia sudah melampau! Kita harus beri pengajaran pada mereka!" bentak Fawwas dengan nada geram.

Yang lain turut menyokong apa yang diutarakan oleh Fawwas. Manusia memang tidak reti bersyukur!

"Bila ada bangsa kita menetap di tempat mereka. Pandai pula halau! Mereka ganggu tempat kita boleh pula sesuka hati!" marah Sahak. Dia sudah lama berdendam dengan bangsa manusia yang tak faham bahasa. Sudah diberi amaran masih berani membuat onar!

Suasana mula bising. Masing-masing menyuarakan hasrat hati yang lama tersimpan. Jika manusia merosakkan 'rumah' atau tempat mereka di mana mereka mahu tinggal?

"Sabar semua. Saya akan buat rundingan dengan bangsa manusia nanti," pujuk Tahir selaku ketua kampung itu.

Rata-rata yang mendengar ungkapan Tahir mendengus kasar. Tahir terlalu berlembut dengan bangsa manusia. Kerana itu mereka naik kepala!

"Kau berlembut dengan mereka sebab anak lelaki kau suka pada budak manusia itu kan?" sindir Bambang sinis.

Dia sangat benci pada Luth kerana dapat apa yang dia inginkan. Datang dari keluarga senang, rupa yang segak. Berapa ramai wanita di sini idamkan Luth menjadi pasangan buat mereka. Dia? Langsung mereka tidak pandang. Hatta, sebelah mata pun tidak. Jijik sangatkah dia? Penumbuk dikepal.

Luth hanya tenang tidak beriak. Malah hanya senyuman diberi. Mendidih hati bambang melihatnya.

'Berlagak baik konon, puihhh!" ludah Bambang dan terus bergerak pantas berlalu pergi dari tempat persidangan.

Luth memerhati dalam diam.

'Lupakan hasrat kau ingin mendekati Qasha, jika kau mahu selamat!'

Luth memberi amaran pada Bambang. Tetapi, tidak dipedulikan oleh Bambang. Dia harus mendapatkan Qasha dengan pelbagai cara sekalipun!

'Jangan kata aku tak beri amaran, Bambang!'

Kesabaran Luth tercabar dengan sikap Bambang. Jangan salahkan dia jika Bambang tidak melihat langit selepas ini.

Jangan kejutkan harimau yang tengah tidur.

****

571 patah perkataan

Hai gaiss... Sorry rasa komen macam larikan. Sebenarnya kita buat last minit dan niat nak banyakkan bab. So dah tanya admin kata boleh. Itu kita pecah-pecahkan nampak banyak bab. Hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro