Cinta Musim Luruh 4 🍂

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bambang yang merupakan orang kuat Tahir dan kawan baik Luth. Berasal dari keluarga yang miskin tetapi orang tuanya disegani penduduk kampung. Kerana itu, Tahir percaya Bambang seorang yang baik dan boleh menjadi pahlawan buat kaum mereka.

Di sangka kawan, rupanya lawan!

Itulah sesuai untuk bambang. Dia sudah muak dengan kehidupannya yang miskin dan tidak berkuasa seperti dulu. Akibat menyelamatkan kaumnya wajahnya menjadi mangsa. Sekelip mata dia hilang segalanya.

Sudah puas keluarga membantu merawat dirinya tetap tidak ada perubahan begitu juga perawat lain. Akhirnya, dia selalu diejek dan gadis-gadis di desa ini menjauh apabila terlihat akan dirinya. Sudah dia berkorban tetapi pujian semua dapat oleh Luth bukan dia. Sejak itu dia berdendam dengan Luth dan keluarganya. Kemana Luth pergi dia mengikut dalam diam. Sehinggalah, Luth berjumpa dengan Qasha. Sasarannya kini berubah. Dia tersenyum sinis.

♔♔♔

Bambang berdiri tidak jauh dari rumah Tahir dan Ning Sari. Dia tersenyum sinis.

"Tiada siapa boleh halang aku."

Bambang ketawa besar. Dia melangkah lebih dekat. Sebaik kaki dia mendarat di halaman rumah Ning Sari badannya dilibas oleh sesuatu dan dia tercampak jauh.

Bambang mendengus kasar.

"Tiada siapa boleh tewaskan aku!" ujar Bambang bongkak.

Dia bersama belaannya  menyerang penjaga yang menjaga kediaman rumah Tahir dan Ning Sari itu.

'Kau masih berdegil ya, Bambang!' ujar Luth memberi amaran.

Dua ekor harimau putih tiba-tiba muncul di depannya. Harimau itu mencerlung tajam ke arah Bambang.

Wajah Bambang yang  bengis sedikit pun dia tak gentar. Sebaliknya tersenyum sinis.
Daripada dua bertukar menjadi tiga ekor berkeliling di hadapan rumah itu.

Belaan Bambang datang menyerang harimau. Pantas harimau mengelak. Harimau mula mengeluarkan taringnya dan mengaum kuat dan dengan pantas menerkam belaan Bambang.

***

"Qasha, ibu nak pesan apa-apa berlaku jangan keluar dari rumah," ujar Ning Sari dengan tenang. Qasha yang ketakutan hanya menurut.

Luth membisik sesuatu pada telinga ayahnya. Muka Tahir tegang apabila mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya. Dia segera menamatkan perbincangan dan segera pulang ke rumah bersama Luth.

Ning Sari menyiapkan diri. Selendang kuning di atas kepala dibetulkan dan dikemaskan. Dia menoleh sebentar pada Qasha.

"Ingat pesan ibu." Terus Ning Sari hilang dari pandangan.

Ning Sari merenung dalam anak mata Bambang yang penuh dendam kesumat.

"Ada apa kau kemari?" soal Ning Sari dingin.

Bambang terundur ke belakang. Dia mengetap gigi.

"Jangan masuk campur Ning Sari. Serahkan manusia itu padaku!" teriak Bambang dengan kuat.

Ning Sari tertawa kecil.

"Mengapa tidak? Dia sudah aku anggap seperti anakku, bakal menantuku. Tampaknya ilmu kau semakin kuat ya," ujar Ning Sari dengan tenang.

Bambang tersenyum.

"Apa kau takut pada aku, Ning Sari?" ujar Bambang mula 'tinggi hidungnya'.

Ning Sari tergelak.

"Tidak sedikit pun aku takut pada kau, melainkan Allah," ucap Ning Sari masih dengan nada lembut tapi tegas.

Tidak betah duduk diam. Akhirnya, Qasha mengikut kata hati. Bilik air dituju dan dia mengambil wuduk. Hanya pada yang satu dia meminta pertolongan.

Luth merasakan tidak sedap hati segera dia melajukan langkahnya. Tahir yang mengerti turut melakukan perkara yang sama. Sempat dia melihat dada langit yang mendung. Qasha....

Ning Sari mula bertarung dengan Bambang. Kain kuning di atas kepala ditarik. Hujung selendang itu dibalut pada tangannya dan digenggam kuat. Ning Sari walaupun sudah berusia tetapi tenaganya masih kuat.

Belaan Bambang dan seekor harimau milik  keluarga Ning Sari tewas pada tempuran itu. Ning Sari harus berjaga-jaga tersilap langkah nyawa dia boleh melayang. Seekor harimaunya yang masih hidup penuh luka teruk itu tetap ingin melindungi tuannya. Tetapi, dihalang oleh Ning Sari.

Bambang memulakan serangan dengan melemparkan beberapa jarum halus yang mempunyai bisa. Hanya lima saat jika terkena boleh membawa maut.

Pantas Ning Sari menepis tetapi malangnya salah satu jarum terkena pada harimaunya. Dia tidak boleh lemah! Bambang tahu, Ning Sari amat menyayangi harimaunya dan dia yakin Ning Sari tidak terlalu bodoh. Malah, Ning Sari lebih licik!

Jarum-jarum yang dilempar itu, Ning Sari melibas semula ke arah Bambang dengan menggunakan hujung selendangnya itu.  Bambang yang sedang leka tidak sempat mengelak.  Ning Sari terlalu pantas! Tanpa menunggu lama, kain kuning itu dibelit pada leher Bambang dipulas dan ditarik hingga terpisah dari badan. Ning Sari membaca sesuatu kemudian kepala Bambang terbakar bersama badannya.

Pada masa yang sama Qasha tekun dalam solatnya. Dia berserah sepenuhnya pada Sang Pencipta. Bunyi guruh dan petir saling berganti. Angin kuat kembali menyerang perkampungan bangsa bunian.

Ning Sari tersadar kepenatan. Menggunakan tenaga dalaman bukan sesuatu yang mudah. Tahir dan Luth segera mendapatkan Ning Sari. Terlukis wajah kerisauan pada suami dan anaknya, dia tersenyum.

"Dinda... tidak apa-apakah? Ada cedera?"

Lembut bicara suaminya bertanya. Ning Sari menggeleng kepala.

"Luth nak tengok Qasha sekejap," ujar Luth meminta izin.

Tahir dan Ning Sari menganggukkan kepala. Tahir melihat bangkai harimaunya itu mula hilang dari pandangan. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"Itu hanya samaran, kanda. Bukan yang sebenarnya," ujar Ning Sari lemah. Tidak lama selepas muncul dua ekor harimau berwarna putih mendekati tuan mereka. Tahir melepaskan nafas lega. Dia 'membersihkan' kembali sekitar halaman rumahnya.

***

Luth terdiam melihat Qasha yang sedang bersujud. Teringat pesanan ayahnya.

Manusia dan jin tidak boleh bersama.

Luth melepaskan keluhan berat.

Dia sangat sayang Qasha. Ingin menjadikan Qasha isterinya. Tetapi, dia tidak boleh mementingkan diri jika keluarganya yang terima musibah.

****

Alam manusia...

Orang tua Qasha menerima berita duka, apabila pencarian anak perempuan mereka terpaksa dihentikan. Disebabkan angin kuat.

***

859 patah perkataan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro