Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ABANG dah tak punya perasaan kepada Myza. Terngiang-ngiang kata-kata Khairi di telinga Amyza. Sungguh mengganggu. Dia sudah tidak punya ketenangan lagi. Tindakan Khairi buat kepala dia serabut! Tidak ada perasaan apabila dia kata nak balik Kuala Lumpur tanpa lelaki itu. Khari lepaskan saja padahal lima tahun tinggal di Jakarta, tidak pernah sekalipun Amyza balik Malaysia tanpa Khairi. Sibuk bagaimanapun, Khairi tetap akan temankan dia balik bersama.

Yang sadis tu, minta berpisah kerana perempuan tu jadi pilihan Khairi. Dan Khairi boleh selamba saja jawab okey. Tidak ada sebarang tanda sesal di wajah dia! Adakah sembilan tahun bersama itu tidak memberi makna apa-apa? Lupakah dia yang si isteri inilah yang sentiasa bersama walau apa keadaan dia? Yang sanggup berkorban segala-gala demi kasih kepadanya?

Owh... Sungguh tidak puas hati. Amyza menumbuk-numbuk bantal yang diguna Khairi untuk tidur. Puk! Puk! Puk! Umpama bantal itu dada Si Khairi yang bidang. Bidangkah? Bidang dan sasalah juga. Jika tak. mana ada perempuan muda tergila-gilakan dia.

Puk! Puk! Puk!

Bersungguh-sungguh Amyza melepaskan perasaan pada bantal itu. Pukul bantal tak mengapa, kuat macam manapun tangan yang cantik ni tak sakit. Paling teruk pun bantal pecah, kapas bertaburan di dalam bilik. Kalau itu terjadi, baru padan muka Amyza sebab yang kena bersihkan pun dia sendiri juga.

Khairi... Haram nak buat kerja-kerja rumah. Tuala dia pakai pun main sepuk merata-rata. Setiap kali selepas mandi, Amyza juga yang kena pungut dan sidai di ampaian. Jika Amyza tidak buatkan kopi untuknya, berbulan-bulanlah dia tak merasa air kopi di rumah. Walaupun kopi segera itu mudah saja untuk dibancuh. Tuang serbuk campuran, tuang air panas, kacau, dah siap untuk diminum. Itupun suami dia malas. Sanggup dia biarkan kerongkong kering daripada pergi buat air sendiri.

Kadang-kadang radang Amyza, sengaja dia bancuh kopi untuk dia seorang dan membiarkan Khairi terliur. Tahu, yang Khairi juga penagih tegar kopi. Dah suami dia pemalas benar! Kena ajarlah sikit!

Tak mudah juga dia bergelar isteri selama ini. Sejak pindah ke Jakarta, Khairi selalu sibuk. Kerja, kerja, kerja dan kerja. Itu saja kerjanya. Pergi pejabat kerja, balik rumah pun angkut kerja.

Habis, urusan rumah tangga? Amyzalah yang buat semua. Beli-belah barang-barang rumah, semua dia buat sorang-sorang. Hanna sakit pun dialah hantar jumpa doktor sorang-sorang.

Dalam banyak hal, dia tidak menyusahkan Khairi. Semua dia uruskan sendiri. Lampu yang rosak pun kadang-kadang dialah yang ganti. Belum kira lagi pasal paip air yang selalu buat hal. Dia juga yang kelam-kabut panggil tukang paip sana sini. Tayar kereta pancit? Tak pernah dia ganggu Khairi, dia telefon saja mekanik datang.

Dia isteri yang berdikari. Memanglah kadang-kadang rasa sedikit payah... Tetapi selama ini dia ikhlas saja demi kasihnya kepada suami dan keluarga tercinta.

Apa lagi yang Khairi tak puas hati? Amyza tidak boleh terima apa yang dikata Khairi siang tadi. Dia salahkan Amyza mengabaikannya sehingga mencari perempuan lain. Semua salah Amyza. Jika tidak kerana Amyza, dia tidak pergi cari Dewi. Senangnya Khairi. Dia yang gatal miang hendak berbini muda... Amyza yang dijadikan alasan.

Isy! Amyza tak puas hati!

Puk! Puk! Puk.

Bantal dihentam lagi. Mujur bantal tersebut dari kualiti tinggi, bolehlah ambil peranan sebagai punching bag juga. Taklah rugi beli mahal-mahal sebab banyak kegunaannya.

Penat memukul bantal, Amyza baring. Siling empat segi berbunga-bunga di tengah dan sekeliling diperhati. Mata aje hala ke situ, kepala serabut memikir pasal Khairi yang tak kenang jasa. Dulu-dulu bukan main berjanji. Dah jemu, tolak tepi. Mudah aje cakap tak ada perasaan lagi.

Krek. Bunyi tombol pintu bilik cuba dipulas.

Amyza cepat-cepat tarik selimut tutup separuh badan. Bantal yang dipukul tadi dipeluk. Mata dipejam rapat-rapat. Sekejap lagi manusia yang tak ada perasaan kepada dia akan masuk bilik. Amyza tak nak tengok muka lelaki itu buat masa ni. Menyampah!

Khairi masuk ke bilik. Dia pandang Amyza dengan ekor mata. Dah tidur. Lantaklah! Tahu pun penat. Menjerit-jerit marah suami lebih daripada perangai binatang liar di dalam hutan belantara. Elok sangatlah macam tu. Kahwinlah tiga empat kali sekalipun, pasti tak ada suami yang boleh tahan. Dahlah pemalas layan suami.

Apa guna ada isteri kalau nak minum secawan kopi pun kena buat sendiri? Tengok tu... Bantal suami pun dia guna. Macam itukah isteri yang bertanggungjawab? Pentingkan diri sendiri!

Jangan ingat dia tak kesah perkara kecil-kecil dalam rumah tangga. Dia kesah. Kesah tau! Sebab itu dia bosan. Amyza tak pernah hendak berubah. Mula-mula kahwin memang tak kesah, tengah panas... Ni dah sembilan tahun, jemu jadinya. Bosan!

Mata Khairi mencari tuala untuk mandi. Tak nampak pun di mana-mana. Biasa setiap malam dia letak tuala baru yang masih berlipat di hujung katil.

Haih... Itupun Amyza tak sediakan. Melampau betul! Penat-penat dia keluar kerja cari rezeki menyara keluarga, balik rumah layanan haprak.

Khairi mencari-cari tuala baru di dalam almari. Sana sini dipunggah, tak jumpa-jumpa. Bersepah-sepah keluar semua isi di dalam almari. Dia merengus. Sudahnya, tuala di dalam bakul dobi diambilnya semula. Pakai aje tuala yang dah diguna tu.

"Ada isteri macam tak ada isteri..." rungutnya perlahan.

Kalau macam ni perangai Amyza, memang patut sangat dia kahwin dengan Dewi. Itupun nak meroyan bagai. Tak sedar diri! Sedap-sedap tidur, keperluan suami tak diendah pun.

Pang!

Pintu bilik air dihempas. Sekejap kemudian dengar bunyi air mencurah-curah dari shower. Masa tu Amyza bangun lalu membuat kerja-kerjanya. Dicampaknya bantal dan selimut Khairi ke lantai.

"Ambil kau... Ada isteri macam tak ada isteri. Rasakan perasaan tak ada isteri macam mana. Ingat Dewi kau baik sangat untuk layan kerenah bukan-bukan? Jangan haraplah!" bebel Amyza sendirian lalu melambung tubuhnya semula ke katil besar yang empuk. Dia tarik selimut dan menutup tubuh hingga ke paras leher. Puas hati!

Khairi keluar dari bilik air. Dia lihat Amyza sudah ubah kedudukan tidur. Satu katil digunakan untuk baringkan tubuh yang tidak sebesar mana tu. Di atas lantai pula terdapat bantal dan selimut untuknya.

Rasa marahnya kepada Amyza memuncak semula. Kejap tadi dah berkurang sedikit dek siraman air mandi. Berlaga-laga rahangnya menahan emosi apabila melihat Amyza nyenyak membelakangi pandangannya.

Dibaling tuala yang diguna tadi tepat ke muka Amyza. Padan muka!

Bantal dan selimut di atas lantai diambil kemudian keluar dari bilik tersebut.

Pang!!!

Pintu bilik dihempas sekuat-kuatnya. Apa kelas tidur di lantai sedangkan Amyza enak-enak baring di atas katil. Bilik tamu pun ada. Katil di situ tak kurang empuknya.

Kecut juga perut Amyza dengan bunyi bantingan pintu oleh tangan gagah Khairi. Bayangkan jika penampar tangan itu sampai ke pipinya. Huh! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro