Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAH, call ni kenapa? Dah tak sabar nak cerai?"

"Abang ni, kut ya pun nak kahwin lain, janganlah hina saya teruk sangat. Nanti termakan diri sendiri baru tahu. Myza call ni ada sebab. Jika tak, tak adanya teringin nak bercakap dengan orang yang dah tak suka Myza. Buat sakit hati saja." Geram Myza. Ada ke kita telefon terus disemburnya? Tak bagi tahu baru tahu. Baliklah malam-malam buta nanti biar terbongkar sifat buruk dia. Mengata orang pandai, salah diri sendiri tak sedar.

"Hah, tak payah bebel panjang-panjang. Kenapa?"

"Amboi... Sampai dah tak sudi nak dengar suara Myza lagi, ya?" Tiba-tiba Myza terasa sebak. Rasa dah dibuang jauh-jauh oleh si suami.

"Jangan nak berdrama sangatlah! Strict to the point. Abang banyak kerja nak buat ni!"

Amyza tahan hati. "Mama dan abah datang. Ada di bawah sana..."

Khairi terdiam dalam talian sana. Amyza hanya dengar bunyi nafas Khairi. Bermakna talian masih belum terputus. Dia pun serba salah hendak menghubungi Khairi. Panas masih membara dalam tubuh badan. Apa tidaknya, dahlah suami kata tak ada perasaan kepada dia, nak dimadukan lagi, lepas tu dikutuk-kutuk lagi di belakang, hati isteri mana yang tidak terkoyak rabak? Cer bagi tahu, siapa yang tidak sedih, kecewa dan marah? Tetapi kali ini dia terpaksa. Takkan nak dibiar mama dan abah mentuanya melihat kepincangan rumah tangga mereka?

"Habis tu, tunjuklah perangai baik Myza. Tak payah layan mama dan abah elok-elok? Mentang-mentang nak bercerai."

Amyza merengus tak suka dengan tuduhan Khairi. "Abang ni, cuba cakap baik-baik sikit. Kata nak jadi orang beriman! Walaupun Myza ni dah kusam, macam nyonya bagi abang, Myza tetap layan mama dan abah abang elok-elok. Dia orang tetap mama abah mentua Myza walaupun abang dah tak suka Myza. Myza ni hidup bersama dia orang dah lama, dah tahu hati budi dia orang, apa dia orang suka dan tak suka. Dia orang pun anggap Myza seperti anak sendiri. Myza pun sayang dia orang macam sayang ibu ayah Myza sendiri. Abang saja yang dah tak suka Myza, bukan dia orang!" ujar Amyza panjang lebar dengan suara lirih. Sedih dia mengenangkan mama dan papa mentuanya yang baik. Takut apabila tiba saat diceraikan Khairi nanti. Bagaimanakah penerimaan mereka?

"Sudahlah merayu-rayu tu, Amyza. Abang tetap dengan keputusan abang walau kamu disayangi mama dan abah."

Amyza kembali bengang. Teruk benar penyakit nak nikah lagi ni. Lain orang maksudkan... Ke situ juga dia melencong.

"Ke situ pula. Myza tak call abang untuk tanya hal inilah!"

"Habis tu nak apa?"

"Nak abang balik awallah!"

"Yang itu abang tahulah!" dengus Khairi.

Amboi... Angkuhnya orang nak berbini lebih ni, gumam Myza dalam hati.

"Myza cakap ni bukan untuk Myza, tapi untuk mama dan abah. Nanti hairan pula dia orang anak kesayangan dah tunjuk perangai tidak pedulikan rumah tangga sendiri. Sibuk nak cari rumah tangga lain sampai rumah tangga yang ada pun terabai."

"Tak payah nak ingatkan! Betulkan diri sendiri dulu, takut nanti sampai tua tak ada lelaki nak."

Amyza putuskan talian. Menyakitkan hati sungguh. Benci tau! Ini semua betina tu punya pasal. Jika tak rumah tangga dia tak porak-peranda begini sekali. Amyza sayang rumah tangga dia. Itu yang sebenarnya. Yang minta cerai tu sekadar pelan dia saja. Tak sangka Khairi pilih cerai demi perempuan tu!

Hukhukhuk...

Bantal Khairi yang diangkut semula dari bilik tamu dipukul lagi. Tak dapat tuannya, bantal pun jadi. Lepaskan segala perasaan marah yang terbuku di dalam dada. Jika tak boleh jadi gila seorang. Nak jumpa Muna pun mentua ada di rumah. Jika tak dia dah helo Muna suruh datang sini. Boleh nangis campak-campak tisu.

Perempuan mana yang nak cerai? Yang nak jadi janda?

"MAMA, abah... Kenapa datang mengejut ni?" soal Khairi sebaik sahaja sampai di rumah. Risau punya pasal, awal-awal lagi dia cabut balik. Manalah tahu kalau-kalau Amyza buka cerita yang bukan-bukan pasal dia. Punah harapan untuk kahwin dengan Dewi. Maklumlah, Amyza tu menantu kesayangan mama. Pasti mama susah untuk lepaskan. Dewi pula orang sini, lagilah mama bantah! Jahil-jahil Amyza, dia sangat hormat orang-orang tua, itu yang mama dan abahnya suka sangat.

Abah menyengih, dijeling mama di sebelah. "Habis tu mama kamu dah rindu benar kat cucu dia. Tunggu kamu balik KL, macam tunggu bulan jatuh ke riba, tak muncul-muncul."

"Sibuk sangatlah abah. Tak menang tangan buat kerja," jawab Khairi ringkas.

"Sibuk-sibuk juga Ri... Jangan nanti cucu tak kenal atuk nenek sudah. Duit bila-bila boleh cari, keluarga, kasih sayang, kalau dah hilang tak ada galang gantinya."

Khairi terangguk-angguk. Layak anak yang mendengar nasihat sangatlah. "Ya, abah..." Padahal takut tembelang sendiri terbongkar.

"Abang ni dah suka benar kat Jakarta ni abah, mama. Susah nak ajak pergi mana-mana dah. Balik KL pun tak mahu. Tak boleh berpisah dengan nasi timbel. Hari-hari nak kena pekena." Sambil hidang kopi pekat Kapal Api kesukaan abah, mulut Amyza menyampuk. Masa inilah nak kenakan Khairi. Jangan lepaskan peluang keemasan. Terima kasih banyak-banyak mama dan abah datang pada saat-saat genting ni.

Muka Khairi berubah.

Mama menjeling anaknya. "Jangan selalu-selalu sangat Ri makan kat luar tu. Dari dulu mama dah pesan kan... Risau mama kau orang di sini."

Maksud mama tu mendalam. Mama tak mahu menantu lagi dari kalangan orang sini. Cukup Amyza seorang. Masa hendak berhijrah ke sini lima tahun lepas, mama dah kasi amaran keras. Setiap kali jumpa, itu juga yang mama ingatkan. Khairi faham itu. Amyza juga tahu.

"Habis tu ma, kalau tak makan kat luar, kurus keringlah anak mama ni. Jemu dah asyik makan asam pedas, tomyam aje hari-hari. Tekak ni nak juga rasa makanan lain..." Khairi mula mengadu. Sedikit sebanyak telah membuka pekung rumah tangga sendiri. Kiranya cantas baliklah terhadap Amyza. Ingat dia saja pandai? Khairi lagi bijak tau.

"Yalah ma... Sejak abang pandai makan makanan Sunda ni, air tangan Myza dah tak sedap lagi..."

"Tahu tak apa..." balas Khairi, tak nak kalah.

"Hmmm..." Abah berdehem. Dia berpandangan dengan mama. "Ada sesuatu yang abah dan mama tak tahu ke tentang orang-orang di sini?"

Khairi diam.

Amyza juga diam. Tetapi lirik matanya buat mama dapat meneka sesuatu. Lalu mama urut-urut belakang menantunya. Lembut dan penuh kasih sayang. Amyza sebak. Takut tangisnya berjurai-jurai keluar, dia bawa diri pergi dari situ. Bawa dulang sebagai alasan.

"Ada apa-apa masalah ke kamu berdua di sini, Khairi?" Abah ulang tanya.

"Tak ada apalah abah!"

"Betul?"

"Hmmm..." Khairi berdehem. Tiba-tiba gatal tekak. "Ri dah tak tahan dengan perangai menantu abah tu."

"Kenapa? Apa kurangnya Myza?" tanya abah tenang.

Mama berdebar-debar. Wajahnya mula cemas. Takut apa yang dia tidak suka menjadi kenyataan. Mama angkat muka memandang wajah anak lelakinya. "Ri?"

Khairi menyapu muka beberapa kali. Teragak-agak pula untuk berterus-terang. Saat ini keyakinannya mula merudum. Belas lihat wajah mama yang jelas pucat dan gelisah.

"No komenlah mama, abah. Nanti mama, abah lihatlah sendiri perangai Myza. Ri nak cakap lebih-lebih pun nanti mama dan abah tak percaya. Kata Ri sengaja mereka alasan."

"Ri, jangan bukan-bukan, nak. Myza tu kalau ada kurang dia, boleh diasuh, dibimbing. Selalu kena ingat, apa-apa antara kamu berdua, Hanna yang jadi mangsa. Ingat tu. Jangan duk pentingkan perasaan sendiri sahaja," nasihat mama lembut.

Khairi mengeluh.

Amyza di ruang makan lap air mata di pipi. Sayu hati sangat apabila mama masuk campur. Rasa terbela nasibnya yang asyik kena hina dan cerca dek Khairi.

Terima kasih, mama. Betul kata mama, kasihan Hanna. Tak lupa juga kasihan kepada Amyza. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro