05 | πŠπ‡πˆπ‹π€π… π‘π”π’π€πˆππˆπ„ | "π’πˆπ€ππ€ πƒπˆπ€?"

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Allahumma salli ala sayyidina muhammad<333

***🀍***

Buku-buku yang bersepah dibersihkan dirak. Disusun rapi mengikut saiz tersendiri. Yang besar diletakkan paling belakang, yang kecil diletakkan dihadapan. Azhari tersenyum simpul. Bersih juga surau ini. Tidak, habis lah berhabuk tiada satu makhluk pun mahu bersihkan. Beg galasnya dicapai sebelum kaki melangkah keluar dari surau tersebut. Baru sahaja dia pusingkan badannya, ada satu suara menegur dia dari belakang

"Eh? Ustaz Ari!" Iqmal Hakeem tersenyum lebar menyalami tangan jejaka itu

"Iqmal... Dah besaq eh engkau. Suara pun dah berubah na..." Azhari menggosok-gosok kepala bekas anak muridnya itu. Dahulu, Iqmal pernah menjadi anak muridnya di madrasah Baitul Jannah. Tempat di mana Azhari berkerja sekarang. Dia berkerja sebagai ustaz dan mengajar tentang kitab-kitab.

"Ustaz apa khabar? Nampak makin hensem dah... Haha." Azhari. Tidak lengkang dengan pakaian yang simple. Seluar lusuh, baju jeans dan jaket hitam. Dengan rambut yang dibela paras bahu. Jiwa rock betul pak ustaz dia seorang ini!

Azhari membetulkan sedikit jaketnya. "Saya memang dari dulu hensem. Hang je tak tau..." gurau lelaki itu

"Iqmal sekolah mana sekarang?" terus dia bertanya. Iqmal mendiam setelah itu dia menjawab

"Saya tak belajar dah ustaz. Ayah saya sakit..." adu nya sayu

"Nor sakit lagi ke?" kaget Azhari. Dahulu ayahnya yang bernama Nor memang selalu beritahu Azhari tentang kesakitan dia. Azhari pernah juga berjumpa dengan lelaki tua itu. Fikir, dia sudah sembuh malah makin teruk pula penyakit buah pinggangnya itu.

Perlahan Iqmal mengangguk

"Takpa lah... Apa yang penting sekarang ini, Iqmal khidmat je dekat mak ayah Iqmal. Kita tak pandai tak pa, janji kita tau khidmat mak ayah. Iqmal dah syahadah alim kan? Alhamdulillah, dengan ilmu tu walaupun sikit. Tapi boleh jadi manfaat dekat akhirat kelak. Biaq lah orang nak kata kita pa, tak belajar ka. Malaih pi sekolah ka, yang penting kita tau yang ganjaran orang yang berkhidmat untuk mak ayah dia tu besaq..."

Iqmal memandang wajah ustaznya seraya tersenyum nipis. "Terima kasih ustaz. Baik, saya akan pegang kata-kata ustaz tu..."

......

"ENTAH siapa yang salah, ku tak tahu~~..." Firman menjeling sekilas Azhari yang merenung dengan mata tidak berkelip. Cebik bibir dia memandang. Termenung aje mamat ini. Dah ada awek ke?

Telapak kasut di dekatkan dimuka lelaki itu. Azhari menjeling. "Kau pahal?"

"Kau lah tu apahal? Menunggg aje dari tadi... Selalu dia yang datang memekak nyanyi dekat depan kedai aku ni..." bebel Firman

"Bila aku memekak, melalak macam orang tak sudah kau marah. Ni aku diam aje, kau marah jugak? Eh kau nak apa cetan?"

"Nak kau berambus. Eh, kau tak pergi madrasah ke? Bukan hari ini budak-budak kau tu dah habis cuti raya haji ke?" Aku diam memandang depan

"Ye. Budak-budak tu dah balik madrasah dah. Tapi ustaz-ustaz boleh aje balik esok. Warden kan ada..." sengaja lelaki itu mengangguk faham. Faham betul tu!

"Fir, kau... Tak rasa kesian ke dekat budak R tu?" mataku dari tadi tertumpu pada lelaki muda itu. Dia tengah fokus membuat kerja. Firman kunyah gula-gula getah

"Kesian? Buat apa nak kesian?"

"Eh blur ah kau ni arn... Kau hari-hari dok jumpa dia, takkan kau tak rasa simpati tengok dia?" aku bertanya hairan. Apepasal ye, setiap kali aku dengan budak lelaki itu. Mesti aura kasihan aku berbuak-buak. Dengan orang lain ada juga. Cuma dengan R lain macam...

"Kau ni. Tahu lah takde adik lelaki. Takpayahlah beria kau nak kesiankan dia macam adik sendiri..."

"Dahtu, salah ke sekarang ni?" keningku terjongket

"Salah tu tidak. Tapi beria tu tidak boleh! Aku tengok, ok aje dia. Kau je beria nak kesiankan dia apahal?"

Aku mengeluh kecil. Firman langsung tidak faham aku. Harap aje kawan! Hati memasing pun tidak sehati. Eh?

"Haritu, ada sekali tu kan. Aku ikut dia. Yela, aku nak tengoklah dia tinggal mana. Kau tahu, dia tinggal dalam hutan weh. Kau bayangkan, dah lah gelap. Kena ada binatang buas kacau dia. Ish, aku tak tahulah macam mana dia boleh hidup macam tu. Mana ea, mak bapak dia. Adik beradik dia ke? Takkan dia takde family?..." dalam meneka, tidak sedar aku sedang menyoal Firman yang blur

"Kau tanya aku kenapa sekarang ni?" marah dia. Aku diam tidak menjawab

"Ri... Macam ni lah, apa kata sekarang. Kau... Cuba try bergaul dengan dia. Ha, mana tahu dia boleh share masalah dia pada kau. Kau tu, kesian je lebih. Tapi bercakap dengan dia tidak!" badanku automatik berpaling kearahnya. Penuh

"Kau cakap aku tak bercakap dengan dia? Wo, wo, wo. Aku dah cuba ea nak berkawan dengan dia. Dia tu, dah macam perempuan dah! Jual mahal nak mampuih..."

Pelik betul.

"Dahtu? Kau nak buat apa sekarang?" lelaki itu bertanya. "Siasat identiti dia yang sebenar..." aku tersenyum tipis cantas Firman menggeleng. Tidak habis-habis

R's pov:

Sekeping gambar berukuran kecil itu ku pegang. Gambar perempuan berniqob hitam berserta dengan tudung dan jubah hitam itu ku renung dalam. Aku rindu dia... Sungguh, aku rindukan dia... Air mataku bergenang dan akhirnya aku menangis. Disaat aku leka melayan perasaan sendiri, satu telapak kaki mendekati aku dari belakang. Aku cepat-cepat mengesat airmata ku tidak mahu dilihat orang

"R? Kau asal ni? Kau ok tak?" Azhari menegurku dengan bulat mata. Aku menjeling tajam. Beg silangku diletakkan dibahu. Aku bangun untuk pergi

"Kau nak balik ke? Aku temankan nak?" ramah dia berkata. Aku diam tidak pusing belakang. Tetap aku teruskan jalanku. Suara dibelakang ku biar bagai angin

"Kalau macam tu, meh aku belanja kau makan kejap. Kau mesti lapar kan?" hembusan nafas kasar aku lepaskan. Tajam mata aku mencerlung nya. Dia kaku terdiam

"Bahasa apa lagi hah? Untuk aku bagitau kau, yang aku taknak berkawan dengan kau!" keras suaraku

"Taknak berkawan pun takpernah. Asalkan jom makan dulu. Aku tahu kau lapar R. Kalau tak, takkan kau nak menangis tadi kan..." dia tersengih kecil.

Aku mengetap bibir. Ish, aku mamat sengal ni kang... Meh aku basuh sikit kau ea...

"Kau tahu, apa beza kau dengan anjing?" dia terkejut terdiam. "Tak..." balasnya dalam keadaan yang masih blur

"Takde beza... Dua dua busuk! Dah tahu orang tak suka, makin buat. Busuk ah tu perangai!" semburku pedas. Azhari kian tergamam mendengar kata pedasku. Dia mengangguk perlahan lantas tidak lama selepas itu ia pergi. Aku tergelak kecil.

Padan muka! Ambik kau! Kacau hidup aku lagi...

.
.
.

"ASSALAMUALAIKUM ya ustaz! Jazakumullahu Khairan Kathira ya Ustaz!" Aku mengangguk menjawab salam perlahan. Satu-satu pelajar ku datang menyalami tangan ku. Habis 22 orang pelajar menyalami aku, terus aku bergerak masuk ke dalam asrama. Meja tempat kediaman aku, aku tuju. Lama aku termenung sendiri. Kopiah putih di atas kepala aku tanggalkan letak atas meja. Hembusan nafas perlahan kedengaran.

Dengan tidak sengaja, tiba-tiba suara seseorang menjengah

"Siapa kau sebenarnya? Engkau baik sangat ke sampai nak berkawan dengan aku?"

Aku pejam mata rapat-serapatnya. Pedih termenung lama.. mata digosok lembut...

....

PADA suatu ketika, saat Azhari mahu melakukan sembahyang tahajjud di dalam masjid pada jam hampir menunjukkan pukul 2:55 pagi. Dia berdoa, meminta segala hajat dan memohon ampun dariNYA. Saat dalam solat kusyuk dan khudu' ada dua orang lelaki yang berangkara umurnya 50- an itu memandangnya dengan penuh kehairanan. Lelaki itu memandang rakannya dihujung belah sana. Seiringan dengan mata yang terbeliak. Terkejut mereka melihat Azhari, bagai ada cahaya yang nur terpancar di tubuh badannya. Sesuai sembahyang, Azhari terus berangkat pulang. Suara bisik kedua lelaki itu tidak dihiraukannya. Hilangnya kelibat si dia, kedua orang lelaki itu mendekat berbisik

"Kau nampak?" tanya seorang lelaki itu kepada rakannya.

"Ye, aku nampak..." balas si dia bersungguh. Mata mereka masih melihat kesan jejak Azhari tadi

"Uish, dasyat budak tu..." sambung lelaki yang bertanya tadi. Susah syak sangat yang Azhari ini bukan calang-calang manusia. Walhal dizahir terlihat selekeh dan biasa di mata manusia. Tetapi di pandangan Allah, dia seorang yang luar biasa...

Masyaallah... Azhari...

.....

"Aku manusia biasa R... Yang tak lari dari karat dosa..." omel Azhari sendiri. Mukanya ditekup menggunakan tangan. Ye, sememangnya dia sentiasa berasa diri kotor. Tidak pernah sedetik pun dia berasa diri ini mulia. Azhari seorang yang tawaduk.

R's pov:

AIR teh panas aku tiup perlahan. Langit kebiruan ku pandang sekilas. Entah mengapa, saat ini. Aku tiba-tiba teringat akan mimpi aku beberapa bulan yang lepas. Mimpi itu masih jelas dalam ingatan. Aku masih tak faham dengan mimpi itu. Kenapa? Mimpi itu buat aku tertanya-tanya. Dan saat aku memikirkannya, kepalaku kian terasa sakit.

Azhari... Nama jejaka itu tidak sedar aku lafaz dalam hati. Siapa sebenarnya kau? Kenapa kau tidak habis-habis prihatin tentang aku?

Sampai sekarang naluri aku dapat rasakan dia orang jahat! Mahu sesuatu yang luar jangkaan daripada fikiran aku...

"Assalamualaikum..." sapa seseorang dari luar. Aku tergamam! Kejap, siapa yang datang tu? Rumah ni dalam hutan kut. Takkan ada orang skodeng aku kut! Persoalan yang bersimpang-siur di dalam kepala aku biarkan. Kaki ku laju ingin melihat siapakah gerangan yang berani skodeng aku! Mataku membulat...

Mamat ni lagi!

"R, maafkan aku kacau kau lagi... Tapi boleh tak harini aku nak cakap dengan kau sik-"

"Kau memang nak kena dengan aku ke hah! Blah boleh tak!" herdik aku hilang sabar

"Tolong R, kejap je..." rayu dia bersungguh. Aku ketap gigi. Bulu roma ku naik tegak. Hati sudah tidak nyaman dengan sikap jejaka ini

"Kau berambus sekarang... Sebelum aku buat kerja gila..." dia diamkan diri sahaja. Kerana geram, terus aku masuk ke dalam rumah mengambil parang. Memang aku sediakan siap-siap. Untuk gangguan binatang buas atau orang yang cuba-cuba mahu ceroboh rumahku. Aku keluar dengan parang di tangan. Wajah ku bengis. Terbeliak biji mata jejaka itu melihat tindak kelakuan ku

"Wo, wo, wo. R, rileks R. Ok, ok aku pergi..." kalut Azhari berkata seraya mengangkat tangan paras bahu. Parang itu masih ku acukan pada mukanya. Geram! Mahu saja aku pancung kepala mamat yang tidak reti bahasa ini!

"Aku dah tak ganggu kau dah... Ok, aku pergi..."

Mata cuma memerhati si dia berlalu pergi. Parang dihempas kuat ke lantai. Rambut pendek ku diramas geram.

.
.

Beberapa hari selepas itu....

"Ha, Ri! Alang-alang kau dah mai ni. Aku nak habaq sikit, ada nampak R ark? Dah beberapa hari dia tak masuk kerja dengan aku ni... Pelik betul..." Firman bertanya berkerut dahi

Kini lelaki itu mendiamkan diri. Termenung. Sejak kejadian dia mengikuti si dia dalam diam, sejak itu lah dia tidak pernah melihat wajahnya lagi. Kerisauan mula bangkit

"Aku sebenarnya ada benda lagi tak cerita dekat hang Fir..."

"Pe dia hang ni? Aku tanya lain, jawab lain!" marah jejaka itu

"R... Kalau kau nak tahu apa yang dah berlaku, ikut aku petang ni." Azhari bersuara senada

.....

FIKIRKAN bercelaru. Kacau! Kusut!Seolah-olah bisikan-bisikan yang tidak menyenangkan masuk deras ke dalam kegendang telinga. Kepala mula berasa sakit. R menutup kedua telinganya kuat. Jantungnya berdegup kencang. Penyakit anxiety lelaki itu sudah mula keluar. Kedua tangannya menggigil hebat. Gigi kuat diketap. R perlahan mencapai sepucuk pisau dibawah. Air liur ditelan payah. Sekarang ini yang dia tahu, dia perlu mati! Dia memang tidak selamat. Semua orang mahu ganggu dia! Tidak, dia perlu mati juga!

Terpercik darah setelah pisau yang tajam itu ditoreh di lengannya. R akhirnya lemah kemudian jatuh pengsan.

Azhari POV:

"OI! Hang ni pasaipa Ri? Gila ka bawak aku masuk dalam hutan ni tiba-tiba?" sambil berjalan. Sambil membebel. Itulah Firman. Aku mendiam berjalan laju daripadanya. Dia sudah ketinggalan dari belakang. Aku dengar dia membebel lagi. Tapi entahlah apa yang dia bebelkan pun aku tidak mendengar. Kesian kau Fir...

"Kulit aku ni dah lah manja Ri. Kang tak pasai-pasai deman dengki aku..." omel dia lagi

Kaku aku sampai dihadapan rumahnya. Kelibat si dia aku cari. Pintu terbuka itu aku buka luas sedikit. Firman sudah pun berdiri tegak disebelah aku. Sempat jelingan tajam diberikan. Geram kerana bebelan dia aku biar bagai angin. "Akulah hang ni kan.. eii!" dia membuat seolah-olah mahu menumbuk aku. Aku pantas menayangkan lima jari tanda 'kejap'. Manakala mata aku masih fokus kepada sesuatu. Kelakuannya turut terhenti

Melopong kami melihat R yang sudah tersandar di dinding tidak menyedarkan diri itu. Tangan si dia penuh dengan darah yang kering. Kami kalut bergegas mendapatkannya. Firman membuat keputusan hantar dia ke hospital. 'Ya Tuhan, kau nak bunuh diri ke R....'

.....

"Hang yakin, tu rumah dia?"

"Ye..."

"Hang dah cari keluarga dia?"

"Ye..."

"Mana hang tau dia tinggal sana?"

"Aku ikut dia..."

Firman menunduk. Baru perasaan simpati dia terhadap R membuak-buak. Setelah apa yang dia lihat tadi. Sungguh R ini orang yang perlukan perhatian. Hampir dua jam juga kami mengisi perut yang kosong direstoran berdekatan bersebelahan dengan hospital yang R sedang duduk sekarang. Usai solat Magrib, kami terus menuju ke hospital semula. Aku menuju dikaunter pertanyaan.

"Saya nak tanya, R macam mana?"

"R?" berkedut kening jururawat lelaki itu. Aku garu kepala sedikit. Aduh, nama dia pun aku tak tahu sekarang ni

"Maksud saya, kawan saya yang tadi tulah..."

"Ouh ye. Kawan encik itu tiada apa-apa yang teruk pun. Cuma luka pada tangan dia perlu dijahit. Maaf ye, nama sebenarnya apa? Dan boleh saya tahu, keluarga si pesakit?" semua dokumen langsung tidak Azhari mengetahui. Bagaimana dia mahu tunjuk pada pihak hospital

"Saya tak tahu. Saya memang tak kenal dia. Saya kenal pun terjumpa dia, kebetulan..." terangnya

"Hmm, baiklah kalau macam tu..." jururawat itu mengeluh.

"Um.. sekarang, saya nak jumpa dia? Boleh?"

....

MALAM itu Azhari ambil keputusan untuk temankan si dia dihospital. Jejaka itu baring di atas sofa seraya muka ditutup menggunakan kopiah hitamnya. Tangan keduanya diletakkan atas perut. Nyenyak sungguh dia tidur. Mungkin terlalu mengantuk. Sunyi sepi suasana didalam bilik wad R. Mata R bergerak sedikit. Wajahnya berubah menjadi cemberut dalam mata yang masih tertutup. Kepalanya bergerak-gerak kekiri kekanan. Mulut tidak sengaja mengeluarkan suara rengekan seolah-olah dia dalam ketakutan. Lama kelakuannya itu berlangsung hampir 10 minit juga. Azhari yang nyenyak tidur itu kini terjaga dengan suara rengekan si dia. Mata digosok-gosok. Azhari bangun mendekati lelaki itu.

Hairan dia memandang wajah yang dalam ketakutan si R itu. Tapi matanya tertutup. Sungguh hati Azhari berasa akan ada sesuatu yang mengancamnya sehingga dia menjadi begini. Pendiam dan tidak mahu bergaul. Perasaan simpati pada si dia sudah mula hadir. Dia tidak pernah ada adik lelaki. Tetapi bila dia dan R. Terasa bagai dia ada adik lelaki. Mulut R yang tidak henti mengeluarkan suara itu kini terdiam setelah Azhari menggosok perlahan rambutnya. Selawat dan doa-doa yang lain Azhari baca. Azhari nampak R mula tenang dengan bacaan dan belain lembut darinya itu. Simpati betul dia lihat R ini...

'Mulai sekarang, aku akan tolong kau R...'

'Aku akan tolong kau...'

Keesokan harinya....

R membuka mata perlahan. Dia menyumpah seranah dirinya! Kenapa dia ada dekat hospital!? Kenapa dia tidak mati saja! Geramnya. Mata sudah teralih melihat Azhari yang membaca Al-Quran di sofa tidak jauh 4 meter. Suara lemak merdu jejaka itu sungguh mendayu sayu hati. R kini mendiam lama. Habis surah Luqman dibaca, Azhari tutup Al-Quran sebelum dikucup penuh kasih. Terherot senyuman nipis Azhari melihat R sudah mencelikkan mata

"Kau dah sedar R? Alhamdulillah..." ujar Azhari. Al-Quran diletakkan ditangan sofa

"Engkau lagi? Kenapa kau ada dekat sini?" soalnya, tegar

"Aku yang bawa kau dekat sini R. Aku dengan Firman, kawan aku."

"Aku taknak duduk sinilah! Aku nak mati! Asal kau tak biarkan je aku mati sana!" sakit hati pula dia orang suka menyibuk halnya. Azhari mula berdiri berjalan kearahnya. Tangan sebelah diselupkan dalam poket hoodie

"Aku tak tahu apa yang sedang kau alami dan aku tak tahu apa yang membuatkan kau jadi macam ni R. Tapi, aku sebagai seorang orang islam. Kena pertahankan orang yang mahu buat larangan Allah. Bunuh diri tu haram R. Allah sendiri yang cakap dalam Al-Quran. Hukum orang yang bunuh diri tempat dia pedih R. Pedih..." R mengetap bibir. Air mata sudah mula bertakung. Orang tidak akan faham apa yang dia sedang alami sekarang!

"Kau tak akan faham... Takkan faham..." R akhirnya menangis. Kuat tangan digenggam dalam selimut. Dia sudah penat hidup. Sudah penat nak hadap ini semua. Tolonglah, matikan dia sekarang! Azhari tarik kerusi plastik duduk disebelah nya.

"Mulai hari ini... Kau tinggal dengan aku... Kau share masalah kau dekat aku. Kau anggap aku ni kawan yang ikhlas nak tolong kau, R. Aku ikhlas..." ujarnya

R kini mendiam. Wajah Azhari dipandang sekilas. Lelaki itu mengangguk sedikit. Hati R tiba-tiba berasa yang benar jejaka ini ikhlas mahu bantunya. Esoknya terus R menyetujui cadangan Azhari. Tinggal bersamanya. Walau lelaki itu agak rasa takut juga, tetapi demi mencari kehidupan yang baharu. Dia terpaksa...

*********

PINTU kereta ditutup biasa. R memandang rumah apartment bisu. "Naiklah dulu. Aku nak parking motor aku dekat bawah bumbung sekejap..." arah Azhari R sekadar mengikut.

Geril pintu rumah yang berkunci itu, Azhari buka seraya mukut masih berbual-bual dengan R. R seperti biasa, diam. Diam. Dan diam. Matanya melilau-liau melihat kawasan luar rumah Azhari itu. Walaupun duduk rumah yang bertingkat, tetapi Azhari ini kuat menanam juga ye. R terhenti melihat tangga apartment di bawah. Tiba-tiba satu bayangan dan suara dua orang manusia menerjah fikirannya.

"Abang! Sakit bang! Sakit!" laung si gadis memegang rambut lurusnya yang sakit ditarik lelaki kejam itu.

"DIAM! AKU CAKAP DIAM!" tengking suara itu cantas mengheret si dia dari bawah tangga hingga atas.

"Haha, tapi kadang-kadang tu. Aku takdelah masak. Makan dekat luar je..." bebel Azhari seorang diri. Pintu ditolak setelah siap membuka kunci. Kepala dipusingkan menghadap R yang masih termenung memandang tangga tersebut. Dia mendiam. Kau buat derk aje aku cakap dengan kau tadi...

"R? R?"

"Ha?"

"Kau asal? Menung apa?" suara Azhari bersambung dengan tawa halus. R menggaru leher sedikit. Kepala digeleng laju. "Ok, dah jom masuk." tangan diletakkan dileher R menarik si dia untuk masuk ke dalam. R seperti terkena renjatan elektrik. Tegak aja saat Azhari menyentuhnya. Dia berjalan tidak mengeluarkan suara.

"Inilah rumah aku. Kecil je. Tapi muat je kan. Engkau bukan gemuk macam kartun Baymax tu pun kan.. ha.ha.ha..." R memandang Azhari seolah-olah tiada perasaan. Azhari mati senyum. Cover malu

"Er.. kau nak tidur mana? Luar ke dalam bilik?"

"Mana-mana jelah..."

"Mesti dalam bilik arn. Haha, tahu. Ni bilik kosong untuk kau. Bilik ni sebenarnya bilik tetamu. Kalau mak atau adik aku mai sini. Dia duduk bilik ni lah. Ha, aku bilik lain..." R sekadar mengangguk. Bilik kosong itu dipandang

"Hm? Masuklah. Ke kau nak sebilik dengan aku?" selorohnya biasa. Terkejut muka R memandang Azhari. "Er, takpe." entah kenapa jantung tidak normal sekarang. Keras sahaja badan terdengar ayat Azhari tadi. Azhari angkat kening

"Ok, nanti ada apa-apa nak tanya. Kau ketuk jelah pintu bilik aku. Cau!" jejaka itu pergi sebelum jaket diatas meja dicapai bawa masuk ke dalam bilik.

"Weh. Thanks..." ucap R meleret. Azhari mengangkat kening. Membuat tangan 'best' "No hal."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Bersambung.....

P/s: Ada syak something ke? πŸ‘€

Selawat chentee! Aceh...

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro