06 | πŠπ‡πˆπ‹π€π… π‘π”π’π€πˆππˆπ„ | "πƒπˆπ€ πŒπ€π‚π€πŒ...."

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

.⁠q⁠*⁠♑Nak mintak tolong komen "dah" kalau dah selawat... Boley?πŸ˜— Acehh.⁠q⁠*⁠♑


.
.
.

KOPI 'o' panas aku letakkan diatas meja. Menjamu R yang sedang melihat televisyen rumahku itu. Biskut raya yang umi aku buat masih ada. Pun aku hidangkan untuk si dia. Kalau tidak, memang berkarat lah biskus itu dalam balang tu...

"R.. makan ah dulu..." pelawa aku ramah. Dia paling sekejap

"Makan apa?" soalnya

"Biskut dengan air je."

"Hm..." muka dia seolah-olah tidak mahu sahaja.

"Ke, kau nak makan nasi?" aku nampak dia pandang aku. Gaya macam nak..

"Nak ke? Kalau kau nak aku hidangkan nasi?" tanya aku lagi ingin kepastian. Dia perlahan mengangguk. Tergelak kecil aku. "Lah, habaq lah awal-awal hang ni pun..." terus aku angkat punggung pergi ke dapur.

.
.

Kami berdua menikmati hidangan makanan yang terhidang diatas meja makan itu. Simple aje lauk kalini, sayur lemak kangkung dengan ikan stim. Air tangan aku tak boleh kalah dengan air tangan umi aku. Aku berdehem kecil. Terasa kekok pula, sunyi aje keadaan sekarang. Nak pula dengan mamat ni. Perlu mulakan kata dulu.

"Er R. Kau, tak pernah kenalkan diri kau dekat aku kan... Nama panjang kau sebenarnya apa?" aku bersuara memecahkan kesunyian

"Nama aku, tu jela. Mana ada yang lain." ringkasnya menjeling aku sekilas. Aku senyum tawar.

"Takkanlah nama kau 'R' je. Mesti tu nama singkatan kau kan?"

"Tak. Tu nama betul aku." kerasnya. Aku mendiam. Soalan lain cuba aku cari

"Umur kau by the way berapa?"

"26." balasnya aku menghirup air teh panas itu mengangguk sedikit. lantas 5 saat berlalu aku tersedak. Sumpah lah 26 tahun umur dia?!

"D..dua puluh enam?" terkebil-kebil mata aku memandangnya. Dia pandang aku biasa

"Kenapa?"

"Tak... Asal kau nampak muda siot. Kau nampak macam remaja-remaja muda lelaki kat luar sana tu. Lah, 26 tahun dah hang..." bebel aku. Serius tak tipu. Wajah baby face dia betul-betul menampakkan dia bawah 20 an. Tidak sangka betul lagi beberapa tahun lagi dia sudah mahu masuk 30 an. Itu dikatakan jangan menilai orang daripada luaran!

"Hruh, kau?" dia mula menyoal

"Apa?" aku blur

"Umur?"

"Ouh aku? Aku un muda lagi. 31." balasku tenang. Walaupun umur itu nampak tua, tapi kita kena ada confident!

"Ouh... Ingat bawah aku..." terpacul suaranya. Aku termangu sendirian. Sumpah? Wuish, muda betul aku hahaha!

.....

Bukan sebab apa, kerana Azhari pun berwajah awet muda. Tidak sesuai dengan umurnya. Tetapi kekadang sesuai aje jika dia berpakaian seperti orang yang berilmu.

"Maaf aku tanya... Sebenarnya, kau asal dari keluarga mana? Maksud aku, kau ada family?" miski payah mahu mengeluarkan soalan tersebut. Dia cuba juga. Mahu kenal si dia dari dalam lagi. Bukan nak sibuk tepi kain orang, tetapi dia berniat mahu menolong. Tampak dia memang dalam memerlukan bantuan orang

"Aku, takde family." ringkas ayatnya. Sebelum itu dia terkilan dengan persoalan si jejaka. Entah kenapa hati berbahang sahaja bila orang tanya fasal keluarga

"Takde family? Maksud kau? Maaflah aku tanya ni, buat kau tersinggung... Aku cuma nak tahu aje. Yelah, aku kan dah janji dengan kau. Yang aku nak tolong kau..." ujar Azhari. R mendiam lama. Sudu diletakkan perlahan. Dia berhenti makan

"Kau asal mana?" tanya R seperti mahu menukar topik

"Aku? Aku asal Kedah."

"Ouh..."

"Kenapa kau duduk Kl?"

"Sebab umi aku orang sini. Aku ni ikut arwah abah aku ja, orang Kedah. Tapi bila abah aku dah takde. Umi aku decide pindah teruih sini. Yelah, sini kerja pun banyak. Laku. Bandar arn..." omongan Azhari membuat R mengangguk sedikit

"Cuba cakap Kedah?" Azhari pandang pelik. Hah? Awat mamat ni? Tak pernah dengar orang cakap Kedah ke apa ni?

"Awat?" blur lelaki itu

"Cakap ajelah." Suruhnya lagi

"Kedah." ringkas Azhari. R kini memalingkan wajahnya ketepi. Dia tergelak kecil. Azhari turut ikut tersengih menampakkan barisan gigi putihnya. Sengaja aja dia mahu buat lucu. Asyik serius aje.. tangannya ingin menggosok kepala R tanda kasih. Dia lihat R rasa kasih seorang adik yang kurang kasih sayang. Ye, dia nampak R kurang kasih sayang. Jadi dia simpati.

R pantas menjauhkan dirinya sedikit daripada disentuh oleh lelaki itu. Seperti dia bagai terkejut dengan tindakan tiba-tiba lelaki itu. Perbuatan Azhari terbantut saat wajah R dipandang seperti seorang yang dalam ketakutan. Beribu persoalan dalam fikiran Azhari. Kenapa dengan dia ini? Seolah-olah dia masih ada trauma yang membuatkan dia takut akan sesuatu pada manusia. Azhari perlahan tarik tangannya kembali. Tidak jadi dia mahu menggosok kepala si dia. Azhari memang sudah biasa gosok kepala budak-budak. Walau si dia sudah naik 20 an, tetapi bagi Azhari dia budak remaja.

R membuka kata perlahan saat ruang dimeja makan tersebut mula kesunyian

"Aku nak mintak tolong kau dua perkara boleh?" pinta R anak mata Azhari dipandang sekilas.

"Apa dia?"

"Kalau kau nak aku stay dekat sini. Tolong, tolong jangan tanya fasal aku." R bersuara mendatar. Azhari mula mati kata

"Ok, sorry R. Aku takde niat nak buat kau terasa. Sumpah!" lima jari diangkat paras bahu. R diam

"Takpe. Aku ok."

Ayat ringkas R Azhari dengar. Serba salah turut mengundang dirinya. Engkau ni pun Ri, orang baru nak selesa dengan kau tanya soalan yang sentetif. Azhari fikir R terasa akan soalan tentang keluarga tadi. Manalah dia tidak percayakan engkau.. haih... Bebel Azhari dalam hati

"Kau kata, ada dua. Satu lagi apa?"

"Kedua... Tolong jangan sentuh aku... Aku tak berapa suka..." sebaris ayat itu menyentak Azhari. Aneh... Sungguh aneh... Beribu persoalan bersimpang-siur didalam mindanya. Kenapa? Dia benar-benar tidak mengerti akan si R ini...

Dia trauma apa?

Ke... Dia pernah dipukul selama ini?... Sebab itu dia menjadi seperti berada dalam ketakutan dan trauma...

"B.. baik..." ujarnya perlahan

.
.
.
.

Esoknya...

Tuk! Tuk! Tuk!

"R! Hang tak mau jemaah kat masjid ka?" laung Azhari setelah pintu diketuk tiga kali. Tiada suara. Azhari menekupkan telinga dipintu buat beberapa saat. Tidur lagi ke dia ini. Azhari menggeleng kepala sahaja. Kunci motor dicapainya. Ia mulakan langkah keluar dari rumah apartment tersebut

.....

"BODOH! arghhh!" motorsikal disepak-sepak melepaskan kegeraman. Wajah yang merah asbab berang diramas. Kaki yang terus menapak Azhari hentikan saat terlihat sosok tubuh seorang lelaki yang dalam keadaan kusut itu

"Assalamualaikum!" sapa Azhari dengan senyuman tipis dibibirnya

Lelaki itu sekadar bercekak pinggang menjeling sekilas.

"Apahal ni bro?" setelah persoalan itu, lelaki itu menunjukkan motorsikalnya menggunakan jari telunjuk acuh tak acuh.

"Ada apa-apa yang nak aku tolong ke?" ramah jejaka itu. Prihatin

"Kau nak tolong apa? Dah mampus dah pun motor aku ni..." ego lelaki bermata sepet itu. Sakit hati dengan motosikal sendiri. Suka buat hal tengah-tengah jalan

"Takpe, aku tengok-tengok dulu. Mana tahu boleh aku baiki..." lelaki itu mengiakan sahaja cadangan Azhari. Kusyen motor dibuka setelah itu Azhari mendiam merenung mencari apa yang rosak di motorsikal si lelaki.

Satu sapu tangan kecil berwarna brown tersebut dikeluarkan dari poket baju dibahagian dada. Kotoran hitam yang melekat dibahagikan penutup dan disekitar kawasan luar isi minyak dilap-lap. Sebelum dia membaiki bahagian yang rosak tersebut.

......

"Itu ja masalah dia. Cuba jangan gelabah bila diuji motor rosak.." ngomel Azhari setelah motorsikal jejaka itu kembali hidup. Lelaki itu tersenyum senget

Si lelaki berkata sempoi

"So..sorry der, aku baran weh. Dah ah tengahari panas macam ni. Puasa ganti pulak. Mana tak baran aku..."

Katanya itu menguntumkan senyuman Azhari

"Aih, tengok. Dah lah puasa. Merungut pulak tu. Tak pasai-pasai kurang pahala.."

"Masalah tu bro, bukan untuk dihadapi dengan kasar. Tetapi disikapi dengan sabar..." Lelaki itu diam. Aku tak tahu kata aku yang buat dia terdiam ke sebab muka dia tahan lapar. Entah lah..

°°°
Alor Setar, Kedah Malaysia

12:00 malam tepat-tepat aku pulang ke rumah. Periuk kera yang diberikan oleh lelaki yang barusan petang tadi aku bantu nya membaiki motorsikal beliau terhutang budi pula pada aku. Sedaya upaya aku tolak, namun dipaksa juga. Adohai, sudah lah aku ni tak makan periuk kera. Aku dengan hati yang lara paksa juga senyum and perlahan-lahan ambil. Orang habaq, rezeki kita tak boleh tolak. Takut nanti rezeki merajuk tak mau mai dah. Jadi aku ambil ajelah, untuk bagi jiran aku. Haha! Tak pun bagi orang yang ada dalam rumah aku ni...

Pintu ditolak selamba, salam diberikan.
"Assalamualaikum..." sapaku. Tiada jawapan. Aku bergerak ke bilik tetamu. Niat lain, namun suara yang aneh pula yang bermain. Aku terkilan, langkahku terhenti sekerat.

"Hiks.. hiks.. hikss.. hmm.. hikss..."

Dahi mula berkerut. Bunyi macam seram, tapi kenapa aku tak rasa seram pun? Mungkin firasat aku membuktikan yang menangis itu bukan hantu. Tapi manusia! Aku perlahan mengetuk pintu dan tanpa menunggu terus aku pulas tombol pintu. Mulutku tergamam. R kelihatan sedang tidur berselimut seluruh badan. Tidak bergerak. Nampak macam dah lena sangat. Kini pintu kembali aku tutup.

Firasat aku aje kut.. aku angkat bahu sekilas. Apa-apapun kena basuh kaki dulu sebelum tidur.

.
.
.

"MACAM pelik semacam aje mamat tu?"

"Pastu kau tahu, malam tadi. Aku balik macam pukul 12 camtu ah. Pastu tiba-tiba, aku dengar something dekat dalam bilik dia weh..." mata Firman macam nak terkeluar dari landasan. Adohai, terkejut sangat member aku ni. Aku berura-ura macam suspen lagi. Haha!

"Dengar apa?" gelabah dia

"Dengar orang menangis. Tapi aku tengok dia elok ja lena tidur. Aku pun blah jelah." selamba aku.

"Entah-entah weh, mamat tu ada bela saka tak. Sebab tu dia macam murung, tak kasi orang sentuh dia, jangan tanya fasal family dia. Mungkin sebab syarat-syarat saka dia tu taknya..." Firman ni kalau bab-bab pitnah orang, nombor satu betul. Mataku mengendur

"Engkau ni agak-agaklah nak fitnah dia. Jangan sampai kerana mulut, pipi binasa..."

"Baik kau suruh dia duduk tempat lain. Sebelum kau yang binasa Ri," ujar beliau serius. Aku pun terkilan juga, hampir satu minggu aku tumpangkan lelaki itu dekat rumah aku. Dan satu minggu itu jugak, entah mengapa aku berasa sedang dalam melakukan satu dosa yang besar. Kau tahu, macam rasa diri berdosa aje. Tapi aku tak tahu apa yang aku buat sampai rasa ini semakin lama, semakin membuak-buak dalam dada aku sekarang

"Aku dah janji weh, aku nak jaga dia. Dia tu macam budak je weh. Budak remaja yang kurang kasih sayang aku tengok..."

"Habis? Sekarang hang nak beri kasih sayang hang dekat dia lah? Lagutu?"

Aku diam

"Dia tu semacam Ri, semacam! Orang sekarang ni, kalau bab-bab nak perkena kan orang, bijak..."

Kalaulah aku boleh tahu isi hati beliau. Masalah yang dia alami. Mesti takdak jadi gini..

....

"LAUK ni kau masak sendiri? Serius lah?" R bertanya seraya menceduk kuah udang petai masak merah. Mulut Azhari terhenti mengunyah nasi.

"Asal? Muka aku tak layak masak lauk simple macam ni ke?" tanya beliau polos

"Tak.. sedap."

Puji R ringkas. Azhari terdiam.

"Haha, campak-campak aje ni. Mak aku masak lagi sedap."

"Kau tak terfikir, nak kawin?" soalan R membuat akan Azhari sedikit kaget.

"Kawin? Haha, lambertt lagi. Aku sibuk nak bahagiakan mak aku sekarang ni..." bila orang tanya bila nak nikah, atau tak terfikir ke nak bernikah. Pasti dan pasti dia akan lontarkan jawapan itu. Mak, mak dan mak nombor satu!

"Tapi kalau aku kawin pun. Lauk sambal petai udang ini ajelah yang bini aku makan tiap-tiap hari..."

"Pahal pulak?"

"Pahal? Sebab aku suka lauk ni ja. Haha!" balas Azhari dengan tawa kecil. R tergelak ringkas. Poyo siak mamat ni. Lama-kelamaan R mati senyum. Satu suara melintasi ke gendang telinganya.

"Kenapa lauk ni lagi? Aku dah muak makan udang aje! Cuba masak sedap-sedap sikit!"

"Nia masak, sebab ini dulu kan lauk kegemaran abang..."

Cing!

"Naik muak lah bodoh kau tahu makan lauk ni tiap-tiap hari! Aku balik-balik kerja ingat ada lauk sedap! Tapi lauk ni je kau hidangkan!?"

"Argh! Sakit, sakit abang!"

"Hem, hem!" deheman Azhari menyedarkan R. R kembali menyuap makanan yang tidak licin di pinggan. Diam Azhari menatap wajah murung R. Sumpah dia pelik. Kadang tu, rasa bersembang dengan batu pun ada...
...

Cerita Hindustan di kaca televisyen dinikmati aku sambil makan. Aku nampak R seolah-olah pegang kepala. Menahan sakit. Cepat-cepat aku toleh. "Asal ni? R kau ok tak?" aku tanya kalut. Nampak macam nak pitam aje mamat ni

"Ok, ok. Aku tak selera ah nak habiskan. Aku masuk dulu," pinta dia sebelum bangun dari duduk. Aku mengiakan sahaja. Sambung lihat televisyen kembali. Dan tiba-tiba-

Cing!

Kepala tertoleh melihat R yang sedang terlentang di dapur bersama pinggan yang dibawa beliau pecah berderai di lantai simen rumahku. Gelabah aku pergi kearahnya

"R? Weh R?" badannya aku gerak-gerakkan. Aku mula cemas menelefon Firman untuk bantuan

Beberapa minit selepas itu...

Muka baby face beliau di tatap Firman dekat. Dia tersenyum senget. "Weh, lawa dho mamat ni bila perati betul-betul... Kalau dia perempuan mesti-" kepala beliau aku tolak ganas. Ni nak jadi kaum nabi Luth ke ni? Pantang betul aku...

"Mulut jaga lah, jangan sampai kerana mulut, perut hang yang binasa!" omelku geram. Dia mencebik. Menyempat!

"Betul weh, kau tengok bulu mata dia. Lentik macam perempuan dah..." kini perut beliau memang betul-betul aku binasakan. Dia pegang kuat perut yang sakit ditumbuk aku

"Engkau ni kan. Aku main-main ambil serius!" dengus Firman

Mukanya aku jirus dengan air biasa. Jirus bukan sebaldi, secawan kecil aje. Huhu. Dia kini terjaga. Luas matanya terbuka. Mungkin terkejut kut.

"R? Kau ok? Kau pengsan tadi..." beritahu aku. Firman hanya memerhati

"Ak.. aku minta maaf, aku nak masuk!" dia kelihatan resah dan gelabah pergi masuk dalam bilik. Mengunci serapat-rapatnya pintu. Aku dan Firman saling memandang.

Aneh...

.
.

Pagi itu.

Mula dengan langkah kaki kanan, ku bergerak masuk ke dalam bilik mandi. Menghilangkan kotoran yang ada di badan sebelum berjumpa dengan anak murid kesayangan. Tuala mandi aku sangkut dekat tingkap bilik air. Tak sempat tangan aku mahu buka pili air, mata pula terpandang sesuatu yang tidak asing dari mata aku. Kejap...

Aku berkerut dahi. Ini macam...

Eh, macam aku pernah tengok jah natang ni. Tapi...

"Eh Layqa! Hang ni kan, dok biaq ajekan hang punya tuala wanita dekat bilik ayaq tu! Pergi ambil sana! Serabut umi tengok!" suara umi aku tiba-tiba main dalam minda aku.

Lah, ini...

Tuala wanita! Kejap, awat tiba-tiba ada dalam bilik air aku ni? Mataku terbeliak. Aku rasa Malayqa dengan umi aku duduk rumah aku dua bulan yang lepas. Siapa aje yang duduk rumah aku... Selain....

Dia...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Bersambung...

P/s: maseh masih menunggu cerita ni. 🀝🏻🀧

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro