07 | KHILAF RUSAINIE | "SEBENARNYA..."

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Dengan langkah Bismillahirrahmanirrahim aku mula dan "Allahuma sholli a'la alihi Muhammad ❀️" aku merangkai....

.
.
.

"SAH! Aku dah agak benda tu dari dulu lagi sebenarnya. Kau tahu, patutlah dia tu lain macam. Tengok body dia. Memang nampak macam perempuan nak jadi lelaki! Uish, nasib baik kau jumpa natang tu. Kalau tak-"

"Dah tu sekarang ni, aku nak buat apa?" aku menyoal gelisah

"Kau boleh tanya Ri nak buat apa sekarang ni? Engkau ni ustaz ke pilot? Aku rasa kau ustaz. Pergi lah halau dia dari rumah kau tu! Takkanlah tu pun aku nak kene habaq! Haihh..." membebel tidak henti-henti Firman dibuatnya mendengar cerita aku petang kelmarin. Aku resah memandang tanah.

Nak halau dia? Adu, kenapa tiba-tiba aku rasa simpati pula ni. Tapi kalau nak suruh dia stay, memang kau sendiri yang gila lah Azhari ui...

Fikiran berkecelaru. Kusut! Tidak sangka selama ini aku sentuh, sembang dengan wanita! Allah.. ampunkan dosa hambamu ini... Aku beristighfar banyak kali dalam hati. Rupanya, ini dosa yang aku tercari-cari selama ini. Dosa yang aku tidak sengaja terbuat. Allah... Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Mahu tidak mahu, harini juga aku akan persilakan si dia untuk keluar daripada rumah aku... Ye, harini.

Tuk! Tuk! Kreak...

Pintu kedengaran. Aku perlahan masuk ke dalam rumahku. Terpampang wajah R disofa kusyen dihadapan televisyen. Aku terkedu terkejut. Asal aku rasa berdebar ni... Aduh, sejak tahu identiti si dia. Pandang muka dia pun aku tidak mahu

Ye aku malu. Siapa dia? Kenapa tiba-tiba dia menyamar jadi lelaki? Apa motif dia sebenarnya. Mahu saja pipi ini aku tampar dek kerana sibuk dengan beribu persoalan di minda.

"Ha, balik pun kau... Ingat dah tak jumpa rumah sendiri. Meh lah kejap, aku ada benda nak bagitahu kau ni...." buat pertama kalinya R berbicara rancak dengan aku. Aku sekali lagi mati kata. Err-

"Hello? Aku rasa kau tak pekak..." selambanya

Kaki aku gerakkan ke sofa itu. Punggung aku labuh kan ke tangan sofa. Jauh juga aku dan dia. Lebih kurang 2 meter. Haha!

Gugup punya fasal...

"Sini lah sikit... Jauhnya..." ujarnya. Aku gerakkan punggung sedikit. Satu inci. Dia mengeluh lantas membuka kata

"Sebenarnya malam ni.. aku nak bongkarkan identiti aku yang sebenarnya. Yang kau nak sangat tahu. Aku akan ceritakan kisah aku dari A sampai Z untuk kau. Aku harap, kau takkan marah bila dengar cerita aku ni..."

Glup! Aku telan air liur. Muka beriak biasa

***********

03231999, Selasa, Perlis.

RIUH suasana budak Madrasah Al-Taqwa As-Solehah apabila berita yang dinanti-nantikan mereka sudah diumumkan oleh ustazah dan ustaz. Tidak lain tidak bukan, cuti awal tahun! Bila sebut fasal cuti. Budak asrama lagi-lagi kan budak madrasah memang tidak akan henti dari tersenyum malah boleh dikatakan tidak tidur kerana terlampau gembira. Namun disebalik tawa dan keseronokan mereka, masih ada lagi sisa baki seorang pelajar yang tidak menyukai akan berita 'cuti'. Ye, apabila berita itu diumumkan oleh pihak madrasah. Semestinya dia akan protect untuk bersedih dan menangis.

Terkadang dia meminta agar cuti ditangguhkan. Benci? Sudah tentu dia benci mahu pulang. Duduk di madrasah, lagi bagus dan aman katanya...

"Rusainie? Enti tak happy ke esok cuti? Muka enti macam tak je..." soal budak darjah 6 itu padanya. Rania menunduk bawah menahan sakit di dada.

"Ermm, kalau ana nak mintak dengan ustazah. Untuk duduk dekat sini je. Enti rasa-rasa boleh tak?" Rania angkat muka pandang wajah rakannya. Sofia memandang Tasya. Mereka saling angkat bahu

"Entahnya. Kenapa enti nak duduk madrasah sorang-sorang? Enti tak takut ke?" tanya Tasya pula

"Kat rumah lagi takut..." perlahan kata itu diluahkan. Selepas itu dia pergi meninggalkan buaian yang bergerak sendiri.

....

Rania pulang dari rumah dengan keadaan hati yang tidam rela. Gadis berumur 12 tahun ini pernah lalui benda yang sama. Tika dia pulang, sesuatu kejadian yang paling dia benci semestinya akan berulang kembali. Dan betul tekaan Rania, malam itu. Ulang semula kejadian yang diaΒ  paling takuti.

Kreak...

Sikat rambut dicampak terkejut. Rania pusing laju memandang sosok tubuh gerun ayahnya di tepi pintu bilik dia sendiri.

"Er, Nia... Nia tak tidur lagi? Kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah lewat malam..." Ayahnya bersuara biasa. Rania memandang tepi

"Tak mengantuk lagi..."

"Tidurlah..." paksanya

"Taknak!" keras Rania. Pandangan kian berubah lebih gerun

"Tidur! Aku cakap tidur, tidur! Degil sangat ni dah apahal!" jerkah ayahnya sambil melemparkan tubuh anak kandungnya di birai katil

"Tak nak! Ibu!!"

.....

"Abang ni sudah-sudahlah tu buat macam tu ke anak sendiri. Abang tak tahu malu ke hah? Dia tu anak kandung abang sendiri. Kenapa abang sanggup buat dia macam tu!? Saya ni, saya ni isteri abang tau!" tengking Puan Khaleeda pada suaminya itu.

Sememangnya sudah dia tahu hal ini sudah lama. Beberapa tahun yang lalu lagi. Tapi dia terkaku dan mendiamkan diri sahaja dengan tingkah laku suaminya itu

"Engkau diam. Kalau kau pandai-pandai bukak mulut tentang hal ini. Tak teragak-agak untuk aku lafazkan TALAK untuk kau! Kau dengar?" kegerunan suara dan muka suaminya itu membuatkan Puan Khaleeda terdiam seribu bahasa.

Kerana tidak mahu digelar 'janda' Puan Khaleeda membiarkan apa sahaja suaminya mahu lakukan pada ANAK KANDUNGNYA sendiri. Betapa zalimnya kedua ibu bapa Rania.

Rania semakin saban hari semakin hilang kata. Akalnya semakin hari semakin lemah. Apa yang dia hadap semuanya sudah lali. Bukan pertama kali ayah kandungnya 'menyentuh' daranya. Tetapi sudah berkali-kali. Dari sejak dia berumur 4 tahun. Hinggalah dia meningkat usia 14 tahun. Rania anak keempat dari 5 orang adik beradik kandungnya. Rania hairan dan buntu... Dalam banyak-banyak adik beradik dia, kenapa dia juga yang jadi mangsa 'nafsu binatang' ayahnya?

Berhari-hari Rania menangis semahunya. Sendiri. Sememangnya dia sentiasa sendiri. Dia tidak pandai bergaul. Tidak pandai bercerita masalah pada orang. Hatta ibu dan adik beradik kandungnya yang lain juga dia anggap sebagai orang asing. Dia tidak pernah meluahkan perasaannya pada 'makhluk' kecuali yang ESA. Rania seorang budak tahfiz yang menghafal 10 juzuk sahaja.

Walaupun dalam sehari-hari nya penuh dengan duka. Tetapi Al-Quran lah yang menjadikan dia pedoman dan kuat menghadapi cabaran yang tidak semua wanita yang ada di muka bumi ini dapat menerima nya.

'Nanti tidur, cuci bersih-bersih tau...'

'Rania, tidur nanti jangan kunci pintu ye sayang...'

'Rania anak yang baik kan? Dengar cakap ayah...'

Kata-kata itu dilontarkan semasa dia berusia 4 tahun lagi. Bila kata 4 tahun. Budak. Apa aje yang dia boleh fikir dan lakukan tika itu? Tapi sejak dia meningkat usia. Rania membayangkan ayat dan suara lelaki itu. Ketap gigi mengenang kembali suara yang amat dia benci itu. Bergenang air mata budak 12 tahun itu.

"Kau ingat aku bodoh? Tak tahu apa yang kau cuba maksud kan?"

Ingin saja diri ini menjerit. Meluah. Menangis. Tetapi semua itu sudah Rania lakukan pada tiap-tiap hari. Hidupnya? Derita aje yang dia dapat selama dia hidup. Bahagia? Kejap. Apa itu bahagia? Maaflah, insan yang bernama Rania tidak pernah kenal bahagia. Dia selalu diejek oleh rakan-rakan tika disekolah rendah dahulu sewaktu dia berumur 9 tahun. Diejek kerana Rania seorang budak yang lembab! Kuat termenung dan suka tidur dalam kelas.

Terkadang matanya sampai bengkak dek kerana tidak henti-henti menangis. Sampai satu ketahap, Rania cuba untuk memberi tahu hal yang sebenarnya pada cikgu dan rakan-rakannya. Tetapi, hampa... Semua menganggap yang 'ayah' Rania hanya sekadar bergurau manja dengan anak sendiri. Rania semakin hari semakin pasrah. Apa-apapun yang dia katakan, semua di tidakkan oleh manusia sekeliling. Seolah-olah, yang benar ditutup dan yang palsu diangkat-angkat.

Ayahnya sering dipandang mulia oleh masyarakat. Dan dia.. dia sering dipandang hina dan jijik. Hatta, dia diejek 'gedik' mahu mencari perhatian ramai.

"Rusainie.. Rusainie awat macam tak sihat ja ni? Ada masalah cerita lah dekat ustazah... Awat ni? Kawan buli lagi ka?" lembut sahaja Ustazah Harmiera menyentuh bahu anak muridnya sambil bertanya. Bergenang air mata budak itu menggeleng perlahan

"Takde apa ustazah... Saya ok." itu jawapan yang sering dia ulang ketika orang bertanya. 'Ok' sebenarnya hakikat dia sakit. Sakit yang amat. Ustazah Harmiera mendiam. Dari tadi lagi wanita itu lihat yang Rania tidak semangat mengaji. Macam ada benda yang dia pendam selama ini

"Rusainie kalau ada masalah habaq mai dekat ustazah na.. jangan dok pendam sorang. Eh? Ada masalah dekat rumah ka?" Rania menekup wajahnya dengan telapak tangan sendiri

"Aih, awat dok terqiau ni? Toksoh lah lagutu..." tubuh budak kecil itu dipeluk kasih. Rania menangis semahunya. Dia mahu luah, tapi dia sudah penat mahu mengharapkan pada manusia. Cukuplah beribu-ribu manusia sudah tidak percayakan dia lagi... Rania trauma

Buk!

"Hahahaha!" Rania angkat wajah blur setelah tawa satu kelas kedengaran kuat. Wajah cikgu disiplin dipandang. Kain buruk itu diberikan pada cikgu disiplin kembali

"Rania! Kenapalah kamu ni suka sangat tidur dalam kelas? Apa yang kamu buat tiap-tiap malam tu? Hah! Tengok telefon? Chat pakwe? Hah! Sampai dalam kelas pun bukan main payah lagi nak bukak mata!" kain buruk itu sekali-kali dihempuk pada pipi Rania. Budak 9 tahun itu menundukkan wajah ke bawah.

....

Berulang-ulang kesakitan dan keperitan hidup Rania menyentuh dirinya. Rania boleh katakan dia lebih aman dan berasa selamat tika dia berada di madrasah. Dan apabila cuti mengundang. Satu bala yang besar hempap atas kepalanya.

02042004, Rabu, Perlis.

Rania sudah naik remaja 14 tahun. Sewaktu ini, Rania berada di madrasahnya lagi. Entah kenapa, daripada balik dari rumah lagi. Badannya berada lemah dan lesu. Kurang selera makan dan badan Rania semakin hari semakin lemah. Hinggalah dia terjatuh pengsan di dalam tandas. Pihak madrasah dan beberapa senior lama di situ membawa Rania ke hospital. Dan sewaktu di dalam bilik wad. Rania dan seorang doktor bernama Faruq berbicara tentang kesihatan dan penyakit yang dihadapi Rania selama ini.

Gadis kecil yang berniqab serba hitam itu mendengar segala berbicara lelaki muda itu padanya.

"Kejap, sebelum tu. Saya nak tanya, adik dah kawin ke?" tergamam Rania mendengar soalan itu. Dia ni nak try aku ke? Tiba tanya soalan macam tu. Sempat Rania mengutuk lelaki tampan dihadapannya

"Tak.. saya pelajar..." jelas Rania

Berkerut dahi jejaka itu. Dia mendiam. Lama

"Sebenarnya, apa yang dah jadi pada saya?"

Lama juga jarak masa yang doktor lelaki itu ambil sebelum menjawab pertanyaan Rania

"Awak... Sebenarnya... Awak..."

Mata Rania menatap bibir doktor lelaki itu geram. Sebenarnya apa! Kenapa lambat sangat ni...

"Awak, awak mengan..mengandung..." tertampar Rania dengan kenyataan itu. Air mata bergenang di dalam niqob nya. Dia menangis menggigil

"Er.. awak, ada masalah. Boleh ceritakan dekat saya..." tawar Faruq ikhlas. Dia dapat rasakan yang budak muslimah ini kena 'buat' dengan orang

"Sobs..Sobs..."

Faruq memandang anak matanya ikhlas. Dia berasa sebak mendengar tangisan gadis itu. Satu sapu tangan dihulurkan kepada Rania. Walaupun wajah Rania diselindung dengan Niqob. Tetapi dari segi ic gadis itu dia dapat tahu, yang gadis ini sungguh manis. Pasti sekarang hidung dan juga matanya habis memerah.

"Doktor... Boleh tak saya nak gugurkan kandungan ni?" perlahan suara itu bertanya. Niqob Rania habis basah dengan air mata. Terdiam Faruq

"T..Tak boleh awak..."

"Kenapa pulak? Doktor takde hak nak halang saya!"

"Rania... Awak kena faham. Kandungan awak sudah mencecah 4 bulan lebih. Kita sebagai islam tak boleh gugurkan kandungan macam tu je. Kita ada batasnya..." Faruq cuba menasihati gadis itu

"Tapi ini anak ayah kandung saya sendiri!..." tegas beliau dalam dendam. Kelu lidah Faruq mendengar. Ruang bilik Faruq sunyi seketika.

Satu keikhlasan Faruq pada Rania hadir. Dia berasa simpati dan berasa tanggungjawab. Dia membuka kata,

"Awak jangan gugurkan kandungan ni... Awak kawin dengan saya, saya jaga awak..." lamar jejaka itu semberono

Anak mata Rania menatap wajah jejaka itu. Kenyataan yang tidak dia bayangkan selama ini. Fikir pergi hospital untuk tahu apa penyakitnya aje. Tetapi tidak diduga pula dia dilamar oleh seorang doktor..

Rania sejak daripada kejadian itu, diberhentikan sekolah dan berkahwin dengan insan baik hati bernama Faruq Al-Amin itu. 2 minggu perkahwinan mereka, satu keluarga Rania sudah mendapati bahawa anak mereka sudah dinikahi oleh seorang jejaka. Tika ini, Rania pulang kerumah ingin meminta restu. Tetapi lain pula yang jadinya.

"Engkau balik buat apa hah!? Engkau dah kawin dah pun dengan jantan tu! Kau tahu tak, aku bayar kau mahal-mahal untuk hantar kau sekolah agama! Ini balasan kau? Bergatal dengan jantan mana entah! Sekarang ni kau datang nak minta restu!? Kau ingat aku redha ke kau dengan jantan tak guna tu!"

Sergahan ayahnya membuat seluruh keluarga Rania terkedu termasuklah Rania sendiri. Dia menunduk. Segala dendam dan kegeraman yang dia kumpul selama ini akhirnya dia lepaskan buat pertama kalinya

Rania angkat wajah

"Ayah cakap apa!? Ayah cakap Nia yang bergatal!? Ayahhh! Ayah sedar tak apa yang ayah cakap ni!? Ayah Rania mengandung ayah! RANIA MENGANDUNG DISEBABKAN AYAHH! Ayah dah khianat anak ayah sendiri! Rania anak kandung ayah! Kenapa ayah sanggup khianat Rania! Kenapa ayah buat Rania macam ni! Rania bersumpah yang Rania akan benci ayah selama-lamanya! RANIA BENCI DAPAT AYAH MACAM KAU!"

Emosi Rania semakin lama semakin kemuncak. Dia tidak dapat kawal kan diri dia. Terlalu banyak, terlalu lama dia pendam selama ini. Seorang diri! Tiada siapa yang faham dan tiada siapa yang tahu. Hatta ibu kandungnya sendiri pun tidak faham dan mengerti apa yang Rania lalui selama ini. Kerana hasil tengkingan Rania pada hari itu, seluruh keluarganya terdiam seribu bahasa. Rania yang di anggap pendiam dalam keluarga itu akhirnya membuka kata yang sangat tajam dan pedih. Namun, kata-katanya itu tadi tidak sama dengan apa yang dia pendam selama ini.

Puan Khaleeda menangis terkejut. Dia kesal. Mendiam dan membiarkan perbuatan 'terkutuk' suaminya pada anak sendiri

"Abang! Sudah lah tu!" marah isterinya kecewa bercampur kesal

Si ayah mula berasa berang. Kepala anaknya ditolak ganas ke dinding. Rania terjatuh tersembam ke lantai rumah. Faruq dari tadi senyap kini gelabah mendapatkan isterinya yang terbaring memegang perut sakit.

"Ss.. ergh.. Arghh! Sakit..." rintih gadis itu menggigil memandang kakinya yang mengalir darah

Terbeliak mata semua memandang darah yang tertumpah mengalir dari kaki Rania. Kuat gigi diketap Faruq. Perlahan anak mata menikam wajah orang tua itu.

"Dasar engkau memang manusia durjana!" sembur pedas Faruq dingin. Tubuh isterinya dikendong pergi dari rumah tersebut. Rania kini terpejam mata buat seketika. Dia pengsan. Pabila mata kian tercelik. Rania mendapati yang kandungnya sudah gugur. Reaksi Rania biasa. Biasa kalau perempuan lain, kehilangan anak menderita. Tapi dia, bahagia. Sememangnya Allah tidak akan izinkan dia lahirkan 'manusia' yang terhasil dari manusia jijik seperti bapanya sendiri.

Mahu katakan yang dia terlampau benci pada bapanya sendiri. Hingga pernah sekali itu, ayahnya meminta pada dia untuk buatkan kopi. Rania ludah berkali-kali didalamnya. Benci dia pada darah sendiri sememangnya sukar untuk di padamkan. Ayahnya sering mengkhianati dia. Seperti dikatakan, harapkan pagar. Pagar pula yang makan tanaman

Sudah tanggungjawab seorang 'ayah' untuk mendidik dan menjaga maruah anak perempuannya. Tetapi dia pula yang mencalarkan sendiri dara Rania. Mungkin kalau memaafkan Rania boleh ungkapkan maaf. Tapi bila kenang dan ingat semula betapa sakitnya dia tika itu. Hati kembali menyala-nyala. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang ayahnya lakukan pada dia sendiri.

Kadang itu, ingin saja dia bertanya pada ayahnya. Betul ke, yang dia ini anak 'kandung' ayah? Dan betul ke dia berasal dari keluarga ini? Dia berasa seolah-olah kehadiran dia disindir kan. Mahu saja dia larikan diri daripada rumah tersebut. Tetapi apakan daya dia hanya seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Satu lagi dia trauma dengan lelaki-lelaki diluar sana. Dia tidak pernah dapat menghirup hatta merasakan bahagia. Tidak. Tidak pernah sekalipun...

...

Setelah Faruq menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Rania. Rania berfikir hidupnya akan berubah menjadi sempurna. Ternyata... Rania salah.. salah menerima lelaki buat sekian kalinya..

"Abang? Abang kenapa ni?" tanya Rania hairan melihat sosok lelaki itu. Duduk diatas sofa kerusi dalam keadaan cemas dan wajahnya menggigil. Dia mencengkam rambut kuat.

"Abang, abang kenapa? Abang sakit ke? Abang nak Rania belikan ubat?" Rania gelisah memandang suaminya. Sang lelaki yang termenung tajam kini tajam mengalihkan pandangan kepada isterinya. Rania terdiam

"ENGKAU NI KAN! BOLEH TAK JANGAN BISING! SAKIT TAHU TAK TELINGA AKU!" jerkahan sang lelaki menaikkan bahu Rania dek kerana terkejut.

"Abang...-" adu Rania lembut. Kerana rimas, rambut panjang gadis itu dicengkam geram. Rania terdongak keatas

"Bila aku cakap diam! Kau kena diam! Kau nampak pisau tu? Kau nak aku potong lidah kau ke! Hah perempuan!?" suara itu kuat menikam ditelinga Rania. Rania pejam mata rapat.

Dia tidak faham dengan tingkah laku suaminya sejak kebelakangan ini. Tiba-tiba menggigil, baran, kadangkala dia seolah-olah bergaduh dengan seseorang. Tetapi tiada orang pun yang dia marahkan itu. Buntu Rania dia silap berkahwin dengan orang gila ke sekarang ini.
Mahu tidak, dia terpaksa menghadapi sekali lagi penderitaan buat kali kedua. Kali ini agak mencabar juga, sebab dosa dia pada Faruq dibawah telapak kakinya. Jadi bila dia nak tinggikan suara, pasti suara sang ustazah kedengaran di telinga

"Kita ni orang perempuan. Senang nak masuk syurga dan senang juga nak masuk neraka. Sekali kita melawan cakap suami kita, bau syuga pun kita tak boleh... Tapi kalau kita taat. Kita dengar segala karenah dia. Insyaallah.. Allah akan bagi yang terbaik buat hambanya..."

.

...

"APA NI?" soal Rania takut-takut memandang wajah sang suami. Faruq tersenyum lebar. Tangan beraksi mahu menyentuh kepala Rania. Rania trauma bergerak jauh sedikit dari tangan lelaki itu

"Ini hadiah untuk sayanglah.. harini kan ulang tahun perkahwinan kita..." ucap Faruq tersenyum manis. Kepala isterinya digosok-gosok lembut. Rania memandang sejambak bunga ros di tangan. Keliru! Kadangkala suaminya kelihatan normal. Kadangkala suaminya kelihatan seorang yang ganas. Menggigil tangan Rania memegang sejambak bunga ros itu. Matanya berair...

Kenapa... Kenapa aku dapat ujian yang macam ni ya Allah... Rania pejam mata dan satu titik air matanya mengalir lesu. Hujung jari Faruq mengelap sisa air matanya. Rania pasrah. Kadang, dia berasa seorang yang hilang arah.

7 tahun Rania menghadap derita dengan suaminya. Badan Rania sering menjadi mangsa pukulan sang suami. Lebam-lebam muka dan badannya. Pernah satu kali Faruq mengacukan pisau pada Rania tika gadis itu sedang tidur nyenyak. Tetapi Allah maha berkuasa menyedarkan gadis itu. Sempat Rania menjerit dan dapat Rania lihat yang Faruq seolah-olah tersedar dari khayalan. Cepat-cepat dia peluk isterinya dan meminta maaf. Rania peluk lutut menggigil. Dia ketakutan berada dengan jejaka psycho ini.

Rania pasrah. Dia ingin berserah dan lari dari semua ini. Apa yang dia hadap selama dia hidup, dia tidak akan bawa sampai mati! Apa yang dia hadap ini seolah-olah membodohkan dirinya sendiri! Rania mahu bangkit, dan tidak mahu menghadap derita buat sekian kalinya lagi!

"Aku tak nak kau masuk campur urusan aku lah! Kau diam setan!" kepala gadis itu di tonyoh-tonyoh pada dinding. Rania tahan sakit

"Kalau kau tak buat aku sakit hati dalam sehari! Tak boleh ke hah!?" kepala gadis itu dihentakkan kuat ke dinding rumah. Rania seolah-olah berada di atas awangan. Kepala dia sakit pedih. Tubuh suaminya ditolak!

"Abang sudahlah! Hiks... Rania penat abang tahu tak... Rania penat nak hadap semua benda ni semua.. Rania nak abang ceraikan Rania... SEKARANG!" pinta Rania dalam tangisan. Terbuntang luas mata Faruq. Kepala di gelengkan beberapa kalinya. Dia kesal

"Nia, abang takde niat nak buat Nia macam tu..."

Tangan gadis itu mahu dicapai namun ditepis kuat Rania

"Rania tak kira! RANIA NAK ABANG LEPASKAN RANIA! ABANG TOLONG BEBASKAN RANIA SEKARANG!!" dada lelaki itu ditumbuk kuat. Pipi lelaki itu ditampar-tampar Rania. Dia memberontak mahu dilepaskan. Selama ini dia hidup dengan binatang ke? Kenapa semua perlakukan dia seolah-olah dia bintang untuk dipijak, ditendang, dihina, dilepaskan nafsu? Dia sudah penat hidup begini. Dia mahu hidup sendiri! Dia mahu bebas! Kesabaran Faruq membukit dia menolak tubuh Rania jatuh ke bawah lantai

"RANIA! Kau nak sangat kan!? Mulai saat ini aku lepaskan kau dengar talak tiga!" satu percikan api yang menyala-nyala pada lelaki itu. Rania perlahan bangun dengan air mata berlinangan. Dia pandang wajah 'bekas' suaminya. Perlahan dia tersenyum nipis

"T..terima kasih..." Rania beredar dari situ menaiki tangga untuk kemas baju keluar daripada rumah tersebut. Faruq memakan diri. Kejap, talak tiga? Wajah diramas kuat. Apa yang dia katakan tadi. Dia berasa ada orang yang menggerakkan lidahnya untuk berbicara seperti itu. Dia mengejar kembali Rania gelisah. Cuak habis wajah Faruq tika itu

"Sayang, abang minta maaf. Sayang abang takde niat nak lafazkan macam tu. Ki..kita rujuk balik eh... Sayang jangan macam ni, abang minta maaf..." rayu lelaki itu berharap agar Rania lembut hati terimanya semula. Rania mengambil beg bagasi mengendahkan kata-kata si dia. Dia berada di hadapan pintu bilik. Beg bagasi nya ditahan Faruq

"Sayang jangan macam ni... Jangan sampai nak lari..." Faruq menangis. Rania memandang dingin

"Jangan. Halang. Aku." sepatah-sepatah ayat dilontarkan oleh seorang gadis itu. Rania sudah mati akal. Rania yang seorang gadis muslimah yang bertudung labuh berniqab serba hitam. Kini tidak lagi bertudung keluar dari aparment rumahnya itu. Tali wayar Rania kian terputus. Dia masuk ke dalam lif selamba. Saat lif hampir tertutup. Air mata Rania jatuh perlahan berserta dengan senyuman smrik dibibir....

Kini.. Rania nekad yang dia mahu berubah. Dan mengubah nasib hidupnya....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bersambung....

P/s: *sobs sobs saya turut bersimpati dengan Rania🀧 anda bagaimana? Komen dibawah!

Daa~

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro