Part 1-Ilham

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Krinnnggggg!

Berpusu-pusu pelajar-pelajar keluar ingin pulang segera ke rumah. Disaat semua kaki berebut untuk pulang, hanya sepasang kaki sahaja melangkah perlahan menuju ke perpustakaan sekolah. Ya, Andrina Rosegold nama yang sangat indah seindah empunya nama.

Dalam Sekolah Poleonia Airis itu, sebut sahaja nama Andrina Rosegold. Pasti...

Tiada yang mengenalinya. Uhuk..

Itulah gambaran bagaimana kehidupan gadis itu. Kawan? Kenalan pun jauh sekali! Hendak dikatakan pandai, dia biase-biase je. Kelas pun ketiga terakhir daripada lima kelas. Tunggul bergerak? Dia sudah biasa dilebel begitu. Penyendiri, pendiam. Namun tidak pula dibuli. Mungkin budak-budak sekolah ini baik-baik belaka.

Okey, tak. Ada sahaja yang nakal. Tapi sengaja tak nak buat klise. Uhuk..

Setelah loceng sekolah berbunyi, hala tuju gadis itu hanya satu sahaja. Iaitu ke perpustakaan. Tempat yang sering dikunjunginya untuk memulakan masterpiece baharu.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam perpustakaan, terus sahaja dia ke meja yang biasa di dudukinya.Iaitu meja di sudut paling belakang dan paling tepi sisi perpustakaan bahagian barat.

Ditariknya kerusi, disangkutkan beg galasnya yang bewarna biru bercorak bunga kemudiannya Andrina mengeluarkan kotak penselnya dan buku melukis kegemarannya.Usai berbuat demikian, barulah dia duduk.

'Hari ni macam tak ada benda best yang jadi, tak dapat ilham nak melukis langsung. Otak pulak blank, tadi belajar math..' bisiknya dalam hati.

"Biar aku fikir balik apa yang jadi.. hurmm....

Hrmmmm....

Hrmmmmmm....

Aha! Aku tau!

Tak, tak ada apa-apa,"

Seketika kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencuba meregangkan urat-urat leher yang letih seharian duduk di bangku sekolah. Ketika itu dia terpandang seekor burung pipit terbang dengan ceria melalui sebuah tingkap.


'Kalaulah aku jadi macam burung tu, mesti bebas nak lakukan apa yang aku hajatkan' bisik Andrina dalam hati.

Sesungguhnya dia teringin benar untuk terbang, namun memiliki sayap untuk seorang manusia biasa sepertinya adalah amat mustahil dalam realiti.

'Ah, namun bukan dalam imaginasi aku! Aku boleh melakukan apa sahaja yang aku hajati,' monolognya sendiri.

Dari situ, ideanya muncul untuk melukis seorang wanita berambut putih yang panjang sedang terbang di angkasa bersama sepasang sayap putih yang bersinar.

"Yes! Datang pun kau idea," kata Andrina sambil menjerit kecil.

Seorang perpustakawan yang melalui kawasan itu memandang Andrina. Dia meletakkan jari telunjuknya pada mulut, menandakan isyarat senyap.

Andrina yang menyedari menundukkan kepalanya tanda memohon maaf.

"Kau melukis apa tu, Ann?" tegur satu suara dari belakang Andrina. Sebaik kepala Andrina menoleh ke belakang, kelihatan seorang lelaki yang sedang memegang buku-buku di sisi badannya sedang tersenyum mesra ke arah Andrina.

"Oh, Aiden. Urmm, aku belum lukis apa-apa pun," kata Andrina. Kepalanya kembali memandang kertas lukisan. Lupa ke nak bagitau? Mungkin dia halimunan di mata pelajar dan guru-guru. Namun tak dimata Aiden.

Ceh, ayat.

Lelaki itu satu-satunya kawan yang tak berapa kawan yang dia ada.

Secara jujur, memang dia kurang selesa apabila bercakap dengan lelaki. Apatah lagi Aiden, seorang budak kaya dan lelaki pujaan ramai pelajar perempuan di sekolah.

Tiba-tiba kerusi dihadapannya ditarik Aiden. Dia menghempaskan punggungnya di atas kerusi itu. Buku-buku yang dipegangnya diletakkan kemas di atas meja.

Andrina menjeling sekilas. Rambut hitam lelaki itu yang menutupi dahi membiarkan wajahnya kelihatan tampan. Dipadankan pula dengan warna anak mata seakan permata di lautan itu. Macam dewa betul pelajar contoh ni!

Andrina tersedar akan tindakannya mengalihkan pandangan semula. Gadis itu kembali berasa tidak selesa. Lelaki itu pula memandang riak wajah Andrina, gadis tersebut cuma buat tidak tahu sahaja.

'Comelnya kau, Andrina' getus hati Aiden. Mata zamrudnya hanya tertacap pada wajah mulus Andrina.

'Aisehhh! Apa aku merepek nih!' Aiden cepat-cepat mengalihkan padangannya ke tempat lain. Kulitnya yang putih itu cepat sahaja menunjukkan rona merah.

Hendak tahu satu cerita? Aiden sebenarnya sudah lama ada hati terhadap Andrina. Entah mengapa, sejuk saja mata memandang gadis itu. Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak pernah jujur akan perasaannya terhadap Andrina. Dia tahu gadis itu bukan jenis yang suka berkawan dengan lelaki.

Apatah lagi hendak bercouple bagai. Namun, Aiden ni sememangnya jenis setia. Oleh itu, dia memang tidak pernah melayan mana-mana beruk gedik yang datang. Lagipun, dia sendiri jenis tidak suka bercinta monyet ni. Membazir masa.

Andrina yang tidak menyedari apa-apa dengan tenang menyambung sesi melukisnya.

Keadaan diantara mereka senyap dan sunyi sebelum Aiden bangkit untuk pulang. Lama-lama duduk sini memang tak boleh kawal mata ni!

"Bye, Ann. Jumpa esok," kata Aiden sebelum berlalu pergi. Begnya disandang sebelah tangan sebelum bergerak pergi.

"Erkk, bye.." balas Andrina.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Setelah hampir empat jam menghabiskan masa di perpustakaan, Andrina buat keputusan untuk pulang ke rumah dengan muka yang berseri-seri kerana berjaya menyiapkan lukisannya.

Semua peralatan yang bersepah di atas meja dikemas satu persatu supaya tiada satu pun yang tertinggal. Lagi-lagi nanti akan dimarahi oleh pustakawan yang bertugas.

Pernah sekali apabila dia tertinggal kotak penselnya dan apabila dia datang pada keesokkan paginya dia diceramah panjang oleh seorang pustakawan di situ kerana konon-kononnya Andrina sengaja menyusahkan kerjanya.

"Tak sabar nak balik ke rumah dan makan. Perut rasa lapar pula, teringin nak makan mi goreng," omelnya sendiri.

Lalu kerusi ditolak masuk ke dalam meja dan berlalu pergi. Langkahnya ceria sahaja menuju ke rumah.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Langkahnya terhenti di hadapan sebuah rumah yang dicat biru. Ya, itulah rumah makcik kesayangannya. Makcik Aira.

Sejak kematian kedua orang tuanya, rumah banglonya yang dahulu telahpun dijual kepada pemilik yang baru.

Kini kehidupannya hanya sederhana bersama makcik Aira. Wanita penyayang yang selalu menjaganya seperti anak kandungnya yang tersendiri.

Sesiapa yang mengenal Makcik Aira pasti mengakui wanita itu seorang yang pemurah dengan senyuman. Namun, tak ramai yang tahu kesedihan yang wanita itu tanggung.

Suaminya terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari. Kedua-dua orang anak kembarnya juga meninggal di dalam kemalangan sadis itu. Sejak itu, dia banyak termenung di tepi pantai.

Hanya sejak kedatangan Andrina, hidupnya sedikit ceria. Dia kembali mendapat semangatnya. Sama seperti Andrina, dia juga dapat merasa kasih sayang seorang ibu lagi.

Andrina menghentikan lamunannya. Dia mula mengetuk daun pintu kayu itu. "Saya dah balik," ucapnya.

Kakinya membawa dia ke ruang tamu.

Sunyi.

Dapur.

Sunyi.

Tingkat atas.

Sunyi.

'Kemana makcik ni? Kerja over time kot' desis Andrina dalam hati. Lalu segera menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas rumah teres tersebut.

•••

Amacam first part?Please tell me how it goes..please!📝📝📝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro