Profile

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Andrina Rosegold

Seorang pelajar

Bakatnya dalam seni lukisan sangat dikagumi. Tangannya yang runcing sering mencoretkan lukisan yang indah. Berus hadiah peninggalan arwah ibunya menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus melukis mengikut imaginasinya yang tinggi.

Walaupun begitu, perwatakannya yang pendiam dan suka menyendiri membuatkan dia sering keseorangan di sekolah. Hanya yang menemani sepanjang harinya ialah imaginasinya, berus dan kertas lukisan yang selalu disisinya.

Selain kehilangan ibunya dia juga kehilangan ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu makciknya yang menjaganya.

Aira Jasmin

Bersikap baik dan suka membantu.

Bekerja sebagai kerani sebuah sekolah.

Suka termenung dan suka ke pantai.

Aiden Siveth

Seorang pelajar contoh di sekolah

Atlit hebat dan budak pandai

Jejaka impian ramai pelajar perempuan.

Kaya dan bekerja sambilan sebagai model sebab ayahnya punya syarikat fesye terkemuka.

Zender

Lelaki imaginasi Andrina

Zender merupakan sahabat kepada Andrina dalam imaginasinya.

Berperwatakan seorang yang dingin tetapi sentiasa mengambil berat tentang Andrina

Baik dan tegas.

Mahir dalam berlawan.

Daze

Seekor haiwan berbadan serigala dan mempunyai corak harimau.

Sebahagian daripada kepalanya ialah tanduk kambing gurun.

Mempunyai sayap pada belakang badannya.

Haiwan sakti ini mampu berkata-kata atas imaginasi Andrina sendiri.

Suka bercakap atau becok kalah murai.

Berperwatakan kebudak-budakan.

Done🌟🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro