Part 10-Raja Anthopsy Redholp

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perjalanan diteruskan lagi. Tetapi, kali ini lebih berhati-hati untuk memastikan mereka tidak diekori.

Zender amat yakin yang lelaki itu pasti sedang merancangkan sesuatu yang besar. Lebih-lebih lagi lelaki tersebut mempunyai kuasa. Kerana bukan semua penghuni alam imaginasi dianugerahkan kebenaran memanipulasi kuasa.

Daze si serigala terbang itu pun tidak membuat banyak bunyi, hanya matanya yang bergerak-gerak memerhatikan sekeliling. Buat pertama kali dalam pemerhatian Andrina, haiwan itu kelihatan begitu berjaga-jaga dan serius. BUAT PERTAMA KALI, GUYS!

Gadis itu juga banyak berdiam diri dan berfikir. Dia kini baru menyedari betapa sukarnya misinya itu. Banyak aral yang melintang perlu ditempuhi. Serabut juga otaknya! Lagi-lagi apabila memikirkan tentang gerangan lelaki misteri tadi.

Gadis itu sekejap-sekejap membuat riak pelik. Kadang-kadang menggaru kepalanya sendiri. Macam kera kena kutu pun ada juga gayanya.

"Korang, sebenarnya apa yang lelaki tadi tu nak, ye? Apa yang aku ada yang dia nak sangat?" Tiba-tiba gadis itu bersuara. Tidak dapat lagi menahan beribu persoalan dan tanda tanya di minda.

"Entah, aku pun tak pernah tengok dia selama aku duduk kat alam imaginasi ni," kata Zender. Langsung tak membantu. Dia juga sebenarnya memikirkan perkara yang sama.

"Daze pun sama. Tak kenal langsung lelaki pelik tu.Tapi, tiba-tiba dia ada kuasa! Setahu Daze, makhluk yang hanya diberi kebenaran sahaja ada keistimewaan," kata Daze pula melontarkan pendapatnya.

"Hmm..bukan sebelum ini Daze kata yang setiap makhluk-makhluk kat alam imaginasi ni bebas hidup berdasarkan imaginasi pelukis?" soal Andrina hairan. Bertambah pening kepalanya.

"Memanglah.. tapi tak semua. Kalau si pelukis membayangkan watak yang dilukis ada kuasa yang membuatkan watak tersebut lebih istimewa daripada makhluk lain di alam imaginasi ni. Majlis Raja-raja Besar Kerajaan Alam Imaginasi akan pertimbangkan sama ada ianya dibenarkan atau tak," terang Daze menghilangkan persoalan di dalam kepala Andrina.

"Itupun bergantung kepada perwatakan watak yang dilukis tu. Kalau watak baik, dia dapat guna. Kalau watak jahat, memang ditarik" ujar Zender pula memberi fakta.

"Ohh, begitu. Maknanya Daze pun samalah kena perbincangkan perihal sayap Daze?" tanya Andrina kembali.

"Ermm, tak. Ianya akan dinilai oleh raja kerajaan alam imaginasi, iaitu raja kerajaan dimana tempat makhluk tu tinggal. Macam Daze ni, Raja Anthopsy Redholp yang beri kebenaran. Selalunya sayap memang dibenarkan pun.." ujar Daze. Makhluk itu memang berperanan sebagai pemandu pelancong bagi Andrina.  Setiap pertanyaan Andrina dijawab mudah. Daze ini boleh diibaratkan bagai mesin yang boleh memberikan jawapan bagi setiap persoalan.

"Kenapa bukan ayah yang beri kebenaran? Bukankah dia raja di sini?" soal Andrina lagi tak henti-henti selagi dia masih keliru.

"Ehh, tak lah. Daze tercipta sebelum Raja Stafford Helix naik tahta," terang Daze lagi.

"Memang bagus pun dia turun takhta. Langsung tak pandai memerintah" celah Zender dengan muka sinis.

"Huh? Kenapa?" soal satu-satunya gadis di situ.

"Anthopsy tu raja yang teruk semasa dia memerintah. Sesiapa yang hodoh dan teruk rupa parasnya dibuang ke Hutan Slingger tanpa belas kasihan. Dia hanya mahu yang hebat-hebat sahaja," Daze menjawab bagi pihak Zender.

"Dia selalu berbangga diri dan selalu ungkit pasal kehebatan dan kemahiran melukisnya. Dia naik takhta kerana lukisan yang dilukis hebat-hebat belaka! Tetapi semuanya lebih kepada suram dan menakutkan. Macam Hutan Slingger tu, dialah yang lukis! Makhluk-makhuk misteri yang dilukisnya kebanyakannya tinggal di Hutan Slingger tu! Ada yang berada di tempat lain..tapi kebanyakannya dicampak dalam huta tu lah!" cerita Daze kepada Andrina dengan bersungguh-sungguh.

"Pada mula je baik, lepastu tunjuk belang. Dasar talam dua muka," luah Zender lagi. Hatinya masih berasa geram dengan lelaki itu. Masih segar di ingatannya tentang apa yang telah dilakukan lelaki tersebut terhadap dirinya.

"Kenapa dia tak turun takhta je kalau perangai teruk macam tu?" luah Andrina, dia juga turut sama beremosi.

"Memang Majlis Raja-raja Besar nak buang pun. Tapi, buat masa terdekat memang tiada pengganti. Kalau nak turunkan je gitu, kerajaan ni akan berbolak-balik sebab tiada pemimpin," Kedengaran keluhan daripada mulut Daze. Teringat bagaimana corak pemerintahan terdahulu.

"Itulah satu-satunya peraturan paling tak releven dalam Alam Imaginasi ni. Setiap kerajaan perlu ada pemimpin. Baik atau buruk!" Zender bersuara tegas.

"Sebab tu lah bila nak jadi raja, baik-baik belaka. Pijak semut pun tak mati. Tapi lepas dapat je jawatan tu, memang hancur selagi tak ada yang datang ganti," Daze turut dengan nada sama.

"Dia tak layak menjadi pemerintah, sepatutnya tak layak dapat apa-apa anugerah," kata Andrina membuat kesimpulan.

"Oh, apa sebenarnya yang terjadi pada raja sebelumnya? Kenapa turun takhta?" Andrina terfikir seketika. Ya tak ya juga, kalau bukan sebab raja sebelumnya turun takhta bagaimana lagi dia menjadi pemerintah?

"Raja sebelumnya letak jawatan kerana ingin mengembara ke seluruh dunia di Alam imaginasi ni, jadi sebab tu dia ganti. Masa naik takhta tu pun dia ada dianugerahkan kuasa. Iaitu kuasa teleportasi, tapi tak ada yang pernah nampak dia guna kuasa tu pada umum." cerita Daze.

"Bagus dia dah turun takhta dan Raja Stafford naik takhta. Tapi masalahnya, kuasa teleportasi tu tak ditarik balik," luah Zender.

"Haa? Kenapa pulak?" Andrina terkejut. Sangkanya,turun takhta bermakna kuasa pun hilang.

"Majlis Raja-raja Besar membenar dia menyimpan kuasa tersebut sebagai hadiah untuk lukisannya yang hebat. Memang tak disangka pun kehebatanya.." Daze selaku mesin pertanyaan bagi Andrina menjawab.

"Bagi aku tak hebat pun," balas Zender. Dia memutarkan biji matanya.

"Kenapa kau geram sangat ni Zender?" tanya Andrina pada Zender. Sejak bercerita tentang Raja Anthopsy tu, Zender mula baran.

"Heh," Zender memandang ke arah hutan. Malas dia nak ingat kejadian memalukan itu lagi. Soalan Andrina pula dibiarkan sepi. Gadis itu memandang Daze pula. Seakan bertanya, salah cakap ke? Daze yang faham isyarat Andrina memintanya untuk dekat kepadanya sedikit. Andrina turuti sahaja.

"Zender ada peristiwa buruk bersama Anthopsy tu, dia dimalukan teruk!Begini ceritanya..

✏✏✏✏✏

Sorakan penonton bergema di seluruh stadium besar itu. Seorang lelaki sedang bertungkus-lumus berlawan dengan raksaksa di hadapannya. Sudah tiga tahun berturut-turut dia menjadi pemenang tunggal pertandingan kuno itu. Tahun ini cabarannya lebih hebat lagi, dia terpaksa berlawan dengan raksasa yang berbadan besar dan bertanduk di peringkat akhir. Badan raksasa itu dipenuhi dengan duri-duri tajam dan dibawa bersamanya sebatang tombak.


Raja Anthopsy memerhatikan perlawanan tersebut dengan teliti dari tempat yang disediakan khas untuknya. Mukanya masih dengan riak sombong dan angkuh.

Lelaki di tengah gelanggang itu mula mengeluarkan pisau kecilnya setelah pedang yang digunakannya tercampak jauh. Dia menyembunyikan pisau tersebut daripada pandangan raksasa menakutkan itu.

"HAHAHAHAAHA! Kau nak buat apa sekarang, hah? HAHAHAHA! Biar aku musnahkan kau terus!" kata raksasa merah itu dengan bongkak. Dia menyangka yang dia akan memenangi pertandingan itu.

"Awal lagi," balas lawannya antara dengar atau tidak.

Nampaknya, raksasa itu terlupa dengan siapa lawannya.

Bagaikan kilat lelaki tersebut meluru ke arah lawannya dengan pisau kecil yang dipegangnya erat. Raksasa tersebut menghayunkan tombaknya ke arah Zender setelah menyedari lawannya mula bertindak.

Namun, lelaki itu pantas memanfaatkan peluang tersebut untuk memanjat naik ke atas badan raksasa merah itu. Dengan pantasnya, lelaki tadi menghiris belakang raksasa itu dengan pisau kecilnya. Kemudian dia melompat turun dan menjarakkan diri dengan raksasa besar itu.

"HAHAHAHA! Itu saja yang kau mampu? Satu hirisan pisau? Kau rasa aku akan rasa sakit? HAAHAHAHA!" laung raksasa itu berserta suara garaunya. Para penonton sudah tergelak-gelak dengan tindakan yang disangkakan bodoh dari lelaki tersebut. Ada yang tercengang kerana pemenang berturut- turut itu hanya menghiris pisaunya. Biar betul?

"Aku benci orang bongkak yang bodoh," kata lelaki di gelanggang itu sambil tersenyum sinis. Sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada seorang 'lelaki' yang memakai mahkota di atas sana.

"Tch!" 'Lelaki' yang sedar dirinya diperli membentuk penumbuk ditangan.

Tiba-tiba raksasa yang sedang asyik tergelak itu rebah ke tanah. Semua di stadium itu terdiam. Raja Anthopsy yang tadinya berasa geram tiba-tiba terkejut dengan situasi yang berlaku. Dia automatik bangun dari kerusi khasnya.

Lelaki yang bernama Zender itu kembali memasukkan pisaunya ke dalam sarung khas. Mukanya tenang sahaja. Dia menjeling sekilas reaksi raja bongkak itu.

"Ceh,"

"Kau ingat aku bodoh nak hiris kau dengan pisau tanpa ada racun? Lebih baik aku tikam kau terus.."ujar Zender kepada makhluk yang terbaring kaku di atas tanah itu.

Penonton yang tadinya senyap mula bersorak dan bertepuk tangan. Meraikan kemenangan juara mereka yang akan dinobatkan sebagai pemenang lagi tahun ini.

Semasa penyampaian wang ganjaran, Zender berdiri bersebelahan dengan raksasa yang ditewaskannya tadi di atas pentas kayu kecil di tengah stadium. Racun pada pisaunya tidaklah sampai membunuh, itu akan melanggar peraturan. Racun tadi hanya akan memberi kesan seperti pening kepala kemudiannya pengsan.

Raja Anthopsy berdiri di hadapan Zender dan raksasa menakutkan itu. Dia memandang wajah Zender dan kemudian tersenyum sinis. Dia mencapai uncang yang mengandungi beribu pes(mata wang di Alam Imaginasi) tadi dan menyerahkannya pada...raksasa di sebelah Zender!

Zender terbeliak! Sudah jelas yang dia memenangi perlawanan tadi. Juru cakap mula mengumumkan pemenagnya merupakan Kanx iaitu raksasa merah disebelahnya. Zender naik angin. Uncang pes itu sudah selamat berada di dalam genggaman Kanx.

Sudahlah dia berusaha kertas untuk sampai ke peringkat ini! Namun, akhirnya raksasa itu yang dapat? Apa semua ini?

Penonton semua sudah terkejut beruk, tiada siapa pun yang bertepuk tangan. Semua tercengang tidak percaya. Perlawanan tahun ini memang penuh kejutan.

Api kemarahan Zender sudah meluap-luap. Baru sahaja dia hendak bersuara,tiba-tiba juru cakap membuat pengumuman.

"Zender dibatalkan penyertaannya akibat menggunakan racun untuk menewaskan lawannya. Secara automatiknya, Kanx memenangi pertandingan ini!"

Zender tercengang. Selama ini, perkara itu langsung tidak menjadi salah. Malah tidak melanggar peraturan langsung.

Bunyi tepukan perlahan-laham kedengaran dari penonton.Itu pun kerana sudah dipaksa oleh pengawal-pengawal yang menjaga di tepi gelanggang.

Raja Anthopsy sudah tersenyum kemenangan ke arah Zender. Lelaki itu merapati Zender dan berkata padanya.

"Never be rude to me, or else you will suffer for the rest of your life. Remember, I'm the king"

 "A...apa?" Zender tidak percaya apa yang dia dengar. Amarahnya ditahan dalam hati kerana dia sedang berada di khalayak ramai. Jika tidak, masa itu juga dihunusnya pisau yang beracun itu pada lelaki tidak guna didepannya itu.

"Dengar sini rakyat beta! Disebabkan kekalahan yang mengecewakan tadi dari Zender, dia terpaksa mengikut syarat bagi yang gagal dalam pertarungan ini. Dia akan dihalau ke Hutan Slingger!" kata Raja Anthopsy tidak berbelas kasihan."Dia akan dibuang ke sana pada hari lusa! Pengawal kurung dia segera!" arah Raja Anthopsy kepada pada pengawal. Senyuman sinisnya masih tidak lekang.

Zender yang kegeraman dibawa pergi dari situ. 'Dasar raja tak guna!Kalau aku bunuh,sia-sia saja kau hidup!' guman Zender dalam hatinya yang membara kemarahan. Kanx, si raksasa merah tadi hanya buat tidak tahu sahaja pada Zender.

Zender memalingkan mukanya. Kalau dipandang, makin sakit hati!

✏✏✏✏✏

"Lepas tu apa jadi?" tanya Andrina mencelah cerita Daze.

"Sebelum sempat Zender dibuang ke Hutan Slingger tu, Raja Stafford naik takhta dan semua tahanan dibebaskan termasuk Zender. Raja baru, pentadbiran pun baru." Habis sudah cerita tentang Zender. Andrina hanya menganguk faham. Kasihan Zender getusnya dalam hati.

"Apa jadi pada Raja Anthopsy yang hilang takhta tu?"

"Dia menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan," jawab Daze.

Andrina memandang Zender. Kasihan kawannya itu. Dia lalui waktu yang sukar. Dalam hati Andrina terdetik. Hurm... sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Andrina tersenyum sambil memandang Zender tanpa dia sedar.

Gadis tersebut mula menerima takdir yang tertulis untuknya. Dia seharusnya teruskan hidup dan tidak berputus asa. Bukannya mengeluh dan bersedih sahaja.

Maaf lama tak update, ampun╮(╯_╰)╭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro