Part 11-Pesta

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Andrina, Zender dan Daze sudah hampir ke penghujung hutan. Mereka kemudiannya akan memulakan perjalanan dari kota ke kota, dan dari pekan ke pekan. Kemudian melalui hutan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. sehingga tiba di Hutan Red Slingger.

Daze kelihatan paling teruja sekali diantara semua. Dari tadi dia tidak habis-habis bercerita tentang pekan yang akan mereka lalui dalam perjalanan nanti.

Kini, Daze terlompat-lompat pula. Dia langsung tidak dapat menahan keterujaannya lagi.

"Korang, cepat lah! Daze dah tak sabar ni! Jom, jom, jom!!" kata Daze kepada kawan-kawannya yang lain.

"Sabar lah Daze,lambat laun kita akan tiba juga.." kata Andrina yang penat melayan karenah Daze.

"Ouh, korang tahu tak? Ada shopping mall kat situ antara yang paling mesra alam?"

"Dan, korang tahu tak? Kedai kat situ mungkin nampak lama, tapi semuanya berteknologi tinggi!"

"Dan, dan! Korang tahu tak? Kerajaan ni kuasa utamanya ialah tumbuhan?"

"Urghhhh.. dan kau tau tak cara untuk diam?" ujar Zender. Rimas dengan perangai Daze yang minta kena sumpah ni.

"Entahnya.. Mulut tu kalau kena zip baru tau," balas Andrina pula menyokong kata-kata Zender. Dia pun sudah penat mendengar bebelan Daze tentang pekan tersebut.

"Tak boleh sabar lagi ni..aduh!Kenapalah masa begitu lambat berlalu?" Daze sudah memulakan bebelannya.

"Lagi-lagi di alam ini masa memang lambat berlalu pun. Malam lebih panjang seperti seperti siang dan siang lebih lama terasa! Oh,dalam keadaan begini, terasa terseksa sangat! Ibarat kutub yang sejuk beku tanpa... bla... bla.. bla.."sambung Daze lagi.

Andrina dan Zender sudah bernanah telinga. Gadis itu tiada kekuatan hendak melayan Daze yang terlebih teruja macam beruk, walaupun selalunya dia lah yang rajin melayan kata-kata Daze.

Dalam hati masing-masing sudah berdoa agar segera tiba ke pekan yang membuatkan hati Daze teruja.

"Ouh AnGinn~ kAu kIriMkan~ kaLimAh kaSiH kU~ AgAr daPat Ku dEngAri~ KalAmNya beRbuNyi~"

"DAZEEEE!"

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

"Ahhhh!" jerit Daze tiba-tiba.

"Oii, mak kau terkejut!" Andrina dan Daze menoleh kearah Zender. Lelaki itu statik seketika. "Uhum.. uhukk.. uhh," Tekaknya diurut menghilangkan kejanggalan.

Andrina cuma menahan gelak. Biru muka woi! Tapi selepas melihat jelingan maut Zender dia terus menoleh kearah Daze.

"Kenapa ni, Daze?" soal Andrina risau.

"Kita dah tiba di Kota Vandermair!" jerit Daze teruja. Sambil terbang keluar dari hutan.

Andrina dan Zender menghembuskan nafas lega, sangka mereka Daze ternampak musuh atau apa-apa yang berbahaya tadi.

"Ceh, buat terkejut je," ujar Zender sambil berjalan keluar dari hutan yang mereka lalui selama hampir enam jam. Andrina menggelengkan kepalanya dan menyertai Zender.

"Hai, kawan-kawan! Akhirnya kita tiba pun kat sini! Seronoknya!!" jerit Daze sambil melompat-lompat di udara.

Anak mata coklat Andrina tertacap pada kota di hadapannya. Dia agak kagum dengan apa yang dilihatnya. Kota yang sangat indah. Pokok-pokok memenuhi setiap sudut bandar tersebut. Pelbagai makhluk berlainan bentuk, warna dan saiz sedang menikmati hari mereka disitu.

Tempat pertama yang mereka kunjungi ialah.. shopping mall!

"Apa ni, Daze? Kenapa bawa kami ke sini? Kita ni dalam perjalanan ke Hutan Slingger tau tak?" komen Andrina tiadak setuju dengan tindakan Daze.

"Haish.. dia nak mula" kata Zender sambil kepalanya terteleng ke kanan. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Alah, janganlah macam itu Andrina.. Mari Daze bawa Andrina ke satu tempat lepak kegemaran Daze," ujar Daze cuba memujuk Andrina.

Andrina hanya menuruti sahaja keinginan rakannya itu. Lagipun,dia juga ingin memcuci mata di kota itu.

"Tadaa! Ini dia tingkat tertinggi pusat memberi belah Forest Secret!"kata Daze dengan girang.

Mereka sedang berasa di salah satu jambatan yang menghubungkan dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Andrina lama-kelamaan mulai teruja seperti Daze. Tak kejap, tahap keterujaan Daze tak dapat follow. Tahap degree tuh, tengah sambung master. Okey, melalut.

Tidak pernah dia melihat perkara seperti ini. Kedai-kedai di situ nampak agak sibuk dengan orang. Sekali pandang memang kelihatan tidak menarik, tetapi sebenarnya bangunan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Daze dapat melihat riak keterujaan Andrina cepat-cepat mengambil kesempatan itu untuk memujuk Andrina meronda keliling kawasan pusat membeli- belah itu. Zender yang sudah tahu taktik Daze yang cuba memancing Andrina itu tidak mampu berbuat apa-apa. Tanduk jahat serigala itu sudah muncul.

Lelaki itu tahu dia akan kepenatan hari ini. Apa yang mampu dilakukan cuma menuruti sahaja kemana tapak kaki Andrina pergi. Dia tidak boleh meninggalkan Andrina, ianya kerana keselamatan gadis itu harus sentiasa terjamin.

Andrina yang terpancing dengan pujuk-rayu Daze mudah sahaja bersetuju.

"Terima kasihlah, Daze. Terima kasih sangat.." guman Zender perlahan namun masih dapat ditangkap Daze.

"Most welcome," balas Daze sambil menjelir kemenangan. "Urgh.."

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

Mereka meneroka kawasan pusat membeli-belah itu lebih kurang tiga jam lamanya. Zender hanya mampu pasrah, walaupun kepala lututnya terasa hendak tercabut. Cukup satu minit lagi kat kawasan tu mungkin dia akan ada dekat 'saya nampak awak'. 'What? Maksudnya ICU, ok!'

Mereka akhirnya melangkah keluar dari pusat membeli belah yang berbentuk pokok daripada luar itu. Banyak barangan dan snek yang mereka beli untuk perjalanan. Cukup untuk dua tahun eh, dua hari.

Masakan tidak, mereka berbelanja sakan tadi! Lagi-lagi selepas Andrina mendapat tahu apa yang dilukisnya menggunakan berus ajaib itu akan menjadi kenyataan. Dia bertungkus-lumus melukis berkeping-keping pes. Semuanya angkara pengaruh Daze, si serigala bertanduk yang mempunyai sayap.

Zender pula sudah pening melayan karenah rakan-rakannya. Setelah dia penat-lelah berjalan, akhirnya dia cuma mendapat aiskrim. Aiskrim?AISKRIM SAHAJA? Paling tak dapat terima, dua makhluk tu boleh pula dapat aiskrim pelbagai perisa, toping sana sini. Dia pula cuma dapat perisa strawberry sahaja? Apakah?

Muka lelaki itu sudah masam mencuka. Sudahlah penat kaki berjalan selama tiga jam. Tabah je lah. Nasib tak arwah Daze ni dia kerjakan.

Mereka kini berjalan ke pusat bandar atas permintaan Daze. Katanya ada sesuatu yang ingin ditunjukkan. Waktu malam di pusat bandar amat menenanpgkan.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kedinginan malam sungguh menyamankan.

Sebaik sampai ke pusat bandar terlihat satu pokok bercahaya di tengah taman yang menjadi tumpuan. Daze menunjukkan nama yang tertulis pada tanah dibawah pokok itu.

"Itulah D.O mark tempat ni. Pelukisnya Verdermair Calos," ujar Daze.

"Lagipun tau tak? Nama tempat ni diambil sempena nama pelukis ni la.. dan setiap tahun akan ada pesta untuk meraikan kota ini," terang Daze lagi.

"Dan..."

Zender menjeling Daze. Sepatah lagi yang keluar dari mulut serigala tu memang lempeng dia kerjakan.

"Malamnya esok. Hmmm..kalau kita stay sini dua hari boleh? Nak ikut pesta tu.. bolehlah Andrina.. bolehlah.. please..." rayu Daze bersungguh-sungguh. Zender menepuk mukanya.

"Tak boleh! Kita ada masa untuk dikejar." larang Zender tegas.

"Sibuk je. Sejak bila nama kau Andrina, hah? Paling penting, sejak bila kau tukar jantina?" balas Daze tak mahu kalah. Dia berlawan mata dengan Zender.

"Hmmm...ye lah boleh je," balas Andrina membenarkan. Gadis itu menjeling Zender kemudian tergelak. Sengaja dia ingin menyakat lelaki itu. Pada masa yang sama, dia memang teringin untuk sertai pesta tersebut. Sekali seumur hidup kot!

"YEAY!!" jerit Daze teruja sehingga melompat ke udara. Beberapa orang di taman itu memandang mereka. "Ye, lah.. ambik, Daze. Ambik.." ucap Zender bengang.

"Aip, tapi ada satu syarat. Daze kena cari tempat kita semua bermalam," kata Andrina.

"Heh, easy takat gigit jari! Thanks Andrina! Sayang tuan kita ni sangat" balas Daze sambil membuat suara gedik.

'Hmm..terpaksalah tangguhkan perjalanan ke Hutan Slingger, tapi tak apalah,' getus Andrina dalam hatinya sambil tersenyum ceria.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro