Apa yang terjadi?!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hi awesome wattppaders~ How are ya? :v

Fang: *BUGH* Asal kau lain macam je harini? Gear otak kau berjalan ke tak?

Frost: Adoi! Sakit la mamat bajet! Kau cari nahas dengan Angel of Death!

Fang: Heh, Angel of Death? Bagi aku kau dah macam Demon from Hell. Dan satu lagi, BERHENTI PANGGIL AKU GELARAN TU!! Habis semua fans aku lari!

Frost: Aku manusia, dan aku dari perut mak aku duh :v Tak macam kau, alien yang datang tak diundang. Btw, kemunculan kau dalam Boboiboy Galaxy episod 6 berjaya buat kotak ketawa aku rosak! Hahaha! Tragedi fesyen! Oh, dan gelaran tu sesuai ngan kau. Jangan risau la pasal fans kau, kalau ada yang lari pun, aku dan Lin-chan kan masih ada :p
____________________________________

.

..

...

CREEPY TOWN
Apa yang terjadi?!

...

..

.

____________________________________

Taufan's P.O.V

Hi semua~ Ini aku, Boboiboy Taufan yang terlebih ceria! Nice to meet you, awesome readers!

Korang nak facts pasal aku? Em.. Tak payah la.. Kalau korang memang fans Boboiboy, atau fans aku, mesti korang dah tahu macam mana perwatakan dan sifat aku. Kan, kan?

Takpe lah. Bagitahu je lah. Nanti author struggling dengan part ni pulak sebab pendek.

(Singa betina ni lapar la. Aku makan kau boleh?)

Abaikan si author tu. Um.. Aku ni ceria, hyper, sporting, suka main-main.. Korang list je lah apa-apa pun. Yang penting aku bukan macam mamat poyo sana tuh.

"Mamat poyo?! Woy! Aku ni abang sulung kau! So, respect aku sikit!"

Adoyai.. Kau jangan perasan boleh tak? Dah la sukakan tanah, tu yang nama pun dah jadi Gempa.

"Aku sukakan tanah pun tak salah an? Nanti mati kau masuk tanah jugak."

"...." Deep. Uhuk-uhuk! Um.. Kat mana tadi?

"Ceh, pandai kau tukar topik eh?"

Yang aku panggil mamat poyo tu Gempa, abang kepada abang kepada abang aku. Ada faham? Korang tak faham sudah la.

Dia ni kadang-kadang tegas, bijak.. Apalagi eh? Bertanggungjawab? Entah la. Bertanggungjawab tu sikit je.

"Sikit kau kata?! Selama ni siapa yang jaga kau hah?!"

Um.. Hali ngan Ice..?

"SALAH! LAGI DIPERSALAHKAAAANNN!!"

Ok, nampaknya dia mula dah OOC, baik kita pergi yang kedua. Yang kedua! Siapa lagi? Mestilah Lin-chan!

"Aku nak join author untuk terkam kau."

E-Eh! Jangan! Ok, ok! Boboiboy Halilintar! Hish.. Cerewet.

"Apa kau kata?!"

Kau pekak ke? Rasa-rasanya elok je telinga kau.

"Ok, aku betul-betul nak terkam kau sekarang. Perut aku pun dah bernyanyi ni."

Op! Mana boleh terkam aku! Ni turn aku nak intro! Dah, shuh-shuh. Main jejauh!

"Kau MEMANG cari NAHAS ngan AKU!"

Yang cerewet atas tu Hali. Adik kepada abang dan abang kepada abang aku. Ehehe.. Seronok la pulak cakap macam ni. Korang faham kan? Ala.. Aku percaya korang yang baca cerita ni pandai-pandai belaka.

Hali ni cerdik, tegas pun boleh la, cerewet.. Dan yang PALING penting, dia ni tsundere.

"....Ok, that's it. Aku memang nak terkam kau. MARI SINI KAAAUUUU!!"

Uish.. Bawo bersabo bang oi! Sabo tu separuh daripada iman!

"Ceh, diri sendiri pun tak betul, ada hati nak jadi ustaz."

"...." Satu lagi ayat deep. Apasal korang nak tarbiah aku?! Huhuhu.. Jangan la kecam aku..

Ehem! Ok, yang ketiga pulak, Ice. Adik kepada abang sulung aku, adik kepada abang tsundere aku dan abang kepada aku.

Mhm.. Apa nama gelaran yang Hali bagi kat dia? Ah! Penguin hibernasi! Penguin boleh hibernasi ke? -,-

"Kau nak jadi bola aku tak?"

Hah? Asal aku nak kena jadi bola kau lak?

"Sebab aku boleh penyepak kau sampai ke rumah author."

Ergh.. Please la. Kau bukannya ada superhuman strengh pon -,-

DUAGHH!

ADOOIIIIIII!!

Shiiiiinggggg! *tahi bintang*

Sementara itu...

Frost: Um.. Mana Jur ni? Tak sampai-sampai lagi.. *tengok jam*

TOK.. TOK..

Frost: Aha! Sampai pun! *buka pintu* Eh? Meteor mana yang sesat kat rumah aku?

Taufan: M-Maaf Frost! Bye! Aku blah lu!

Frost: *sweatdrop* Kesiannya budak sesat tu.. Eh? Cenna dia tau nickname aku kat Wattpad?

Back to the story...

Tak guna kau Ice! Yang kau sepak aku tu pehal?! Waktu melayang aku jadi tahi bintang, waktu mendarat aku jadi meteor!!

"Dah kau yang minta."

Um.. Takde guna cakap ngan kau.

Ice, nak kata dia ni cold macam Hali, tak lah sangat. Dia malas nak perah otak untuk buat kerja. Jadi yang dia fikir nak tidur je. Apalah nasibku dapat kembar yang sifat dia lain-lain.

Lepastu yang keempat, aku! Si Taufan yang hensem, cute, kawaii ni ha! Hahahaha!

Dan yang terakhir Blaze. Perangai dia ni sama je dengan aku. Kami digelar 'Duo Prankster' oleh si author, dan mungkin korang jugak.

Kan Blaze?

"Hell yeah!" *hi-five*

Walaupun ceria, dia ni emosional sikit.

"Mhm.. Yeke? Aku tak rasa macam tu pun.."

Ha'ah. Kau sama macam si author. Mood baik ok je, tapi bila dah mai angin dia, habis semua orang dia jerkah, rumah pulak bersepah, kalau tak pun bilik dia jadi korban. Lebih kurang macam kau la.

"Hm.. Ehehe.. Lebih kurang la. Disebabkan aku ada kuasa, aku lepar Bebola Api waktu marah. Kalau author ada kuasa, kau rasa macam mana la nasib keluarga dan kengkawan dia? Semua jadi mangsa! Hahaha!"

Hm.. Entah la.. Memang kesian kat orang yang jadi target dia.

(Woy! Back to the topic la! Ni dah ke Lautan Pasifik mana dah!)

"Erk! Angin dia dah sampai. Kalau kau nak selamat kat dunia ni, baik kau lanjutkan intro kau Fan."

Ok, ok. Um.. Semua saudara aku dah habis intro. Tinggal sahabat aku je la an? Haih..

Siapa yang pertama nak intro? AHA! Aku tau, MAMAT BAJET!! Ahahahaha!

"Ish! Siapa yang kau panggil mamat bajet hah?!"

Aik? Aku tak sebut nama siapa pun. Yang kau perasan aku panggil kau tu pehal? Jadinya kau memang mamat bajet lah! Hahahaha!

"Mana ada! Kau nak aku luku kepala kau ke apa?!"

Eh! Mana boleh nak luku kepala aku! Aku tak habis lagi intro ni. Fang ni baik la jugak. Rambut landak dia pun dah macam author. Dia ni pun kadang-kadang tu tsundere.

Dia ada crush kat Lin-chan *bisik kat readers*

"OI! Siapa yang sebarkan rumor tak betul tu hah?!"

Tengok? Dia menafikan kebenaran tu. Betullah kau ada crush kat Hali. Buktinya kat Part 2, Realivianna. Kau kata, "Heh, sebagai kawan je ke? Kenapa tak lebih?" Siap dengan senyuman mengerikan lagi.

"....."

HAH! Kau terdiam! Memang sah rumor tu sebuah kebenaran!

Ehehe.. Seronok kenakan dia. Lepastu siapa pulak? Ah.. Gopal!

Kawan berdarah India aku. Baik, suka makan, takut appa dia, pelanggan tetap di gerai atok aku..

"Hehehe.. Chocolate atok kau sedap la! Aku tak boleh tahan nafsu makan aku kat sana!"

Ceh, makan tu makan la jugak. Ni hutang sampai dah berpuluh-puluh ringgit. Buku hutang Tok Aba penuh dengan nama kau je.

"Ehehehe.."

Gopal ni baik orangnya, cuma dia ni cepat sangat takut dengan persekitaran dia. Dia ni pun suka cari sakit dengan orang. Dengan Cattus yang comel lote pun dia nak cari pasal.

Ok, kawan perempuan aku pulak eh. Yang first Yaya. Dia ni orang Melayu. Suka warna pink. Dia ni pun mahir dalam kemahiran pembuatan biskut. Luaran biskut dia nampak lawa.. tapi kalau rasa, fatal mistake..

"Eh! Terima kasih puji biskut aku! Aku ada bawak biskut! Kau nak?"

E-Eh! Takpe la Yaya. Aku dah kenyang makan angin tadi.

"Ala.."

Aduh.. Nasib kau la tekak oi. Kalau tak jenuh tahan rasa mual.

Yaya ni baik dan tegas. Aku tak larat nak ulang perkataan baik dah. Senang cerita, semua kawan-kawan aku baik. Aku pandai pilih kawan, hehe..

Kawan last aku, Ying. Dia ni Chinese, korang semua tahu kan? Kalau tak tahu, meh aku luku kepala biar korang tahu.

Ying ni, macam yang aku kata beberapa ayat lepas, baik. Dia ni pun pemalu sikit. Umur dia baru 15 tahun, tapi dah jadi detektif. Hebat tu! IQ dia memang tinggi.

"Hihihi.. Biasa saja ma.."

Biasa saja dia kata? Er.. Bagi aku tu dah luar biasa. Dia la rival Yaya dalam aktiviti menggunakan akal mental.

"Rival, rival juga ma.. Tapi kami tetap kawan baik lho~"

Hm.. Betul tu.

Ok, dah habis intro pasal diri, saudara dan kawan-kawan aku. Sekarang ni kami dalam perjalanan ke bandar yang mengerikan tu. Aku tak tahu apa yang saudara dan kawan-kawan aku buat, sebab aku tengah syok berlayar dalam helikopter ni.

Sampai la aku dikejutkan oleh Gempa. Helikopter yang kami naik pun mendarat kat sini. Kami turun bawa barang yang kami bawak dari bilik masing-masing.

Lepas tu kami semua celingak-celinguk tengok keliling bandar ni.

"Jadi, inilah Creepy Town.." Ujarku, memecah keheningan yang melanda kami.

End of Taufan's P.O.V
____________________________________

"Ergh.. S-Sejuknya.." Blaze memeluk tubuh.

"Memanglah sejuk. Kan Capt dan bagitahu yang suhu kat sini 10°." Gempa berjalan sedikit ke depan, matanya melihat bangunan-bangunan usang yang ada di bandar itu.

Yaya juga turut mengedarkan pandangannya pada bangunan-bangunan di sana. Kemudian terus melihat gambar-gambar yang dipegangnya, "Bangunan-bangunan ni samalah dengan yang berada dalam gambar ni. Tapi, aku peliklah. Korang tak rasa pelik ke?" Katanya pada kawan-kawannya.

"Pelik? Maksud kau?" Tanya Fang.

"Haiya! Maksud Yaya, macam mana 'orang' yang tangkap gambar ni datang ke sini dan pulang dengan selamat ma.." Jelas Ying.

"Hm.. Betul jugak tu." Sahut Halilintar.

Gopal mula membuka suara, "Ha'ah. Kapten tak bagitahu pun siapa yang tangkap gambar ni dan dia balik ke tempatnya dengan selamat."

"Dan Kapten pun ada kata yang siapa datang ke sini, dia takkan pernah pulang." Ice menyambung, membuatkan suasana hening seketika.

"J-Jangan la kata macam tu Ice, aku dah la seram kat tempat tak berpenghuni macam ni.." Taufan menarik Blaze, kemudian mereka berpelukan dengan kaki tergetar.

"Sudah la. Jom kita tengok-tengok dulu tempat ni. Pastikan takde sesiapa yang tertinggal." Arah Gempa, kemudian berjalan mendahului saudara dan sahabatnya.

Yaya dan Ying berjalan sambil berpegangan tangan. Taufan pula masih berpelukan dengan Blaze. Ice sudah jadi teddy bear Gopal kerana pemuda India itu memeluknya dengan erat.

Halilintar mengusap lengannya, matanya meliar, menjeling-jeling bangunan yang bertingkat-tingkat itu, "Ugh.. Seram sejuk la t-tempat ni.." Rintihnya, kemudian dia memeluk lengan orang yang berjalan di depannya. Tapi tidak disangka pula yang dipeluk merupakan rambut landak.

"E-Eh! A-Apasal kau p-p-p-peluk aku n-ni?!" Ujar Fang gagap.

"Ish.. A-Abaikan je.. Aku takut la.." Balas Halilintar, semakin mengeratkan pelukannya pada lengan Fang. Yang dipeluk pula sudah mula memanas wajahnya.

(Mau taknya, crush peluk kot xD)

Mereka meneruskan perjalanan mereka selama beberapa ratus meter, melihat keadaan di bandar itu. Kemudian mereka berhenti.

"Hm.. Takde apa yang pelik pun." Ucap Gempa, melihat saudara dan sahabatnya.

"Ha'ah. Takde apa-apa yang mencurigakan." Sahut Ying.

"O-Oi Gopal! Kau- peluk aku kuat sangat! Aku tak boleh ber-na-fas!" Ice meronta dari pelukan Gopal.

Melihat Ice meronta, pemuda berambut screw-cut itu terus melepaskan pelukannya, menyebabkan Ice jatuh tersembam ke tanah, "Eh! Sorry Ice! Aku tak sengaja!"

"Adoi.. Sakitlah Gopal!" Marah Ice.

"H-Hali.. Kita dah berhentilah. Kau b-boleh bukak mata kau tu.." Fang berkata pada Halilintar yang kedua matanya ditutup.

Mendengar ucapan Fang, Halilintar membuka matanya, melihat semua orang yang ada di situ, kemudian dia melihat Fang, lalu pandangannya mengedar ke tangannya yang memeluk lengan Fang. Menyedari kesalahannya, Halilintar terus melepaskan pelukan itu dengan muka memerah, "S-Sorry.."

"T-Takpe.." Fang mengalihkan kepalanya ke arah lain.

"Dey! Nak date pun jangan kat sini. Kat bandar mengerikan ni jugak jadi target korang date." Tegur Gopal dengan nada yang terdengar santai.

"....." Halilintar dan Fang pula memberikan tatapan menyampah pada pemuda paling tua antara mereka itu.

"Eh? Mana Taufan dan Blaze?" Soal Yaya ketika menyedari ketidakberadaan dua lagi temannya.

"Ya lho! Mana si duo pembuat bising tu?" Ying melayangkan pandangan ke kanan, kiri, depan dan belakang, mencari duo prankster tersebut.

Gempa menjongketkan sebelah keningnya, kemudian menghela nafas panjang, "Diaorang ni.. Dah la penglihatan kita ni terhad sebab kabus tebal kat sini, nak cari pun susah. Aku dah kata jangan ada yang terting-"

"UWWAAAAAAAA!! S.O.S! S.O.S!!"

"MAAMMMAAAAAA!! BLAZE NAK BALIKK!!"

"Eh? Tu suara si duo tu la.." Ujar Ice yang masih duduk di tanah selepas di terjatuh dari pelukan Gopal.

"Apa la yang diaorang buat kali ni?" Tanya Halilintar bersahaja.

Ketujuh-tujuh detektif muda itu mengalihkan perhatian mereka ke arah suara itu. Disebabkan bandar tersebut tidak berpenghuni dan sunyi, membuatkan suara-suara yang dipercayai milik Taufan dan Blaze itu bergema.

Kemudian terlihatlah dua bayangan yang muncul dari sebalik kabus-kabus tebal. Mereka berlari sehinggalah tiba di hadapan saudara dan sahabat mereka. Blaze terus terduduk di tanah, bersebelahan dengan Ice. Taufan pula mencari sang pelindung, iaitu Gempa.

"W-Woy Fan! Asal ngan kau ni?! Jangan la cekik tengkuk aku! Mati katak aku kang!" Gempa meronta agar tangan Taufan yang menyekat saluran pernafasannya dilepas.

Taufan hanya berniat hendak memeluk Gempa, tetapi lain pula yang jadinya. Dia sangat takut sampai tidak perasan yang dia sudah mencekik abang sulungnya. Dengan cepat dia terus menjauhkan dirinya dari Gempa, "M-Maaf Gempa!! Aku t-t-takut sangat!! Ta-Tadi! Tadi tu! Aku- Blaze-" Taufan mula gelabah untuk menceritakan apa yang terjadi pada saudara dan sahabatnya.

Gempa memegang kedua bahu Taufan, "Tenang. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik. Hembus." Gempa membuat demonstrasi pada Taufan supaya sang adik mengikutinya.

Taufan mengikut apa yang ditunjukkan sang abang kembar kepadanya. Selepas dia berasa tenang, Gempa membuka suara, "Sekarang cuba cerita kat aku apa yang terjadi pada korang."

"Tadi.. Tadi! Hergh.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Taufan sudah terjatuh ke tanah. Tetapi nasib menyebelahinya, Gempa menahan badannya daripada jatuh mencium tanah.

"Taufan!" Panggil Gopal, Yaya dan Ying dengan nada penuh kerisauan.

"O-Oy!! Aku ingatkan kau dah ok, tengok-tengok pengsan?! Apa yang terjadi?!" Marah Gempa.

Blaze pula sudah memeluk Ice. Sang abang hanya mampu berpasrah, "Chill la, wahai adikku. Ha, cerita kat aku, apa yang buat korang jadi macam ni?" Kata Ice dengan nada datarnya. Dia dapat merasakan, badan Blaze menggetar hebat.

Gempa memapah tubuh Taufan dan merehatkan dia di sebelah Blaze dan Ice yang terduduk di situ.

Halilintar, Fang, Gopal, Yaya dan Ying menghampiri saudara dan sahabat mereka. Tanda tanya memenuhi fikiran, kerisauan terpancar dari raut wajah.

Blaze mula berasa dirinya tenang, dia melepaskan pelukannya pada sang abang, "T-Tadi aku ngan Fan...."
____________________________________

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

____________________________________

Apa yang terjadi?! Hehe.. Nak tahu tunggu next part ya~~

Oh, saya nak bagitahu sesuatu. Mungkin ada antara korang yang confused dengan P.O.V yang saya buat kat atas tu. Sebenarnya P.O.V tu takde kena mengena pun dengan cerita. Saja je buat, nak bagi cerita panjang. Mohon jangan kecam ::>_<:: Tapi part depan je last, lepastu dah takde ah..



















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro