Tiba di Creepy Town

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Here's the third part of Creepy Town~

Cerita ini hanya rekaan author semata-mata~
____________________________________

.

..

...

CREEPY TOWN
Tiba di Creepy Town

...

..

.

____________________________________

Ice's P.O.V

"Grooohh.. Greeehh.."

"Woy! Bangun! Sekarang giliran kau intro!"

POOOFTT-

Aku membuka kedua mata aquamarine milikku selepas satu pukulan dapat kurasa.

"Ergh.. Apa yang kau nak, Blaze? Kacau aku tido je.."

Oh, rupanya adik kembar aku tuh. Kacau je lah.

"Apa yang aku nak? Aku nak kau intro."

"Eish.. Yelah. Yelah."

Hm.. Aku Ice. 16 tahun. Kembar ke tiga. Malas. Suka tidur. Puas?

*Krik-krik-krik*

Apa? Korang nak aku being formal ke? Baiklah. Ehem-ehem. Nama patik ialah, tak lain dan tak bukan, Boboiboy Ice. Patik merupakan saudara kembar kepada Tuan Muda Gempa, Tuan Muda Halilintar, Tuan Muda Taufan dan Tuan Muda Blaze. Ehem! Khusus untuk abang sulung tu, Tuan Tua Gempa.

JDUAGH!

"Banyaklah kau Tuan Tua! BM kau fail! Cikgu BM mana yang ajar kau hah?!"

Eish.. Aku melawak je kot. Ambil hati pulak. Abang sulung ke adik bongsu? Sakit kepala aku..

"Dah, tak payah nak rungut. Teruskan intro kau!"

Aik? Dia yang potong line aku, lepastu nak salahkan aku pulak. Aku bekukan dengan Meriam Pembeku baru tahu. Oh! Lupa pulak, cerita ni non-canon.

"Aku dengar Ice."

Memanglah kau dengar, dah kau ada telinga. Kalau tak dengar memang sia-sia je lah sepasang telinga tu ada kat sisi kepala. Buat hiasan je.

Oh, aku lupa. Yang bagi 'hadiah' kat aku tadi tu Gempa. Kembar yang juga merangkap sebagai abang sulung aku. Dia tu kadang tegas, kadang tu pulak poyo. Hm.. Macam nama dia lah.

Yang kedua pulak Halilintar. Boboiboy Halilintar. Dia ni tegas, dingin, tak suka cakap banyak. Bertanggungjawab? Entahlah. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu dia tu bertunggang-langgang.

"Kau nak kena penyepak ke apa?"

Ha, panjang umur. Baru sebut dah sampai. Em.. Apa lagi ya? Ha! Aku lupa, dia ni tsundere.

"Ergh.. Apasal ramai yang suka kata aku tsundere?! Benda apa tsundere tu?!"

Innocent-nya kau. Tsundere pun tak tahu. Ok, yang ketiga, siapa lagi? Mestilah aku, Boboiboy Ice. Korang dah tahu pasal aku kan? Membazir air liur aku je kalau bagitahu korang benda yang korang dah tahu.

Kembar keempat, Boboiboy Taufan. Em.. Aku tak tahu nak cakap apa pasal budak ni. Gila, hiper, ceria, prankster, aktif.. Aku sebut tak lagi gila? Oh, aku dah sebut.

"Cepatlah habiskan intro kau penguin hibernasi!"

Bersyukurlah Taufan. Aku hanya sebut kau gila, bukan tak waras.

"Samalah gila dan tak waras tu! Aku setuju dengan Gempa! Kau fail subjek BM!"

Ada aku kesah? Mai mana pulak subjek BM semua ni? Ni cerita je kot. Masalah betullah semua kembar aku ni.

Ok, straight to the point. Kembar terakhir aku, Boboiboy Blaze. Pesalah yang bersalah yang ditangkap membuat kesalahan akibat tersalah pukul bantal kat aku.

"Kau nak ulang 'salah' berapa banyak kali..? Facepalm aku dibuatnya."

Diam je lah! Aku tengah cakap dengan readers ni! Jangan potong line aku!

"Sheesh.. Tak reti berterima kasih ke? Berterima kasihlah pada aku yang sudah membangunkan beruang kutub hibernasi macam kau. Kalau tak sampai bila pun takkan kau bangun."

"..." Lantak kau la.

Ok, kat mana kita tadi? Oh, Blaze. Ceria, gila, prankster.. Pendek kata, dia ni sama je dengan Taufan. Waktu marah je macam Halilintar.

Ok, aku boleh sambung tido kan?

"Belum Ice, kau kena bagitahu sifat-sifat Fang, Gopal, Yaya dan Ying dulu."

Pulak dah.. Haih.. Rimas ah! Tak boleh ke kalau tak bagitahu sifat diorang? Aku nak- Hoooamm~ Tidooo~

"Tak boleh Ice. Aku dan Gempa dah describe pasal diorang. Kau pun kena. Tak aci la kalau kau tak describe."

Aci? Bukan tu kat India ke?

"Jangan nak tukar topik! Ayolah, kembali ke pangkal jalan, wahai kembar pemalas-ku!"

Ok, ok. Duh..

Kawan-kawan eh? Em.. Fang. Mamat bajet? Pftt- Aku tak tahu kenapa kembar aku yang lain panggil dia macam tu. Tapi yang aku tahu, lawak! Haha!

"Woy ice-sculpture! Diamlah! Kau dengan kembar kau yang lain sama je!"

Memanglah sama. Kalau tak bukan kembarlah namanya...

Nampaknya rumor yang dikatakan memang betul. Sebut je 'mamat bajet', dia terus muncul. Pftt-

"Ergh.. Nasib baiklah ni non-canon! Kalau tak, aku dah serang kau dengan Separa Garuda Bayang aku!"

Mamat ni halusinasi ke apa? Dah lah gila bayang.

Second, Gopal anak lelaki Kumaran. Walaupun perangai Gopal ni macam 7 tahun, tapi aku hormat jugalah dia. Dia ni kadang serius dan pandai menyelesaikan masalah, apalagi bab-bab misteri macam ni.

"T-Terharunya dengar kau cakap macam tu. Hiks.."

Bab-bab misteri ni memanglah dia bolot kat diri dia je, cuba kalau masuk bab-bab suspense macam peperiksaan Matematik, hampeh!

"Hiks.. Aku.. Tarik balik kata-kata aku tadi.. Hiks.."

Apa-apa je lah. Kawan perempuan aku pulak, Yaya. Dia ni boleh dikatakan gadis Melayu terakhir..

"Amboi, Ice. Kemain kau kan? Gadis Melayu terakhir bagai."

Kau ni Yaya, ayat aku tak habis lagi kot. Yaya ni boleh dikatakan gadis Melayu terakhir.. kalau saja..

"Kalau saja apa?"

Kalau saja biskut buatannya sedap.

"Apa kau kata?!"

Dan pakaian tu. Kalau pakai baju kurung baru la macam gadis Melayu terakhir.

Dan yang last sekali, Ying. Gadis chinese yang.. Um.. Suka cakap cepat? Aku tahulah kalau orang Cina ni percakapan dia laju, tapi dia ni.. Dah terlebih laju.

"Haiya, saya memang macam tu ma.. Hihihihi.."

Er.. Gelakan dia pun menakutkan. Macam hantu opera Cina pun ada.

"Aiyo! Apa yang kau merepek ni? Back to the topic la!"

Ok, ok. Um.. Nak back to the topic apanya? Dah habis pun aku describe pasal korang.

Hmm.. Takkan nak describe pasal Captain Kaizo? Nak potong ucapan dia waktu dia tengah berucap?

"....ditukar dari Realivianna ke Creepy Town, sebab sesiapa pun yang pergi ke sana...."

Ugh- Memang tak lah. Creepy Town or Creepy Kaizo? Korang pilih mana? Aku pilih yang kedua tu.

Um, bla.. bla.. bla.. dan bla... Bilalah percakapan ni nak habis?

"Korang ni tak pernah sekolah ke? Dah-dah! Gi packing barang korang lepastu naik ke rooftop!"

Aduh.. Apa kapten ni? Main tolak-tolak je.

Kapten tutup pintu dengan kuat, sampai aku yang mamai ni terus terbeliak biji mata.

Peliklah kapten ni. Asal nak kemas beg?

"Weh.. Korang tak terfikir ke?" Tanya aku. Diorang tengok aku macam aku ni hantu. Teruknya korang melamun..

"Fikir apa?" Kali ini aku pulak tersentak.

Aku menggelangkan kepala aku dengan pelan, "Buat apa kita nak kemas beg, padahal kat sana bukannya ada tempat penginapan atau hotel pun.."

*Krik-krik-krik*

Aku cakap dengan manusia (minus Fang) ke cakap dengan cengkerik?

End of Ice's P.O.V
____________________________________

Fang menjongketkan bahunya, "Kau ni Ice, bukannya kemas pakaian. Kapten suruh kita kemas barang-barang yang nak bawak ke sana la." Katanya, kemudian berjalan ke biliknya yang tersedia di bangunan itu.

"Hoy! Kau nak ke mana tu?" Tanya Gempa.

"Ke biliklah." Balas Fang tanpa mengalihkan kepalanya ke arah kawan-kawannya.

"Haih.. Dah lah. Korang pun pergi packing barang yang nak di bawa. Jom Gopal." Gempa menarik pergelangan tangan Gopal, menyeretnya untuk ke bilik mereka, "D-Dey! Aku boleh jalan sendiri lah Gempa!" Pastilah Gopal akan protes.

"Ok, jom Ying! Kita kemas barang-barang kita!" Yaya berkata dengan semangat, kemudian berjalan ke bilik yang ditempatinya bersama Ying.

"Jom!" Ying melangkahkan kakinya, bersejajar dengan Yaya.

Taufan tersenyum, "Aku pun nak packing barang jugak! Yuhuu~ Bilikku, syurgaku! I'm coming~" Taufan terus berlari menuju ke biliknya, diikuti Blaze, "E-Eh! Tunggulah aku, Fan!"

Halilintar melihat gelagat duo itu dengan pandangan datar, kemudian dia menghela nafas panjang, "Jomlah Ice." Dia melangkahkan kakinya menjauh dari Ice. Merasa ada yang pelik, dia menghentikan langkahnya, "Ice?" Panggilnya tanpa melihat sang adik kembar.

"Kau dengar tak a-" Percakapan Halilintar terhenti ketika berpaling melihat Ice. Rahang bawahnya sedikit jatuh.

"Kau.. tidur? Dalam keadaan berdiri macam ni?" Halilintar melongo.

"Grooh.. Greeh.."

"Hoy! Bangun!" Halilintar memetik jarinya di hadapan wajah Ice yang tertidur sambil berdiri. Entah sejak bila si penguin hibernasi ini berlayar.

"Eh? Hali? Hm.. Dah pagi ke? Hooam~" Tanyanya dengan suara mengantuk.

"Ah.. Ye, dah pagi. PAGI APA KEBENDANYA?! BANGUNLAH!" Halilintar terus menjerit tepat di telinga Ice, menyebabkan Ice terloncat kerana serangan mendadak(?) itu.

"Eish.. Nasib baik buku lima ni tak kena muka kau secara refleks tahu." Ice menunjukkan penumbuknya.

"Sudahlah. Aku nak kebilik. Kalau kau tak masuk sebelum aku, kau duduklah kat luar." Balas Halilintar, kemudian berjalan semula ke biliknya.

"Hoooamm~ Aku ngantuk~"

Mendengar rungutan sang adik membuatkan Halilintar memutar matanya. Takde perkataan lain ke nak keluar dari mulut dia, fikirnya.

Sejak mereka semua menjadi detektif pemula, mereka diajak oleh Captain Kaizo sendiri untuk tinggal di bangunan khas para detektif. Satu bilik memuatkan dua orang. Gempa bersama Gopal, Taufan bersama Blaze, Halilintar bersama Ice dan Yaya bersama Ying. Fang? Si gila bayang itu mestilah tinggal berseorangan. Dia hendakkan privacy, seperti nama aslinya, Private Pang.

____________________________________

Situasi di bilik Gempa & Gopal...

"Eh Gopal. Kau nampak note book aku tak?" Gempa menggaru pipinya. Sejak 10 minit yang lepas dia mencari buku notanya, tapi tidak dijumpai juga.

"Em, tak." Gopal menjawab sambil mengemas begnya.

"Aduh.. Hilang mana pulak? Pen-pen aku pun hilang. Hantu mana nak curi buku lusuh(?) dan pen yang dah tak berdakwat aku tu?" Kata Gempa lagi.

Mendengar ucapan Gempa, serta-merta Gopal menghentikan aktivitinya, "Pen-pen kau dah takde dakwat? Nah, ambil la balik." Gopal melempar beberapa batang pen ke arah Gempa.

"Hah?! Jadi kau lah hantu tu rupanya! GOPAL!!"
____________________________________

Situasi di bilik Taufan & Blaze...

"Bawak ni. Ni. Ha, ni pun. Hm.. nak bawak tak yang ni? Bawak je lah." Blaze melempar barang-barang yang hendak di bawanya ke dalam begnya.

"Weh, kita nak pergi buat penyiasatan, bukannya nak pergi melancong. Yang kau bawak bola, pelampung, joran semua tu apasal?" Tegur Taufan.

"Ala.. Saja je. Kata bandar tu kat pulau, mestilah ada pantai." Balas Blaze sambil tersengih-sengih.

"Adoyai kau ni!" Taufan menekup mukanya dengan sebelah tangannya, kemudian sebuah idea bermain-main dalam fikirannya. Mulutnya mengukir seringaian.

"Eh Blaze, kau tahu tak..?" Belum sempat dia menghabiskan kalimatnya, Blaze sudah memotong, "Manalah aku tahu dah kau tak bagitahu."

"Haih.. Janganlah potong line aku. Kau tahu, dulu aku pernah dengar, yang hantu-hantu kat pulau tu suka budak.. macam kau."

Blaze menjongketkan keningnya, "Hah? Suka budak macam aku?"

Taufan mengangguk, "Ha'ah. Diorang suka budak ceria macam kau."

"Heh? Kau pun ceria." Kata Blaze.

"Aku belum habis cakap lagi duh. Diorang suka budak ceria, bertopi terangkat, emosional, pendek kata, macam kau la." Taufan menudingkan jari telunjuknya ke arah Blaze, "Baik kau jangan bagi diorang tertarik dengan kau. Dan, jangan bawak barang banyak-banyak, sebab tu membuatkan kau susah nak lari."

Mendengar abang kembar berkata demikian, membuatkan Blaze menelan ludahnya, "O-Ok.."

Taufan tersenyum, "Alright then! Jom packing barang kita!"
____________________________________

Situasi di bilik Halilintar & Ice...

"Ice! Bangun! Cepatlah pack barang kau!" Halilintar menarik tangan Ice yang masih tertidur dengan nyenyak di atas katil single-nya.

"Egh.. Aku malas.. Tak nak pergi.." Gumam Ice, matanya masih terpejam rapat.

"Woy! Lekaslah! Aku tak nak tunggu kau lepas ni!" Ujar Halilintar, masih cuba menarik tangan Ice untuk bangun, "Kau satu apa pun tak kemas lagi!"

"Hng.. Kau pun.. Apa kurangnya..?" Balas Ice.

"Woy! Aku dah kemas lama dah. Kau tu yang lambat. Cepatlah! Boleh berjanggut aku tunggu kau tahu tak?!" Marah Halilintar.

"Grooh.. Greeh.."

'Aku menyerah.' Halilintar bercekak pinggang sambil menghela nafas pasrah. Kemudian dia mendapat sebuah idea yang diwahyu Tuhan kepadanya(?)

"ICE! KAPTEN DATANG!!" Jeritnya pada Ice.

Serta-merta kedua mata Ice terbuka luas, dia terus duduk di atas katilnya, "M-Mana?!"

"Pftt-"

Mendengar tawa yang ditahan, Ice terus berpaling, "Hali!"

"Apa Hali-Hali? Dah! Cepat kemas barang kau!"
____________________________________

Situasi di bilik Yaya & Ying...

"Kanta pembesar?"

"Ada!"

"Buku nota kecil?"

"Ada!"

"Pen?"

"Ada!"

"Kamera?"

"Ada!"

"Ok, kita dah siap!" Kata Yaya, kemudian ber-hi-five dengan Ying.

"Hihihi.. Ini misi pertama kita ma! Excited-nya!" Ucap Ying, lalu mendapat anggukan daripada Yaya.

"Ha'ah! Kau pasti semua barang kita dah sedia dan cukup?" Tanya Yaya, meminta kepastian.

"Kejap, aku check sekali lagi." Ying menyelongkar beg-nya dan Yaya. Mereka mengemas barang mereka di dalam satu beg yang agak besar.

"Ok, kita dah sedia!"
____________________________________

Situasi di bilik Fang...

Fang menggaru belakang kepalanya, "Hm.. Mana aku letak kamera aku hah?" Tanyanya pada diri sendiri.

Dia mencari sejak beberapa minit yang lepas. Dia sudah mencari di dalam almari, rak kasut, kabinet, bawah katil, dalam kotak, belakang televisyen. Tetapi dia masih tidak jumpa benda berbentuk kuboid itu.

Mata berwarna violet-kemerahannya kemudian tertuju pada almari, kemudian semakin naik sehinggalah dia ternampak benda yang dicarinya berada di bumbung(?) almari.

"Aduh.. Teruknya aku.."
____________________________________

Beberapa minit kemudian...

Kesemua detektif muda itu sudah bersedia dengan barang mereka. Kini mereka berada di rooftop.

"Semoga korang berjaya selesaikan misi ini." Captain Kaizo menghulurkan tangannya pada Gempa, yang membalas huluran itu.

"Terima kasih, Capt." Kata Gempa.

Mereka mentabik Captain Kaizo, kemudian berjalan ke arah helikopter yang turut berada di sana. Di dalamnya sudah ada Lahap, Leftenan yang juga merangkap sebagai assistant Captain Kaizo.

"Bye! Kapten!" Taufan melambaikan tangannya pada kaptennya, tidak lupa, cengiran khasnya.

"Jaga diri ya Capt!" Blaze juga turut melambai pada Captain Kaizo.

"Lepas kami balik, masak kari ya Capt!" Kata Gopal.

Kemudian helikopter yang dinaiki mereka terbang menjauh daripada Captain Kaizo yang masih berdiri di tempatnya, "Aku bukannya emak korang." Gumamnya.
____________________________________

Seperti yang dikatakan Captain Kaizo, pulau tersebut terletak lebih kurang 350km dari tempat mereka. Mungkin perjalanan mengambil masa selama beberapa jam.

Dalam helikopter, kesembilan detektif itu membuat kerja masing-masing. Gempa dan Fang melihat gambar-gambar dan membaca dokumen yang diberikan Captain Kaizo kepada mereka. Ice, Taufan, Blaze dan Gopal sudah berlayar entah ke mana. Halilintar, Yaya dan Ying pula menyempatkan diri mereka dengan membaca buku dan novel.

Sehinggalah helikopter yang dinaiki mereka tiba di destinasi yang dituju. Mereka semua turun dari helikopter yang dikawal oleh Leftenan Lahap, dan melihat helikopter tersebut terbang hilang di sebalik kabus-kabus tebal di pulau itu.

Kemudian mereka memandang sekeliling, melihat bandar yang ber-rumor-kan berhantu itu.

"Jadi, inilah Creepy Town.."


____________________________________

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

____________________________________

Hey guys~ Macam mana dengan chap ni? Memuaskan? Or not? Hm.. -,-

Ok, see ya in the next chappy~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro