6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak nak apa lagi, Noah? Saya ni busy tahu tak? Dah nak final. Lepastu dah nak start intern. Kalau pointer saya sem ni bawah 3.00, saya kena repeat awak tahu tak?!" Naira mengamuk sebaik sahaja dia tiba di atas rooftop Fakulti Hospitaliti itu.

Geram Naira dibuatnya. Ada ke patut Noah ugut dia cakap nak terjun dari atas bangunan ini? Lepastu Noah kata, kalau jadi apa-apa dekat dia pihak polis akan tuduh Naira sebagai suspek sebab dia adalah orang terakhir yang Noah hubungi.

Mana tak angin Naira dibuatnya?!

"Lambat lah you. I dah habis makan maggi dah tunggu you sampai." Noah tayang bekas maggi hot cup perisa asam laksa miliknya yang sudah kosong itu.

Apa? Jangan ingat IC Berlin tak pandai makan mi segera Malaysia ya. Maggi ini cinta pertama Noah kot sejak dia jejakkan kaki di Malaysia masa umur 16 tahun dulu.

Muka Naira semakin masam mencuka. Giginya diketap, menahan geram.

"Eh jantan! Aku tahu lah kau ni anak orang kaya, cucu Tok Syed yang terkenal satu Malaysia tu tapi KAU INGAT KAU SIAPA HA BOLEH SUKA SUKA JE BUANG MASA AKU YANG BERHARGA NI?!" Nyaris sahaja buku nota subjek Inkeepers Law itu hendak dilempar ke arah Noah. Mujur lelaki itu cepat-cepat mengelak, takut kalau-kalau Naira betul-betul lepas kendali dan buku nota setebal 457 muka surat itu melayang kepadanya.

"Ya Allah kau ni betul ke perempuan nyah? Garang namampos. Kalau macamni gayanya memang takde lelaki yang nak buat kau jadi isteri punya." Cemuh Noah. Cawan maggi yang sudah kosong itu segera dibuang ke dalam tong sampah.

"Peduli pulak aku? Memang aku tak nak kahwin pun!" Balas Naira garang.

"Ish ish. Tak baiklah. Kahwin tu kan sunnah Nabi. Kau tak nak pahala ke?" Tanya Noah lagi.

"Banyak lagi sunnah Nabi yang lain yang boleh buat!!!" Naira mendengus. Dia rasa macam kesabaran dia makin nipis nak menghadap seorang Syed Noah Aaric ini.

"Kau nak apa?! Kalau tak ada benda penting, aku nak balik."

"Kau kenal dengan Orked? Orked Athea?" Soalan tiba-tiba dari Noah buatkan dahi Naira berkerut.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal Orked?"



##########

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro