7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa tiba-tiba je ajak jumpa? Bukan kau dah tak nak kawan dengan aku ke?" Orked terus tanya soalan direct kepada Naira sebaik sahaja dia muncul di restoran makanan segera tempat Naira ajak berjumpa itu.

Naira yang sudah 10 minit menunggu ketibaan Orked di kafe Sejiwa itu buat muka menyampah.

Oh ya, Orked dengan Naira pernah berkawan.

Nampak kata kuncinya?

Pernah.

P‐E-R-N-A-H.

Dulu, Orked dan Naira memang bersahabat baik. Kebetulan tarikh mereka daftar masuk asrama kolej sama. Nak dijadikan ceritanya lagi, mereka jadi teman sebilik. Persahabatan mereka berjalan selama dua tahun setengah tanpa sebarang drama ataupun pertengkaran seperti tipikal kawan-kawan yang lain.

Tapi itulah, dalam dunia ni kan tiada apa yang kekal selamanya. Samalah dengan persahabatan mereka berdua.

Satu hari, entah bermula dari siapa dan di mana, hubungan keduanya semakin renggang. Semakin dingin, dan pada akhirnya mereka berdua bertengkar hebat.

Orked ambil keputusan untuk pindah universiti selepas apa yang terjadi di antara dia dan Naira. Dan sejak hari itu, mereka berdua tidak lagi pernah bersua muka.

Bahkan keduanya saling block semua akaun media sosial masing-masing.

Tapi disebabkan seorang Noah Aaric, Naira terpaksa rendahkan egonya untuk menghubungi Orked kembali.

Gigih jugalah dia buat fake akaun instagram untuk DM Orked sebab yelah, Orked bukan block akaun pertama dia sahaja. Semua akaun baharu Naira dia auto block. IG kan ada setting baru.

Berbalik kepada meja mereka berdua di kafe Sejiwa pada petang itu,

"Aku ada hal penting nak cakap dengan kau." Balas Naira acuh tak acuh.

Orked buang muka. Sejujurnya dia rindukan Naira. Sudah hampir dua tahun mereka tidak berjumpa, tipulah kalau Orked cakap dia tak rindukan bekas kawan baiknya ini.

Tapi ego mereka sama-sama lebih tinggi dari Gunung Everest.

"Ha ye apa yang penting sangat tu? Kau dah on the way nak kembali ke rahmatullah ke?" Soal Orked dengan muka tiada perasaan.

Naira mendengus. Sikit pun dia tak terasa dengan ayat Orked itu sebab memang mereka selalu bergurau kasar pun sepanjang mereka menjadi kawan, dulu.

"Pasal kau dengan cucu Tok Syed." Balas Naira, laju.

Dahi Orked berkerut. Seingat dia, dia tak ada kawan dengan cucu Tok Syed.

Entah siapa Tok Syed yang Naira maksudkan pun bukannya Orked kenal.

Lainlah kalau Naira tanya dia siapa rapper dalam SEVENTEEN, siapa leader dalam NCT, siapa main dancer dalam EXO. Itu boleh lah Orked jawab.

"Cucu Tok Syed siapa?" Tanya Orked dengan dahi yang masih berkerut.

"Eh?" Naira speechless.

Mulanya Naira fikir Orked saja buat-buat blur, tapi bila dia tengok muka Orked yang berkerut-kerut itu buatkan Naira yakin yang bekas kawan baiknya ini memang tidak tahu menahu tentang apa yang hendak disampaikannya.

"Kau kenal Luth Asyfar kan?" Tanya Naira lagi.

Orked mengangguk, mengiyakan sebelum dia memandang Naira dengan curiga.

"Mana kau kenal Abang Luth?" Soal Orked pula.

Dalam kepala Orked sudah banyak andaian yang dia buat sendiri. Fikirnya, Naira dan Luth sudah berpakat hendak mengenakan dia.

Atau mungkin, Naira ini bekas kekasih Luth yang tak move on lagi lepas putus dan dia ajak jumpa harini sebab nak bagi amaran supaya Orked jauhkan diri daripada Luth?

Ataupun---

"Syed Luth Asyfar, cucu lelaki Dato' Syed Sulaiman, business man ketiga terkaya dalam Malaysia ni." Balas Naira.

"Hah???" Orked semakin bertambah blur.

Menda do? Tetiba masuk pasal Tok Syed? Tetiba masuk pasal konglomerat? Bangsawan? Darah biru?

INI APA MISKAAAAAAA.

"Aku tak tahu apa je yang Luth dah janjikan pada kau tapi aku cuma nak nasihatkan kau, jangan terpedaya. Dia mungkin baik dengan kau, atau mungkin ada try mengorat kau ke apa tapi itu semua palsu. Sebagai bekas kawan baik kau, aku tak nak tengok kau merana, Orked." Jelas Naira dengan panjang lebar.

"Kau cakap pasal apa ni? Aku tak faham do sumpah." Orked mengeluh.

Naira menghela nafas berat. Nampaknya betullah tekaannya yang Orked ini memang tidak tahu apa-apa tentang rancangan cucu-cucu Tok Syed itu.

"Atuk diorang tu buat wasiat, cucu lelaki pertama yang berjaya kahwin sebelum masuk tahun baru akan dapat separuh harta Keluarga Syed tu. Aku kenal Noah, sepupu Luth. Dia sendiri yang bagitahu aku pasal wasiat tu, pasal rancangan gila ajak aku kahwin kontrak 5 bulan semata-mata nak menangkan wasiat tu. Sebab tu aku bagitahu kau pasal benda ni. Noah cakap kau tengah rapat dengan Luth. Aku takut kalau-kalau Luth tu cuba ambil kesempatan pada kau, sama macam sepupu gila dia tu."

Hening. Naira diam untuk mengambil nafas sementara Orked masih memproses kata-kata bekas kawan baiknya itu.

Tiba-tiba Orked tersentak.

"Patutlah...." Nada suara Orked mendatar.

Kini kotak fikiran Orked mula memutarkan imbas kembali segala kejadian dia dan Luth bermula dari terserempak di supermarket semasa Orked dan ibunya sedang membeli bahan dapur.

Kemudian kebetulan lain yang ternyata Abang Long klien Luth untuk mengambil gambar majlis kahwinnya nanti.

Dan banyak lagi kebetulan-kebetulan lain yang Orked mula mempersoalkan sama ada ianya betul-betul kebetulan ataupun memang rancangan Luth semuanya.

---
Dia gitulah hshshshshshh

Luth tak jahat genk rilek rilek

SAYA RINDU WEN JUNHUI HUHUHUHUHUHUHU

//tiada gambar taeyong kerana maaf saye sudah berhenti hard core dengan nct shhshshshshshs//

Btw JANGAN LUPA TENGOK MV AINOCHIKARA GENKKKK!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro