8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Teya awak lambat lagi ke nak siap tu? Mama dah dekat sepuluh minit tunggu awak dekat bawah ni, Adikkkkk!" Puan Rohana mula hilang sabar menunggu anak bongsunya bersiap.

Cadangnya mereka hendak ke LOTUS untuk beli barang dapur. Tapi si Orked boleh pula lama-lama nak bersiapnya. Entah apalah yang dibuat oleh anaknya itu di dalam bilik.

"Iya Mamaaaa, Adik dah on the way ni." Suara Orked kedengaran sebelum tuan badan muncul di anak tangga yang terakhir. Tersengih-sengih Orked apabila melihat ibunya yang sudah bercekak pinggang di depan pintu rumah itu.

"Tu busy melayan lelaki-lelaki cina dalam laptop dia lah tu." Perli Puan Rohana, pedas.

"Mana ada! Harini turn Adik layan suami korea adik lah, Mamaaaaa." Balas Orked, laju.

"Banyaklah korea korea! Esok-esok pun awak kahwin dengan lelaki Melayu jugak." Bebel Puan Rohana lagi.

Orked muncung bibir. Mama ni, mula lah tu.

Mentang-mentang lah dah nak dapat menantu lagi dua bulan, bukan main lagi Puan Rohana selalu mention pasal jodoh dengan anak-anak perempuannya.

Kak Ngah si Orked boleh lagi la buat pekak sebab member tu memang dah ada calon dah pun. Tunggu masa je si lelaki nak masuk meminang sebab kata Kak Ngah, dia nak biar majlis Abang Long mereka lepas dahulu baru fikir tentang majlisnya sendiri nanti.

Orked? Mampu sendu jela dia memandangkan dia dah lama single sejak lahir. Bukannya dia reti pun nak dekat dengan lelaki. Jangan cakapkan kawan lelaki, Orked kawan pun tiada. Hidup dia kalau tak penuh dengan jantan KPOP, ya dengan kucing.

"Adik muda lagi tau, Mama. Apeni kahwin kahwin ni euww not my style." Orked buat muka menyampah.

Tapi tak lama sebelum gadis itu tiba-tiba menjerit disebabkan cubitan si Ibu mendarat di pinggangnya.

"Sakitlah, Ma!" Bibir Orked memuncung, tanda protes.

Puan Rohana buat-buat tak dengar. Laju saja dia sarungkan selipar sebelum keluar menapak ke keretanya. Tunggu Orked lama sangat, boleh pitam dia dibuatnya.


****


"Adik tunggu dekat sini kejap, Mama terlupa nak ambik Sunlight tadi." Ucap Puan Rohana apabila mereka sudah tiba di kaunter pembayaran.

"Alah tak payah la ambik Sunlight tu Ma. Nanti kita singgah beli dekat speedmart je. Orang kat depan punya barang tak banyak tu Maaa." Orked merengek namun tidak diendahkan oleh Puan Rohana.

Laju saja wanita paruh baya itu melangkah pergi meninggalkan anak bongsunya sendirian di dalam barisan kaunter pembayaran itu.

"Mama ni memang tau! Ni kalau dah habis scan macam mana?! Aku dahlah tak bawak dompet ni, ishhh!" Orked menggerutu. Dia mula gelabah apabila tersisa seorang pelanggan di hadapannya sekarang.

"Aduhhh mana Makcik Rohana ni dia pergi ambik Sunlight ke dia pergi buat sabun tu?!" Lagi, Orked membebel sendirian. Tubuhnya mula menggigil apabila sudah tiba gilirannya untuk membayar barangan yang dibeli.

"Mama cepatlah sikit Adik takut ni." Gumam Orked dalam hati. Sengaja dia letak barang-barang atas kaunter dengan slowmotion. Pedulilah kena jeling dengan akak cashier ke apa.

"Total semua RM347.80. Bayar cash atau credit card?" Tanya akak cashier dengan muka kerek itu.

Orked sudah mula gelabah. Dia tak sangka pulak akak cashier ni laju gila buat kerja. Scan scan tahu tahu je dah suruh bayar.

"Err-- Saya tengah tunggu---"

"Kak, kira ni sekali. Saya bayar dengan barang-barang dia." Tahu-tahu je ada satu tin ice lemon tea dengan satu bungkus biskut tiger muncul atas kaunter, sekali dengan kad kredit entah milik siapa.

Laju saja Orked menoleh ke sebelah untuk melihat gerangan hero penyelamatnya hari itu.

"Eh? Abang Luth?" Senyuman Orked mati. Dia yang awalnya nak berterima kasih dengan si penyelamat, terus tak jadi lepas nampak muka Luth.

"Hai, Orked. Lama tak jumpa. Ni kira rezeki ke dapat jumpa awak lepas seminggu awak mengelak dari saya?" Sapa Luth kembali.

Ah sudah. Orked rasa macam nak lari balik rumah jalan kaki sahaja kalau tidak mengenangkan barang-barang dapur yang baru dibayar oleh Luth ini.

Sedangkan akak cashier itu pula,

"Encik, Cik, kalau nak sambung drama tu boleh sambung dekat luar kot. Ramai lagi orang tengah beratur dekat belakang tu."

Cisss. Kacau daun betul!


-----
6:46 PM, 2 January 2021

Selamat tahun baru gaes. Ini mungkin update pertama dan terakhir tahun ni sebab esok aku dah start praktikal dekat hotel. Dan aku tak tahu aku ada masa nak bukak wattpad lagi ke tak dalam tempoh 4 bulan ni hiksss papepun stay safe semoranggg. Semoga sihat selalu dan jangan lupa untuk bahagia!!

Sekian daripada saya, Luth, Noah & Asytar dalam universe OP NIKAH hiksss

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro