19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     “TAK sangka kau sanggup muncul lagi sekali ya? Ingatkan dah berambus daripada sini. Kenapa kau muncul balik? Nak tuntut benda lama? Hmm?" soal Ziat, menyindir. Dia buat-buat ketawa. Cecair darah yang mengalir dibibirnya dikesat menggunakan belakang tangan. Dia menggeleng kepala. Tiga tahun benda ni dah berlalu. Wajah lelaki itu pun dah aku lupa. Bila dia mengaku baru aku teringat. Patutlah lain macam sahaja aku tengok mamat ni daripada mula dia jumpa Hana. Ada bawa hajat rupanya.

"Hana... Hana... kau sanggup duduk dengan mamat ni daripada aku? Sesyaitan aku sekalipun, mamat sebelah kau tu lagi syaitan! Ingat Hana, kita kawin pun sebab kau sendiri yang nak jauhkan diri daripada dia. Bukan aku yang paksa. Lagipun, kau dah lupakan siapa si Rayden ni? Tentulah kau lupa. Siapa yang nak ingat kenangan paling pahit dalam hidup dia? Tak ke macam itu Encik Rayden?"

Rayden mengetap bibir. Kedua-dua belah tangannya dikepal membentuk buku lima. Terasa seperti nafsu amarahnya sedang digoda oleh syaitan. Dia masih cuba untuk kawal.

"Buat apa kau bazirkan masa jaga Hana ni? Dia sendiri yang buang kau daripada hidup dia. Dia juga yang minta cerai dengan kau. Takkan kau masih lagi rasa simpati pada dia? Atau... kau masih sayang dia? Nak sayang pun dah terlambat. Si Hana ni dah jadi bekas ramai lelaki, bukan aku seorang saja. Sejak aku berkahwin dengan dia, satu hari pun dia tak terlepas layan pelanggan aku. Kadang-kadang sehari tu juga dia tak balik rumah. Sebab apa? Sebab dia sibuk layan jantan."

"Cukup!" bentak Rayden. Dia tidak tahan lagi. Emosinya terganggu sekarang. Dia memejam mata dalam beberapa saat. Hembusan nafas kecil dihelanya perlahan. Dia kembali membuka mata. Hana disebelah dipandang dengan pandangan sinis.

"Dah puas kau bercerita? Kalau dah habis, aku minta diri dulu. Balik, Hana!" arah Rayden, tegas. Tangan Hana ditariknya kasar, memaksa wanita itu untuk membuntuti langkahnya ke arah kereta. Hana pula terkulat-kulat. Dia bingung dengan apa yang jadi. Sekilas dia menoleh ke belakang memandang Ziat yang masih lagi tercegat di hadapan surau.

Senyuman sinis diukir Ziat. Dia menyelut kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar. "Siapa suami kau sekarang ni Hana?!" jerit Ziat. Kuat dan jelas. Orang awam yang berada di situ semuanya beralih tumpuan pada mereka.

Hana memaksa kakinya untuk berhenti. Spontan langkah Rayden juga turut terhenti di situ. Hana menoleh ke belakang memandang Ziat. Selepas itu Rayden pula dipandangnya. Ziat suami aku yang sah, tapi Rayden pula pelanggan aku. Kalau aku pergi pada Ziat, macam mana dengan hutang aku pada lelaki ini?

"Ikut aku balik Hana!" arah Rayden.

"Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" celah Ziat.

Hana semakin bingung. Mana satu aku perlu ikut ni?

"Dia bukan penentu syurga dan neraka kau. Kau tak perlu ikut cakap dia. Ikut aku balik sekarang!"

"Memang bukan aku penentu syurga dan neraka dia. Tapi syurga dia bawah telapak kaki aku. Sekali dia ingkar arahan, neraka jahanam tempat kau perempuan. Kau pilih, kau sanggup duduk dengan orang yang dah berpaling pada islam atau yang masih pegang pada agama islam?"

"Kalau ada agama pun, tak guna juga kalau kau munafik pada agama sendiri! Jangan guna nama Islam, kalau kau sendiri berkelakuan kafir! Jangan perbodohkan perempuan macam Hana, hanya kerana nafsu kau sendiri! Kalau aku tahu nasib Hana macam ni, aku takkan lepaskan dia ke tangan kau. Kau lelaki yang dah musnahkan rumahtangga aku tiga tahun yang lepas. Disebabkan kau, aku hilang semuanya dan aku takkan hilang dia buat kali kedua."

"Aku puncanya? Hei, jantan bodoh... perempuan tu yang minta cerai dengan kau bukan aku. Dia yang nak kawin dengan aku. Jadi kau salahkan perempuan tu! Kalau dia setia pada kau, dia takkan merayu pada aku untuk kawin. Kan sayang?"

Hana mengerut kening. Fikirannya terasa seperti hendak pecah sekarang. Aku pening. Siapa Rayden? Kenapa mereka bertikam lidah tentang soal perkahwinan? Kenapa? Apa yang aku dah buat tiga tahun lepas?

"Fine..." desis Rayden perlahan. Dia mengancing gigi. Pistol yang berada dibelakang seluar dikeluarkan lalu dihalakan tepat pada Ziat. Membuntang mata Hana melihatnya.

"Rayden!"

BENG!

Tak sempat Hana ingin menghalang, sedas tembakan sudah dilepaskan. Ziat tersentak. Pantas dia melompat ke tepi. Sempat dia mengelak daripada terkena tusukan peluru ke dada. Orang awam yang berada ditempat kejadian mula bercelaru lari. Ada yang memeluk anak-anak kecil mereka daripada menjadi sasaran tembakan Rayden. Rayden menarik senyuman sinis. Dia kembali menyimpan pistol itu ke belakang seluar.

Pintu penumpang dibahagian hadapan dibuka. "Masuk!" arah Rayden, tegas. Hana terkulat-kulat memandang kawasan sekelilingnya. Pucat wajahnya memandang Rayden dengan pandangan curiga. Tubuhnya sudah menggigil ketakutan. Dentuman tembakan tadi masih terngiang-ngiang difikirannya. Dia menoleh ke belakang memandang Ziat yang masih terbaring di atas tanah. Jiwa Hana semakin tidak tenteram.

"Hei, kau pekak ke? Aku kata masuk!" bentak Rayden diakhir ayatnya. Hana tersentak. Dia mengangguk laju. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Hal tentang Ziat dilupakan segera. Mood Rayden pun sudah bertukar kepada singa jantan sekarang. Kalau dia masih fikirkan tentang Ziat, mungkin peluru pistol itu akan menyinggah ke tubuhnya pula.

"Jangan report benda ni dekat polis. Elok mamat tu mampus lagi bagus. Faham?!" jerkah Rayden berbaur amaran. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu hanya mengangguk kepala. Tiada siapa yang berani menggeleng sekarang. Rayden tersenyum sinis. Dah agak. Sebutir peluru sahaja dah cukup untuk takutkan seseorang. Tak perlu aku habiskan air liur bertekak dengan mamat perasan alim tu!

Rayden terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan semula. Lantas kereta itu dipandu pergi daripada stesen patronas. Ziat merengus geram setelah sahaja kelibat kereta tadi menghilang daripada  anak mata kasarnya.

"Kurang ajar punya jantan! Kau ingat kau boleh bawa Hana lari daripada aku? Kau tunggu... "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro