20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        AIREN tidak senang duduk. Dia bangun pula dan berjalan ke hulur ke hilir. Perasaan hatinya makin tak tenteram. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena terjadi diluar sana. Sesekali dia menjenguk ke luar tingkap rumah. Kereta milik Rayden masih belum muncul di halaman rumah. Airen menggigit bibir. Kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang.

"Takkan buat maksiat lama macam ni? Aduh... risau pula aku." desis Airen, perlahan. Keningnya yang tidak gatal digaru sebentar. Kalau pengawal Uncle Chong datang ke rumah tanya fasal Rayden, mampus aku tak tahu nak jawab apa? Kalau tanya tentang Rayden sahaja mungkin aku boleh jawab lagi. Buatnya dia tanya dengan siapa Rayden keluar tak ke hilang suara aku nanti?

"Alaa... abang aku ni pun satu hal. Dah keluar tu baliklah awal-awal! Ini nak dekat pukul 11, pun tak muncul-muncul lagi. Kalau tak balik awal sekalipun, bagitahulah pergi mana? Boleh aku cari. Haishhh... " bebel Airen, tidak puas hati. Dia merengus geram. Tengoklah, engkau balik nanti aku soal selidik kau puas-puas!

Tak sampai beberapa minit, bunyi pintu dihentak kuat menyentakkan Airen. Dia terus berpaling ke belakang. Kaki diatur lalu menuju ke arah pintu utama. Figura Rayden akhirnya terpacul di hadapan matanya. Airen mengeluh kecil. Ingatkan siapalah yang hentak pintu kereta kuat-kuat tadi.

"Abang, abang pergi mana? Tak boleh ke kalau sehari jangan buat Airen risau? Kak Hana mana? Abang dah hantar dia balik pada suami? Kalau belum, Airen nak hantar. Kita tak boleh biar dia duduk dekat sini. Bahaya!" ujar Airen.

Rayden tidak menjawab. Sebaliknya anak mata tajam itu menikam Airen. Airen terkedu sejenak. Tiba-tiba bulu romanya mencanak naik saat Rayden memandangnya seperti singa yang sedang lapar. Air liur dipaksa telan. Lain macam Rayden malam ni...

Rayden menjeling. Kasut kulit hitam itu ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Bahu Airen dilanggarnya kasar sehingga wanita itu tersandar ke dedaun pintu. Airen mengerut kening, pelik. Dia memberanikan diri menoleh ke belakang.

GEDEGANG!

Pintu bilik dihempas kuat. Terhinjut bahu Airen akibat terkejut. Dia kembali berpaling ke hadapan semula. Hana yang baru sahaja keluar daripada perut kereta menjadi sasarannya untuk bertanya. Dia lantas mengatur langkah ke arah wanita itu.

"Kenapa dengan Rayden? Ada lelaki tua cina terserempak dengan dia ke?" soal Airen, curiga. Manalah tahu dia jadi macam itu disebabkan Uncle Chong.

Malah Hana menggeleng.

"Dia jumpa suami saya, Ziat." ujar Hana, berterus-terang. Airen tergamam. Matanya membulat terkejut. Patutlah muka dia macam singa yang sedang lapar! Nasib baik aku tak tanya dia lebih-lebih tadi, kalau tidak tak fasal-fasal aku tidur luar malam ni. Perasaan gelisah kembali menyapa lubuk hatinya. Dia tidak boleh duduk diam. Jari-jemari halus menggosok dagu, memikirkan sesuatu.

"Airen... "

Airen berhenti berjalan. Dia mendongak memandang Hana. Kedua belah keningnya dijongketkan ke atas.

"Awak kenal saya?" soal Hana sekadar ingin tahu. Airen terdiam. Matanya tak berkedip dalam beberapa saat.

"Ke... Kenapa akak tanya soalan macam itu?" soalan dibalas soalan.

"Sebab tadi... Rayden ada cakap fasal bekas isteri. Maaf, saya tak ada niat nak kusutkan kepala awak malam ni. Cuma... saya bingung dengan apa yang jadi sekarang." ujar Hana. Dia menunduk kepala ke bawah. Jari-jemarinya pula saling mencubit antara satu sama lain. Airen mengeluh kecil. Sebelah tangannya naik memicit kepala.

Dah agak!

"Akak tak ingat satu benda pun tentang abang?" soal Airen lagi. Hana menggeleng kepala. Dia memang tak ingat satu benda pun tentang Rayden. Apatah lagi kenal?

"Sikit pun?"

Hana mengangguk.

Airen mengeluh kecil. Dia kembali menurunkan tangannya ke bawah. Kawasan sekeliling rumah itu diperhatikan terlebih dahulu. Tiada orang. Lantas lengan Hana ditariknya menuju ke arah kerusi kayu yang berada tidak jauh daripada situ. Mereka melabuh punggung disitu. Suasana sepi ini memang sesuai untuk dia bercerita. Tiada siapa yang bakal menganggu.

"Rayden Lee Hwan, itu nama sebenar abang." ujar Airen.

Hana mengerut kening tidak faham. "Maksud?"

"Dia dulu bukan islam tapi... sejak dia kenal akak tiga tahun lepas dia bertekad untuk peluk agama islam. Bagi dia agama Islam adalah agama yang sempurna. Disebabkan dia dah jatuh cinta dengan akak dan dengan agama akak, dia lamar akak untuk kawin dengan dia dan akak terima benda tu. But not your parents... "

"Perkahwinan akak dan dia tak direstui oleh keluarga akak termasuk dengan keluarga kita orang. Tapi abang tak kisah tentang semua tu. Bagi dia... kebahagian dia dengan akak yang lebih penting. Dia tak pernah ambil kisah tentang cacian daripada keluarga akak mahupun Uncle Chong. Punca semangat kuat dia mempertahankan rumahtangga dia adalah akak tapi... semua tu musnah bila akak yang runtuhkan sendiri rumahtangga tu. Akak yang buat dia benci pada diri dia sendiri. Akak tinggalkan dia, waktu dia perlukan akak. Airen pun tak tahu apa sebenarnya yang dah jadi pada waktu tu. Bila Airen balik dari Hong Kong, dia bagitahu Airen... akak yang minta dia untuk ceraikan akak sebab akak cintakan Ziat dan lebih beragama daripada dia. Abang pula apalah yang dia ada sangat? Baca iqra pun masih tergagap-gagap macam budak darjah satu. Hati dia punah hancur waktu tu. Sejak semua tu jadi, Uncle Chong dah mula anggap buruk pada keluarga akak. Dia dah tak benarkan Rayden untuk kembali pada akak. Bagi Uncle... akak cuma pergunakan dia selama ni." ujar Airen, bercerita tentang apa yang berlaku pada tiga tahun yang lalu. Sebak mula menerpa dada. Perit apabila kembali teringat tentang kisah pahit itu namun Airen cuba juga untuk kuat.

"Pada mulanya niat dia nak bunuh sahaja akak sebab akak dah musnah kepercayaan dia tapi disebabkan perasaan sayang dan cinta bukan senang untuk dibuang, dia gagal. Dia tak mampu untuk nafikan perasaan dia. Kalau dia bunuh akak, maksudnya dia dah bunuh perasaan cinta dalam hati dia. Sebab itu, dia lari menetap di sini dengan Airen. Tapi dendam dia pada akak masih belum selesai. Sebab itu Airen takut bila dia bawa akak ke sini. Airen risau, kalau dia nak puaskan kembali perasaan sakit dia yang akak pernah beri dahulu. Dan disebabkan kisah pahit itu juga, dia halang Shark untuk berkahwin dengan Suraya. Dia sanggup buat apa saja asalkan Suraya tak bersama dengan shark, sebab dia anggap suraya cuma perlukan Shark waktu susah. Tapi dia silap. Dia tak boleh kaitkan kisah cinta dia dengan orang lain. Cinta Shark dan Suraya lebih teguh daripada cinta akak pada dia. Bermula daripada semua tu... Akak dah buat dia celaru pada Tuhan. Dia bingung dengan ketentuan Qada dan Qadar. Dia dendam pada takdir dia sendiri dan akhirnya... dia keluar daripada agama Islam."

Hana terdiam. Jatuh menitis air matanya saat mendengar cerita itu. Ya Allah, aku tak sedar selama ini diri aku pernah membuatkan seseorang itu jauh daripada agama Islam. Mungkin apa yang jadi sekarang adalah balasan untuk aku. Macam mana aku boleh lupa orang yang paling penting dalam hidup aku?

"Maafkan saya... sebab jadi punca abang awak jadi macam ni. Sumpah demi Allah, saya tak ingat satu benda pun. Kalau awak nak saya kembalikan Rayden yang dahulu mungkin saya boleh cuba."

"Dah terlambat, kak. Dia dah tak percaya pada siapa-siapa lagi. Ada baiknya kalau akak pergi daripada hidup dia dan kembali pada suami akak. Airen tak nak dia terluka lagi. Airen juga tak nak dia apa-apakan, akak. Cukuplah, benda ni dah lama lepas. Akak pun dah ada suami, jadi akak fikir tentang suami akak sahaja. Fasal Rayden, akak abaikan. Airen ada untuk jaga dia."








                               PINTU bilik dikuak perlahan. Jujur, dia menggigil sekarang. Rasa seperti hendak patah balik ke bilik, namun ada sesuatu yang menghalang. Dia harus berjumpa Rayden sekarang. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar dengan perlahan. Perasaan tenang cuba untuk diseru ke dalam hatinya. Jumpa dan minta maaf, cukup!

Hana mengangguk. Dia menolak pintu itu dengan lebih luas. Setapak dia melangkah masuk ke dalam bilik. Figura Rayden yang sedang duduk di atas katil menjadi sasarannya. Dia menelan air liur.

"Awak... sa... saya... saya nak minta maaf. Saya... tak ingat satu benda pun fasal awak. Tapi saya rasa saya patut minta maaf. Disebabkan saya... awak lupa tentang agama." rayu Hana, terketar-ketar.

Cis!

Rayden berdecik kecil. Dia menggeleng kepala. Senyuman sinis ditarik lebar. Sekeping polaroid yang berada di atas katil dicapainya, lalu dia bangun menghampiri Hana. Riak wajah Hana sudah bertukar pucat ketakutan. Namun, dia tetap memberanikan diri menatap wajah lelaki itu. Dia takkan lari lagi kali ini.

Rayden berhenti di hadapan Hana. Polaroid kecil gambar perkahwinan Hana dan Rayden sewaktu di atas pelamin ditunjukkan ke arah Hana lalu dikoyakkan. Anak mata Hana membuntang terkejut.

Polaroid yang telah dikoyakkan kepada lima dikeroyok membentuk bola lalu dibaling tepat mengena dahi Hana. Hana mengaduh sakit.

"Maaf kau dah lama mati dalam hidup aku. Tak sangka... kau bahagia sampai lupakan aku. Kenapa? Sebab jantan tu lagi beragama daripada aku? Lagi kaya daripada aku? Oh lupa... aku kan syaitan dulu. Mana boleh kau terima suami yang bawah telapak kakinya ada neraka, kan?"

"Astaghfirullah hal azim...  awak. Saya betul-betul tak ingat apa yang jadi. Kalau saya ingat awak, dah lama saya cari awak untuk minta maaf..."

"Untuk apa kau minta maaf? Buat apa kau nak ingat fasal aku sedangkan kau yang minta cerai dengan aku?! Kau ingat senang-senang itu sahaja aku nak lupa huh? Aku belajar agama untuk bimbing kau, tapi kau sendiri buang aku. Kau memang isteri yang tak pandi hargai jasa suami. Memang patut pun Ziat jual kau. Taraf kau memang sama macam perempuan murahan tapi aku tak rasa benda tu cukup. Ada sebab aku bawa kau ke sini. Sebabnya... aku nak kau lagi terseksa dengan aku dan rasa apa yang aku rasa!" bentak Rayden.

"Saya tak kisah. Awak buatlah apa yang awak nak buat dekat saya. Saya sanggup tunaikan apa yang awak nak sebagai tanda saya minta maaf. Tolonglah Rayden... " rayu Hana. Lengan lelaki itu disentuhnya, namun sudah ditepis kasar. Hana tersentak. Anak mata tajam dicerlung ke arah Hana. Dia mengatur langkah setapak demi setapak mendekati Hana. Hana sudah mula gugup. Dia mengundur ke belakang dan akhirnya terhenti apabila tubuhnya sudah tersandar di dinding. Rayden tersenyum sinis.

"Aku nak kau minta cerai dengan mamat tu dan kawin dengan aku semula."

"Saya tak boleh nak buat macam tu..."

"Do i care about that? Macam mana kau minta cerai dengan aku, macam itu juga aku nak kau minta cerai dengan dia. Ini sahaja peluang kau, kalau kau nak aku kembali pada agama yang sepatutnya. Pilihan dekat tangan kau."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro