21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                    ZIAT mengerang sakit apabila kapas basah itu dilekapkan pada bibirnya yang pecah. Puan Bariah menggeleng kepala. Dia kembali menarik kapas basah itu lalu dibuang ke dalam tong sampah. Puan Hajah dan Tuan Zamri sudah memicit kepala. Terkejut mereka semalam apabila mendapat panggilan daripada Ziat tentang Hana. Salah satu anak aku yang menyusahkan!

"Ziat... maafkan mak. Mak betul-betul tak sangka sampai macam ni sekali dia buat pada kamu. Mak pun tak faham, kenapa dia jadi macam ni." keluh Puan Hajah, kesal. Tuan Zamri mengangguk kepala tanda menyokong. Dia pun tidak sangka Hana sanggup berbuat demikian. Melarikan diri daripada suami tanpa sebarang keizinan adalah satu dosa besar. Sia-sia dia hantarkan Hana ke sekolah agama, kalau anaknya sendiri tak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Puan Bariah menarik senyuman kelat. Dia mencapai botol detol yang berada di atas meja, lalu dituangkan sedikit ke atas kapas sebelum ditempelkan pada luka dibahagian siku Ziat. Ziat mengadug sakit. Perit dan pedih. Namun dia masih cuba untuk bertahan.

"Anak kau tu memang tak guna. Kawin dengan anak aku semata-mata nakkan harta. Bila dah puas, lari pergi ikut jantan lain. Kalau aku tahu anak kau macam ini... aku takkan benarkan Ziat kawin dengan anak kau." sinis Puan Bariah. Memutar belitkan cerita yang sebenar. Kalau keluarga Hana tahu yang anak aku jual anak dia, tak fasal-fasal melingkup dalam penjara.

Puan Hajah menggigit bibir. Tajam sungguh kata-kata itu menikam di dada. Salah anak aku tetapi aku yang dapat nama buruk. Dasar anak tak guna!

"Bariah... kita orang tak tahu pun Hana sanggup buat macam ni. Sejak dia kahwin dengan Ziat, dia banyak berubah. Aku bukan nak salahkan anak kau, aku tahu anak kau baik tapi... "

"Tapi apa? Nak cakap anak aku ni tak pandai bimbing anak kau orang, huh? Hei, anak aku ni berpelarajan tinggi tau. Anak engkau tu aje yang tak ada pelajaran! Kira baik anak aku ni boleh terima keluarga macam kau orang, tapi kau tengoklah macam mana anak kau balas? Tak kenang budi!" cantas Puan Bariah memotong kata-kata Tuan Zamri tadi. Dia menjeling, mengejek. Bainon yang berada diruang tamu pula yang panas mendengarnya. Dia lantas bangun daripada sofa menuju ke arah mereka.

"Hei, mak cik Bariah...  kau jangan nak kutuk keluarga kita orang ek. Kakak aku tu baik, dia berubah pun sejak kawin dengan anak kau. Entah-entah si Ziat ni yang buat kakak aku jadi macam ni. Yalah, kita orang mana nampak anak kau buat apa dekat Hana semasa berada di kampung? Manalah tahu... anak kesayangan Ziat kau tu jadikan kakak aku anak ayam."

"Bainon!" keras Tuan Zamri. Anak mata tajam itu menikam tepat ke arah anaknya. Tak sangka hormat Bainon pada orang tua sudah hilang. Sudahlah anak sulung dah menconteng arang dimuka, jangan pula anak kedua pun sama sahaja perangai.

Bainon menjuling anak mata ke atas dengan membuat mimik muka muak. Nak pertahankan keluarga sendiri pun tak boleh. Percaya sangat pada kata-kata keluarga Ziat ni. Bainon memeluk tubuh dan berpaling ke lain.

"Kenapa mulut tu kurang ajar sangat? Siapa yang ajar kamu untuk tinggi suara pada keluarga abang ipar kamu? Nak ayah bagi penampar baru kamu nak hormat? Huh?"

"Ish, Bainon tak fahamlah. Kenapa semua orang nak bela sangat keluarga si Ziat ni? Buatnya orang yang ayah dan mak hina selama ni tak bersalah, baru nak menyesal sujud di kaki kak Hana!" herdik Bainon.

"Hei, Bainon! Kamu jangan buat mak hilang sabar ek. Sebelum darah mak naik, baik kamu masuk sahaja dalam kereta dan duduk situ diam-diam. Jangan menyampuk cakap orang tua! Pergi!" celah Puan Hajah, geram. Suaranya mula meninggi. Dada berombak kecang dengan nafas yang tidak teratur. Dia menunding jari ke arah pintu keluar. Bainon menghentak kaki, tidak puas hati. Tanpa sebarang alasan dia terus melangkah ke arah pintu keluar. Tombol pintu dipulasnya lalu dikuak dari dalam.

"Huh?"

Bainon terkejut. Membulat anak matanya memandang figura lelaki memakai baju T biru gelap, berseluar jeans berdiri di hadapan pintu. Cacah tatoo naga di bahagian lengan kanan lelaki itu membuatkan dia tertelan air liur. Anak matanya beralih pula ke sebelah kanan.

"Kak... Kak Hana?"  Bainon cuba meneka. Hana menarik senyuman nipis.

Dengar sahaja nama 'Hana' disebut, terus puan Hajah dan Tuan Zamri berlari ke arah pintu utama. Ziat dan Puan Bariah juga turut ke sana. Terjengket-jengkat Ziat berjalan akibat terseliuh semalam. Berkerunyut wajahnya menahan rasa perit dibahagian lutut.

Puan Hajah tergamam sejenak. Memang benar orang yang disebut Bainon tadi adalah Hana. Bibir diketapnya, geram. Kedua-dua belah tangannya sudah dikepal membentuk buku lima. Perasan tidak puas hati tadi kembali datang.

"Kurang ajar punya anak!" Puan Hajah terus menyerang Hana. Lengan baju wanita itu ditariknya kasar sehingga tubuh Hana terdorong ke hadapan. Lantas wajah Hana ditamparnya kuat. Tuan Zamri lekas menarik isterinya agar menghentikan pergaduhan itu. Rayden juga turut menarik lengan Hana untuk berada di belakangnya. Hana menggigit bibir, menahan perit di pipi.

"Kau pergi mana huh perempuan? Kau tahu tak kau dah conteng arang dekat muka aku? Aku ni malu kau tahu tak? Malu sebab dapat anak perangai macam kau! Kalau aku tahu hidup kau menyusahkan aku, aku gugurkan sahaja kandungan aku dahulu! Benci aku dapat anak macam kau!"

"Ya Allah, Hajah! Sabar sikit boleh tak? Malu kalau jiran tengok!" herdik Tuan Zamri.

"Heh, nak malu apanya lagi bang? Saya memang dah malu pun. Malu sebab dapat anak yang tak pandai jaga hati orang tua. Hei, Hana... aku terima Ziat jadi menantu sebab aku tahu dia baik, dia boleh jaga kau tapi kau ni pula menyusahkan hidup dia! Apa? Selama ni tak cukup ke dia bagi tempat tinggal pada kau sampai kau nak ikut jantan lain huh? Ini, siapa jantan ni? Bapak ayam kau huh? Dengan bertatoo segala bagai, kau tak malu ke Hana?!" bentak Puan Hajah, tidak puas hati. Dia mendongak kepala memandang figura lelaki tegap yang berdiri di hadapan Hana.

Rayden mencarik senyuman sinis. Cermin mata hitam dijatuhkan ke bawah. Menampakkan wajahnya yang sebenar. Puan Hajah terpempan sejenak. Matanya membuntang terkejut. Rasa seperti hendak pitam apabila melihat wajah lelaki itu. Riak wajah Puan Hajah sudah bertukar pucat, begitu juga dengan Tuan Zamri dan Bainon.

"Kau... Kau rupanya. Jantan kafir tak sedar diri! Kau nak apa lagi dengan anak aku huh? Tak ada perempuan lain ke yang kau boleh cari selain Hana? Anak aku yang dah kotor ni pun kau masih lagi nak kutip? Banyak lagilah perempuan bersih dekat luar sana yang kau boleh cari!"

"Banyak tu memang banyak tapi tak sama dengan apa yang aku pernah miliki dulu. Aku datang sini sebab nak kutip hak aku balik."

"Hak? Hak apa yang kau nak? Hana sekarang bukan lagi milik kau. Dia dah jadi milik Ziat. Lelaki ni lebih bagus daripada kau yang tak tahu apa-apa fasal ilmu agama. Baca Quran pun tak sampai ada hati nak jaga anak aku? Jangan beranganlah! Engkau tu orang kafir. Orang kafir macam kau layak kawin dengan orang yang tak ada agama. Jangan nak heret orang yang baik jadi kafir macam kau. Masuk islam pun tak sampai berapa bulan ada hati nak pegang tanggungjawab?" sinis Puan Hajah.

"Haih... nasib baiklah mood aku baik hari ini. Kalau tidak tak fasal-fasal ada kes bunuh. Mulut kau memang daripada dulu tak pernah ada tapiskan? Disebabkan mak cik macam kaulah ramai orang yang nak peluk islam jadi was-was. Sekarang ni... aku tak nak banyak cakap dengan kau. Kalau kau rasa Hana di dah kotor, Sebaik-baiknya dia duduk dengan orang yang dah betul-betul kotor macam aku. Lelaki yang kononnya alim macam Ziat sepatutnya kahwin dengan perempuan yang lebih bagus. Tak ke begitu Encik Ziat? Apa kata kau lepaskan isteri kau pada aku? Lagipun Hana ni dah kosong. Kau takkan rugi apa-apa kalau kau serahkan Hana pada aku." ujar Rayden.

Puan Hajah tertawa sinis. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Mamat cina ni dah gila ke apa?

"Hei, kau buat lawak apa ni? Engkau tu bukan Islam. Kau ingat keluarga aku ni, keluarga syiah ke nak kawinkan kau dengan Hana walau berbeza agama? Sekarang ni lebih baik kau lepaskan anak aku. Dia dah ada suami, kau tu pula cuma bekas suami. Lagipun anak aku dah lama lupakan kau. Kau langsung tak bermakna dalam hidup dia. Ziat sahaja yang menjamin kebahagiaan dia! Lepaskan Hana!"

Rayden menggeleng. Pergelangan tangan Hana digenggamnya erat. Hana tersentak. Jangan harap aku akan lepaskan perempuan ni lagi. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ziat yang berdiri di belakang Puan Bariah. Senyuman sinis ditarik lebar.

"Aku sanggup bayar berapa sahaja yang kau nak, asalkan kau ceraikan Hana." ujar Rayden.

Malah Ziat menggeleng tidak setuju. Duit tak bermakna apa-apa kalau dia melepaskan wanita itu kepada Rayden. Duit bila-bila masa sahaja boleh habis, tapi kalau ada Hana duit sentiasa akan memenuhi poket aku. Dia ingat aku bodoh nak serahkan Hana pada dia?

"Maaf. Aku takkan ceraikan dia. Sebagai suami, aku harus terima baik dan buruk dia. Aku tak kisah kalau dia dah kotor sekalipun asalkan Hana sentiasa bersama dengan aku. Macam mana aku aku pernah berjanji waktu cintakan dia dahulu, macam itu juga aku akan tunaikan sekarang. Betul tak sayang?"

Hana mendiam. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Nak jawab ya rasa macam tidak, nak jawab tidak... buruk padahnya nanti. Ziat berjalan setapak ke hadapan. Serentak dengan itu, Rayden menarik Hana ke belakang. Dia tidak mahu lelaki itu dekat dengan Hana. Panahan mata tajam yang menusuk ke anak mata Ziat membawa satu amaran. Sekali lagi dia melangkah mendekati Hana, serentak nyawa melayang ke langit waktu itu. Berani?

"Sayang... abang minta maaf. Abang tahu abang ada banyak salah dengan sayang. Tolonglah maafkan, abang. Abang janji, abang akan jaga Hana dengan baik selepas ni. Abang rindu Hana sejak Hana pergi daripada rumah ni. Tolonglah... kalau Hana minta abang renang lautan api, sekarang pun abang sanggup Hana." rayunya. Buat-buat seperti meminta simpati.

Hana menggigit bibir. Sekilas dia mendongak memandang Rayden. Pandangan lelaki itu benar-benar menyeramkan. Seolah-olah membawa satu petanda dia bakal pergi ke alam lain jika menerima rayuan itu. Dia berpaling pula memandang Ziat. Lelaki itu juga mempunyai maksud yang sama. Kalau aku ikut Rayden, jangan harap dia akan lepaskan aku senang-senang sahaja. Kalau tak merana, muka menyeksa!

Ah, mana satu aku kena ikut ni?

"Sa... Saya... Saya..."



BERSAMBUNG...
Tuhan jiwa ku merawan...😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro