45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       “SUPRISE!” jerit mereka saat pintu bilik itu dibuka Rayden. Kotak berisi sekeping pizza dihulurkan kepada lelaki itu. Azim dan Kazam menayang senyuman lebar dibibir. Rayden tercengang buat seketika. Keningnya berkerut pelik. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum beralih semula memandang mereka berdua.

"Apa kau orang buat dekat sini?" soal Rayden, dia merendahkan sedikit suara. Risau jika bilik sebelah dengar pula suaranya. Sejak bila pula dua ekor nemo ni ikut aku?

"Kita orang nak ucapkan selamat hari tahun baru cina. Limau dah habis jadi pizza aje yang ada. Ambillah." ujar Azim. Kazam mengangguk kepala tanda benar. Hampir satu market juga mereka pusing mencari buah limau manderin tetapi sudah habis dijual. Alang-alang nampak kedai Domino's apa lagi? Singgahlah!

Rayden menepuk dahi. "Kau orang datang sini semata-mata nak ucap perkataan tu? Mesej pun boleh, kan? Dan lagi satu... macam mana kau orang tahu aku dekat sini? Kau orang hendap aku ek? Huh?"

"Ish, mana ada kita orang hendap. Kita orang cuma ikut sajalah. Kalau mesej sahaja tak syoklah. Tak Ong maa... " ujar Kazam.

"Banyaklah kau punya Ong! Macam mana kau orang boleh lepas masuk hotel ni? Bukan ke dekat depan pintu ada pengawal jaga?"

"Kita orang tempah biliklah. Bilik kita orang dekat sebelah sini sahaja. Alaaa... tak payah risaulah. Kita orang cuma nak sambut Tahun baru cina sama-sama sahaja. Alang-alang kau pun dah buka pintu, bolehlah kita makan sama-samakan? Jom, Kazam!"

"Eh, nanti... nanti... " cepat-cepat Rayden menghalang laluan mereka untuk masuk ke dalam bilik saat Azim dan Kazam sudah membuka kasut. Mereka mengerut kening.

"Kenapa?"

"Apa kata pizza ni kau orang sahaja yang makan? Aku tak ada seleralah nak makan pizza malam ni."

"Tak apa. Kalau tak nak makan, kita borak-borak pun dah cukup. Kita orang masuk ek?"

"Eh, jangan!" lagi sekali Rayden menghalang. Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya menghalang Azim dan Kazam daripada melangkah masuk ke dalam biliknya. Rayden mengeluh kecil. Macam mana nak cakap dengan dua budak tak faham bahasa ni ek? Makin dilarang, makin nak masuk!

"Aku... nak tidur. "

"Nak tidur? Awal lagi ni, takkan dah nak tidur?" soal Kazam, tidak percaya. Sekilas dia menunduk memandang jam tangannya yang menandakan pukul 10:30 malam dan kembali mengangkat wajah memandang Rayden. Rayden menggaru kening.

"Err... aku ada kerja sikit esok. Jadi aku kena bangun awal. Esok-esok sajalah ek kita berborak?" adu Rayden. Terpaksa berbohong. Kalau aku tak cakap macam tu sampai ke esok pagi mereka tercegat di hadapan pintu bilik ini.

"Nak kita orang tolong dodoikan?"

"Tak payah. Terima kasih."

"Nanti kau tak boleh tidur macam mana?"

"Tak mengapa nanti aku teguk ubat batuk sebotol."

"Kalau kau tak boleh tidur cuma tekan sahaja loceng bilik kita orang. Kita orang boleh tolong."

"Yalah... pergi balik."

"Kalau kau... "

Gedegang!

Pintu bilik dihempas tutup dengan kuat. Azim dan Kazam tersentak. Terkebil-kebil mata mereka buat beberapa minit. Perlahan-lahan mereka mengalihkan pandangan memandang semasa sendiri. Bibir dicebik mereka. Kotak pizza ditangan dipandang lama. Takkanlah mereka mahu habiskan pizza ini berdua sahaja?

"Apalah nasib kita, zam. Asal orang yang dah berkahwin sahaja pasti tiada masa untuk layan karenah kita. Dulu bos, sekarang Rayden... kita ni pula bila nak ada pasangan pun tak tahu? Nampak sangat penulis cerita ni dengki dengan kita kan bang?"

"Betul!"










                                HARI berganti pagi. Puan Hajah membetulkan sedikit beg tangan yang digalas pada bahu. Bungkusan roti yang tersusun di hadapan kedai runcit itu dicapainya satu. Dia memandang pula ke arah jem roti, lalu sebotol jem roti berperisa kaya diambil sebelum dia mengatur langkah masuk ke dalam kedai runcit itu untuk membayarnya. Namun, tak sampai beberapa langkah dia terhenti saat melihat beberapa orang wanita berkumpul di sudut jualan surat khabar. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus berjalan ke arah mereka. Dia menjenguk sedikit kepala melihat helaian surat khabar yang dibuka salah seorang daripada wanita itu. Kening Puan Hajah berkerut pelik. Dia memandang wajah wanita-wanita itu yang asyik tersengih daripada tadi melihat gambar yang terpapar di helaian surat khabar.

"Haih, orang muda macam kau orang ni pun masih baca surat khabar ke?" tegur Puan Hajah. Mereka tergelak kecil.

"Tak adalah, cik. Kita orang ada terdengar cerita hangat semalam. Itu yang cari dekat surat khabar ni!" ujar salah seorang daripada mereka. Kening puan Hajah berkerut. Berita hangat? Berita hangat apa pula yang terjadi semalam? Takkan fasal tabung masjid kena curi lagi?

"Berita hangat apa yang kau orang cakapkan ni? Aku tak tahu apa-apa pun? Fasal kampung kita ke?" soal Puan Hajah.

Mereka menggeleng kepala menafikannya. "Bukanlah, Cik Jah. Fasal lelaki hot yang tolong perempuan atas pentas tu. Takkan Cik Jah tak tahu? Handsome gila Cik Jah... "

"Laa... Fasal lelaki aje ke? Aku ingatkan fasal kampung kita. Tak ada masa lah aku nak ambil tahu fasal gosip-gosip orang muda ni. Bosan!"

"Ish, mana ada bosan! Lelaki tu baik tau Cik Jah. Kalaulah dia ada dekat kampung ni rasanya semua anak dara dah jatuh cinta. Bak kata orang dia tu... gentlemen." ujarnya. Puan Hajah menjuih bibir. Anak mata dijulingkan ke atas membuat mimik muka menyampah.

"Gentlemen apa bendanya? Lelaki zaman sekarang semuanya tak boleh pakai! Itu semua sengaja dibuat-buat aje tu. Nak cari publisiti murahanlah katakan..."

"Eh, Cik Jah ni... benda ni berlaku secara live tahu tak? Takkanlah model tu sengaja biar baju dia terkoyak? Kalau Ella dekat tempat dia, Ella dah lama menangis tau! Malu gila kot? Tapi nasib baik lelaki tu ada. Dia tolong tutup bahagia terkoyak tu dengan baju. Cik Jah nak tengok? Ha, tengok."  helaian surat khabar itu ditunjukkan pada Puan Hajah. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Puan Hajah menggeleng kepala. Nak tak nak, dia terpaksa juga melihat gambar yang terpapar di surat khabar itu. Membuntang matanya saat melihat wajah Rayden dan Hana jelas terpapar di situ. Spontan jem  dan bungkusan roti terlepas daripada tangannya. Dia terus merampas surat khabar dengab kasar. Mereka tersentak.

Tajuk besar yang tertulis di atas gambar itu dibacanya satu demi satu dengan jelas. "Suami paling mithali?"

"Macam mana Cik Jah? Nak nafikan lagi ke?"

Puan Hajah mengetap bibir, geram. Anak matanya melilau memandang surat khabar yang tersusun di atas meja. Banyak pula tu! Semuanya fasal mamat cina tu dengan Hana!

"Macam ni kau orang kata baik huh? Hei, dia ni kafir kau orang tahu tak? Anak-anak muda macam kau orang ni memang asyik minat benda-benda kafir macam ni, kan? Bangga sangatlah kalau ada orang kafir tengok aurat perempuan islam, huh?!" bentak Puan Hajah. Tiba-tiba sahaja meninggikan suara. Mereka mengerut kening, pelik.

"Apa Cik Jah merepek ni? Dia tu suami perempuan tu, kan? Sudah tentulah suami dia tu Islam. Yang Cik Jah tiba-tiba sahaja nak mengamuk ni dah kenapa?"

"Siapa kata dia suami huh? Lelaki macam ni tak layak langsung dapat gelaran suami! Apa kau orang ingat elok sangat ke dia buka baju depan orang ramai? Siap tayang tatoo lagi, tak malu ke? Nampak sangat dia sengaja nak rosakkan imej agama!"

"Eh, Cik Jah jangan nak tuduh sebarangan ek. Dah nama pun mualaf, tak mustahillah kalau dia ada cacah tatoo sebelum tu? Yang kita nak pandang tatoo dia kenapa? pandanglah kebaikan dia! Orang dah elok-elok berubah sepatutnya kita sokong bukan menghina. Cik Jah kalau tak suka, tak payah tengok. Tak payah nak kutuk-kutuk suami orang. Suami Cik Jah sendiri pun bukannya baik sangat. Macamlah orang kampung tak tahu yang suami Cik Jah tu asyik jumpa janda kampung tu? Ke... Cik Jah nak marah sebab suami Cik jah tak macam ni?"

"Hei, mulut kau ni... " Puan Hajah mengancing gigi. Menyirap sahaja darahnya mendengar sindiran daripada Wanita itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menampar wajah mereka. Nasib baik anak orang lain aje, kalau tak dah lama makan penampar aku! Puan Hajah merengus geram. Dia terus melangkah pergi daripada situ tanpa memulangkan surat khabar itu semula.

Mereka menjuih bibir.

"Tengoklah tu... perangai macam entah apa-apa macam mana suami dia tak layan perempuan lain, kan?" protes Ella.

"Itu okay lagi... kau tak dengar lagi fasal anak dia yang sulong tu, Hana. Dulu tak silap aku anak dia tu pernah mengandungkan anak suami lama dia, tapi sampai sekarang tak dengar khabar fasal perempuan tu. Yang peliknya... masa anak dia kahwin baru dengan lelaki pilihan dia, perempuan tu tak mengandung pula. Kau tak rasa ada benda yang pelik ke dekat situ? Entah-entah... Cik Jah yang gugurkan cucu dia sendiri?" ujar  Sufi. Dia mula membuat andaian sendiri. Entah mengapa tiba-tiba pula dia teringat tentang anak perempuan Puan Hajah yang sudah lama menghilangkan diri.

"Entahlah. Kalau dah dapat mak mertua perangai macam syaitan, memang hidup takkan tenteram. Engkau kalau nak kahwin nanti jangan pandang lelaki sahaja, pandang sekali dia keluarga dia. Kalau tak jadilah macam tu! Sudahlah! Malas aku nak bergosip fasal orang tua tu. Serabut! "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro