46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                        LEO melangkah masuk ke dalam syarikat korporatnya. Cermin mata hitam ditarik ke atas. Sesekali dia membetulkan beg tangan mahalnya daripada terjatuh ke bawah. Pekerja-pekerja tak kira lelaki atau pun wanita yang bertentangan jalan dengannya pasti akan menunduk hormat. Namun, Leo hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dia memang tidak mesra bersama pekerja sendiri.

Pintu bilik pejabatnya dibuka. Riak wajah Leo bertukar terkejut apabila melihat seseorang duduk di tempat meja kerjanya.

"You buat apa dekat sini?" soal Leo, dingin. Kwan tersenyum. Dia memusingkan kerusi itu menghadap Leo yang masih lagi tercegat di pintu. Dia bangun lantas mengatur beberapa tapak mendekati Leo. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Saja. Wa rindu lu, Leo."

"Kwan... I tak ada masa nak layan cinta monyet you. Ini syarikat I dan I tak pernah alu-alukan kedatangan you ke sini! Keluar!" bentak Leo. Jari terlunjuknya menunding ke arah pintu keluar yang masih lagi terbuka luas. Kwan mengekek ketawa melihat wajah cemberut Leo. Dia menggeleng kepala. Entah apalah kesalahan yang dia telah lakukan sampai wanita cina ini sukar untuk menerima dirinya. Nak dibandingkan aku dengan Rayden, aku memang tak sekuat dia tapi aku lebih cekap daripada mamat tu!

"Leo... Wa tak tahu kenapa lu bencikan wa sangat-sangat sedangkan niat wa memang baik. Boleh tak kalau sehari lu bagi wa masa untuk jumpa dengan lu?"

Leo menjeling. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh. Dia berpaling memandang ke arah lain. Menyampah betul lihat muka si Kwan ini. Kalau boleh sehari pun dia tidak mahu berjumpa dengan dia. Elok aku mahu memulakan kerja dengan senang, terus mood hilang.

"Wa ada benda penting nak bagitahu fasal Rayden." ujar Kwan.

Leo mengeluh kecil. Anak mata dijulingkan ke atas. "Kwan, tolonglah... "

"Dia jumpa bekas isteri dia semula. " cantas Kwan laju. Ada senyuman sinis dibibirnya. Sejak perangai lelaki itu berubah dia sudah dapat menghidu sesuatu yang kurang enak. Tak sangka, lelaki yang disanjung tinggi oleh Uncle Kwan dan Leo boleh menyembunyikan sesuatu yang mereka perlu tahu. Lelaki seperti Rayden memang tak guna. Sanggup berpaling daripada keluarga sendiri gara-gara seorang wanita sahaja.

"You merepek apa ni, Kwan? You jangan sampai I suruh guard halau you keluar daripada sini!"

"Wa langsung tak kisah kalau lu nak halau wa, Leo. Wa bagitahu sebab wa cintakan lu. Wa tak nak lu sakit tunggu orang yang tikam belakang keluarga sendiri! Tengok!" surat khabar dicampakkan ke atas meja kerja. Leo tergamam sejenak saat memerhatikan muka hadapan surat khabar yang memaparkan gambar Rayden sedang memeluk seorang wanita bertudung dan wajah itu... wajah itu memang dia kenal. Hancur hatinya sekarang seolah-olah ditikam buat kali kedua.

Leo menelan air liur.

Dia menggeleng kepala. Sukar dia untuk percaya apa yang ditunjukkan sebentar tadi. Tak! Rayden tak mungkin kembali kepada isteri lama dia. Perempuan tu dah banyak rosakkan hidup Rayden.

"Mungkin itu perempuan lain... "

"Perempuan lain apa lagi, Leo? Wa belum tua lagi untuk lupa muka perempuan tak guna tu. Disebabkan perempuan ni juga, Rayden tinggalkan lu... dan nampaknya sekarang dia akan tinggalkan lu buat kali kedua."

"No! I kenal Rayden! Dia takkan sesekali kembali pada orang yang dah buat hati dia hancur, Kwan! Rayden tu belum bodoh lagi untuk bagi peluang pada perempuan tak guna tu! Lagipun, Rayden yang sekarang mana ada sama seperti dulu. Dia dah tak suka dekat dengan perempuan! You just nak rosakkan pemikiran I kan, Kwan?"

Kwan menggeleng kepala menafikannya. Mata mereka saling bertentangan sekarang. Dia tahu wanita itu sedang kecewa dengan Rayden. Daripada mula lagi dia sudah menganggap lelaki seperti Rayden tidak akan kembali kepada Leo. Kalau dah jatuh cinta, bukan senang nak lupakan memori lama. Lebih-lebih lagi, kalau orang itu pernah bergelar 'isteri' dalam hidupnya.

"Sudahlah Leo... memang daripada dulu lagi dia tak pernah sikit pun pandang lu. Sia-sia sahaja kalau lu tunggu dia macam tunggul dekat sini. Dia takkan layan lu kalau bukan sebab uncle yang paksa. Don't be stupidlah Leo. Lu cuma perempuan murahan dia... "

"Hei!"

Tangan Leo terus naik ingin menampar wajah Kwan. Namun, dia terhenti dengan sendiri. Jujur, darahnya mula menyirap sekarang. Leo mengetap bibir geram. Dia kembali menjatuhkan tangannya ke bawah. Leo meraut wajah buat seketika.

"Keluar... " arah Leo tanpa memandang wajah Kwan.

"Kalau lu nak wa bunuh Rayden, sekarang pun wa sanggup, Leo. Dia dah sakitkan hati lu, jadi wa takkan berdiam diri untuk tengok lu terus macam ni." ujar Kwan. Leo tidak membalas apa-apa. Air mata yang mengalir dipipi dikesatnya laju. Kenapa harus Rayden kembali kepada perempuan yang pernah merosakkan hidupnya? Lelaki itu memang bodoh!

"Just call me if you need a help." ucap Kwan. Dia meletakkan tisu poket di atas meja kerja sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Perlahan-lahan Leo terduduk di atas kerusi. Anak matanya beralih memandang surat khabar yang berada di atas meja kerja. Teragak-agak dia untuk mencapainya. Gambar itu ditatapnya lama. Air mata turut mengalir laju. Memang benar, itu adalah wanita yang pernah menjadi isteri Rayden. Patutlah dia pakai semula cincin tu...

"Arghhh!!!" jerit Leo sekuat hatinya. Dia terus mengoyakkan kertas surat khabar itu lalu dicampakkan ke lantai. Segala barang yang berada di atas meja dicapainya lalu dibaling seperti orang hilang akal. Dia merengus geram.

"I... takkan lepaskan perempuan tu." bicara Leo mati di situ. Dia terus melangkah keluar daripada pejabat seperti ingin mencari sesuatu.









                             HANA meletakkan makanan segera di atas meja kopi. Dia terus memusing ke belakang ingin menuju ke arah dapur untuk menjerang air panas. Terkejut Hana apabila melihat Rayden yang hanya melilit kain tuala dipinggang sedang menuju ke arahnya. Cepat-cepat Hana memusing ke hadapan semula, buat-buat seperti sedang mencari sesuatu di dalam plastik.

Debaran jantung mula berdetak laju. Dia menggigit bibir.

"Kau beli apa ni?" Soal Rayden setelah dia berdiri di sebelah Hana. Plastik di tangan wanita itu ditariknya, melihat isi barang yang dibeli wanita Hana.

"Yang... yang tu sahaja saya beli." jawab Hana tanpa memandang wajah Rayden. Rayden mengangguk kepala. Cukuplah untuk dia mengisi perut kosong sebelum bertolak balik ke kuala lumpur semula.

"Kau dah mandi belum?" soal Rayden. Dia menukar topik pula. Pandangan di alih memandang Hana di sebelah. Laju Hana mengangguk kepala. Sudah tentulah aku dah mandi. Kalau tidak takkan aku pergi kedai runcit dalam keadaan tidak mandi. Silap-silap bau hamis tempat tu!

"Dah. Kenapa?" soal Hana kembali. Dia memberanikan diri memandang Rayden. Hanya berani untuk menatap wajah lelaki itu, tak berani nak jatuhkan anak mata ke bawah.

"Tak adalah... saja. Kalau kau belum mandi, boleh mandi sekali. Ikut sunnah." ujar Rayden, selamba. Dia menayang senyuman nakal dibibir.  Hana terpempan sejenak. Lain macam sangat ni perangai dia!

Hana buat-buat ketawa. "Ya ke? Tak apalah, banyak lagi sunnah boleh kita ikut. Terima kasih sajalah. Saya nak pergi jerang air sekejap." ujar Hana. Dia terus melangkah ingin menuju ke arah dapur kecil yang tidak jauh daripada situ. Namun, Rayden lebih pantas menangkap tangan Hana. Hana tersentak. Dia terus memusing memandang Rayden.

"Ya... Ya?"

"Mana kau dapat gelang tu?" soal Rayden. Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah gelang tangan yang di pakai Hana. Daripada semalam lagi dia sudah perasan gelang itu tetapi sengaja dia tidak mahu tegur. Hana sudah mula resah. Ah sudah! Dia nak marah aku ke?

"Err... ge... gelang ni Airen yang bagi. Saya dah cakap, saya tak nak pakai sebab ini awak punya tapi dia paksa juga. Kenapa? Awak nak saya buka ke? Kalau nak, sekarang juga saya buka." ujar Hana. Kelam-kabut dia ingin membuka gelang itu. Namun, perbuatan itu terhenti saat tangan Rayden mengenggamnya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Rayden. Lelaki itu menggeleng kepala.

"No. I just... miss it. I really miss my queen."

"huh?" Hana tidak faham. Rayden tersenyum kecil. Dia terus menunduk mencium tangan wanita itu, lama. Terbeliak biji mata Hana melihatnya. Terasa seperti lututnya sudah mahu tercabut sekarang. Dia menelan air liur. Rayden kembali mengangkat wajah memandang Hana.

"Thank you sebab pakai gelang ni semula."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro