47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PAP!!
Surat khabar dihempas kuat ke atas meja. Tersentak Bainon dibuatnya. Terus dia mengangkat wajah memandang Puan Hajah yang melabuh punggung di hadapannya. Puan Hajah memeluk tubuh. Riak wajahnya jelas menunjuk muka tidak puas hati.

Bainon memerhati gambar yang terpapar di muka hadapan surat khabar dalam beberapa saat . Dia mengeluh kecil. Dah agak. "Bainon pergi ambil air ya mak... " pamit Bainon. Dia bangun daripada sofa ingin menuju ke dapur. Hanya air kosong sahaja yang mampu meredakan hati orang yang sedang marah.

"Tak payah!" halang puas Hajah. Langkah Bainon terus terhenti. Dia menoleh ke belakang memandang Puan Hajah.

"Minumlah air sikit baru reda amarah mak... " pujuk Bainon.

"Kau ingat air tu boleh sejukkan hati aku ke? Ini! Apa semua ni? Kakak kau tu memang sengaja nak malukan aku! Geram betullah aku dapat anak macam dia ni!" bentak Puan Hajah. Surat khabar itu dicapainya lalu dicampakkan ke lantai. Berombak dadanya kali ini. Nafas juga mula tidak teratur. Merah padam wajahnya menahan geram.

"Astaghfirullah hal azim. Mak nak malu kenapa? Waktu tu baju kakak terkoyak jadi abang Rayden tolong tutup bahagian terkoyak tu. Apa salahnya?"

"Salahnya kau tanya? Hei, mamat tu bodoh ke? Elok sangatlah tu masuk surat khabar dalam keadaan tak pakai baju macam tu! Apa? Tak ada kain sangat ke sampai nak kena buka baju depan orang ramai?" protes Puan Hajah, geram.

Bainon menggeleng kepala. Entah apalah nak jadi dengan mak aku ni... buat itu salah, buat ini salah. Apa yang betul pun tak tahu? Bainon mencekak pinggang.

"Mak ni kenapa huh? Kira baik abang Rayden tu datang tutup aurat kak Hana tau. Kalau dibiarkan sahaja? Lagi mak akan malu."

"Sejak bila anak aku tu ada aurat? Sebelum ni ramai sahaja lelaki dah sentuh dia. Tak payah nak malu sangatlah kalau baju terkoyak sikit. Eloknya malam tu biar baju dia terkoyak satu badan, biar padan muka dapat kecaman!" sinis Puan Hajah. Langsung tiada rasa simpati pada anak sendiri. Kalau mak orang lain pasti sudah menggelabah melihat anak mereka dimalukan, tapi bukan Puan Hajah. Lagi malu Hana, lagi puas hatinya!

"Ya Allah, mak ni kenapa? sampai hati mak cakap macam tu pada anak sendirikan? Apa sebenarnya yang mak tak puas hati dengan kakak huh? Mak tahu tak... dalam dunia ni semua orang anggap mak, adalah orang yang paling sayangkan anaknya tapi mak pula? Bencikan anak sendiri? Kenapa mak jadi macam ni? Entah-entah punca Hana lupa bekas suami dia pun disebabkan mak?" bentak Bainon. Dia terpaksa meninggikan suara. Kali ini Puan Hajah memang sudah melampau. Takkan benci sampai begitu sekali pada anak sendiri?

Terus puan Hajah bangun daripada sofa. Dia berdiri betul-betul di hadapan Bainon. Jari ditunding ke arah anaknya.

"Hei, kau jaga sikit mulut kau ek. Aku yang lahirkan kau tau! Kau siapa nak tuduh aku buat kerja-kerja macam tu? Hana tu... lupa sebab balasan daripada Tuhan! Dia tu tak dengar cakap aku, sebab itu Tuhan balas hidup dia musnah. Engkau pun kalau bercinta dengan bos kau yang cina tu... tahulah azab apa pula kau kena lepas ni? Silap-silap kau pun melingkup jadi perempuan jalang macam Hana."

"Kakak... bukan perempuan jalang. Mak jangan sesedap mulut cakap Kak Hana jalang sedangkan dia jadi macam tu sebab bekas menantu mak yang tak guna tu! Memang, memang Bainon tak ada bukti yang mamat tu dah musnahkan hidup kakak. Tapi sejak dia berkahwin dengan Ziat, banyak benda yang dah berubah. Mak selalu bela Ziat. Mak kata dialah orang paling baik dalam dunia ni sebab daripada kecil dia memang dah dididik dengan agama islam tapi hakikatnya tak semua orang akan jadi baik mak. " ujar Bainon.

"Rayden... walaupun dia baru peluk agama Islam, dia tahu tanggungjawab dia. Tapi Ziat? Apa yang dia buat masa Kak Hana berada dalam jagaan dia? Jadi pelacur? Atau mak yang nak Ziat jual Hana jadi pelacur sebab mak tak suka dia?!"

"Bainon!"

"Mak cik!" laju tangan lelaki itu mengenggam tangan Puan Hajah daripada menampar wajah Bainon. Bainon tersentak. Membulat biji matanya melihat tindakan Puan Hajah. Tercungap-cungap nafas Darren dibuatnya. Mujur dia muncul tepat pada waktunya. Kebetulan dia datang ke sini untuk berjumpa Bainon berbincang tental soal pembikian reka baju terbaru. Tak sangka lain pula yang dia lihat. Puan Hajah merentap kasar tangannya. Spontan terlepas daripada genggaman lelaki itu.

"Kau siapa masuk rumah aku sesuka hati huh? Keluar!"

"Mak cik pula kenapa nak tampar anak sendiri tanpa sebab? I have to do this because you are too much Puan Hajah!" bentak Darren. Dia memang pantang sekali jika ada orang tua yang bertindak kasar terhadap anak sendiri tanpa sebab yang kukuh. Puan Hajah buat-buat ketawa. Tergelang-geleng kepalanya memandang Darren.

"Oh, kau pula nak jadi hero kafir dalam keluarga aku huh?"

"Watch your mouth, Puan Hajah. I am muslim. Don't make me mad." desis Darren memberi amaran. Dia memang sudah lama memeluk agama Islam sebab itulah setiap reka baju yang diciptanya akan mengikut kesesuaian orang muslim yang memakainya.

"Heh, muslim? Hei, kau dengan menantu aku tak sedar diri tu sama sahaja. Tak ada perempuan lain ke yang kau orang nak rebut selain anak aku? Huh? Aku susah payah didik diaorang dengan agama selepas itu datang pula mamat tak ada agama macam kau orang ambil anak aku!"

"Mak!" keras Bainon.

"Apa? Kau pun nak bela dia huh? Aku ni cuma nak anak aku dapat suami yang dah lama peluk islam, bukan yang macam ni! Kau ingat dia orang ni boleh jamin kau masuk syurga huh? Kalau kau nak ikut sangat masuk neraka, kau pergi ikut Tuan mata sepet kau ni! Pergi!"

"Mak, mak cakap apa ni?"

"Aku kata pergi, pergilah!" bentak Puan Hajah. Terus dia menolak Bainon sehingha terenjak beberapa tapak ke belakang. Bainon terkejut. Darren menggeleng kepala. Nampaknya orang tua Bainon ini sudah semakin melampau. Apa yang tak kena sebenarnya? Hina sangatkah orang yang baru belajar agama?

"Tunggu apa lagi? Bawalah anak aku tu pergi! Bawa dia berambus daripada rumah ni ikut kau! Biar dia masuk jalan yang sesat!" bentak Puan Bainon. Dia merengus geram.

"Kau... kau bukan mak yang baik." ucap Darren. Dia memang terkilan dengan sikap Puan Hajah.

"Mari, Bainon. Saya bawa awak pergi daripada sini."

"Tak! Mak... Bainon tak ada apa-apa hubungan pun dengan Tuan Darren. Dia bos Bainon, mak. Mak tolonglah buang sikap macam ni... Nabi tak pernah ajar kita bencikan orang kafir atau pun orang yang baru sahaja peluk agama, mak. Dia orang tak hina, mak. Diri kita ini yang sebenarnya hina sebab selalu anggap buruk pada orang. Mak yang hantar Bainon belajar di sekolah agama dan ini yang Bainon belajar, mak. Ini juga kakak belajar."

"Hei, sudahlah! Aku tak nak dengar apa-apa daripada mulut kau. Memang dah nasib aku dapat anak macam kau orang! Baguslah, ikut jejak langkah kakak kau. Selepas ni... kalau kau susah, kau jangan datang cari aku! Pergilah ikut mamat yang kau agungkan sangat tu! Pergi!" halau Puan Hajah. Sekali lagi dia menolak tubuh Bainon.

"Sudah, Bainon. Ikut sahaja saya... tak perlu bertikam lidah dengan mak awak. Jom!"

"Mak... "

Tak sempat Bainon ingin berkata, tangan Bainon sudah ditarik pergi daripada situ oleh Darren. Makin lama makin berderau darahnya mendengar hinaan daripada mulut Puan Hajah. Setelah kelibat mereka menghilang, Puan Hajah merengus geram.

"Baguslah! Semua anak-anak aku ikut jantan tak guna! Pergilah! Memang syurga kau orang dekat lelaki yang macam itu pun! Jangan balik ke sini lagi!" jerit Puan Hajah sekuat hatinya.

Who is impostor 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro