Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"My name is Zarkhoni but you guys can call me Zack."

"Hi, my name's Zarkhoni but for short can just call me Zack."

"Hey, the name's Zarkhoni but just call me Zack."

"Sampai bila you nak practice tu, Yang?" Teguran itu menyentakkanku. "Ni bukannya first job you pun kan?"

"Memanglah bukan tapi I have to present the best for them kan?"

"Zack, I faham yang you nervous because this is the first job yang you dapat position in executive level but chill jelah. Nothing should be that worrying pun."

Aku pandang muka girlfriendku itu. Kami baru lagi bersama. Kurang lebih setahun macam tu. Kenalnya dari zaman study tapi baru menjalinkan hubungan tahun lepas macam tu.

Nak kata memahami, bolehlah. Nak kata terlalu demanding tu pun adalah juga.

"You chill je. Things will be fine."

"Okay, Maris." Nama dia Marissa, by the way.

Malam itu semalaman aku tak tidur. Asyik memikirkan apa yang akan terjadi keesokkan harinya.

Zack
Maris
I nervouslah

Aku textnya pada pukul dua pagi dan dia membalasnya pada waktu Subuh.

Maris❤️
Lol
You ni
Over aa

Zack
Cakap senang ahhh
Hahahahah
Love you Marissa

Maris❤️
Love you too, Zarkhoni

Pagi itu, aku mengenakan kemeja berwarna krim dengan tie polca dot kuning biru. Macam colour block pun ada. Seluar pula standardlah slack hitam.

Aku tiba di office pukul 8:45 pagi. 15 minit sebelum waktu rasmi aku mula berkerja. Aku disuruh duduk di sebuah sofa sebelum menantikan HR untuk menyambut aku.

"Zarkhoni kan?" Seorang wanita tinggi lampai bertudung lilit persis Syatilla Melvin menegur aku.

"Ya saya. Puan Suriani kan?"

"Ya betul. Tak payah nak panggil saya Puan bagai. Panggil Kak Su. Jom Akak tunjukkan meja awak."

Syarikat yang aku baru mulakan perjalanan ini memang syarikat idaman aku sedari zaman universiti lagi. Media firm antara yang terbesar di Malaysia dan juga mempunyai kolaborasi dengan media Indonesia.

"Hello everyone, ada employee baru ni." Kak Suriani mengumumkan di tengah-tengah pejabat. "Haa kenalkan diri awak."

"Hai, nama saya Zarkhoni Idris. For short, just call me Zack. I'll be the new Executive for this firm."

Kedengaran 'hai' dan 'welcome' serta beberapa lagi ucapan selamat datang daripada staf lain. Aku menghadiahkan mereka semua senyuman nervous sahaja. Sungguh aku tak ready untuk semua ini.

"Dia under Senior Exec siapa, Kak Su?" tanya salah seorang pekerja lain di situ.

"Sibuklah korang ni!" Kak Suriani menepis soalan itu.

"Kalau under Fathir, good lucklah." Pekerja tadi menambah.

"Haa mana dia? Banyak hari dah lambat ni."

"Kesayangan boss tu, Kak."

Aku dengar sahaja mereka menceceh mengenai politik tempat kerja. Politik tempat kerja can be a very fucked up issue except no one would be in jail and craving for Starbucks.

Kak Suriani kemudiannya menunjukkan mejaku. Ianya terletak berhadapan dengan sebuah bilik berdinding kaca di sebuah sudut. Aku pandang nama yang tertera di situ.

Fathir Wachara Nainggolan
Senior Executive

Wow. Even the name sounds regal.

"Credentials awak semua Kak Su dah ready. Akak akan e-mailkan pada awak semuanya nanti. Awak cuba login dulu dan nanti bila Fathir sampai, awak boleh report to himlah."

"Baik, Kak."

"Yang awak dengar pasal Fathir tu, chill jelah. Takde apa pun."

"Eh, saya tak fikir apapun. I mean, I kenal nama dia tu actually."

"Really?"

"Yup. One of the most influential executive in Malaysia and Indonesia kan? So of course I'm actually eager to work dengan dia."

Dia senyum getir sahaja.

Aku duduk di kerusi dan mula set upkan PC aku. Credentials tak banyak mana pun yang nak kena login cumanya aku kena banyak check database sahaja. Mujurlah database aku sendiri sudah ada jadi boleh tambah sikit-sikit sahaja.

Pejabat yang tadinya sedikit gamat suasananya tiba-tiba menjadi senyap. Dalam senyap itu, aku dengar bunyi derapan kaki dari kasut tumit.

Aku nampak figura itu berjalan merentasi pejabat. Staff lain yang bertembung dengannya juga hanya tunduk dan meminta izin untuk lalu.

Dia memakai turtleneck berwarna hitam dan black jeans. On Monday. Rambutnya juga disikat ke belakang. Cermin mata hitam yang dia pakai dicabut dan disangkutkan ke baju.

Dia berhenti di hadapan meja aku. Aku memberikan senyuman dan dalam masa yang sama masih menahan gementar.

"Good morning." Dia menyapaku. "Are you the new one Suriani texted me about?"

Aku mengangguk. "I supposed so."

Dia menghampiri aku dan memandangku atas bawah. Lama dia memandang ke tali leher aku.

"It's that expensive?"

"What?"

"Your tie. How much?"

"I don't really remember."

"Beli mana?"

"Hm I think just Brand's Outlet."

Dia tarik tali leher itu sebelum ambil sebuah gunting di atas meja aku. Tali leher itu kemudiannya digunting sebelum dia membuangnya ke dalam tong sampah.

"If it was someone's gift, cut ties with them. That's the ugliest tie I have ever seen in my life." Kemudian dia berdiri tegak memandangku tepat. "Aku Fathir. Guess we will be working together. And you are?"

"Zarkhoni Idris. But people call me Zack for short."

"Yeah the name is a mouthful. Anyway, what are you doing?"

"Saya tengah check database. And try to familiarise with the system."

"God, you're a nerd."

Aku senyum kambing sahaja mendengar itu.

"Breakfast already?"

Aku menggeleng.

"Breakfast is an important meal in a day and you didn't have it. What makes you think I would trust you on assigning you any important task?"

What the--- Soalan apa ni? Aku cuba memandang orang lain di dalam pejabat itu dan mereka semuanya hanya memandang aku helplessly.

Wajahnya nampak serius. "Answer me."

Aku tergagap-gagap mahu menjawabnya. Semua jawapan hilang dari kepalaku.

Ketika itulah aku nampak dia mula tersenyum. Dia siap menepuk bahuku lagi. Lama pula ketawa dia pun terletus.

"Oh my God, you really think I was serious? Chill je. I ada bawa roti lebih. Come have one. My wife made it."

Dia menghulurkan sandwich telur ke tangan aku yang masih terketar-ketar.

"You can do all the readings and then masuk my room in an hour. I need my coffee first." Dia mengarahkanku lagi.

"Baik, Mr. Fathir."

"Oh fuck it, don't Mister or Tuan me. It makes me feel old. Just Fathir, okay?"

"Okay, Fathir. Sorry."

"Don't say 'sorry'. I hate that sentence. See you in an hour."

"Noted."
------------------

25 votes for an update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro