Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejam berlalu jadi aku pun mula berjalan ke arah biliknya. Cumanya langkah aku terhenti ketika aku terdengar suara dia bergegar dalam biliknya.

"Aku ngerti kamu itu laginya penasaran tapi aku punya hidupku sendiri!"

"Terus kalau kamu nggak percaya sama aku, kamu mau aku lakuim apa?!"

"Terserah kamu aja deh!"

"Kita diskusi aja aku di rumah nanti. Aku lagiin kerja, nggak mau berbalah sama kamu!"

Aku memang tahu yang Fathir berketurunan Indonesia. Klien dia pun kalau ikut database tadi memang kebanyakannya daripada sana. Cumanya hal peribadinya taklah aku tahu sangat.

Aku mengetuk pintu biliknya itu sebelum diseru masuk olehnya.

"Yes?"

"Tadi Fathir cakap nak jumpa saya so saya datanglah. Dah sejam dah."

"Shit, I forgot. You know what, my wife been killing me so why don't we meet after lunch? I mean, I don't want to scream at the wrong person."

Aku turutkan sahaja. "So apa yang saya boleh buat?"

"Go to Suriani and meet me again here at 1 pm. Kita lunch sama."

"Saya dengan Fathir makan sekali ke?"

"What? You have any ugly neck tie convention to go?"

Aku senyum sahaja dan mengangguk.

Sebelah pagi itu dihabiskan dengan onboarding bersama Kak Suriani. Dasarnya dia memperkenalkan aku kepada pekerja-pekerja lain dan sedikit sebanyak briefing mengenai syarikat ini juga.

"Kak, saya nak tanya."

"Nak tukar Reporting Officer ke? Akak dengar dia gunting tie awak tadi."

"Eh tak. Saya okey je."

"Kalau ikutkan benda dia buat tu harassment. Awak sure tak nak Akak cakap dengan dia pasal benda tu?"

"Saya okey je, Kak. Lagipun tie murah je. Bukannya beli G2000 pun."

"Still. Benda tu tak ethical. Haa awak nak tanya Akak apa?"

"Saya memang kena report pada dia je ke? Means saya kerja under dia?"

"Yup. Awak bukan interview dengan dia?"

Aku menggeleng.

"Last month kan? Oh masa tu dia balik Indonlah tu. Ya, nanti awak kena report semua kat dia. Kalau MC pun, awak kena report pada dia and dia akan informkan pada Akak. Dia tak suka kalau orang report pada Akak direct."

Aku angguk sahaja.

"Tadi saya dengar dia gaduh dengan wife dia rasanya. Tu saya datang kat Akak ni. Dia suruh."

"Oh, Ibuk Wilorna ke? Haaa awak dah kerja dengan Fathir, itu nama awak akan selalu dengar. Akak yang dah bertahun kerja dengan Fathir tu pun tak tahan dengan Wilorna tu."

"Kenapa, Kak?"

"Banyak tanya eh awak ni. Nanti awak tahu sendirilah bini dia tu macam mana."

Aku kembali ke meja aku sepuluh minit sebelum pukul satu tengahari. Aku memerhatikan dia di dalam biliknya. Dia aku sedar seperti sedang mesyuarat dan wajahnya nampak serius sahaja.

Perasan agaknya aku sedang memerhatikannya, dia kemudiannya memandang aku tepat dengan tangannya menongkatkan dagu.

Dia mengenyitkan mata.

Aku terus tersentak dan kembali memandang ke skrin laptopku.

Entah bila mesyuarat atas taliannya habis, aku perasan dia sudah berdiri di hadapan aku.

"Let's go lunch. Lapar kan."

Kami pergi ke sebuah kafeteria yang ada di dalam menara pejabat kami ini juga. Selepas dia kenyit mata padaku tadi, jujurnya aku masih kaget. Menggigil lagi.

"Kenyang ke makan tu je?" Dia menegur aku yang baru hendak menjamah mee sup.

"Saya tak biasa makan nasi sangat."

"You Melayu kan?"

"Yup. Tapi biasa saya makan nasi for dinner."

"I knew it you are weird."

Aku ketawa kecil.

"Sorry for not attending to you earlier."

"Eh, it's okay. Not a biggie, though."

"When you get married soon, make sure you really know your wife."

Aku nak tanya lebih-lebih tapi ini hari pertama aku berkerja jadi tak mahulah nampak macam aku kepoh sangat.

"Fathir dah lama kat Malaysia ni kerja?" Aku bertanyakan soalan yang sedikit peribadi berbaur professional.

"Dari umur enam tahun. My parents from Indonesia, they migrated here, bringing me and my twin brother as well."

"Oh, Fathir ada kembar?" Aku sedikit teruja.

"Used to. Fattah Wardhana Nainggolan. He passed away when we were 17. Suicide."

"Oh, sorry to hear that." Bodohlah kau ni, Zarkhoni.

"Again, don't be sorry. I mean, it was almost 20 years ago. I pun dah tak kisah."

Aku senyum kelat.

"And what about you? Are you from KL?" Dia yang sudah selesai makan mengeluarkan rokok dan mula menghisapnya.

"Oh, saya asal Perak sebenarnya. Orang Ipoh. Tapi lepas habis belajar dulu memang duduk KL je. Kerja dua tahun as Associate kat another media firm then baru sini."

"I've been to Ipoh few times. Beautiful yet very idyllic."

Aku angguk bersetuju. "Fathir punya Malay memang fluent eh. Tak ada accent langsung."

Dia ketawa besar. "Emangnya jika gue itu orang Indonesia terus langsung mau ngobrol kayak gitu aja? I dah duduk sini since kecil kan jadi tak ada masalah pun."

"Wife Fathir pun orang Indonesia juga ke?" Shit! Kenapa aku tanya?

"Wilorna yes, she is an Indonesian. After we got married, she ikut me comes here. So we kinda became permanent resident of Malaysia. I'm still Indonesian, in case you want to know."

Aku angguk lagi. Dah macam burung belatuk aku ni.

"You have a girlfriend?" Dia bertanya spontan. Sekali lagi, aku terpempan. "Loh, kok kaget sih?"

"Taklah. Oh, ada. Kami plan nak bertunang hujung tahun ni."

"Interesting." Dia meletakkan rokok di bibirnya. "How old are you?"

"Saya 26 tahun ni. Sebab tu dah plan nak kahwin dah."

"Good. I mean, we live in a society that put marriage as a benchmark for success in life."

"Couldn't agree more."

Seusai makan, kami naik semula ke pejabat. Melihat aku masuk ke pejabat dengan dia, sekali lagi aku perhati semua orang memandang aku dengan pandangan aneh.

Mereka bukan pandang benci tetapi pandangan mereka itu seolah-olah sekali dengan amaran. Cumanya, apa amaran itu?

Sebelum dia masuk ke biliknya, dia berpaling memandang aku yang sudah bersedia hendak duduk.

"In this office, you have to survive and pick who you think could be an ally and enemy. After all, you can't befriend everyone at your workplace. Get what I mean?"

Aku anggukkan sahaja.

"After 30 minutes, come and see me. Also, what's your Starbucks go-to? I'm ordering."

"Eh, it's okaylah, Fathir."

"Starbucks don't have that. Just tell me."

"Err, Caramel Macchiato Frappucino extra shot, can?"

"You have a high taste." Itu saja dia katakan sebelum dia menghilang di sebalik pintu.

Apapun, despite his eccentricity, aku mula untuk sukakan dia sebagai ketua.
_________________

30 votes for next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro