DA - 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Elly Adelia mengelap peluh di dahi dengan hujung lengan bajunya. Peluh mula membasahi dahinya apabila dia tidak henti-henti menyiapkan kerja dapur. Tudung bawal pula sudah diikat ke belakang leher kerana berasa rimas dan panas. Tangan dia lincah menumbuk-numbuk lada di dalam lesung batu.

"Kau masak apa?" Terhenjut bahu gadis itu kerana sergahan dari Daniel Arfan.

Dia berpaling seketika. Daniel Arfan bersandar di kabinet dapur bersebelahan dengan gadis itu. Mata dia tidak lari dari menilik wajah cantik Elly Adelia.

"Nasi putih, ikan goreng, sup kaki ayam dan sambal belacan" lancar bibir merah itu menyebut menu masakan tengah hari mereka.

Daniel Arfan tersenyum. Kecur air liur dia mendengar nama masakan tadi. Tambah-tambah lagi Elly Adelia yang memasak. Dapat juga dia merasakan air tangan Elly Adelia.

Daniel Arfan semakin merapat. Wajah dia didekatkan ke leher gadis itu tanpa disedari. Dia menghidu bau tubuh dari Elly Adelia. Walaupun berpeluh, masih berbau wangi dan mampu mengoncangkan iman Daniel Arfan.

"Tak menyabar nampak.." sergah satu suara membuatkan Daniel Arfan terus menjarakkan diri dia.

Tengku Fatimah masuk ke ruangan dapur bersama dua cucu kesayangan dia. Masing-masing berbaju kurung dan berkain batik. Rambut pula diikat satu. Daniel Arfan terus berubah wajah melihat Tengku Fazira.

"Zira! Lisa! Pergi masak!" Arah Tengku Fatimah tegas.

Dua gadis itu akur. Ini juga salah satu rancangan mereka bertiga. Tengku Fazira terus merambas lesung batu dari tangan Elly Adelia. Terpinga-pinga gadis itu apabila tugas mereka diambil alih.

"Hari ni biar kami buat kerja. Kau pergi duduk sana.." halau Tengku Fazira.

Tengku Alisa pula membuka api dapur. Minyak dituangkan ke dalam kuali. Elly Adelia akur dan menjauhkan dirinya. Daniel Arfan awal-awal lagi sudah beranjak. Tak ingin dia mendekat dengan Tengku Fazira.

"Err..tapi korang tahu ke nak masak?" Terluah juga soalan yang berlegar-legar di fikiran Elly Adelia.

Setahu dia, dua gadis itu mana pernah masuk dapur. Masak apatah lagi. Bimbang dapur Mak Peah meletup pula nanti.

"Kau mulut jangan nak mengata cucu aku! Mana tahu cucu aku masak lagi bagus dari kau" mencerlung mata Tengku Fatimah. Elly Adelia terus tertunduk. Gerun.

"Daniel, saya masak special untuk awak hari ni. Ayam masak merah! Mesti awak suka kan?" Tersenyum sendiri Tengku Fazira sambil mata dia melirik menggoda pada Daniel Arfan.

"Err..kalau macam tu Adel pergi depan dululah.." Elly Adelia meminta diri. Tak sanggup lagi dia berada disitu lama-lama.

"Haa pergilah. Ada kau pun menyemak je" kasar Tengku Alisa menghalau Elly Adelia.

Tengku Fatimah hanya membuat muka saja. Kemudian dia mengalihkan pandangan pada cucu kesayangan dia. Daniel Arfan yang rasa meluat itu, terus menarik tangan tunang dia dan berlalu dari situ.

Mereka berdua duduk di pangkin berdua-duaan. Zul dan Maya pula pergi ke pekan cari bahan basah yang dah habis. Sambil-sambil itu mereka ber-dating. Ahmad Mikael sudah kembali bertugas dan Ahmad Muiz pula sibuk berhoneymoon dengan isterinya. Mak Peah dan Pak Leh pula berada di kebun.

"Ahh leganya.." Daniel Arfan bersandar di batang pokok. Kaki dilunjurkan dan kedua tangan dia dialas ke belakang kepala.

Elly Adelia pula bersimpuh di sebelah lelaki itu. Dengan memakai kain batik tidak elok pula kalau bersila. Mahu terselak nanti! Lagi-lagi ada Daniel Arfan bersama dengannya.

"Bila kau nak balik KL?" Soal Daniel Arfan apabila dia merasakan suasana sunyi antara mereka.

"Lusa kot. Kenapa? Awak balik bila?" Mata bulat Elly Adelia memandang wajah kacak Daniel Arfan.

"Samalah.." lelaki itu tersengih. Dia membetulkan duduknya. Tak semena-menanya lelaki itu membaringkan badan dia. Kepala dialaskan ke peha gadis kesayangan dia.

"Eh-eh awak--" Elly Adelia kehilangan kata. Terkejut dengan tindakan drastik Daniel Arfan.

"Shh--aku nak tidur kejap.." perlahan saja dia bersuara. Selesa sekali dia baring di ribaan gadis itu. Lembut dan gebu!

"Tapi--orang nampak macam mana?"

"Lantaklah.." selamba saja dia berkata begitu.

Elly Adelia malas berbahas lagi. Kalau dengan Daniel Arfan sampai ke esok belum tentu habis. Dia membiarkan saja. Lagipun lelaki itu tidak akan membuat perkara diluar batas lagi. Rambut lembut Daniel Arfan dimain-mainkan dengan jarinya.

Lembut dan halus saja! Dia mengusap rambut Daniel Arfan sambil tersenyum kecil. Lagak mereka macam suami isteri. Orang kampung juga menyangka mereka suami isteri kerana kemesraan mereka itu.

"Akak!"

Elly Adelia tersentak. Daniel Arfan pula terus mencelikkan mata dia. Kecil saja mata dia melihat figura seorang remaja lelaki berlari ke arah mereka. Berpakaian seragam sekolah dan nampak selekeh. Elly Adelia pula nampak teruja sekali.

*****

"Makanlah.."  jemput Tengku Alisa. Dia duduk di sebelah Zul dan menempel rapat dengan lelaki itu.

Tengku Fazira pula awal-awal lagi duduk di sebelah Daniel Arfan. Tubuh dia sengaja dirapatkan ke arah Daniel Arfan. Maya dan Elly Adelia berpandangan lalu mereka mengangkat bahu.

Kini meja makan itu penuh dengan orang. Yang penting tumpuan mereka terhadap hidangan lauk. Nampak menyelerakan walaupun pelik.

"Siapa masak?" Pak Leh menyoal. Nasi sudah diisi oleh isterinya.

"Zira dan Lisa" balas Tengku Fatimah dengan bangganya. Dua gadia itu pula tersipu-sipu malu.

Maya mencebik bibir. Dia tidak menjamah lauk itu. Dia hanya minum air. Nampak macam sedap, entah-entah yang tak kena.

"Faez bacakan doa makan.." arah Pak Leh lalu mereka semua menadah tangan.

Seusai membaca doa, mereka semua mencuba masakan itu. Tengku Faez Hakim mengerutkan muka dia apabila dia mengigit ayam masak merah.

"Kenapa rasa tawar? Pastu rasa lada?" Komen dia dengan muka tidak bersalah.

Tengku Fazira cepat-cepat merasa lauk masakan dia. Sekali gigit saja wajah dia terus berubah. Tawar gila! Tak rasa lauk langsung. Rasa lada je! Patutlah merah semacam.

"Err..Zira lupa nak letak garam.." balas gadis itu malu.

"Ni ikan goreng ke..ikan kicap?" Zul mengangkat ikan goreng yang hangus itu. Dia menilik dan menunjukkan depan mata Tengku Alisa.

"Err.." Tengku Alisa hilang kata. Wajah dia gelisah apabila Zul yang menegur dia.

Maya dan Elly Adelia tersenyum sinis. Mereka masuk ke dapur. Kebetulan tadi mereka sempat masak. Lauk pula sengaja diletakkan di dalam peti ais. Hanya panaskan saja.

"Nampaknya kebulurlah kita.." sindir Tengku Faez Hakim. Dia mengerling wajah Tengku Fazira dan Tengku Alisa yang dah berasap itu.

Maya dan Elly Adelia menghidangkan dua jenis lauk kepada mereka semua. Kalau tak makan nasi dengan sambal belacan jelah. Dua mangkuk besar diletakkan di tengah-tengah meja.

"Hmm..sedapnya bau.." Zul menghidu lauk itu. Kemudian dia mengenyit mata pada Maya.

"Nasib ada lauk lain.." pantas saja Tengku Faez Hakim mecedok lauk itu masuk ke dalam pinggan dia. Selera sekali dia makan tanpa mengangkat muka. Sedap!

Yang lain pun sama. Tengku Fatimah menenangkan hati dia. Tengku Alisa dan Tengku Fazira pula makin berasa geram pada Maya dan Elly Adelia. Semua rancangan mereka gagal dalam memikat hati Zul dan Daniel Arfan! Lagi-lagi adik tiri mereka membela dua gadis itu.

_______________________

Selamat membaca .. 🤗🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro