DA - 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kisha.." panggil Elfran Danish perlahan.

Staf-staf yang sedang melakukan kerja semua menumpu ke arah jejaka itu. Mata masing-masing membulat. Terkejut melihat jutawan muda itu melangkah masuk ke tempat pengambaran mereka.

Barang-barang bersepah di atas lantai. Mereka baru saja mahu mengemas semua peralatan yang digunakan. Kisha Afina yang tika itu sedang meratkan bedak di wajah dia terkejut.

Figura si tunang yang berdiri di belakangnya membuatkan jantung dia berdegup kencang. Kenapa lelaki itu ada di sini?

"Aw--awak buat apa kat sini?" Soal Kisha Afina gagap. Wajah dia jelas terkejut.

Elfran Danish tersenyum saja. Sudah jangka akan reaksi gadis itu. Terkejut? Itu memang pasti. Sebab selama ini dia tidak pernah pun jejak kaki dia di tempat pengambaran tunang dia itu.

"Saja datang melawat tunang sendiri. Kenapa tak boleh?" Elfran Danish bersandar di tiang berdekatan.

Wajah dia sangat kacak sehingga pekerja wanita tidak henti-henti memandang dia. Lagi-lagi baju kemeja yang terbuka tiga butang di atas dan menampakkan dada bidang dia itu. Dengan lengan baju dilipat paras siku. Jelas otot-otot pada lengan dia apabila dia berpeluk tubuh.

"Err--" Kisha Afina jadi kelu. Tak terkeluar ayat mahu membidas kata tunang dia.

Akhirnya dia memandang kembali cermin pada meja solek. Rambutnya dibetulkan begitu juga bajunya. Kerja dia dah habis. Jadi masa untuk balik!

"Korang aku balik dulu ya!" Jerit Kisha Afina. Kaki dia yang tadi tersarung kasut tumit tinggi kini bertukar sandal.

Elfran Danish tersenyum kacak kepada orang-orang yang memandang dia. Tak pasal-pasal dia jadi perhatian hari ni.

Elfran Danish membukan pintu kereta kepada Kisha Afina. Melihat gadis itu nampak gelisah dia memegang bahu gadis itu. Tapi Kisha Afina menepis dengan riak terkejut dia itu.

"Err..maaf" Kisha Afina terus tertunduk. Lengan kiri digosok bagi menghilang rasa janggal.

Kenapa ni? Dia merasakan satu kelainan pada lelaki itu. Dulu bukan main benci. Sekarang? Aduh! Dia makin pening dengan perubahan lelaki itu.

Elfran Danish tersenyum saja. Marah? Buat apa marah? Bukan salah gadis itu pun. Pasti dia terkejut dengan perubahan pada dirinya.

"Kenapa tak masuk kereta?" Soal Elfran Danish. Tegak dia berdiri di hadapan tunang dia itu.

"Kereta saya macam mana?" Perlahan saja dia menjawab. Kalau balik, macam mana dengan kereta dia?

"Ohh kereta jangan risau. Aku dah suruh budak-budak aku hantar terus ke rumah kau" katanya tenang.

"Budak-budak? Siapa dorang tu?" Makin berkerut dahi Kisha Afina. Siapa orang yang dimaksudkan tunang dia dia itu?

"Jangan risaulah. Dah-dah masuk cepat" tubuh Kisha Afina ditolak masuk ke dalam kereta.

Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. Elfran Danish tersenyum penuh makna. Harap Kisha suka!

*****

Daniel Arfan mengerling Elly Adelia di sebelah. Sejak masuk kereta lagi, wajah gadis itu masam mencuka. Daniel Arfan tidak tahu lagi bagaiman mahu memujuk si kekasih hati dia itu.

"Kau marah aku lagi ke?" Soalnya perlahan. Tangan kiri mengenggam tangan Elly Adelia disebelah.

"Mana ada!" Nafi Elly Adelia. Sebenarnya dia berasa geram dengan lelaki itu.

Dia belum puas lagi berada di kampung. Alih-alih lelaki itu terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana perlu urusan sesuatu urusan. Tapi yang peliknya, kenapa harus heret dia sekali?

"Eleh gedik! Orang dah pujuk nak mengada pula!" Sampuk Tengku Fazira di seat belakang.

Muka Elly Adelia berona merah. Geram dia makin terasa apabila bala dibelakang itu. Elok-elok mereka mahu masuk ke dalam kereta, Tengku Fazira tergedik-gedik mahu mengikut mereka. Daniel Arfan pula terpaksa akur apabila Tengku Fatimah mula masuk campur.

"Diam lah kau!" Kata dia separuh geram.

Tengku Fazira mencebik bibir. Dia berpeluk tubuh dengan kaki disilangkan. Kalau boleh nak saja dia tolak tubuh Elly Adelia. Bagi dia perempuan macam Elly Adelia tak layak duduk sebelah Daniel Arfan.

"Tell me, what you want?" Daniel Arfan tak pedulikan Tengku Fazira. Dia anggap perempuan gedik itu tak wujud dalam kereta dia.

Elly Adelia yang tadinya muncung kini berubah ceria. Dia memandang Daniel Arfan disebelah. Tak salahkan kalau meminta dengan tunang sendiri?

"Erm..saya nak awak belanja saya beg LV satu" ujarnya dalam nada gurauan.

Daniel Arfan tersenyum senget. Luois Vuitton? Tak kisah. Kita tengok siapa yang terkejut nanti.

"Ok je" balas dia tanpa banyak soal. Untuk Elly Adelia semua benda boleh.

Mata Tengku Fazira membulat. LV kot? Dia yang membeli kena membodek Tengku Fatimah dulu. Baru dapat. Ahh, ni yang buatkan dia makin benci Elly Adelia. Tak kira! Dia harus dapatkan Daniel Arfan!

"Err..awak jangan ambil serius sangat. Saya gurau je" Elly Adelia tergelak. Cuba menghilangkan rasa bersalah dia.

"Tapi aku tak anggap kau gurau. Untuk kau semua boleh. Janji kau tak tinggalkan aku" tak semena-mena dia mengucup tangan Elly Adelia.

Kaku terus gadis itu dibuatkan. Muka membahang malu. Pipi dia terasa kebas. Daniel Arfan tersenyum saja. Malulah tu!

Tengku Fazira makin berasap. Dorang ni tak perasan ke aku ada? Fikir Tengku Fazira. Makin meningkat takat didih dalam hati dia.

Tak guna! Tunggu lah nanti!

________________

Tengku Fazira, bila ya kau nak mati ? 🤔

Menyampahnya lahai 🙄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro