DA - 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Papa.."

Tengku Dahlan yang asyik membaca surat khabar terus mengangkat mukanya. Mata dia terpaku ke arah satu-satunya anak lelaki dia, Tengku Faez Hakim. Anak dia lengakap berpakaian. Hoodie kelabu tersarung kemas di tubuh dia. Jeans hitam dikenakan dan satu beg kecil di tangan dia.

"Hmm.." Tengku Dahlan hanya menguman sahaja. Sejak dia tiba di rumahnya tidak sekali pun dia nampak kelibat isterinya; Datin Normah.

Selama ini Tengku Dahlan banyak menetap di Australia. Dia harus memantau anak syarikat dia yang baru dibuka disana. Dua tahun dia tinggal di negara luar itu tanpa ditemani oleh isterinya. Tengku Dahlan tidak kisah kerana dia tahu apa yang sedang dilakukan oleh Datin Normah sepanjang ketiadaan dia. Hanya menunggu masa sahaja.

"Akim nak keluar. Ada latihan bola sepak di sekolah" ujar Tengku Faez Hakim. Dia sebagai kapten pasukan bola sepak harus berdedikasi. Lagi pun pertandingan bola sepak tidak lama lagi.

Dia harus menjuarai pertandingan itu. Selama ini hanya sekolahnya saja menyandang kejohanan bola sepak itu. Mereka adalah juara bertahan selama 3 tahun berturut-turut. Jadi dia harus kekalkan. Kerana ini kali terakhir dia beraksi di padang. Tidak lama lagi peperiksaan besar akan tiba. Dia harus fokus ke arah itu pula.

"Hmm pergilah. Nanti lewat pula. Jangan balik lewat sangat. Kita dinner sama-sama" pesan Tengku Dahlan lalu kembali menyambung pembacaan itu.

Laungan salam diberi oleh seseorang. Dua lelaki itu memandang ke arah Tengku Alisa yang masuk ke dalam rumah dengan wajah cemberut. Mulut dia bergerak-gerak mengomel sesuatu.

"Manalah mak dan ayah pergi ni. Aku datang tadi takde orang pun. Baru nak ajak mak borak-borak. Hish..bosannya" kaki dihentak-hentak ke atas lantai dengan muka kusut.

"Lisa..." tegur Tengku Dahlan. Anak tiri dia yang itu memang perangai seakan budak-budak sikit.

Tengku Alisa mengangkat muka dia. Secara tak langsung bertembung dengan mata Tengku Faez Hakim. Mereka berpandangan seketika sebelum Tengku Alisa memandang ke arah lain.

"Kalau Lisa hentak-hentak kaki macam tu lagi papa potong kaki kamu. Retak pula mozek tu nanti" usik Tengku Dahlan. Dia tahu kenapa gadis itu marah sangat.

"Entah! Dasar gemuk!" Ejek Tengku Faez Hakim lalu ketawa besar. Suka dia tengok muka marah-marah Tengku Alisa. Nampak cute gitu.

"Eii! Kau! Siap lah kau budak!" Gigi diketap kuat lalu dia duduk di sebelah Tengku Dahlan. Lengan papa dia dipeluk erat.

"Papa..Lisa bosanlah" adu dia manja. Rambutnya diikat satu menampakkan lagi Tengku Alisa seakan-akan budak sekolah.

"Ikut Akim pergi sekolah dia laa. Teman dia training harini" cadang Tengku Dahlan. Sikit pun mata dia tak terkalih dari akhbar di tangan dia.

"Betul tu! Kau teman aku harini! No excuses!" Tengku Faez Hakim selamba saja mengarah gadis yang lebih tua dari dia itu.

"Taknak aku ikut kau! Panas tahu tak!" Dia memaling wajahnya ke arah lain. Menyampah dengan lelaki itu. Bercakap macam dia lebih tua.

"Baik kau ikut kalau tak--" Tengku Faez Hakim tersenyum sinis. Kening kirinya dijongket beberapa kali.

Tengku Alisa mendengus kasar. Tahu sangat yang lelaki itu akan melakukan sesuatu. Tak pada dia, tapi pada barang kesayangan dia. Pernah sekali tu, Tengku Faez Hakim bakar poster gambar artis Korean di depan mata dia hanya kerana dia tidak ikut arahan lelaki itu. Dah lah poster kumpulan kesayangan dia! Hantu pun budak!

"Yelah-yelah aku ikut kau" separuh rela dia ikut Tengku Faez Hakim. Separuh lagi memaki hamun lelaki itu dalam hati.

*****

Tengku Alisa menyandarkan badan dia ke tiang berhampiran. Terasa bosan pula menunggu Tengku Faez Hakim. Sesekali dia berasa kagum dengan gaya lelaki itu yang mengelecek bola. Cukup memukau mata sesiapa saja.

Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Badan dia terasa berangin dan segar. Mata yang tadinya mengantuk kembali terbuka. Angin menderu laju pada petang itu. Seronok kalau berangan-angan.

Heliza dari jauh memandang Tengku Alisa yang berada di tepi padang. Mata dia tajam memerhati Tengku Alisa dari atas sampai bawah. Tengku Alisa mengenakan oversize t-shirt warna kelabu dan legging warna coklat. Menampakkan lagi keanak-anakkan pada dia. Tubuh dia kecil saja seakan pelajar tingkatan satu. Pendek!

"Ehem!" sedar tak sedar Heliza kini berdiri di hadapan Tengku Alisa. Mata dia tajam menikam wajah bersih Tengku Alisa. Tak ada sedikit pun jerawat di wajahnya. Berlainan pula dengan Heliza yang berkulit sedikit gelap, berjerawat dan kulit berminyak. Tetapi tetap cantik kerana mekup.

"Kau siapa?" Soal Heliza dalam nada datar. Dia berpeluk tubuh di hadapan Tengku Alisa.

"Alisa"

"Kau dengan Hakim ada apa-apa ke?" Soalnya tidak puas hati. Tergugat dengan kehadiran Tengku Alisa.

Tengku Alisa menjuling matanya ke atas. Tanda menyampah! Budak sekolah sekarang memang lebih maju dari dia dulu. Dia sewaktu bersekolah tak pernah bercinta-cinta. Umur sekarang ni pun 20 tahun tapi tak ada sesiapa nak kepada dianya.

"Dia isteri aku.." sampuk satu suara. Tapi dekat dengan Tengku Alisa.

Angkat saja muka, berdirinya Tengku Faez Hakim dibelakang dia dengan badan dibasahi peluh. Dia membuat muka geli apabila peluh lelaki itu terkena pada badan dia.

"What?! Abang Hakim jangan main-main! Tak akan dia isteri abang? Budak lagi kot!" Heliza seakan-akan tidak percaya. Jari telunjuk dia sudah mengenai hidung Tengku Alisa.

Berasap Tengku Alisa sekarang ini. Pelajar-pelajar lain seakan-akan tertarik dengan drama yang ditayangkan sekarang ini. Rashdan dan Malik tersenyum sinis melihat Heliza yang tak habis-habis mahu mengayat kapten mereka.

Kasar Tengku Alisa menepis jari runcing Heliza. Tak suka dirinya dipanggil budak. Nak buat macam mana badan dia memang kecil molek. Cemburu juga dia pada Tengku Fazira. Si kakak memiliki ketinggian yang seakan model. Jeles tau!

"Don't call me budak! Aku bukan budak! Be matured girl! Kau belum kenal aku siapa" pesannya dalam nada dingin. Dia berdiri lalu menepuk-nepuk seluarnya.

"Kau memang budak! Datang-datang nak rampas abang Hakim aku pula. Aku tak percaya kau isteri abang Hakim" ujar Heliza sinis.

Tengku Alisa menjulingkan matanya ke atas. Menyampah yang amat! Jangan sampai keluar Tengku Alisa versi gedik! Korang juga merana nanti!

"I tak kenal you jadi jangan nak mulakan sesi berbahas ini. I rasa you memang tak layak dengan Hakim. Muka hodoh. Dah macam katak I tengok. So, back off" senyuman mengejek dilemparkan kepada Heliza.

Tengku Faez Hakim memerhati saja. Dia pun bosan dengan Heliza yang asyik mahu menempel disebelah dia. Siap berabang-abang lagi. Padahal umur sama je!

"What! What you just call me?" Heliza semakin berang. Rakan-rakan dia mula menghampiri si ketua yang nampak berasap itu.

"K.A.T.A.K" eja Tengku Alisa satu persatu lalu meninggalkan Heliza yang meradang itu.

Malas dia mahu melayan budak sekolah macam Heliza itu. Tak sedar yang dia berhadapan dengan orang yang lebih tua dari dia. Tchh...sangat membosankan! Desisnya.

PAP!

Langkah Tengku Alisa terus mati apabila terasa kepalanya dibaling dengan sesuatu. Pusing saja dia kebelakang kelihatan Heliza sedang tersenyum sinis. Kaki dia terpijak sesuatu dan botol air mineral diangkat. Jadi dia baling botol ni? Hati Tengku Alisa mula panas.

"Kau! Dasar budak kurang ajar!" Pekik Tengku Alisa lalu maju ke hadapan dengan muka menyinga dia.

Sampai saja di hadapan Heliza, penumbuknya dilayangkan tepat terkena batang hidup Heliza. Gadis itu jatuh terduduk. Rashdan dan Malik terlopong besar begitu juga pelajar yang lain.

"Kau budak memang cari pasalkan! Kau ingat bapa aku tak bayar zakat ke hah! Kepala aku ni ada nilai tahu tak!" Jerkah Tengku Alisa kuat. Botol air yang masih berbaki setengah dibuka. Kemudian air itu dicampak tepat ke muka Heliza yang jelas tergamam.

"You deserve it!"

Tengku Faez Hakim merasakan dia perlu leraikan pergaduhan antara dua wanita itu. Tanpa kata apa-apa lagi dia mengendong tubuh kecil Tengku Alisa ke bahunya. Gadis itu berusaha meronta-ronta.

"Malik! Nanti hantarkan barang aku ke rumah!" Laung dia kuat. Malik lambat-lambat mengangguk.

"Let me go! You bitch! I swear you will die in my hand! Darn you bitch! You such a whore! Slut! Bullshit!" Carut Tengku Alisa dan merenung Heliza yang sudah pucat wajah dia.

"Shut up!" Tangan kanan Tengku Faez Hakim menepuk kuat punggung Tengku Alisa. Sakit telinga dia dengar pekikan dari Tengku Alisa.

"You.son.of.bitch!"

__________________________

Well.. Tengku Alisa dh naik hantu !

Teruk betul Heliza kena dgn Tengku Alisa 😪 pity her ..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro