DA - 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tengku Fatimah mengetap bibir kuat. Bibir dia bergetar-getar memandang dua manusia yang saling melepaskan rindu di hadapan dia. Cukup jijik pada pandangan mata dia.

"NORMAH! ADAM!" Jerkah dia kuat membuatkan dua manusia itu tersentak.

Adam Rizalman terperanjat lalu mengambil seluar pendek dia yang terdampar di atas lantai. Datin Normah pula membungkus dirinya dengan kain alas meja. Separuh wajah dia ditutupi dengan rambut.

"Dah berapa lama korang buat kerja macam ni?" Soal Tengku Fatimah serius. Tak sangka anak dia ada hubungan dengan orang kanan dia sendiri.

"Alaa, mak kau ni bising je! Lantak aku lah nak buat apa-apa pun dengan Adam" jawab Datin Normah tanpa rasa malu dan takut.

Tengku Fatimah mendekati anak perempuan dia. Tanpa kata, satu tamparan cukup padu diberikan kepada Datin Normah. Terpaling dia ke kanan apabila tamparan itu cukup kuat terkena di pipi dia.

"Bodoh! Kau sedar tak kau ni bini orang! Kalau Dahlan tahu, sia-sia je aku nikahkan korang berdua!" Marah Tengku Fatimah.

Bilik kerja dia di markas menjadi tempat dua manusia itu berasmara. Lagi sakit apabila dua manusia itu membuat muka tidak bersalah. Mujur saja orang-orang dia yang lain berada di luar. Mereka tidak akan dengar pergaduhan yang terjadi di dalam bilik itu.

"Mak tampar aku?" Mencerlung mata Datin Normah. Dia terasa panas dengan orang tua di hadapan dia. Kenapa tak mampus je , menyusahkan aku ! Desis hatinya.

"Kau sedar lah yang menantu kesayangan kau tu tak mampu berikan apa-apa pada aku! Kami berkahwin hanya atas kertas. Aku malas nak ambil tahu tentang Dahlan. Hal aku, lantak aku lah nak bersama sesiapa pun" bentak Datin Normah.

Adam Rizalman dia. Tapi dalam hati dah berdongkol rasa geram terhadap orang tua itu. Tanpa sedar tangan dia sudah memegang sebilah pisau. Mata dia tajam merenung Tengku Fatimah yang bergaduh dengan anaknya.

Dia cukup berdendam dengan orang tua itu. Lagi-lagi apabila Tengku Fatimah selalu mengarah dia tapi wang diberikan tidak memandai dengan hasil kerja. Tubuh Tengku Fatimah didekati dalam diam.

Tengku Fatimah tersentak apabila terasa belakang badan dia tercucuk dengan sesuatu yang tajam. Datin Normah juga begitu. Mata dia terbeliak besar melihat ibunya ditikam oleh kekasih dia.

"Bodoh! Aku harap sangat kau mati!" Bisik Adam Rizalman dalam nada tertahan. Dia menekan lagi dalam sehingga darah meleleh keluar dari mulut wanita tua itu.

Tengku Fatimah terjatuh dan melutut di hadapan Datin Normah. Suara dia tersekat-sekat. Tangan dia tergapai-gapai meminta pertolongan.

"Adam.." Datin Normah memandang kekasih dia dengan riak tak percaya. Tapi kemudian dia tersenyum suka.

"Aku berdendam sangat-sangat orang tua tak sedar diri! Selama ni aku ikut je arahan kau tapi kau selalu cari salah aku! Semua kerja yang aku buat tak kena pada mata kau! Apa? Kau ingat aku ni kuli batak kau? Ikut je semua kemahuan kau? Tchh.." Adam Rizalman menarik kasar pisau itu dari tubuh Tengku Fatimah.

Tengku Fatimah tercungap-cungap. Darah dia banyak yang mengalir keluar. Datin Normah menghampiri Adam Rizalman. Dia tersenyum manis kepada gadis itu.

"Mak, masa kau dah tiba. Lepas ni lubang gelap tu jadi tempat tidur kau. Jangan risau, kumpulan ni aku dan Adam boleh uruskan. Kau boleh pergi ke syurga dengan suami tak guna kau tu"

Datin Normah menghampiri Tengku Fatimah. Muka dia jelas tidak bersalah. Selama ini memang dia bencikan ibunya itu. Tindakan dia selalu saja salah di depan mata wanita itu.

"Selamat tinggal mak.." ucapnya lalu mengelar leher Tengku Fatimah perlahan-lahan.

Badan tua itu perlahan-lahan jatuh ke atas lantai. Mata terbeliak besar dan tubuh itu menjadi kaku tidak bernyawa. Adam Rizalman dan Datin Normah tersenyum puas.

"Mayat dia kita nak buat apa?" Soal Datin Normah. Badan lelaki itu dipeluknya erat.

"Bakar" mudah saja dia memberikan cadangan. Seolah-olah mahu membakar sampah saja.

Mereka kembali menyambung aktiviti mereka yang tergendala tadi. Kini mereka sudah tidak berasa bersalah. Apabila otak dikawal oleh dadah semuanya menjadi indah. Mayat Tengku Fatimah dibiarkan begitu saja.

*****

Zul dan Daniel Arfan memakir kereta mereka di kawasan lereng bukit. Mereka berdua keluar dari kereta masing-masing. Tak lama itu sebuah motorsikal berkuasa tinggi memakir di hadapan mereka.

Seorang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka. Muka dia jelas lebam-lebam dan berdarah sana-sini. Daniel Arfan dan Zul berpandangan.

"Baru lepas gaduh? Ke kau kena dengan budak-budak sial tu?" Soal Daniel Arfan.

Dia duduk di bonet kereta depan. Punggung dia dilabuhkan disitu. Kedua kaki dia disilang dan berpeluk tubuh.

"Bodoh punya jantan! Tak pasal-pasal aku yang kena! Dia dengan minah sial tu boleh sama-sama mampus" ujar lelaki itu geram. Dia membetulkan rambutnya yang kusut masai itu.

"Kau Ben, kerja macam tu pun merungut. Kira untung tau Daniel hantar kau jadi undercover" bidas Zul tidak puas hati.

Dia Ben, orang suruhan Adam Rizalman. Lelaki yang dijumpai di club pada hari itu ialah Zul. Dia dihantar oleh Daniel Arfan untuk menyiasat kumpulan Vader.

"Asal kau nak ganti tempat aku?" Ben tersenyum sinis. Muka dia terasa sengal-sengal.

Baru saja dia mahu berehat dirumah, alih-alih kena panggil oleh dua manusia di depan dia ini. Terpaksa lah dia berpatah balik. Badan dia rasa lemah sangat. Boleh tahan kuat juga tendangan Adam Rizalman walaupun tubuh lelaki itu keding je.

"Bodoh! Kalau aku ganti awal-awal lagi aku kena ikat dengan si sial tu" kepala Ben diketuk dengan muka tak bersalah. Agak-agaklah kalau dia yang jadi pemerhati.

Tak sempat nak buat apa-apa lagi dah mati macam tu je. Daniel Arfan tersenyum melihat dua sahabat dia yang saling bertikam lidah. Ada saja yang tak puas hati.

"Macam mana?" Soal Daniel Arfan dengan ayat tergantung dia itu. Tapi cukup difahami oleh Ben dan Zul.

"Bad new.." Ben tersenyum kelat. Teringat dia peristiwa tadi. Mengikuti Adam Rizalman membakar mayat seseorang di hutan.

Kening Daniel Arfan terjongket ke atas. Macam ada sesuatu yang tak kena. Dia kenal sangat Adam Rizalman. Seorang yang kejam.

"Tengku Fatimah mati" ujar Ben ringkas.

Daniel Arfan dan Zul terkedu. Masing-masing terkelu lidah mahu bersuara. Wajah Daniel Arfan kelihatan lain. Aura yang terasa mula berubah.

"Aku nak dua manusia tu secepatnya. Yang lain Christ yang akan uruskan. Aku cuma nak kau perangkap dua malaun tu walau apa-pun cara. Christ akan jadi backup kau" keras nada yang digunakan oleh Daniel Arfan.

Cukup lama dia bersabar dengan lelaki itu. Kini dah tiba masa untuk dia bertindak menjatuhkan kumpulan Vader. Satu-satunya kumpulan yang dikehendaki pihak polis.

"Pastikan dorang tak terlepas"

Ben mengangguk. Nampaknya dia harus berfikir rancangan baru. Apabila Daniel Arfan memberi arahan tiada siapa pun berani membangkang. Zul pula diam, dia sudah ada kerja dia sendiri nanti.

______________________

Tengku Fatimah dh mati 😪

Wedding utk tiga manusia tu next chap ye .. 😍
Ada beberapa bab saja lgi .. dan tamatlah DA 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro